Fuh... sangat lah heavennya apabila pada waktu pagi yg sejuk dengan hujan renyai2 seperti pagi ini, aku boleh bersarapan ubi rebus yg panas dan berasap2 dicicah dengan sambal tumis ikan bilis yg agak manis2 sedikit, beserta ikan sepat masin yg digoreng dan kemudiannya di perah sedikit limau nipis sebaik sahaja diangkat dari kuali. Kedengaran bunyi 'sizzle' sebaik sahaja jus limau bersentuhan dengan kepanasan ikan masin.. Aiyakkk... mateila merembes jus gasterku..
Tapi kekdahnya, boleh ke aku nak bersarapan begitu? Boleh tu mmg la boleh tapi kalau ubi kayu pun tak de kat umah tu, nak kena beli bagai, ditambah pula dengan terbangun lambat akibat overdos tgk dvd senget, tanamlah sahaja angan2 itu bersama dengan batang ubi di belakang rumah. mana tahu, kot2 boleh tumbuh ubi kayu tu. Di masa hadapan boleh la pulak bersarapan.. kan?
Wahwah... sukanya sekapal makan... huhuhu. Aku mmg sedia maklumi aku sangat sukai memakan. Dan aku makan keadaannya sungguh buruk kerana mulut berbunyi chompchomp sbb ai mmg teruja dgn kesedapan mengunyah makanan itu. Bak tagline di carl's jr... 'Its gonna get messy'... damn right it is. Mmg aku makan dgn keadaan messy. Tapi yg bestnya ada gak yg kata melihat aku makan sangat menyelerakan. Harap2 makanan tu la yg menyelerakan. Kalau lah org tu nampak 'aku' yg menyelerakan... ayoh! ke dalam! aku akan tunjukkan bulan dan bintang pula.. huahaha..
Ok.. cukup2 la nak berlagak tunjuk bulan bintang. Apa kau ingat kao bagus sangat ke kapal? Choit!
Berbalik pada topik sarapan pagi. Apa jenis breakfast yg korg suka?? Ada yg suka bersederhana sahaja, cukup setakat beberapa keping roti dgn diselet (bukan di-silet yea) dengan marjerin atau mentega. Dan air pada waktu pagi pula ialah secawan kopi hitam pekat dalam cawan berwarna putih. Bersarapan sambil membaca suratkhabar. Hmmm... tipikal macam dlm drama tv la plak. huahaha..
Tak kurang juga yg sangat berminima dlm bersarapan, seperti aku ketika di opis. Iaitu dengan tiga keping roti atau beskot holmil. Konon2nya nak diet la. Tapi apabila diredah makanan itu dengan secawan melo kow... celah mana dietnya? Celah keti? huhu...
Tapi sebenarnya, aku yg skrg dan dahulu ni, kalau diberi peluang... Takde maknanya aku nak bfast secara berminima nih. Sbb start dr kecik abah aku sangat lah suka bersarapan secara gaya bebas dgn menggunakan pinggan yg besarnya sebesar.. er.. pinggan. hehe... tambahan plak mak aku dulu tak kerja, so, kat umah dia asyik masakkk je. Itu pasal la tertubuhnya anak dia yg suka makan dan bolat cam guli bertubuh besar nih.
Biasanya sarapan pagi pilihan aku ialah makanan seperti nasi/mi/hun goreng. Ataupun the feveret malaysian bfast iaitu nasi lemak dgn sambai ikan bilis dan telo mata kobau. Lagi la plak kalau sambal tumis ikan bilis tu partner aku yg buat. Fuh! terangkat ekor mak beowolf aku.
Kalau aku tetiba nak makan roti yg sempoi. Feveret aku yg jarang boleh dibuat ialah roti bakar yg rangup2 itu di selet mentega dan ditopap plak dgn orange marmalade yg kepahit-pahitan rasanya. Uummpphhh.. nikmat rasa pahit dan lemak itu seperti pengalaman bercinta dengan.. err.. dengan.. ermm... perempuan. huuhuhu...
Ada masanya sarapan roti jadi tak sempoi sebab disertai dengan sardin masak sambal atau sosej atau telur hanco atau hash brown atau tuna+mayonis atau semua yang di atas.
Kalau pi sarapan kat kedai mamak plak, aku suka order roti telur bawang. Kalau setakat roti telur tapi takde bawang, apa kah maknanya? Langsung takde kemanisan kebawangan itu. Dan satu lagi aku suka mkn ialah roti bom yg takde gula. Tapi ini aku tak suka sgt nak order sbb biasanya si tukang tebar roti tu tetap jugak bubuh gula. diorg tak paham bahasa isyarat aku yg menggeleng tak kasi bubuh gula kot. Sebab geleng=angguk? Ntah. Tapi motifnya aku ni nak kurangkan gula lah dalam makanan kononnya... Diet kot.. (tak hengat ke... roti bom tu penuh kelazatan marjerin yg dibubuh tak ingat dunia..)
Sarapan oh sarapan. Sungguh aku merindui bersarapan di pagi hari cuti yang indah pada waktu yg sesuai. Huaaaa!! Benci la asyik bangun lambattt je time cuti2!