November 30, 2005
An interview with a Harry Potter fan la plak...
nota selepas intro; sesiapa yg tak minat Harry Potter mungkin tak berapa paham maksud tersirat dan tersurat dalam interbiu ini, maka adalah dinasihatkan supaya toksah baca kalau taknak panik
Rita Skeepalter:
Kenapa kau mengaku minat harry potter? gila glamer ke, ataupun saja taknak tertinggal kapalterbang?
Sekapal-minat-Delacour:
Sbb aku mmg suka magic2 nih. Lagipun aku dah tolong bagi duit kat akak JK Rowling tu, salah ke kalau nak minat?
Rita Skeepalter:
Semua2 buku harry potter dah abih baca la ni?
Sekapal-minat-Delacour:
yg last tu tak baca lagi la, pasal takde duit lagi nak beli. Sbb kena bagi duit raya, beli pintu keta, beli ubat sakit mata, bayo duit parking, balik kg...
Rita Skeepalter:
Sapa plak tanya duit kau pegi mana... Nih, cerita Goblet of Fire dah gi tgk ke belum?
Sekapal-minat-Delacour:
Sudahhhhhhh... pegi tgk kat pawagam yg langsung tak glamer. Kalau tgk kat tpt yg glamer2 tu, haus tapak kaki nak beratur beli tiket.
Rita Skeepalter:
Heish.. bagi pendapat keseluruhan pasal movie ni dan cuba bandingkan dgn movie2 yg lepas2. Ringkaskan pendapat anda tidak lebih dari lima ratus patah perkataan.
Sekapal-minat-Delacour:
Wah... macam soklan nak dapat hadiah MyVi la plak. Pada aku movie kali ni gempak gaban sbb set2 yg dibina dan digunakan mmg giler best. Tgk je la masa Quidditch world cup tu. Stadium dia.. felemek... mmg terasa cam real. Mengalahkan sukan olimpik gayanya. Pastu tpt Harry lawan dgn Hungarian Horntail tu pun cam real2 je.
Lagi satu saya suka cara diorg tunjukkan durmstrang dgn beauxbaton dtg ke hogwarts. Tetiba rasa cam... waaahhhh, selama ni cuma boleh imagine je, tapi kali ni boleh tgk real2 punya! gempak, mmg gempak.
Kalau nak dibandingkan dgn movie2 yg sebelum ni, aku tak rasa aku boleh bagi jawapan la. Sbb Goblet of Fire adalah cerita Harry Potter yg mmg menjadi feveret aku. Dulu kini dan selamanya. So, kompom la aku kata Goblet of Fire ni yg terbest sekali, dua kali dan berkali2. Sebabnya ialah kerana keseluruhan jalan ceritanya penuh dgn suspens dan mendebarkan.
Rita Skeepalter:
Ke... kau berdebar sbb benda lain nih??
Sekapal-minat-Delacour:
haha... tu tak dapek nak nolong ah. Masa aku dok baca buku , mmg aku berdebar2 bila baca nama Fleur Delacour. Aku dok bayangkan musti dia ni cun tahap langit ke tujuh.
Rita Skeepalter:
Abih tu bila dah tgk pelakon yg bawak watak Fleur ko berdebar lagi tak?
Sekapal-minat-Delacour:
Kureng dedebo sebenarnya. Sbb dia yg aku bayangkan lebih cun dan lebih mengancam hubungan dua org kekasih. Takpe le.. biarlah aku gunakan bayangan aku sahaja utk membayangkan fleur yg mengancam itu... awwwwwww *starry eyed la plak*
Rita Skeepalter:
Selain dr kekurang-ancaman Fleur apa lagi yg kau tak berapa puas hati pasal filem tu kalau dibandingkan dgn buku?
Sekapal-minat-Delacour:
Aku tak puas hati sbb diorg letak Padma Patil kat gryffindor. Mana ada!! Padma budak Ravenclaw. Parvati je yg Gryffindor dan selalu berdua2an dgn Lavender Brown *ehem ehem*
Lagi satu aku tak puas hati pasal engkau tak jadik kumbang.
Rita Skeepalter:
Leceh ah kau ni. Camna nak bagi kau puashati?
Sekapal-minat-Delacour:
Aku bleh puas hati kalau kau jadik kumbang! Nah! hamik kau. 'Avra kakumbang'!
*blingggg.. kuar cahaya dr wand aku*
Rita Skeepalter:
bztttt bzzzttt
Sekapal-minat-Delacour:
Muahahahaha! Sekian interbiu oleh aku, dgn aku. Kalau sesapa nak tgk Goblet of Fire tapi taknak beratur pjg, sila lah ke warta bangi ataupun galaxy ampang ataupun ke amcorp mall. Kalau tak larat nak tgk movie, pegi baca buku yg sebanyak 734 mukasurat tu. Kalau malas jugak, lawatlah laman web ofisyel Harry Potter: www.gobletoffire.com
Kalau malas jugak, meh teman aku tido..
Makcik sungguh marah….. ngamuk sikit… Huwaaaaaa!!!!!!
This morning I received a call from this JKLMN University telling me that they already short-listed me for an interview for “Rancangan Latihan Kakitangan” . First I was so excited knowing that I can proceed my master and PhD because I already submitted my application and my proposal before I actually decided to come back to KL. But then I realize that…; true, I’ll spend four years in Australia to complete my study but I’ll be back to the campus and proceed my entire life there and continue the saga??? …. Mmmm I don’t think so.
Tetapi, yg I benci ialah, dulu aku beriya nak tak nak kasik, la ni aku dah suka apa yg aku ada, baru terhegeh hegeh nak panggil. Dah la tarikh tu aku ada training menarik kat tpt best. Kalau aku tak gi training tu apa aku nak jawab kat boss mat saleh aku tuh? Sah mamat tu cekik aku. Aku jumpa HR, dia kata “U biar betul, nnt U kena menghadap pak cik tu, training tu dah ler mahal U” … ceh … keadaan poyo yg aku gilerrr benci…. BLUEEEKKKKKKKKKKKKK !!!!!!
Aku akan tolak dan aku akan teruskan dgn apa yg aku ada je la.... rezeki tu akan ada di mana mana. InsyaAllah.
-leen-
November 29, 2005
I Had Been Hungry All The Years
My noon had come, to dine-
I, trembling, drew the table near
And touched the curious wine.
'T was this on tables I had seen
When turning, hungry, lone,
I looked in windows, for the wealth
I could not hope to own.
I did not know the ample bread,
'T was so unlike the crumb
The birds and I had often shared
In Nature's dining-room.
The plenty hurt me, 't was so new,--
Myself felt ill and odd,
As berry of a mountain bush
Transplanted to the road.
Nor was I hungry; so I found
That hunger was a way
Of persons outside windows,
The entering takes away.
Poem lyrics of I Had Been Hungry All The Years by Emily Dickinson
kepada sesiapa yg dah baca Curious Wine... ehehhee best tak citer tu? Kepada yg belum baca, kalau jumpa buku tu sila lah baca...best giler...
-leen-
Tentangan polis angkasa gaban *0.005 saat utk tuko baju*
Itu adalah snippet dr entry yg ditulis oleh dik pires kita pada hari sabtu yg dia keja. Aku tetiba rasa cam terlebih terberkenan la plak dgn ayat dia tu. (Er.. pires, kalau u rasa entry ini mengganggu hak berkarya u, sila bagitau, entry ini akan dinyahkan secepat mungkin.. boleh gitu?)
Bila terbaca entry ni aku mula merasakan bahawa sekiranya lebih ramai org yg tidak tahu akan hubungan kita, hubungan tu akan jadi lebih selamat. Kiranya, takkan ada mata2 dan hati2 yg sanggup menentang dan mengganggugugat hubungan tu. So, skrg ni kalau ada yg mmg merahsiakan hubungan chenta yg mula berputik dan taknak org lain tahu, mmg aku paham la kenapa. Kalau nak dikirakan aku dulu pun merahsiakan hubungan aku jugak. Cuma aku dgn dia je yg tau. Tapi semenjak bermenjak2 ada blog ni, hubungan kami bukan rahsia lagi. Kira cam 'cintaku bukan di atas kertas' ler...
Bagi sesapa yg tgk cerita The L Word, peratikan je la carta si Alice tu. Betapa komplikatednya hubungan dan wayar2 yg menyambungkan insan2 yg mengaku diorg tu perempuan senget. Kekomplikatedtan ini rasanya disumbang jugak oleh kekomplikatedtan orang perempuan.
Aku dan chefD pernah la dolu2 terberbincang pasal benda nih. Dan kesimpulan yg kami dapat ialah, lesbian ni mmg bermasalah kalau dah terkeluar gobok dan bersosial, sbb semua orang berpotensi jadik kawan, dan jugak berpotensi jadik partner. Ye la, kalau hubungan yg 100% stret tu, setakat suami berkawan dgn suami, atau isteri berkawan dgn isteri, takkan la plak membibitkan bunga2 chenta kan.
Kita ni plak bermasalah sket, meh aku bagi contoh. Aku berdua dgn ChefD. Kitorg baik dgn kawan lain yg jugak dah ada pasangan. Kiranya kitorg ni berempat mmg berkawan. Tapi di samping berkawan, masing2 juga boleh berkapel. Cam kitorg semua berpotensi utk berkapel dgn tiga orang (termasuk kapel sendiri ler). Jadik kalau nak main kayu tiga, takyah la tgk jejauh.
Itu baru dua kapel berkawan. Kalau dah sampai delapan puluhan kapelan? tak ke kita semua mengexpose diri kepada satu market yg sungguh besar populasinya. Dan semua ahli populasi itu berpotensi utk jadik partner kita. Hmmm.. ramai tu. Sesapa yg mudah gegerrr.. mudah la rambang mata. kan kan? Dan bila dah reramai ni plak. Ada la yg kata 'dia tu tak cukup bagus utk engkau', 'pilihlah aku jadik pacarmu', 'aku sanggup undur diri demi dia dan kamu', 'kalau kamu kawan dia kami tak kawan kamu' dan macam2 ucapan2 bermadah lagi la yg boleh keluar dr mulut setiap org.
Tapi kalau sekali baca entry aku ni, ada rasa cam.. baik laaaa kita ni takyah berkawan dgn org yg sama2 senget. Supaya org tak tau hubungan kita, dan takde la tentangan yg boleh wujud. Tapi sebenar2nya hakikatnya tentangan tu boleh ada di mana2 saja, pada bila2 masa. Contohnya cam aku ni ha. Tentangan tiba sewaktu kami masih menyorok dan jugak selepas kami mengaku berkapel.
Sebagai penutup entry ni, kita kena bijak mengawal dan memilih keadaan. Kalau rasa hubungan tu dah mmg susah nak jadik. Tak kisah la ramai yg tau ke, atau hanya kita berdua manusia yg tau.. apa nak jadik, tetap boleh jadik. Jangan la plak hakikat tentangan ini dijadikan alasan untuk kita semua taknak berkawan-mawan plak. Manusia ni kan ada naluri nak bersosial. Jgn la plak sesiakan naluri tu.
Pokok pangkalnya, tgk diri sendiri dan tgk org lain tu. Kalau rasa2 ada yg boleh menjadi tentangan, jauhkan diri anda. Kalau rasa2 ada yg boleh dibuat kawan susah senang, kawan je la. Tapi la, aku rasa, adalah lagi best kalau biar lantak org lain nak buat apa, dan lantak kita la nak buat apa, janji aku tak kacau kau, kau tak kacau aku dan kucing2ku.
Sekian aku merapu... *pening baca entry sendirik* weng wengg
November 24, 2005
Kalau suka mkn epal jgn kawin dgn doktor
Sbb tak serapan, maka aku terpaksalah mkn tghari. Dan tau2 je la kat kl ni mmg harga serapan jauh lebih murah bbdg harga mknn tghari. Mmg boleh la dikatakan duit aku keluar dgn laju, sebagaimana lajunya bunyik gendang dlm perut gendut aku. Lagi la dah tua2 nih, kalau tak mkn je, kepala pening, malas keja dan cemacam lagi lah yg jadik. Kiranya, selagi perut tak ketat, jgn harap otak nak jadik center.
Tapi masa memuda dulu takde la teruak sgt camni. Aku ingat lagi masa aku attend kursus bahasa inggeris selama bbrp bulan kat tanah melayu dulu.. (ni flashback nih!!). Masa tu mmg boleh la dikatakan kocek selalu nipis, sampaikan nak mkn mi mamak yg sedap giler harga duainggitsetengah pun berkira2. Dan selalunya pilihan utama mkn tghari aku ialah sebijik epal yg dijual kat kedai bwh umah dgn harga limosen sebijik. Tapi yg peliknya, w/pun tu je yg aku mkn, bdn ni takde gak kurus... maintain boolat. Apa rahsianya?? Aku pun tak tau.
Terlanjur bercerita pasal epal ni, ada pepatah omputeh pasal 'sebijik epal sehari menjauhkan diri anda daripada doktor'. Kalau nak kira mmg pepatah ni terbelit sungguh. Patutnya kita tukar je drpd perkataan pepatah jadik pembelit. Baru kow! haha.. Tapi apa2pun ini menunjukkan buah2an tu berkhasiat, dan korg takleh la sakit2 kalau mkn buah. Tapi kenapa buah epal??? Kenapa bukan buah lain? Anggur ka, oren ka, blek karen ka, ataupun temikai??? (buah2an tempatan takleh la masuk sekali, pasal ini pepatah-belit omputeh..).
Menurut Persatuan Epal Amerika Syarikat (jgn kata aku tipu, mmg ada persatuan nih..), epal ni bagus dimakan disbbkan oleh khasiat2 seperti berikut:
- Takde lemak dan kolesterol - takyah la takut gemuk
- Takde sodium/natrium - darah takleh naik tinggi2
- Byk serat - berserabut tinggi, sonang nak 'membazir air bbnyk'
- Kaya dgn antioksidan - sesuai utk org yg taknak kena kanser dan nak kulit gebu cam orang kulit gebu.
- Antara sumber terbaik galian yg dikenali sebagai boron (bukan boroi..) - baik utk kesihatan tulang.
- Byk fruktos dan bukannya glukos, so, susah sket la nak gemuk.
Di samping khasiat2 tu, ramai lagi la para pengkaji buah epal yg mengaitkan bahawa epal adalah baik untuk mengelakkan penyakit2 cam asma, sakit jantung, kanser peparu dan ada la jugak bbrp penyakit. Maka, makan la epal untuk mengelakkan dr kena penyakit. Tapi kalau suka amik MC mcm aku nih, toksah mkn selalu la. Karang sokmo sihat, tak best gak, pepenat je kompeni bagi allocation utk MC dan medical benefit, tak dapek digunakan, pasal tak pernah sakit.
Tapi kan, omputeh giler2 la buat kajian pasal kebaikan buah2an diorg ni. Pastu dok publish memana, pastu ajak kita ramai2 gi makan buah2 nih. Org2 kita takde ke nak buat dan membesar2kan khasiat dan kebaikan buah2an tempatan?? Contohnya cam rambutan tu, mmg lah berserat tinggi, dah nama pun rambut.. kan? Kalau lah ada yg nak buat kajian boombasstick pasal rambutan, ataupun rambai (yg boleh dimakan dgn bijik2nya), mesti pengusaha rambutan dan rambai akan menjadi kaya, sekaya tokei2 kebun kelapa sawit..!
heheh...
November 21, 2005
Drpd hidup dlm bayang2 sendiri, baik hidup dlm rumah.
Tapi kalau nak dikirakan ketagihan aku terhadap internet sekarang ni jauhhhhhhhh lebih baik drpd dulu. Bayangkan la masa aku memula keja dulu, kalau time keja tak ada, aku boleh dtg opis semata2 utk chatting sahaja. Tapi tu zaman moda2 dulu, skrg ni dah ok dahh. Aku ni skrg dah sikittttttt lagi nak masuk 28 tahun (kenapa?? ada yg tak caya ke???). Dah tua, berenti2 la ketagih tu.
Ni nak cerita sket, masa aku ganas berchatting dulu, mmg aku bawak banyak ketidakjujuran. Lagipun masa tu org ramai kata, 'Ala, chatting, kita tipu je la sesuka hati kita.' Maka aku pun meneruskan membuat kawan tanpa memberitahu jantina aku. Dan oleh sebab itu, ramai la yg membuat kesimpulan aku ni lelaki, sbb aku kemain mudah lagi mesraaa dgn pompuan. Dan kalau dgn lelaki tu, mmg.. er... taste kureng..
Memula aku rasa.. aku tak menipu, cuma taknak mengaku je. Tapi bila dah ramai yg anggap aku lelaki, ada yg akan tanya... 'Tak gi semayang Jumaat ke?'. Maka dari kes sekecil soklan2 poyo tu, dan kegatalan aku nak menjaga status kengkononnya org baik, so time semayang Jumaat aku pun tidak akan masuk ke chatroom tu. Cas baik la konon.. kan! Dan sebenarnya itu secara tidak langsung membuktikan aku telah menipu dgn mengaku aku ni lelaki.
Dan sbb kegatalan aku, dapat jugak aku mengayat sorang budak pompuan ni. Memula sikit2, lagi lama cam dah lebih2 aku dan dia saling layan melayan. Layan punya layan... kira dah hampir2 tahap menyangkut. Dan aku masih lagi hidup dalam penipuan dgn budak tu. tapi aku rasa sebenarnya yg aku kelentong cuma lah jantina sahaja.
Pastu, bak kata omputeh, 'one thing leads to another' dan 'kita takleh tutup lobang kalau dah nak terbukak'. Lagi lama lagi banyak soklan yg dia tanya dgn aku. Dan demi memastikan rahsia aku yg satu tu tak terbukak, aku akan try tutup lobang sana, tutup lobang sini. Sampai satu tahap aku rasa dah tersepit. Bukan setakat tersepit, malahan dah terbelit2. Sampai aku pun rasa cam... mmg takleh jadik, dah terlalu banyak aku kelentong org yg buat aku gembira dlm chatroom tu.
Benda tu buat aku sakit kepala. Nak lari, takut hilang kawan. Nak bgtau yg sebenarnya.. berani kah aku. Last2 aku rasa sungguh tak larat nak bikin cerita tipu2 pasal diri sendiri dan aku mengaku kat budak tu yg aku ni sebenarnya pompuan. Dan mmg aku dah menyentuh saraf kemarahan dan kesedihan dia. Nak buat camno. Aku dah tak larat nak tipu dah. Mmg bebetul tak larat. Tapi lepas aku mengaku tu, dia masih sudi menerima aku, agaknya kalau lagi melarat2 aku kelentong dia, mmg ntah2 aku kena maki je balik dgn dia.. ngeri jugak tu.
So, dr kes sempoiyo yg aku sendiri eksperien nih, mmg aku rasa honesty is the best policy. Sampai bila nak terbelit dlm cerekarama yg dikarang sendiri dan yg tak diketahui apa kesudahannya. Dah la sakit kepala mengarang cerita, ada sedikitttt bunyik kat hati ni yg bercakap 'kau kelentong org yg buat kau gembira????!!!' sampai bila nak hidup dikejar bayang2 sendiri kan.
Ish, tapi kalau la bayang2 aku boleh kejo aku, mmg sah aku lari.. takut beb!! heh heh, tapi kalau mak aku yg tanya aku senget ke tidak, mmg aku takkan berlaku jujur la, pasal aku taknak mengaku. taknak! taknak! kesian kat diorg kalau diorg tau. Kesian kat aku jugak nnt. Silap2 takleh balik kg raya. Mano den nak poie... Beraya kat dlm kapalterobang la gamaknya.
November 17, 2005
Makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena...
Sbb keterbizian ni jugak la semalam aku kena pegi opis malam2 dan balik lagi tiga jam sebelum subuh. Ngantuk giler gaban. Yg kesiannya partner aku la. Dia dok mengadu yg dia takleh tido pasal aku takde kat sebelah dia. Awak ni pun chefD, bila kita balik kg masing2 pandai plak tido sensorang ek? hehehe.. :p
Itu la bahana yang jugak ketara bila kita dah dok sesama dgn partner kita. Bila salah sorang lambat balik, yg sorang lagi dah susah nak tido. Kan dah membazir waktu tido bbrp jam. Cuba kalau mmg duduk jejauh, masalah susah nak tido kalau partner kita takde la teruk sesangat.
Dan sebenarnya ada bbrp lagi hal yg boleh membuatkan seseorang yg dok sesama tu rasa tak berapa best. Contohnya perkara2 tu adalah seperti di bawah:
* Terpaksa menahan idong sbb selimut berbau taiger bam.
* Sakit mata (aik, cam pernah kena je..) bila ada pertandingan mencari stokin tersembunyi
* Gobok ada satu dan penuh, sbb baju utk dua org semua sumbat dlm tu. Dah la org pompuan ni byk baju... ish ish.
* Kesabaran sentiasa teruji bila tiba waktu pagi dan kena mengejutkan pasangan kita yg keliatannya bangun tido mengalahkan dodol tak jadik.
* Jumlah baju yang kena dibasuh (samada besar, kecik, tua dan muda), semuanya jadik double. Itu tak termasuk baju yg dikotorkan oleh haiwan kesayangan tuh!
* Ada masanya baju kita akan didye ke warna lain akibat kelalaian tukang rendam baju.
* Tahan telinga bila partner kita bercerita tentang bebenda rumahtangga yg ala2 rahsia tapi seronok tapi malu, kat org lain.
* Terpaksa ikut makan, (w/pun dlm keadaan berdiet) kalau dia nak makan, dan tak lalu makan kalau dia takde.. hmmm, ironik sungguh.
* Tabley ada can nak berkoling-moling dgn awek2 lain kat umah. hehehehe..
Tapi bila dah tersangkut dok sesama ni, takleh nak buat apa, pasrah je le... dan bersyukur la dgn apa yg ada. mueheheheh...
Amaran oleh keRAJAan Kapal: Mengumpat pasangan serumah anda juga boleh mengakibatkan tido beralas lantai dan bercakap dgn dinding.
November 16, 2005
Ada apa dgn umur…
Sebenarnya aku tercetus nak tulis pasal umur ni sbb semlm barulah pertama kalinyer aku berpeluang melawat byk blog kgkwn yg lain. Anne, Is, semlm baru first time saya jenguk blog awak. Menarik, kamu berdua mmg romantic to each other. Auuwww. Semlm juga pertama kalinyer aku membrowse byk blog blog lain. Daripada pemerhatian aku, aku rasa ramai bloggers yg mcm “kita” ni still at their very young age. Some of you guys are still in secondary school. I was shocked. For few reasons la, pertamanyer, sungguh celik IT muda mudi sekarang ni, blog pun not bad, byk yg even better compare to even this plain blog. But the fact yg memeranjatkan ialah di usia semuda ini mereka telah tahu yg they are “different”. Rasanyer ramai yg dah tahu yg kami berdua ni dah reaching 30. Yes friends, we are. Mmg age tu tak le penting mana, tapi utk yg muda muda ni, kejarlah dulu cita cita, be someone and please prioritize your objective in life. Enjoy boleh, main boleh, tapi don’t forget your responsibility not to other people but firstly to yourself. Think, in 20 years time, where will you be? Who will you be. Set your target clearly and do your best. Then you will have a good life in 20 years time. I am sure you know what is best for yourself.
That is actually not my main point. My point is that now I realize how old I am and as a person this age there are few things that I already did in my younger days and no longer feel the enjoyment or the euphoric feeling of doing it. These are among a few:
1. No longer feel the joy to fool around – kalau dulu seronoknyer tipu tipu sana sini menyamar la apa lah kat online life. Now? No more. Dah malas. I don’t mind people know the real me, nak terima terima lah… tak nak pun tak per. At least I have few “true friends”, yeah hopefully.
2. No time to allocate for complicated things - kalau dulu boleh la, kengkonon nak jadi Nancy Drew ker utk menyiasat bebenda yg nampak blur. Nak tgk org caught red handed ker, nak katoi kan org ker.. ada rasa seronok. But now, no. I don’t have time for all these. Now I want something clear, tak de dolak dalik apa ker. I know sometimes ppl have their own reasons ker apa ker, but skrg I don’t have the excitement to explore. For me now, “black” is black and “white” is white. I think I am just too old for “grey” area.
3. Dulu kalau ramai peminat, suka, rasa glamer. Skrg, I rasa dah tak larat nak memeningkan kepala utk bebenda tu. I already have a partner and I am very happy. Dah la tu. Byk lagi perkara lain yg memeningkan kepala. Contohnyer kucing I membebel dan kerenah kerja yg entah apa apa entah lagi (betul lah Is, kita ni mmg dah tua lah kot).
4. Kalau dulu berjln tu kalau adventurous seronok. Camping di tempat mencabar seronok, baru lah feel. Skrg, bercuti maknanyer cutila. Nak rileks, rehat, segalanyer senang. Enjoy enjoy, mkn lepak dgn geng, lepak lagi, borak dan tido. Guys, the weekend was great. It was awesome.
aD, Anne, Is, uL, nnt kita gi Sabah nak (before kita plan gi lebih jauh)? Tak de makna nak daki gunung, lepak Kinabalu park aje lah yer. Makcik dah tua dah tak larat dah.
Last but not least, whatever it is, pesanan I utk diri sendiri je ni "dah tua tua ni toksah lah nak wat perangai muda mudi" kpd my significant other. Saya tahu saya ni dah tua, tak yah ingat saya nak buat perangai memuda saya tu, saya dah penat.
Thanks to be the one next to me through my ups and downs, through my young and old days, thanks for the patience, I appreciate it so much eventhough I am not good at saying or expressing things but just to let you know that you mean the world to me. :-)
Aku mmg lebih suka bihun drpd mi
Masa belajar dulu kalau tetiba rasa letih ke, malas ke, nak tgk wayang ke.. takyah je la pi kelas. Takde la rugi apa pun, cuma tak dapat dengar lecture je la. Dan kengkadang tu boleh ter miss soklan bocor dan boleh jugak membawak kepada huruf2 keputusan peksa yg bukan A, B maupun C. Tapi, teruk sangat ke kalau tak lulus peksa?? hehehe.. itu tanya diri sendiri la yea.
Aku masa kat sekolah dulu takde la selalu fail, dan tak jugak selalu dapat huruf A, ataupun B. Tapi tu yg takbest tu. Sepatutnya masa sekolah2 la time nak score A seme2 kan? Pastu bila aku belajo lepas sekolah pun, aku takde la terer mana.
Memang menyedihkan la jugak bebenda sekolah ni. Aku tak dapat belajar bebetul dan jugak tak dapat merasai apa yg dirasakan sebagai seorang pelajar yg bagus. Sbbnya.. hehehe.. korg semua pun dah tau kan, sbb aku ni gatal cepat sangat. Kiranya bila dah masuk form 5 tu kengkonon dah ada steady la gitu. Pastu masa belajo lepas sekolah plak, aku dah serius dgn chefD.
Bercinta zaman remaja ni mmg poyo sket. Salah sket nak jeles. Pantang ada masa+duit, sokmo nak pegi dating. Pastu chenta sana, chenta sini, nyohnyeh sana, nyohnyeh sini. Memang tak mecet langsung lah! Sbb tu jugak la kalau sesapa yg kenal aku time form 5 dulu sure akan menggelakkan aku. Sbb kehidupan aku terlalu di obses oleh seorang perempuan yg aku kengkononnya gelpren aku yg aku sayang, hidup mati bersama, kalau dia takde mati la aku, kurus lah aku, aku kempunan telur tembakul.. porah cheit la! Hasil kegatalan di zaman sekolah, belajar ntah ke mana.. dan kawan pun tak ramai. Ntah berapa bakul aku kumpul kutukan org pun tak tahu ler...
Bila dah tetua ni, pikir balik zaman sekolah dulu.. monyosal den! Kalau aku tahu lah, aku belajar rerajin, aku jadik doktor, loyar, mejistret atau menteri belia dan sukan. Sbb kalau lah aku jadik kayo, gulamo dan macam2 ada bila dah tetua ni, agaknya senang la sket nak mengayat model ke, DJ ke, takpun mana2 awek lah... (janji glamer...). Tapi skrg ni aku dgn chefD kira ok jugak la, sbb dia ok dan sungguh sesuai jadik kekasih dan sahabat. Buatnya aku terkomitmen dgn gelpren yg tak ok, tak ke haru biru tetiap hari. Nak carik lain dah susah, rupa takde, harta takde (sbb time belajar aku menggatal sapa suruh). Nasib... nasib...
Maka, kepada yg masih bersekolah, jgn la jadik macam aku ni ye. Cinta datang tanpa diundang. Kalau ada tu, ada je la. Yang penting, kena perkemaskan diri dgn bebenda yg best, supaya senang di hari kemudian. Masa tu boleh la mengorat menggunakan keupayaan sendiri, dan bukannya keupayaan mak bapak, aku keupayaan mana2 penulis skrip tak bertauliah... hehe.
*kepada sesapa yg suka baca tajuk blog, tajuk hr ni mmg takde kaitan dgn entry.. hehehe, jgn mare yea..*
November 10, 2005
Selepas aidil fitri
Ini lah kali pertama2nya aku mengapdet blog aku setelah sekian lama aku tak jumpa komputer berinternet. Wahaha.. wendu kat blog aku *muah muah muahhh*.
Ni sempena baru balik raya, meh dengar cerita pasal raya aku tahun nih. Tahun ni aku plan2 nak raya dgn keadaan yg gembira dan poket yg kembung (pasal boss bagi duit raya), sekali tu tak pasal2 lagi beberapa minit nak berbuka di hari terakhir Ramadhan, aku dah termasuk dalam statistik ops sikap. Dan tanpa was2, keta aku (termasuk lah jugak poket aku) kemek di hari lebaran. Tapi tu lah, nasib baik aku tak kemek. Kalau tak, tuko je la nama aku dr Sekapal jadik Sekemek.. huish, tak macho langsung. *hello.. macam macho*.
Tapi walaupun dalam keadaan sedikit berduka, aku beraya sakan jugak la tahun ni. Pergi marhaban di pagi raya sampai 13 buah umah. Pastu sambil2 tu kutip duit raya singgit2, dapat la jugak dalam seploh hinggit. Itu pun sebab aku main selamba je beratur time org bagi duit raya. Almaklumlah, muka aku ni bak kekanak belasan tahun, sure org bagi duit raya punyee!
Seminggu kat kampung, aku terus balik kl. Iye la, org bersemangat nak sambung keja nih. *kononnya la* tapi nak dijadikan cerita, lain plak yg jadik. Yg jadiknya ialah, aku menjadik di antara manusia2 yg bercuti sakan raya tahun ni. Org lain setakat seminggu je, tapi aku... DUA minggu!! Mmg aku berdondang sayang la kat umah. Tetiap hari melingkor dgn kucing aku depan tv. Sepatutnya aku dah naik keja hari isnin haritu, awal minggu ni, tapi disebabkan aku ni dah jadik pembawa penyakit berjangkit, maka aku dilarang sama sekali untuk menjejakkan kaki ke opis tu. Karang tak pasal2 seluruh operasi menjadi lumpuh.. *ey apada aku membebel nih*. Dan dinasihatkan kepada sesapa yg nak mc sampai empat hari, meh dtg melawat aku. InsyaAllah, empat hari MC dalam tangan.
La ni aku kat opis chefD, dia mintak aku tolong dia buat keja, tapi aku update blog. muahaha.. takpe, kalau dia marah, balik nnt aku pujuk. Apa2pun, kalau aku sihat, hari Isnin nnt aku start la masuk opis balik, dan boleh la aku bebetul membelek blog aku yg dah berabuk sbb lama tak bersapu.
Dan bersempena bulan Syawal yg mulia ini, marilah kita terus bermaaf2an, ziarah menziarahi, makan kuih tat, almond london, rempeyek, asam kelubi dan jugak kepak ayam goreng teriyaki. Harus diingat, jgn lah pulak lupa mengganti poser2 yg tertinggal ataupun seng-tinggal, supaya tidak nanti harubiru di bulan Syaaban tahun depan. Segala yg baik di bulan Ramadhan lepas kita teruskan, dan yg kureng seswai diteruskan tu, silalah buang.
Pesanan khas kepada sesiapa yg eksiden, kita kena redha dan pasrah.. macam aku ni ha.. uh uh uh.. rabak pintu keta aku mambang..! Dah lah, chefD dah jeling aku semacam je, jom kita pi minum.. tey tarik rendek! yeay!!