Fuh! Semakin hari nak raya ni, semakin byk plak keja aku. Pening sungguh. Hari ni sungguh2 aku rasa macam mabuk kenderaan. Semuanya cam weng weng weng... Nak termuntah pun ada. hehe
So, esok aku start cuti. Lepas settlekan beberapa perkara kat sini, aku balik kg dah hala ke petang dgn adik aku. Seriously, aku tak rasa macam nak beraya sangat tahun ni. Tak tau la kenapa. Rasa malas je yg lebih. Dan rasa macam... apa ada di hari raya, kalau masih ramai org di sini yang masih tidak mampu merayakannya dengan ganas sebagaimana majoriti yg lain. So... ntah la.. tetiba terasa cam poyo2 dan pedih2 dan pening2. hehe... adalah seharusnya aku dicampakkan ke negara lain supaya mood raya lebih terasa meriah. hmmmph..
Ramadhan tahun ni, pun takde pape yg aku buat yg boleh aku banggakan. Setakat aku berjaya masak je. Aku tak berjaya pun untuk melakukan banyak perkara yang biasa aku lakukan semasa Ramadhan sebelum2 ini. Terawih pun ada yg tuang2.. argh...! Apa yg aku buat? Melangut, tgk tv, baring, berfikir tentang apa dah jadi pada aku sebelum ni. Even malam tadi aku ternangis depan boo apabila mengenang kembali apa yg dah jadi pada aku sebelum ni, dan segala kekurangan yang aku pikul sampai sekarang. Gembeng la pulok.. heheh.
Apa2pun, bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya. Tak kira la korg sambut dlm keadaan best gaban, ataupun secara ala kadar sahaja. Yang penting semangat kerayaan itu merupakan sesuatu yg abstrak yang sukar untuk ditentukan apa yang betul, dan apa yang salah.
Aku nak mintak maaf juga kepada korg2 semua, yg baca blog aku, dan jugak yang selalu berjumpa dgn aku. Ampunkan segala perilaku dan tutur kata aku. Ampunkan juga segala kekurangan yang ada pada aku yang menjejaskan kehidupan dan perasaan korang. Sesungguhnya aku hanyalah manusia yang masih lagi menggapai mencari makna kehidupan untuk diri aku sendiri.
Aku juga tahu, akan ada individu yang takkan maafkan aku, di atas perilaku aku yang pada pandangan mereka adalah keterlaluan. Dan, kemaafan bukan satu perkara yang boleh dipaksa. Aku lebih percaya pada keikhlasan dalam memberikan kemaafan. Sekiranya keikhlasan itu masih belum tiba, biarkan sahaja. InsyaAllah satu hari nanti hati akan berlembut dan melakukan apa yang sewajarnya. Begitu juga aku, yang masih belum mampu mencapai keikhlasan dalam beberapa perkara. Oleh itu aku biarkan sahaja masa untuk menentukan segalanya.
Akhir kata, selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga panjang umur kita berjumpa lagi selepas raya ini ye.
Wassalam..
*apehal la aku fefeeling syahdu nih??!! ish..*