February 27, 2010
Kronisme...
Pada suatu masa dahulu, ada satu geng di opis ni. Ramai yg terpaku dengan meraka ini. Kebanyakan kami nampak mereka sebagai sangat cool dan haippening sebab diorang ni set yang kerja, kerja jugak, tapi... diorg yg menjadikan kehidupan di opis ini penuh dgn fun, fun and fun without the sun . Boss geng ini dikenali sebagai Mr.T.
Mr. T, mula mengumpulkan rakan2nya setelah dia pulang dari training di US. Balik dari sana dia memang terasa best gilerk ah!
Dalam group Mr. T ni, ada assistant utamanya, Miss J (ini bukan MizJ sengetians ye..!). Dan kemudian Mr. T mula mendapat lebih ramai pengikut, satu demi satu bebudak yg baru masuk, yg suka fun fun ni, jadi geng dia. Termasuklah Mr.Don, Mr.Ant, Miss Jo, dan ramai la lagi Mr. dan Ms. (tetapi bukan Mrs.). Setiap pagi lepas abis waktu kerja, Mr.T akan buat round, tengok ahli2nye, borak kekuat, gelak gembira2 dan suka2 suki2.
Diorg ni memang terer buat org lain rasa intimidated, dan rasa cam sooo un-cool. Sesapa yg rasa uncool bila tak dihampiri oleh Mr. T, akan datang mendapatkan Mr. T, dan berbaik2 dengannya dgn harapan dapat jadi salah seorang yg juga cool di opis ini.
Tapi seperti jugak artis paling popular di Malaysia (Siti, Mawi), ramai yg suka, maka ramai jugak la yg anti gila2 sebab terasa annoyed tahap gaban.
Korg boleh la imagine Mr.T ni macam Datuk Seri Anwar (sebelum kena guling). Terer bercakap, penuh karisma, semua org rasa.. ye.. dia lah yg boleh menjadi senior, memimpin kita, menjadikan tpt kerja ini fun di waktu tengah malam buta. Walaupun kerja tak seberapa tapi cara dia cakap macam dia lah yang terbest di seantero opis nih.
Jadi bila ada opening utk jawatan senior kat opis ni, Mr.T sesunggunyalah rasa dia yang paling layak. Akan tetapi walau dengan kelantangannya dan ke fefeeling terernye itu, Mr.T tidak terpilih menjadi senior. (padan muka dia, keja macam taaaa...)
Yg terpilih adalah Kak K yg memang sesungguhnya sangat annoyed dgn Mr.T yg ckp byk, keja tadak. Apabila Kak K terpilih, Mr.T mula menaburkan propaganda tentang pilih bulu yg ada di opis. Hampir kesemua kroninya memberontak. Semakin ramai yg didedahkan dengan political injustice di pejabat ni. Api mula marak. Silap sikit, kroninya yang lantang akan panas. Debat bermula dan cuba untuk tidak dipadamkan. Sesungguhnya radicality yg ditunjukkan olehnya menarik lebih ramai pengikut.
Dan ramai pengikut, bererti, bertambah ramai juga org yg menyampah dengannya. Terutamanya orang yg menyokong Kak K. Termasuk lah aku yg merupakan penyokong kuat angkat sepanduk utk Kak K. Dan oleh kerana Kak K sebenarnya memang layak naik, ramai juga ahli pejabat ni yg jenis malas nak gaduh, dan anggap kerja adalah satu perkara yg perlu dibereskan, dan bukan utk didebatkan, mula menjadi rapat... Tapi kami tidak kelihatan sebagai satu kroni. Kerana kami diam. Kami cuma nampak cam.. baik2 gitu2 je la.. Setakat pegi makan sama, share makanan sesama.. gitu2 je...
Tapi, berdasarkan trend Datuk Seri Anwar... korang boleh teka apa yang berlaku pada Mr.T sekarang. Dia buka minda negatif kroninye... dan penyokong kuatnye (Mr.Don dan Mr.Ant) mula keluar dari kampeni. Dan sebab mereka jenis yg open, loud, suka cari pasal... tercetus juga pergaduhan sesama sendiri di antara kroninye. Miss J yg menjadi penyokong kuatnye telah berselisih paham dgn Miss Jo. Dan sekarang Miss J bukan lagi kroni Mr.T. Ini membuatkan Mr.T kehilangan penyokong kuatnye dan watak yang paling loud di dalam groupnye.
Sekarang ni...apabila group Mr.T dah berpecah dan dia tidak lagi kelihatan sebagai satu entiti yang digeruni... Meja mula terputar...
Apa yg berlaku kepada kawan2 Kak K yang semakin ramai?
Ye.. sekarang kami pula di lihat sebagai pengamal kronisme di dalam opis ni. Aku boleh rasa la, bebudak opis ni nmpk kitorg sebagai grup yang loud dan berlagak.
Yes...
Tapi... kitorg mmg tak perlu berlagak.. memang anggota so-called kroni aku ni memang terer2 dlm bab keja.
Buktinye... hampir semua pernah terpilih utk training kat US, kitorg in charge buat product high revenue, dan kebanyakan daripada kitorg pernah dapat performer award. ada sorg tu pernah dapat dua kali lagi! (belagak ek ni? hahaha)
Aku tak rasa kitorg kroni yg mementingkan kawan dan mengenepikan kepentingan kerja. (atau mungkin sebab aku part of it, sbb tu aku tak rasa. haha.)
Yang bagusnye ialah, kitorg berlumba untuk menaikkan taraf masing2, dan berlumba buat benda yg best2, sebab semua org cambest. Malu la kalau tak best.
In a way, aku jadikan kronisme sebagai platform utk kitorg menjadi yang lebih baik.
Tapi... pandangan luar yg memandang kronisme kami sebagai perkara negatif, tetap tak boleh dielakkan. Ada juga remark2 takbest yg terkeluar secara sarkastik kepada kak K especially. Tapi sebab kitorg skema, memang kitorg tak kuasa nak kaver2 salah kroni sendiri. Ada yg silap, kita share knowledge. Len kali jangan buat lagi. Motif kaver2? Nak jadikan kroni sendiri bodoh?
Sebenarnya, aku lebih suka dilihat sebagai "sekumpulan manusia yang mempunyai minat dan disiplin yang sama" dan bukan kroni.
Hmmm.. tapi dengan keadaan yang berlaku sekarang, betul ke aku tak mengamalkan kronisme?
Dan... bilakah masanya kami pula akan berpecah dan digantikan oleh kroni lain?
... ini hanyalah politik di pejabat kecil yang memiliki pekerja kurang daripada 50 orang. Bagaimana organisasi yang lebih besar? Sebuah negara? Semua yang naik, boleh turun. Hanya masa yang menentukan... :)
FYI...
Kronisme merupakan bahasa malaysia, yg disadur dr bahasa inggeris, yg sebenarnya mungkin berasal dari perkataan greek.
Perkataan asal dalam bahasa Greek... chronios bermaksud long-lasting, atau tahan lama.
Dalam bahasa Inggeris, Crony membawa maksud, "a close friend especially of long standing"
Dalam bahasa melayu pulak.. bila aku rujuk kamus dewan... Kroni bermaksud "kawan atau teman yg rapat (biasanya digunakan dlm situasi negatif atau yg melibatkan kepentingan peribadi.)"
Kronisme pula memberi maksud "amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dlm pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dsb."
kenapa dlm bahasa melayu kronisme ni terpusing jadi negatif??? hmm..
January 22, 2010
FOTZ - kengkawan kebun binatang (bukan kakakebun ye)
Anyway, akibat teringin mandikan gajah, sbb rasa cambest, maka aku pun pegi la merayau2 kat website Zoo Negara. Mana la tau kot2 ada volunteer program yg boleh mandikan gajah ke. Sbb pastu leh naik gajah. Ala2 Karisma Kapoor dlm citer Hum Saath Saath Hain.
Pastu bila aku tgk, cam takde plak task mandikan gajah. Tapi kat tpt beruk, beruang, harimau dgn burung ada la.. hmmm.. tapi i nak gajah.
Apa2pun, di atas sebab research punya pasal, dan sebab suka mengklik2 kat website tu, aku pun tgk la borang utk jadik volunteer kat Zoo negara. Sesapa nak jadi volunteer, boleh la melawat ke website Zoo Negara di http://www.zoonegara.org.my/volunteer.html
So sbb borang tu cambest, aku pun try2 la isi, seperti dlm gambar di bawah.
Tapi harap maklum, ini merupakan contoh borang yg diisi salah ye kengkawan, yg pasti direjek. Jadi jangan tiru macam saya...
January 16, 2010
Ape ni?
Smlm boo tanya aku lagi. Camne aku leh juggle tgk blog/forum/fesbuk/keja/gtalk dlm satu masa. Jawapannya.. tak boleh. Kalau time aku keja, ingat sempat ke nak berbebenda networking tu? Jangan haraps. Sesikit setakat tgk status org tu boleh la. Nak belek main game cafe world lah, petani moden, bela kucing.. hampeh. Tak berapa reti dan aku selalunya lupa. pet aku kat fesbuk tu dah jadi rumah langau kot. haha.. lama sgt tak tengok.
Dan blog ni cam lama tak ditulis, sbb cam aisehmen bznye. Alkebetulan mak aku skang ni ada kat sini, sbb menjaga adik ipar aku yg baru lepas besalin. Alkekdahnye aku dah dapat anak sedara, yang pertama! Sbb aku anak sulung yg almaklum seperti tidak almampu nak memberikan cucu kepada mak abah aku. Aiyaiya.
So, skang ni tetiap hari, samada lepas balik keja, ataupun sblm pegi keja, aku mesti nak singgah umah adik aku dulu, jumpa mak, dan tgk baby. Baby tu tecitttttttttt aje. Sbb dia lahir sblm cukup bulan. Borderline katanya. Namanya rahsia. Sbb kang korg tau siapa aku. (boleh, masih nak berahsia identiti?? haha). Dan sbb baby tu tecit, aku taberani la nak picit2, dan menguak dan bedecit, lari la ai mencicit2... gitu. (makcik mmg suka pantun walaupun makcik tapernah masuk petandingan pantun)
Sampai tpt keja plak skang, cam rajin sambil malas buat keja. Semorg takde semangat sbbpe pun taktau. Tapi kampeni cam menerima blow perletakan jawatan yg menderu2. Aku pun seriau tah berapa ramai manusia baru yg aku kena bwk naik ketapi. Dan kekdahnya skang ni hr dgn manager asek amik bebudak yg ada rupa dr segi fizikal. Kalau lelaki, muka macam boyband korea. yg pompuan, ala2 bermanja2an dan kecomel2an.
Korg kata, suka la aku kan, bawak bebudak kendu masuk ketapi? Tapi hakikatnya kawan2, aku lebih tertarik dgn minda yg bernas, berbanding rupa yang kendu. Kalau setakat cun tahap gaban tapi bila keja cam sakit2 ati je nak ajar and re-ajar.. apekah pekdahnye. Bak kata Marina al-Ferrer, great mind is such a turn on gitu...
Jadi kesimpulannya, pilih la sendri... great mind? great body feewitt nyam nyam? great account balance? hahaha...
oh, btw... saya mengalu2kan korg pegi Gathering SengetianS 2010 yg bakal dilaksanakan pada bulan 6 atau 7. Book cuti cecepat. Ajak kengkawan datang ramai2. Kroni or no kroni, ini masa utk buang yg keruh, ambik yg jernih!!
Kalau ada org lama sengetians yg takmo datang sbb menyampah tengok muka sekapal... nnt aku pakai topeng pi gathering. This is not about me, it's all about us (cheh.. macam tAtU la plakkks..). hehe...
Lupakah korg pada keseronokan gathering yg lampau, yg memberikan korg geng utk buat open house dgn dibanjiri manusia lain/bukak bisnes/jenjalan pi genting/mengeteh kat kakendu? (tetiba aku emo??)
Sila lawati http://sengetiansgath2010.blogspot.com/ yg dibukak oleh boss2 gathering tahun ini. Salurkan pendapat dan cadangan anda!!
dun wory pasal privasi.. bila dah ada more info, blog ini akan dibuka utk yg berkatalaluan sahaja.. harap maklum..
January 5, 2010
Okay la... selamat tahun baru 2010. Happy new year.. dusyum, deching, kebabom.. (bunyik mercun da)
Anywhoo... azam aku tahun baru ni, nak jadi rajin dan takmau procrastinate. Mmg susah sebenarnya utk org yg memilih 'sloth' sebagai favourite deadly sin, tapi... kena la jugak. Skang makin tua, saiz suar dah makin besar, banyak kain nak kena pakai.
All in all.. 2009 mmg di antara yg terburuk bagi aku terutamanya hubungan aku dengan Tuhan. So, tahun 2010 ni kena perbaiki lagik. Dapatkan tempat berpijak yang lebih nyata. Harap2, aku dapat menjadi hambaNya yang lebih baik dengan amalan yang diterima.
2009 jugak, aku banyak abis duit. haha.. tapi kalau abis duit dapat barang, takpe gak kan. At least nampak barang tu depan mata. Cuma yg takbestnye, utang pun makin keliling pinggang katanye. So, tepaksa la gegeh tahun ni carik keja part time yang aku dah tinggalkan pada tahun lepas atas alasan takleh cope dgn keja malam. It is still hard, dan aku masih struggling, tapi takleh berenti mencuba.
2010... is just another year. Hopefully this year I will still fall deeply in love with her.
Aku mahu terus larut...
December 29, 2009
Senang ke dalam hati kalau beristeri dua?
Setelah ditimbang2 dan di belek2 sambil merenung passenger tercomel di sebelah aku tu, kompom la aku mmg tak mampu pasang dua.
Sebab sebabnye...
Satu:
Aku tak mampu dari segi financial. Gile betul la kalau nak ada 2 gelpren. Tiket wayang drpd 2, dah jadi 4. Karaoke 2 kepala, jadi empat kepala. Vacation dua kali... Kalau camtu baru la adil dan saksama kan. Kalau semuanya di spend dgn gelpren baru je, mana aci... Kalau tak mampu berlaku adil, watpe pasang dua kan? haha... Oh, tapi kalau gelpren tu yg tanggung, lain cerita la. Segalanya berkemampuan.. muahaha...
Dua:
Aku mmg konfem tak larat dr segi fizikal. Kehidupan aku adalah seperti ulo melengkor kat atas katil setiap pagi pabila balik keja. Ni kalau pasang dua. Harini kehulu, esok kehilior. Letih mak! Tu baru keletihan tak tido, belum masuk keletihan memandu kereta dan keletihan melayan kehendak ilmu kebatinan. Haiyah... takpayah la. Ini macam kalau rendam kasut Power dan minum airnya pun masih tak mampu. So, kensel. haha...
Tiga:
Dan ini rasanya yg paling valid la kot, kenapa aku takleh dan takmau pasang dua. Sanggup ke aku hancurkan hati org yg selama ni bertahan dgn aku, ketika aku selambe2 tukar keja malam. Dan dia jugak sanggup ikut sama, utk membolehkan kitorg spend masa lebih banyak setiap hari. Orang yg masih terima aku walaupun ada masanya aku tinggalkan dia time balik kg. Org yg menjaga makan pakai aku, walaupun aku di tahap kemalasan tergajah.
So, aku rasa, mmg tak susah nak pasang gelpren keliling pinggang (macam lagu ku jatuh cinta dgn setiap wanita tu...), tapi ingat senang ke nak maintain gelpren keliling pinggang? Kalau nak maintain selama seminggu je tu.. lain la kan.. huhu...
December 19, 2009
Happy Birthday Mak...
Mak tak pernah gagal buat aku rasa gembira bila saat aku down.
Mak tak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan anak-anaknya.
Mak sentiasa buat kami rasa pulang ke kampung adalah perkara yang menggembirakan.
I never wish for a better mother. Just I wish I could be a better daughter.
Tuhan, sesungguhnya kebaikanku adalah hasil didikannya, dan kesalahanku adalah milik aku sendiri.
Selamat hari lahir, Mak. Semoga bertambah keberkatan dalam kehidupan mak!
December 18, 2009
jambu oh jambu...
It all started with the event we had today. Air yg kami minum ialah pink guava.
Cuba korg trenslet pink guava ke bahasa melayu.... 'jambu batu merah jambu' (pd aku ni kelako nih.) hahaha... sbb benda tu repetitive. Jambu pertama tunjukkan noun, jambu yg kedua adalah adjective. adjective kepada merah, tapi bukan kepada jambu.. haih haih..
Selepas mengwiki2 kat internet... aku dapat tau plak.. jambu air omputeh kata 'water apple'
so... soalan penaakulan mantik dr aku.
kalaulah...
benci ah bila aku kompius pasal bahasa nih.. ish ish
December 11, 2009
Label oh label...
Tapi... penglabelan aku tak sampai lagi tahap yg menyatakan perhubungan butch/femme adalah bukan lesbian. Bagi aku... perempuan yg suka perempuan, maka tetaplah kamuorang lesbian.
Boo shared something interesting. Di ambik dr blog randuany
...saya pernah bertanya kepada seorang teman yang sudah sangat lama bersama dengan pacarnya. Ia melabeli dirinya dengan butch dan pacarnya adalah femme.
Saya bertanya, "apa jadinya kalau besok pacar kamu berubah jadi tomboy?"Dengan lugas dia menjawab, "gue putusin, bru! Gue ga mau sama butch atau andro. Gue cuma doyan femme"
Saya meringis mendengar jawabannya.
Pertama, karena mendengar ia dengan lugas menjawab akan mutusin pacarnya kalau berubah label. Padahal hubungan yg dibinanya udah bertahun-tahun dan penuh perjuangan. Hanya karena label, ia bisa dengan mudah melupakan itu semua.
Kedua, karena dia memanggil saya dengan sebutan "bru!". Hehehehee.... saya ini wanita lho. Walaupun penampilan tomboy, tapi saya lebih menyukai di panggil dengan sebutan "sista!", "bu" atau "jeng" ketimbang "Bru!" atau "Bro!". Rasanya mendengar panggilan itu bikin perut saya jungkir balik...
Boleh la lawati blog dia utk pembacaan selanjutnye. Kalau tak paham sgt bahasanya, try ingat2 balik apa yg korg dengar dlm filim ada apa dgn cinta. heheheh.
p/s: Aku juga tak seswai dipanggil 'bro'. Jumpa aku, then u know why. ;)
December 9, 2009
Makanan, dan perempuan, dan televisyen
Anywhoo.. aku tetiba nak tertulis pasal cenel masak memasak. Haritu tertengok Rachel Ray kat ntv7, membuatkan aku teringat kat Food Network (US). Betapa aku merindui untuk menonton channel tersebut. Sbb, aku ni mmg suka tgk rancangan tv pasal makanan. Entah la, rasanya skang ni, cuci mata dgn tgk mknn kat dlm tv lebih memberangsangkan dr tgk pompuan2 seksi. Somehow, you cannot make those sexy girls yours (i mean, who needs sexy girls if you have... er.. never mind...). Tapi makanan, boleh aje dimasaki, dan ditelani. kan kan? haha... tahpape.
Akan tetapi, sekiranya tukang masak itu adalah perempuan, dan kendu, maka, bertambah lah selera utk menontonnya.
Kat AFC ataupun Travel and Living tu, kebanyakan rancangan2 yg glamer2 ni tukang masaknya ialah lelaki.
- Jamie Oliver (u know who!)
- Rob Rainford (Licence to grill)
- Michael Smith (Chef at home/at large/abroad)
- Emmanuel Stroobant, yg sentiasa bebaju itam
- Chef Wan (hehe)
- Martin Yan (duh.. dari kecik dah ada)
- Antony Worral Thompson (host Saturday Cooks yg sarat dgn English accent itu)
- Curtis Stone (yg boleh dibawak balik rumah -- Take Home Chef)
- Anthony Bourdain, yg tak memasak sgt pun. Dia mkn aje
Dan kalau nak cuci mata pun, dgn macik Nigella Lawson (yummeh!!) dan Laura Calder (French Food at Home). Oh, dan Anna Olson rancangan Sugar tuh...
haih...
Alangkah bagusnye kan, kalau AFC tu amik la serba sedikit rancangan dr Food Network US. Ni kebanyakannya Food Network Canada. Lagi murah ke? ehehe.. sesuka ati je aku komplen channel tv nih. haha...
Anyway, kalau kat Food Network US tu, aku sangat2 rindukan akak Cat Cora yg senget itu bertanding dlm rancangan Iron Chef America. Kalau dia masak, aiyo, ai pun terasa kebest'an nya. Cam takde kaitan kan, tapi aku suka gak.
Selain tu,
- Rachel Ray, of course.. dgn EVOO nye dan masak macam kilat, 30 minit siap 3 meal.
- Makcik Paula Deen yg suka masak sambil makan, sambil gelak.
- Anne Burrell yg selamba cakap lepas dan tak takut taruk garam dlm masakan (dan amat terer bikin pasta utk Mario Batali!!)
- Alex Guarnaschelli - resepi ayam gorengmu tetap menjadi pojaan hatiku!!
- Aida Mollenkamp - sambil masak, sambil respons soklan2 kat email, sambil kelihatan kendu
- Giada de Laurentiis - aku cam so so je tgk masakan dia, tapi aku suka tgk rancangan dia sbb dia kendu... haha
Dan ada la beberapa lagi yg aku tak mention kat sini sbb aku tak melangut tetiap pagi ahad utk tunggu rancangan depa kuar kat tv.
So kan, sebenarnya kalau la byk rancangan Food Network yg leh ditonton di melesia ni, mesti la hidup aku riang gumbira. bangun pagi awal2, nguap2 sket, bukak tv.. sampai tghari.. turun bawah beli brg2 utk dimasak.. masak dan makan. (Hmmm... i need to renovate my dapur!)
So, kesimpulannya, aku pun taktau, aku rindu rancangan masakan kah, ataupun aku rindu untuk memasak...
Yg pasti, aku rindukan sesuatu berkaitan dengan makanan....
December 1, 2009
ROCKBAND Unplugged.. jejenggjengg!!
Skarang ni, (dan juga dulu), aku tgh gile main game ni kat PSP boo. Dengitt betul la. Takleh berenti la plak. Dan yg bestnye, disebabkan game2 pirate di malaysia ni (yg mana ofkos game ini adalah pirate), apabila bermain game ni di PSP, tatkala korg nak exit dr game ni, sila lah jgn menekan butang Home. Sbb kalau tekan Home, maka nanti akan dapat message 'There are no games' bila korg nak access game lain. Hampeh la tu kan.Jadi, utk itu, kalau nak exit, terus je tekan power button. Habis cerita. Bila bukak balik, semuanya still in place. Gitu..
Dan game ni jugak bagus kalau korg takmo org pinjam PSP korg. Bukak je rockband ni, pastu tekan Home. Dan voila.. game ilang. So, leh cakap kat org yg nak pinjam.. 'Ala PSP aku problem la. Pehal tah semua game ilang.'
Dan cara nak membetulkannya semula, tak sampai seminit. Nak tau cemana, leh call aku ek. muahahaha...
Oh, kenapa aku addicted main game ni. Kerana aku mmg suka game berunsurkan muzikana (is there such a word???), compared to boo yg suka men game2 besukan (kan takbest tu!). Dulu aku main Patapon. Dan aku ada je jumpa Patapon2 kat kedai. Tapi cam tak terbeli je. Samada aku takut nak beli (sbb takut stuck tak reti nak continue cam skang...) ataupun takut addicted, sampai kang, gelpren gesel2kaki pun tak pasan. Bahaya tuh!!
Dan skang ni kalau bosan aku mintak boo bwk psp gi opis. tapi time keja aku soh dia simpan. Sbb kalau aku pegang, alamatnye makan gaji buta la aku kat opis nih. huahaha.
Selain muzikana, game ni best sbb kita diberikan 4 anggota. Korg leh decide gender dan nama rockband korg. So, kalau tetiba terasa nak letak ahli rockband tu nama korg dan juga 3 org ex korg, amat lah dialu2kan. Fefeeling reunion dgn ex gitu! aahha.. (er.. tapi aku tak lak buat benda ni... Kalau nama ex pun, yg satu tu je la yg aku suka. gaaaaaaah!)
Dan 4 anggota tu, setiap sorg tu bassist, guitarist, singist dan drummist.. (aka singer dan drummer... funny how language ni langsung takde standard!). Pastu bila duit korg dah byk sbb byk bikin gig, bleh la beli baju memahal dan seseksi utk ditepekkan kat ex2 korg yg bermain muzik tu.
Lepas tu, main muzik dan lagi dan lagi... sampai korg letih dan tetido.
Kesimpulannya, adalah lebih baik gila men game drpd gila men pompuan ataupun men tipu ataupun men blasah je. Sbb men game, leh sambil baring kat perut gelpren. (hmm.. kalau men pompuan leh gak baring kat pompuan.. ish.. komfius dah ni).
Anyway, sayangi hidup anda, dan jauhi diri dari dadah dan minuman keras (kecuali ice blended yg separa keras itu). sekian mekasih!