October 26, 2007

Library oh perpustakaan negara.. Tolonglah ajar aku membaca.


Kerajaan Malaysia menggalakkan masyarakat Malaysia supaya suka membaca. Kalau pergi kat library negara tu, kemain byk lagi poster suruh org semua membaca.



Tapi kan... nak masuk dlm library negara bukanlah satu perkara yang mudah. Semua org yg nak masuk kena jadi ahli dulu. Kalau bukan ahli, tak boleh masuk membaca.

OK.. kalau nak jadi ahli, ini bebenda ini diperlukan.
  1. Isi borang pendaftaran. Borang perlu dibeli dengan harga RM0.20
  2. Hantar borang ke kaunter dgn salinan IC/Surat beranak/Passport. Kat situ pun ada perkhidmatan fotostat. Tapi tak ingat la plak aku samada benda tu free atau tak.
  3. Bayar RM1 utk pemprosesan keahlian.
  4. Nnt akan dapat Kad Pembaca, yang boleh digunakan selama 3 tahun. Lepas 3 tahun, kalu nak renew, kena bayar RM1.
  5. Kalau jenis yg suka bersepah macam aku nih, dan kad pembaca hilang dimakan kucing, kalau nak masuk membaca kena bayar denda RM5.
  6. Dah jadi ahli, tak semua buku boleh dipinjam bawak balik umah. Baca kat situ je la.

Banyak ke buku yang ada? Huhuhu... pegi dulu la kalau mau tau!


Anyway, apa yg aku rasakan tentang proses yang diaplikasikan oleh perpustakaan negara ini sebenarnya macam kureng boleh menggalakkan org2 pemalas seperti aku ni utk membaca dengan lebih gegeh lagik.

Sebab? Aku mmg manusia yang malas nak beratur, isi borang, kuar duit barang doposen pun, utk masuk ke dalam tempat yang aku pun taktau adakah berbaloi utk aku lakukan sedemikian. Ye la, sebelum kita mendaftar, bukan kita leh tau apa buku yg ada. Ada atau tidak buku yg dicari? Dan macam2 lagi la yg berpusing2 di minda skeptikal aku nih. So.. sebenarnya, pendapat peribadi aku, kalau perpustakaan negara yang membantu memperbanyakkan org membaca, kena la buat sket perubahan yg membuatkan org ramai boleh masuk, with no obligation. Diorg kena la tau kan, rakyat malaysia ni suka disuap, semuanya datang ke lutut. Tak ramai yg nak menapak utk melaksanakan perkara seperti membaca nih.

So, pendapat orang yg malas membaca macam aku ni ialah, perpustakaan negara sepatutnya tak perlu kenakan keahlian untuk sesiapa yg nak jadi pembaca. Maksudnya, semua org boleh masuk dan membaca. Tapi, keahlian adalah diperlukan kalau sesapa yang nak pinjam buku ataupun untuk mendapatkan akses kepada servis2 tertentu, dan juga akses utk membaca buku2 yg ala2 best2 gitu.

At least, bila org ramai boleh masuk, sesapa yg cukup sekadar membaca alakadar, takyah la jadi ahli. Tapi kalau masing2 dah teruja dengan ke'best'an membaca di situ, harus la teruja jugak utk jadi ahli, kan? Biasala rakyat malaysia, sesuai dengan papatah sendiri 'tak kenal maka tak cinta'. So, kalau nak kenal pun memacam protokol bagai, baik berkenalan dgn awek jepun yg bernama Kinokuniya, lagi kencang!

Hmmm.. itu lah dia perasaan yg dah lama aku pendam tentang ketidakpuasan aku kepada kempen mari mambaca nih. Dah tau org kita liat, why not make things easier?! Ini, semuanya mengharapkan kedai2 buku utk memberikan ruang kepada kita membaca dgn best. Even dgn limited space pun, ramai yg free reading, hatta sanggup duduk di atas lantai. So, betul ke rakyat malaysia tak suka membaca? kompius... heheheh

Ataupun.... library negara tak berani buat pembacaan free sbb depa tau, kalau semua org boleh masuk free, next time, depa dah takmo visit lagi dah sbb bahan bacaan tak banyak dan mostly outdated. Ke??

Sbb tu lah, last aku melawat ialah dalam tahun 2005, dan sampai skrg tak teruja utk melawat lagi. Acamna nak merealisasikan masyarakat membaca kalau satu medium yg kita harapkan pun macam takbleh diharap??

Cuma.. sekarang ni taktau la plak kalau2 buku dah bertambah banyak. Tapi kalau setakat ada pertambahan buku2 novel cinta melayu yg fefeeling terlebih tu... kem salam je la....

So, ada di antara korg pernah ada pengalaman pasal library negara ni? share la dgn aku ye... tengkiyuk!