huhu... empat hari aku tidak pegi keja. Yahuu! haha.. yahu hampeh la. Alkisahnya aku kedemaman sehingga kemaman. erk.. eh.. demam sampaikan hari isnin dgn selasa (semalam dan kelmarin) aku cam tak larat je nak pegi keja.
Yg bestnya, aku start rasa cam terdemam2 dari hari khamis petang lagi. Time tu aku dah start terasa hidung sama tekak aku seperti telah memiliki koloni bakteria. Tapi masa tu macam boleh diabaikan je la. Khamis malam tu aku telan panadol soluble dua bijik. Tido telangkup sensorang atas katil, so.. jumaat tu macam segar jugak la nak pegi keja, siap boleh hantar boo ke opis lagik.
Hari sabtu, kepala yg weng2 pun cam tak berapa jadi nak weng2 sangat sebab bangun tido tidak awal. Indah sungguh bila dapat menikmati pagi2 hari cuti sambil tergolek dok atas katil yang kemudiannya disusuli pula dengan acara rumah terbuka kat rumah pacik dak boo.
Masa open house tu makanan dia perghhh.. nasik beriani, roti jala, lemang, mihun sup dan jugak kekuih muih tempatan dan kebaratan. Tapi kan, aku ni almaklumla, kali pertama mengekor dia ke majelis2 keluarga ni, ada la agak termalu2 badak sket. Aku tgk si boo tu pun kemain best lagi berborak. Dia borak tak abis lagi, aku dah abis mkn sepinggan. Pastu niat di hati macam nak tambah, tapi aku tgk muka dia, yg masih berborak. Aku try la cuit2 tanya.
"Awk takmo tambah ke?" Aku tanya.
"Ish, taknak la. Yg ni pun tak abis lagi." Kata dia sambil menunjukkan ke arah pinggannya yg masih tak sampai separuh luak makanannya.
Aku yg masih berselera besar ni pun, dgn penuh malu, tak jadi la menambah. Walaupun lauk daging berianinya aisehmen bukan main sedap lagik. Tapi disebabkan tekak masih terliur nak makan. Aku bangun dan hamek plak roti jala. Aku tanya kat dia, nak ke roti jala. Dia takmo sbb masih lagi tak habiskan nasik dlm pinggan, sangkeng seronoknya berborak dgn kazennya yg bley tahan la jugak al-kendu. huhuhu.. erk..
Aku pun makan la dgn sedapnya roti jala dgn kuah kari. Sambil aku makan, sambil dia berborak. Aku habis makan, dia punya nasik tak abih2 lagi. Adeh.... acamna aku nak amik mknn lagi? Malu la. Last2, aku diamkan diri, tahan perut, togok je la air selagi termampu. So, lemang sama mihun sup, mmg ai tak tersempat menjamah. hahaha.. malu punya pasal. Lapar la pulok.
Balik dari umah pacik dia tu, kononnya nak pegi satu rumah lagi kat sg. buloh, tp panggilan Midveli semakin menjadi2 sehingga kami berdua kensel ke open house, dan akhirnya mengambil keputusan utk menonton wayang kat midveli.
Kitorg tgk cerita 1957:Hati Malaya hasil karya akak Shuhaimi Baba tuu... Fuiyo.. aku strongly suggest anak2 muda zaman skrg ni yang kurang mampu memahami erti kemerdekaan tanahair, harap tolongla tgk filem ni. Memang best! Aku yg hanya pandai teriak merdeka merdeka je, bila tgk cerita ni, barulah aku rasakan betapa payahnya kemerdekaan ingin dicapai, dan sesungguhnya betapa besar erti kemerdekaan kepada kita rakyat malaysia secara keseluruhan. Ada org tu siap hampir menitiskan air mata lagi time tgk movie tu. Sedih weh... Pegi la tgk. Cerita ni mmg bukan seperti cerita2 patriotik yg lain yg banyak main tembak2 dan rogol2 pompuan. Huhu... masa tu rasa demam cam terhilang la plak kan. Sbb seronok tgk wayang punya pasal.
Esoknya, hari ahad, mmg aku rasa badan aku panas satu macam je. Tapi aku gegehkan jugak meneman dia ke Central Market, beli barang opis. Tapi last2 ada jugak barang sendrik yg berjaya di customise dan dibeli. haha... yahuu..
Balik dr CM, badan aku mmg dah pijar. Kepala pun weng2 giler babas. Mlm tu nak pegi open house kat umah 'the boss' plak. Aku takbleh miss la open house umah diorg. Rugi la weh, mknn sure sodap. Jadi, mlm tu, berbekalkan kegegehan dan perut yg lapar serta semangat berkobar2 nak jumpa fellow sengetians, aku mmg berjaya la gegeh bawak keta kehulu, kehilir dan kembali ke rumah. Semangat tuu!!
Hasilnya, hari isnin pukul 5 pagi, aku dah terjaga. Badan dah panas macam.. er... panas la. Boo yg kebetulan tido kat umah pun terbangun sama dan tolong lap kepala aku dgn air sejuk. Yg bestnya, baik je dia letak towel ke kepala aku, tetiba aku terdengar suara org berdengkur. hahaha... Sampai tertido la plak.. Aku tak tergamak la nak mengejutkan dia. Sah2 macik tu pun penat gamaknya, seminggu tanpa henti mengulang pegi opis sampai ke malam2 buta. Harus la penat kan.. Huh... nama je lagi muda daripada aku. Acamna nih? hehehe..
Pastu, pukul 8 lebih, pegi klinik, dapat satu hari MC. Sepanjang hari aku hanya tidoooo je. Sbb termamai dek makan ubat selsema dan ubat batuk. Masuk hari Selasa, aku punya kepala pun masih weng2 lagi. Lantai kat umah nampak cam bengkang bengkok2. Aku jalan pun macam nak tergolek2. So, aku sendrik MC la hari selasa. Kalau dipaksa gak bekerja, sah2 la mmg payah nak kebah macam kedemaman masa time bulan poser haritu.
Hari ni, kalau aku apdet blog ni, harusla aku dah masuk opis kan... Tapi aku masih lagi mengambil keputusan untuk menjadi budak pendiam kat opis. Sebab suara aku macam musang tersepit kat pagar belakang rumah. Sungguh macho!! ahaha... itulah hikayat aku yg demam la pulok. Sabo je la korg baca entry aku nih...