January 16, 2010

Ape ni?

Skang ni mmg banyak pening. Sampai nak update blog pun takde idea. Kengkadang melangut kat depan blog form kosong sampai bermenit2, sbb taktau nak tulis apa. ha tgk, pasal aku melangut pun aku leh tulis. hahaha...

Smlm boo tanya aku lagi. Camne aku leh juggle tgk blog/forum/fesbuk/keja/gtalk dlm satu masa. Jawapannya.. tak boleh. Kalau time aku keja, ingat sempat ke nak berbebenda networking tu? Jangan haraps. Sesikit setakat tgk status org tu boleh la. Nak belek main game cafe world lah, petani moden, bela kucing.. hampeh. Tak berapa reti dan aku selalunya lupa. pet aku kat fesbuk tu dah jadi rumah langau kot. haha.. lama sgt tak tengok.

Dan blog ni cam lama tak ditulis, sbb cam aisehmen bznye. Alkebetulan mak aku skang ni ada kat sini, sbb menjaga adik ipar aku yg baru lepas besalin. Alkekdahnye aku dah dapat anak sedara, yang pertama! Sbb aku anak sulung yg almaklum seperti tidak almampu nak memberikan cucu kepada mak abah aku. Aiyaiya.

So, skang ni tetiap hari, samada lepas balik keja, ataupun sblm pegi keja, aku mesti nak singgah umah adik aku dulu, jumpa mak, dan tgk baby. Baby tu tecitttttttttt aje. Sbb dia lahir sblm cukup bulan. Borderline katanya. Namanya rahsia. Sbb kang korg tau siapa aku. (boleh, masih nak berahsia identiti?? haha). Dan sbb baby tu tecit, aku taberani la nak picit2, dan menguak dan bedecit, lari la ai mencicit2... gitu. (makcik mmg suka pantun walaupun makcik tapernah masuk petandingan pantun)

Sampai tpt keja plak skang, cam rajin sambil malas buat keja. Semorg takde semangat sbbpe pun taktau. Tapi kampeni cam menerima blow perletakan jawatan yg menderu2. Aku pun seriau tah berapa ramai manusia baru yg aku kena bwk naik ketapi. Dan kekdahnya skang ni hr dgn manager asek amik bebudak yg ada rupa dr segi fizikal. Kalau lelaki, muka macam boyband korea. yg pompuan, ala2 bermanja2an dan kecomel2an.

Korg kata, suka la aku kan, bawak bebudak kendu masuk ketapi? Tapi hakikatnya kawan2, aku lebih tertarik dgn minda yg bernas, berbanding rupa yang kendu. Kalau setakat cun tahap gaban tapi bila keja cam sakit2 ati je nak ajar and re-ajar.. apekah pekdahnye. Bak kata Marina al-Ferrer, great mind is such a turn on gitu...

Jadi kesimpulannya, pilih la sendri... great mind? great body feewitt nyam nyam? great account balance? hahaha...


oh, btw... saya mengalu2kan korg pegi Gathering SengetianS 2010 yg bakal dilaksanakan pada bulan 6 atau 7. Book cuti cecepat. Ajak kengkawan datang ramai2. Kroni or no kroni, ini masa utk buang yg keruh, ambik yg jernih!!

Kalau ada org lama sengetians yg takmo datang sbb menyampah tengok muka sekapal... nnt aku pakai topeng pi gathering. This is not about me, it's all about us (cheh.. macam tAtU la plakkks..). hehe...

Lupakah korg pada keseronokan gathering yg lampau, yg memberikan korg geng utk buat open house dgn dibanjiri manusia lain/bukak bisnes/jenjalan pi genting/mengeteh kat kakendu? (tetiba aku emo??)

Sila lawati http://sengetiansgath2010.blogspot.com/ yg dibukak oleh boss2 gathering tahun ini. Salurkan pendapat dan cadangan anda!!

dun wory pasal privasi.. bila dah ada more info, blog ini akan dibuka utk yg berkatalaluan sahaja.. harap maklum..

2 comments:

Nur Laili Binti Iswan said...

salam...
macam mane nak masuk L club 2...ta de tempat nak add jadi member pown =(

aSyA said...

why not ke kuala gandah. bole booking utk mandi kan n beri mkn gajah dan anak nya... try search elephant sactuary-kuala gandah, pahang. dekat je...