Fuh... lama jugak aku tak muncul di persada blogger nih. kehkeh..
Seperti biasa, alasan yg lapuk tetapi takdapek nak disangkal ialah aku bz. Bz menganto adik aku masuk belajar utk tiga bulan. Bz start daripada mengambik dia dgn parents aku kat kg. Bz jugak menggemuk dan menguruskan hal pendaftaran. Bz jugak mengkontrol diri dgn mak abah aku ada kat umah. Dan jugak bz... er... tatau kenapa bz.
Dua hari aku cuti.. isnin dgn selasa. rabu masuk keja, khamis cuti lagi. Aku sempat lagi menganto mak abah balik kg. semalam. huhuh... tetiba terasa aku byk habiskan masa dlm keta je selama bbrp harini.
kesian kat boo... sbb aku terpaksa terkontrol2 berlebihan2 bila mak abah ada kat umah. Tapi nak buat acamna... daripada terkantoi tak tentu pasal, takpe la bertahan buat seketika. huhu...
Sebagai pasangan yg masih ala2 baru2 ni, agak sesak napas jugak kalau terlebih mengontrol nih. Lelebih lagi sebab partner aku ni muda .. so.. er.. ada lain sket la. Ada apa dengan partner muda? hehehe... fuh!
Iye la kan... masa aku masih dalam kategori pasangan veteren dulu... ada sedikit tatak helan aaaa. Takde apa pun yg nak dikontrol. huahuahua...
Anyway, alang2 bercakap pasal pasang memasang nih. Aku kengkadang kurius jugak nak tau... agaknya macamana lah korang2 ni semua, boleh berkahwin/berkapel dgn pasangan anda? Apa yg lebih mengkuriuskan aku, bukanlah jalan ceritanya yang panjang berjela, berjumpa masa kat sekolah, pastu sesama masuk team volibol, pastu kebetulan sama-sama injured... TAMAU! Aku tamau dengar cerita panjang berjela. Dan tamau jugak dengar jawapan..
'ntah le... tau2 je suka'
Cheit! macamana boleh terjadinya suka tu? Takkan la harini cam besa2 je... pastu esok terus leh cinta2 bagai. Apa yg menyebabkan perubahan di antara dua hari tu? (erk.. ada yg ke paham apa aku tulis nih?)
Bottom line, Aku sangat kurius, macamana berlakunya satu titik pertukaran, di mana perkataan kawan bertukar menjadi kekasih.. How? how? Bagaimanakah kita communicate perubahan perasaan itu?
So.. utk start, mari lah belah dada sendiri. Jap aku pikir balik. Apa insiden2 yg sebabkan aku bleh bertukar dari kawan, jadi kawen..
hahahaha.. pikir punya pikir, rasanya macam takleh nak cerita. Sbb aku sendiri pun tatau nak cerita acamna.
OK.. takleh bukak dada sendiri, lets think theoretically, shall we ?
secara teorinya aku yg tak cukup tido ni boleh pikir dua benda aje.. samada secara verbal, ataupun fizikal. Sbb rasanya dua benda ni je yg boleh dilakukan dalam komunikasi.
Kalau secara verbal... Rasanya ini banyak yg berlaku kot. Contohnya, dah lama2 kawan, perasaan dah ada. jadi untuk menaik taraf relationship itu, harus la dicakapkan apa yg dirasa.
Ada yg berani cakap face to face. Ada jugak yg guna telepon saje sebab tak berpeluang atau tak mahu bertemu muka. Jom kita buat cerita sikit la..
Macam dua org senget yg berkenal2 melalui forum atau blog. Memula email2 je. Pastu koling2. Mula2 koling lima2 minit sehari. Lama2 koling selang lima minit. huhu.. Masa ni sebenarnya dua2 dah ada rasa, tapi sapa yg berani nak mula cakap? Yg lebih berani akan tiba satu hari dia akan rasa tak keruan. Dia rasa teringin sangat nak naik taraf relationship. So, satu malam yg hening, dia pun dengan machonya cakap, sebenarnya dia dah suka, dan nak lelebih lagi. Yg tak berani plak, akan menyeringai kegembiraan sbb dia takyah nak jadi berani.. dah bleh dapat gelpren. yahuu!! (bunyinya macam kena kat diri sendirik aje nih... hahaha.)
itu kalau secara verbal.. secara fizikal plak?
Kalau fizikal plak, ada yg secara fizikal secara menggunakan jari sahaja, iaitu dengan menghantar email atau chatting la.. (apa? korg ingat guna jari utk apa??)
Ada jugak yg lebih bold and daring.. sepertimana Lara mula2 menyampaikan rasanya pada Dana. So sweet kan.. kissing gitu-gituan. aiyoyo.. bestnyerh!!
Kalau ada sesapa yg nak suruh aku pilih.. harus la ai yg ada batu dalam mulut ni suka yg fizikal. Dan sebenarnya majoriti (bukan semua... kot.) relationship aku sebelum ni, banyak yg termulai secara fizikal..
Memang la takde aku buat macam lara/dana, ataupun marina dgn jenny, yang berceom dlm toilet tu. Tapi.. mostly physical la. COntohnya, macam.. tetiap malam dok berborak sampai pukul 2-3 pagi. Pastu satu malam tu, baring makin rapat. Hidung bergesel dgn pipi... pastu macam ada satu renjatan letrik bzztt bzztt, yang menyebabkan bibir pulak bergesel dgn pipi, hidung, sesama sebibir. Dan sudah semestinya hari esok merupakan pagi yang nyaman dan indah. Dan malam-malam seterusnya menimbulkan ketagihan yang menggembirakan, a blissful addiction. kuikui...
Dua minggu lepas kising2 tuh, masing2 dump each other's girl/boyfriend, to be with each other. (macam kisah benar aje kan?) haha... such deja vu.. dan deja vu la jugak after few years together, aku dapat diminta supaya memutuskan perhubungan (agaknya dia pun dah bergesel2 pipi tanpa pengetahuan aku kot.. speku jgn tak speku.. mueheheheh)
Tapikan.. sebenarnya, tak kira lah cemana pun titik permulaan komunikasi di antara kawan menjadi kawen itu, kalau takde yg berani nak mulakan... takkan terangkat la perhubungan itu.
selama ni, aku beruntung, sbb biasanya my point of communication goes without saying any damn thing... ataupun, sebelum aku berani, itu worang dah berani dulu. Behold aku, budak kembang yg kecut.. huhuhu.
tapi kadang2, keberanian itu tidak boleh dilakukan... kerana walaupun hati dah suka tapi...
Sayang, sayang, sayang
Kamu sudah berpunya (or perhaps, aku... ataupun aku dan juga kamu.. hahaha)
tertutup sudah bagiku kesempatan...
hahahah... ailaik that song!
Waaa... entry harini melampau2 inner monologue nyer. Mcm byk je yg tersirat. Cheit!!!