Pastu Bette jawab, Tina yg taknak. Tina taknak nampak macam pasangan normal (typical/stereotype/) yg lain. Dan sebenarnya bila Bette cakap masa tu, adalah sedikit sentap, sbb dalam masa yg sama, Tina yg takmo nampak normal itu sedang berpacaran sama itu mamat Henry. Well, how un-normal is that? huh..
OK.. skrg ni, mari bercakap pasal ketipikalan dlm perhubungan senget pompuan sama pompuan ni. Aku ni, macam poyo sket la kalau dlm relationship nih. Aku tak berapa reti nak conform dgn sorang yg lebih dominan, dan sorg lagi yg kurang dominan. Sbb tu la jugak kekdahnya aku suka cari pompuan yg ala2 ganas dan berdikari gitu. (Ye betul, kena berdikari ye cik bubuk..)
Kiranya, walaupun aku banyak mengumpul huruf A (A = Atas) di bawah meja, ruang tamu, bilik, tandas, bawah meja, blablabla... hakikatnya, aku takmau la plak jadik cam ala2 seorang 'kekanda' bagi pasangan aku, dan kontrol semua benda. Nak mintak dia report sapa yg berbual dgn dia, sapa yg dia call, sms, email. Lantak la, yg aku pasti, kalau aku percaya pada dia, seharusnya la dia balas kepercayaan aku tu dengan menjadi seorang yang boleh dipercayai. Kalau nak mencurang, ana kawen tigaa.. heyy!
Aku takde kuasa la jugak nak mendengar nak dia mintak izin aku setiap kali dia nak buang air besar, nak pakai baju seksi, ataupun nak kaler rambut. Sukati la. Cuma, sebagai pasangan, aku ada preference aku sendrik. Kalau aku kata, aku suka dia berambut kontot macam tomboy, aku cakap je la apa aku suka. Nak ikut atau tak, terpulang. Sendiri punya rambut, kalau ada kutu, tido la kat bawah.. kan? Karang menjangkit plak sama aku.
Mungkin jugak pemikiran aku jadik camtu sbb aku tak mampu la nak buat segala keja2 yg ala2 macho kat umah tu. Aku bukannya terer sgt bertukang, betulkan lampu rosak, mencangkul batas untuk menanam pokok, menukul paku. Sah2 la aku tak pandai bertukul dan dia lebih tinggi daripada aku utk membetulkan lampu yg rosak.. aiya..er... cuma yg pasti skrg ni, aku la tukang bunuh lipas dalam bilik air.. ahaha.. kesian lipas kena penyek.
Tapi kan, bila berpendapat sebegini, aku rasa, aku takleh mengelak jugak daripada merasakan yg adakah aku sebenarnya selesa untuk lari daripada tanggungjawab terhadap pasangan aku? Hmm.. pada aku yg pemalas ini, mungkin bukan lari, tapi harus sedar batas2 tanggungjawab terhadap satu sama lain.
Dan sebenarnya, aku akui jugak, my previous relationship, aku terlalu terpusing di dalam perkataan 'tanggungjawab' ini, di mana, last2 aku taktau kedudukan aku, dan aku makin jadi buat tatau, sehingga aku hilang kontrol dlm relationship tu, dan jadi la ai seorang yg kena suruh turun dari bas. Sbb aku sendiri tatau samada aku kondukter, ataupun aku drebar. Lastnya, jadilah aku seorang penumpang yg harus turun apabila tiba di satu destinasi.
So, pengalaman lama tu aku try utk jadikan sedikit pembelajaran apabila aku mula naik bas yg baru (baru = tidak lebih tua, huhuuu). Aku nampak banyak kesilapan lampau yg aku lakukan. Aku cuba nak belajar utk lebih bertanggungjawab dan juga boleh mengawal perhubungan aku. Apa yang pasti, aku bukan ingin menjadi seorang 'penjaga' yang boleh membantu mengawasi dan mengawal setiap urusan buahati aku.
Aku pun taknak jadi seorang yang sentiasa freak-out yg terlebih kontrol apa yg dia nak buat. Tapi aku nak jadi seorang yang dia hormati, dan seorang yg tidak ditakuti oleh dia. Aku akan rasa bahagia kalau pasangan aku bisa menceritakan apa sahaja yg dia rasa terhadap aku, dan apa sahaja perkara yang berlaku di sekelilingnya dengan selesa. Hatta perkara itu pasal pompuan kendu yg di fefeelingnya tetiap hari.. (kalau ai jeles, pepandai la pujuk kan..)
Dan aku pun takmau dia (atau aku) menjadi terlalu berani sehingga tak mahu bercerita tentang kerisauan dan juga perkara yang boleh menampakkan kami seperti takbest atau vulnerable.
Tapi ini aku dan jugak limitasi aku dalam berfikir dan juga limitasi berdasarkan kekurangan aku yang tidak mampu menjadi seorang penjaga nan tegar. Sbb itu la pemikiran aku terpesong ke arah sebegini. Dan aku pasti setiap orang ada preference yg berbeza dalam hubungan mereka, and that's what makes them suits one another. 'Nuff said...
Last sekali, aku nak quote apa yg Tara pernah kata pada Willow...
This is me. It doesn’t all have to be ‘good’ and ‘fine.’
This is the room where you don’t have to be brave.
I still love you.
If you’re worried, you can be worried.