January 14, 2008

Aku yg tetiba mengopek lagu lagi...

Ayuh.. ini hari aku mu kopek lagu. Aku ingat lagi lagu last yg aku kopek dulu, lagu Elyana - Kau atau Aku. Dan dengan tak disangka lagu itu tetiba kena tepat ke bijik mataku.. debush! Tapi itu dulu la. Cerita basi, biarkan sahaje... Skrg ni dah masuk cerita angkasawan dah..

Anyway, ini lagu yg aku mau kopek ini adalah nyanyian kumpulan Daughtry yg bertajuk Over You.. dengan ucapan, kenapa lah aku tak perasan ini lagu time aku mula2 break dulu. Sbb ini lagu putus chenta yang banyak memberi harapan, di samping melepaskan geram kepada org yg tinggalkan kita itu. cis cis..

Iye la... aku bukan insan yg mulia yg bila clash je menyanyikan lagi Perpisahan Anuar Zain. Harus la kerass sket... kan? huhu..

ok.. lets kopek!!

Now that it's all said and done,
I can't believe you were the one
To build me up and tear me down,
Like an old abandoned house.

Iye kengkawan. Itu lah rasa yg dirasakan apabila si kekasih hati tetiba menyatakan.. tidakkkk.. saya takmau awak lagi. Sungguh tak disangka2.. org yg kita harap2kan.. org yg selama ini menjadi penyokong kita.. rupa2nya dia lah jugak yg memusnahkan segalanya. Hampeh kamu...


What you said when you left
Just left me cold and out of breath.
I fell too far, was in way too deep.
Guess I let you get the best of me.

Masa dia cakap je kata-kata tu kat kita.. Fuhhh.. mmg semuanya rasa cam.. Beku, Kaku, Senyap seketika dunia ini dirasakan. Rasa macam tak payah tarik napas pun takpe. Iye la, sbb selama ni segalanya kita serahkan pada dia, so bila dia tarik balik semuanya, tak ke ada rasa macam nyawa terkuar sekejap dari badan.. pergh! Sejukkkk...


Well, I never saw it coming.
I should've started running
A long, long time ago.

Lagi bestnya, kalau si gelpren plak tetiba je kata nak tinggalkan kita. Sedangkan ribut atau anginnya sangatlah tak kuat. Lagi mengharukan kalau sebenarnya ada satu ketika dulu, kita terasa sesangat nak tinggalkan dia. Tapi telan balik rasa tu, atas alasan takmo dia sensorg. Kesian dia nnt. Sapa nak tgk2kan dia. So.. atas alasan tu, stay je la. Alang2 dah lama berkapel kan... Malas la plak nak kuar drpd kepompong ni.

Padahnya... dia yg tinggalkan kita dulu.. wahaha.. Masa tu nyanyi lagi if only i could turn back time pun takde artinya lagik.


And I never thought I'd doubt you,
I'm better off without you
More than you, more than you know.
I'm slowly getting closure.
I guess it's really over.
I'm finally getting better.

Tapi... bila dah lelama kena tinggal, baru la tetiba tersedar diri, yg sebenarnya kalau kau takde dgn aku.. sebenarnya lebih best lah. Baru aku boleh lihat dunia yg luas ini. Tak sangka... so, terima kasih kerana meninggalkan aku. hehe


And now I'm picking up the pieces.
I'm spending all of these years
Putting my heart back together.
'Cause the day I thought I'd never get through,
I got over you.

Ye... apabila sudah mula recover dari keadaan meroyan. Harus la pepelan cari jalan utk mulakan hidup baru. Jangan lah ingat dengan perginya dia, kehidupan kita akan koyak. Kalau kau dah taknak kat aku. Sudah la... Aku tamau hidup dlm kemeroyanan...


You took a hammer to these walls,
Dragged the memories down the hall,
Packed your bags and walked away.
There was nothing I could say.

Ha.. mmg betul lah. Segala komitmen, janji2 yg diucapkan, semuanya pelesu belaka. Cit podah! Last2 apa yg tinggal? Oh no.. bukan akaun ASB dgn duit beribu2. Takde maknenyeeee..


And when you slammed the front door shut,
A lot of others opened up,
So did my eyes so I could see
That you never were the best for me.

Dan akhirnya... aku sedar jugak. Sebelum ni kau ingat takde sape nak kat aku yea? Apa.. kau rasa semua org nak kat kau, kau pun naik tocang la... Gitu? huhuhu.. Tidak sekali2... rupa2nya selepas kau tinggalkan aku, banyak pulak yg bukak pintu ajak aku masuk. ehehe... ingatkan takde org yg nak kat aku. Rupanya selama ni aku yg taknak nak org, sbb aku obses giler kat kau.. dan takut hilangkau. Cit podah... last2 kau blah jugak kan.. huh!


erk.. abis dah lagu? Hahaha.. lepas tu diulang2 balik rangkap korusnya sehinggalah hati panas rasa lega... fuh! Apa2pun, lagu ni elok diulang2kan berkali2 sehingga tetiba rasa.. yeah! Ai feel good..

Tapi kalau ada yg masih tak henti2 meroyan tu... tatau la nak cakap apa, kecuali, kesiankan la org kat luar yg menunggu kita untuk dijadikan pasangan hidupnya.


Apa2pun, ayat disklemer aku, ini cerita berkaitan lagu ini bukannya wanhandred persen berkait dgn kain aku yg clash tak lama dulu. Toksah speku entry ini adalah entry aku mengutuk ex aku. Sesungguhnya aku dgn dia masih lagi kontek mengontek (especially bilamasa melibatkan harta benda yg dulu dah lupa, tetiba teringat balik.. seperti buku buffy dan gambo2 vacation).

Dan aku pasti kami berdua sangat gembira apabila masing2 tiada lagi mengganggu dalam sistem saraf masing2... weahu!