Pagi tadi dalam keta boo tegor aku. Dia kata, dia baru perasan bulu mata aku panjang. Aku gelak je dengar. Bukan sebab aku pengguna tetap maybelline mascara long lash menyentuh langit.. Tapi sbb bulu mata aku sebenarnya tak panjang pun. Semuanya sebab ada kenangan di masa lampau di mana aku secara menyerupai sengaja telah membakar bulu mata aku sendirik. Puas hati mak! Tapi tolong la jgn tanya motif pembakaran... hehe.. Sapa tau, tau la.
Teringat pasal kenangan dan perkara lampau ni, tetiba harini aku terpanggil utk membelek email2 lama aku, terutamanya email2 dr mereka2 yang teringin nak join Sengetians. Sesapa yg tak tau, kalau korg nak masuk sengetians, harus la diinterbiu oleh makgad (huh, macam makgat beskal la plak..) heh heh..
Ada di antara member of sengetians yg beruntung, sebab depa merupakan burung2 awal yang boleh terus masuk ke dalam tanpa melalui mana2 makgad. Almaklumla, masa tu pondok gad pun tak setup lagi kan. Harus la sesapa nampak pintu masuk aje le. Dan beburung awal ni kebanyakannya para sengetians yg mmg kengkawan aku, dan jugak pembaca setia blog uL. heheh
Tapi selepas pondok gad siap, kena la interbiu sebelum masuk. Soklan2 interbiu, tak guna la nak bubuh kat sini. Kalau aku berpuashati, aku akan kasi terus masuk. Kalau soklan tak mengikut skema jawapan, aku interrogate lagi dan lagi. Tapi ada jugak yg aku sergah sekali je dah bleh lepas. Betul tak payid? hehehe..
Ada jugak di antara yg join baru2 ni, yang juga bernasib baik. Sbb tetiba ada geng2 yg rapat dgn aku tetiba sms..
"Kapal.. budak nama ***** ni aku kenal, kau aktifkan la dia masuk sengetians."
Kalau camni, aku pun tak interbiu la. Sbb aku cam pepenat gak la nak menaip kan. W/pun ada sesetengah tu yg membuatkan aku cam sukaaa plak nak menaip dan berbalas email. So, aku tanya la lelebih sket. ahahaha.. Sapa2 yg aku tanya cemacam tu, maksudnya aku suka kat korg la tuh.. aiyoh! mateila pendedahan. alalala...
Ada jugak tu, aku dah jenuh interbiu, jawapan tak memuaskan sampai aku dah pening tatau nak tanya apa lagik, sekali tu ada la email dr org yg aku kenal..
"Kapal, tolong aktifkan budak nama ****** ye, dia tu gelpren saya."
Ler sabo je la. Malu2 plak mika2 ni nak mengaku gelpren mika awal2 ye? heheh..
Tapi kan, apa yg paling interesting time aku belek2 balik ialah mengimbau kembali kenangan sewaktu pertama kali berinteraksi dengan ahli forumer. Ada di antara yg aku interact tu, dah jadi geng kamcheng lagik. gegelak sesama sambil fefeeling mabuk2 gitu. heheh.. Masa memula berbalas email, giler skema.. hehehe.. lawak lawak.
Di samping itu ada jugak kawan yang sudah menjadi tak kawan. Semuanya atas pelbagai insiden yang berlaku selari dengan putaran masa. Ada yang dulu hanya insan biasa, tetapi sekarang menjadi istimewa. Tak kurang juga nama2 yang telah lama giler tak nampak dalam forum, walaupun beremail2 mesra dengan ai dulu. Auw!
Whatever it is, mmg satu pengalaman yg menyeronokkan utk aku berkenal2an dengan bakal sahabat/kawan yang kesemuanya bisa memberikan warna di dalam kehidupan aku, dan juga kehidupan orang lain. Walaupun kadangkala warna hitam yang terpalit di dalam kehidupan kita itu.
Pokok pangkalnya, kita tau siapa kita, dan kita harus sedar, setiap orang yang dewasa (akalnya) boleh mengerti bahawa dia bertanggungjawab di atas setiap perkara yang berlaku ke atasnya. Orang/benda lain, hanyalah perantara yang membantu kita dalam membuat pilihan.
Pointing fingers solves nothing,
Wake up, tho it's hard.