Yours truly, spent her quality paid time, reading the synopsis of the L word episode 501 and 502.
Fuh... sungguh memberangsangkan kekdahnya aktiviti aku di opis pada pagi ni. At least aku bleh la gelak dan borak sesama dgn boo nnt. macik tu kemain sumbung lagi sbb dia dah tamat menonton episod 1 dalam youtube.. Aku masih takbleh nonton lagi. Sakitnya hati apabila server opis ni officially block youtube. Podah chitt!
(Bedah!! Sapa nak supply downloaded episode utk season 5 ni kepadaku??? I miss u bedah... uhuk uhuk.. kambeksun)
huhu... *lap air mata*
Apa yg best sgt season 5 ni? Hahahaharusla bette dgn Tina yg kelihatan berbunga api terpercik ke sana dan ke sini. Aku nakkk sgt diorg balik bersama. Nak merasai balik kenyamanan menonton the L word season 1, di mana kita ada satu kapel yg kita rasa macam.. yes.. sapa kata monogamous relationship takleh keja (cannot work?) Boleh... sehinggalah Bette menghancurkan segalanya. At least, bagi la aku peluang utk mempercayai, kalau mmg monogamous relationship itu berpanjangan, sooner or later, diorg akan kembali bersama juga. Dan bette and tina sangattt lah sesuai dgn each other. Cepat la balik semula.. Kalau takmo balik semula pun, cepat2 la terlajak melayari bahtera cinta yg pernah dirasai bersama. uhuhuu..
tapi satu perkara yg berlaku di musim 1 yg tak nyaman juga boleh dilihat dlm musim ke 5, di mana shane dah jadik player semula.. ergh... aku rasa macam. Sudah2 la tu. Tho' aku suka gak adegan seks yg melampau2 byknya utk musim ni, tapi... bukan shane punya adegan. There's no love in it. Aku ni biasa la.. fefeeling nak buat comeback jadi queen of monogamy semula.. nak la ada love, commitment.. blablabla.. hahaha..
Shane oh shane..
lupakah kau pada kata2mu di musim 1 ketika Dana baru lepas muntah di atas kapal (atas kapal, bukan atas sekapal), di mana ketika korg semua mengata Bette dan Tina 'boring' terkeluar ayat master yoda yg berbunyi..
"What's more boring, right? You can make endless lists. You can bawl your head off, and puke over the side of the boat. Or you get to go home. You get to sleep with the same person you've been in love with for 7 years."
Tettt!! Kau tak boring ke shane? aiyoh.. I really hope u met the one. Dan nampaknya paige bukan the one, walaupun shane dah berangan potong rumput depan rumah, sambil paige buat pie. Nampaknya, saksikan lah kepulangan the boring old shane.. one woman after another. Bosannyaaa...
Erk.. aku pun, baru bertatih nak sleep with the same person, yg i'm in love with.. baru.. er.. tak sampai setahun. Itu pun ada harinya terpaksa ponteng2 jugak. Huhuhu.. aku tak u-haul lagi rupanya. Adeh.. Tapi dgn anak bulu aku tuh, mmg hampir tetiap hari tido dgn dia, sejak bberapa tahun yg lalu. huhuhu...
Bagi aku yang, again, fefeeling back to the monogamous fold, aku lebih suka ada satu manusia yang boleh digelar pasangan hidup, yg aku cintai, yg boleh aku pandang setiap kali sebelum aku pejam mata aku. Pada aku, apa boringnya kalau setiap hari adalah cabaran untuk memperbaiki kehidupan. Kalau dah takleh nak baiki tu lain cerita la kan.. Tapi.. kalau nak tukar2 pasangan. Ini hari tido sini, esok hari tido sana... bosannyaaaaaa!! Nak mengadu kat sapa pun tatau..
Hmmmm.. maybe bagi shane, tido dgn org yg berbeza2, bebas buat sesuka hati tu tak boring kot. Iye la...advencheres la kekdahnya kot. Tukar2 pasangan, boleh 'merasa' pelbagai perisa. Stroberi, oren, rambutan maupun durian (durian?!! mateila tamau, harus tajam!!)
Ah... apa2pun, setiap org ada minat masing2. Ada yg minatnya tidak ditambat, supaya bebas bergaul tanpa ada sebarang halangan. Ada jugak yg merayu2...'tambatlah aku.. tambatlah aku..' supaya kehidupannya lebih bermakna dan stabil.
Cuma, apa2pun yg kita pilih.. tak adil utk kita terus pukul rata dan mengatakan org yg byk pasangan tu lebih HOT daripada org yg bertahan dgn satu pasangan sahaja. Kan?
Sapa yg lebih best? Org yg boleh buat pasangannya bertahan dengan dia selama bertahun2? ataupun org yg lari sebelum sempat ditinggalkan? hehehe..