May 23, 2007

Bila tiba hari raya.. (takde idea sungguh nak buat tajuk..)

Fuh fuh... bbrp hari yang lepas aku giler bz la. Asek je kena gi meeting sana sini. Ini semua gara2 boss aku nak kawen la. Segala benda kena disetelkan sebelum dia bercuti esok. Aiyoh. mau kawen gituu... aku gak yg single. hehe..

Anyway, ujung minggu haritu iaitu pada hari ahad lepas, aku telah sesaja menceriakan kehidupan dgn mengacau cik J dan memeriahkan besdaynya.

Kalau nak diikutkan plan asal2 tu, ingatkan aku dgn osmet aku je yg nak pegi (ececeh.. dah ada osmet skrg..). Kiranya kitorg bertiga je la kan nak mencemarkan rumah J dgn lawak2 poyo tiup lelen bagai, tapi tgh aku syiok2 mandi tetiba dak osmet aku terketuk2 la plak pintu cakap ada tetamu. Aku yg langsung tak terasa cam org sakit ni pun mandi la dgn lamanya seperti biasa sabun2 dengan jayanya sambil menyanyi2.. (cam biasa la..)

Bila aku turun je.. mak ai. ada empat orang. Dan alang2 aku pun mmg nak ke umah J ptg tu, apa lagi, mak pun hangkut je le semua2 tu ke sana. nasib baik J pun okke sajo menerima ramai tetamu. Siap menghidangkan kami dengan sajian kuasa luarbiasa dan juga video clip tak begitu luarbiasa yang membuatkan budak baju kaler pink tertelan2 air liur.. hahaha...

Dan sblm balik tu, boleh la plak aku dan osmet aku dok tersangkut kat umah tu utk sesi penggambaran. memula tersangkut sbb csi, pastu tersangkut plak sbb pose2 gaya model poyo gitu.. ahaha..

harusla motif aku tulis ni sebenarnya sbb nak bubuh gambo. hehehe...

Kek yang tak sape mampu nak perabih bab cekelat berbunga tuh



Kalau ditelan ini harus memberikan kuasa luarbiasa.. ngehngeh


Kaki-tangan yang tertinggal...
hmm.. comei gak yg suar biru yg paling kiri tu kan? ahahaha...

May 18, 2007

Inovasi hari ini bersama Sekapal.. Mari mencari stokin..

Pada waktu petang ini aku nak menulis plak pasal inovasi. Haritu ada inovasi pasal mesin rumput. hahaha.. Nasib korang la. Sesapa tak suka baca segmen beyond tomoro ni, pegi bukak tv tgk sembilu kasih.. hehehe..

OK.. aku nak tanya, pernah tak korang tetiba terlupa kat mana korg letak henpon? Fuh.. ada ramai yg angkat tangan. Awek tu pun angkat tangan gak ke?
OK turun tangan dik, seksi sungguh tu.. hehehe

Satu cara terbaik utk mencari henpon yang kehilangan di dalam rumah ialah dengan menelepon henpon tersebut. Sbb lepas tu akan kuar la bunyik yang pelbagai. Masa tu la baru tau henpon tu di mana, samada tertinggal dalam toilet, dok kat timbunan kain baju, tertinggal dalam periuk nasik, ataupun tertinggal dalam perut. ngehngeh... Pokok pangkalnya, bila benda tu dah berbunyik boleh la kita tau posisinya di mana.

Aku yg al poyo ni, mmg selalu misplace barang2 yang aku letak. Terutamanya setokin2 utk ke tpt keja. Lebih2 lagi bila dah bersingle ni lagi la aku hilang arah dgn setokin2 aku. Masa berdua dulu kalau stokin ilang je, harusla dicari dalam bakul koto ataupun tong sampah. Skrg ni.. setokin bersih pun aku takleh jumpa kat mana.. haru.. mmg haru.

So, aku berharap sangat la ada org yg boleh menginovasikan konsep mencari henpon apabila mencari setokin. Bukan sahaja setokin, malahan benda2 lain seperti pen/stapler kat opis, kunci umah dan kunci keta, borang EA, sandwich tak abih makan dan jugak remote control astro.

Alangkah bagusnya kalau ada satu remote control yang mempunyai butang2 yang dilabel dgn barang2 keperluan yang selalu hilang tu. Bila hilang stokin je, tekan butang berlabel stokin. Pastu stokin pun akan berbunyi 'tett tett', dan boleh la dicari kat tpt yg berbunyi itu kan?

Tapi kan, kalau aku punya remote kontrol la, sure penuh dgn label stokin, seperti
- stokin skema
- stokin katun
- stokin jari2
- stokin koyak kat bawah
- stokin koyak kat depan
- stokin lain sebelah
- stokin longgar

Dan aku akan menghubungi org yg buat remote kontrol tu supaya membenarkan aku menambah butang2 secara berleluasa apabila aku beli setokin2 baru.

Hmm... amacam idea aku? Boleh digunapakai tak? Ada sesapa nak jadik sengetian inventor? hahaha...

Selamat berhujung minggu yah!

Asik2 dengar lagu ni.. ish!

Aku ni korang semua sedia maklum mmg pendengar setia Hot.fm. Dan skrg ni, pantang aku masuk dalam keta.. asyikkkkk kuar lagu ni. Aku sampai dah naik hapal melodi dia, tapi lirik terabur. Nah! Hamik kau kapal.. lirik lagu Sembunyi nyanyian Misha Omar feat Andy. Jom nyanyi kengkawan..

Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri tertawan
Tak sempat berkelip aku kau punya

Biarpun mengutus ilham memujuk jiwa
Mengikut suatu raga melamar rasa
Biar pun kita mencoba

Sembunyi...

Namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita memang sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Bertentang mata sebentar dihanyut angan
Tersentap aku tersedar diperhatikan
Senangnya diri terasa
Kemana renungan aku nak alih

Sembunyi...

Namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita sememangnya sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Walau kita coba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati
Bintang-bintang di malam cerah beri cahaya
Tak menghalang menyinari segala

Walau kita coba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati

May 17, 2007

Sekarang sudah pandai nak bertelagah plak.. adehhh..

Fuh... hari ni kepala aku mmg senoneng sungguh. Nak pikir tegak, senget dan berbelit2 semua takleh. Harusla menongkat dagu sahaja di sini. Tapi sebab bosan menongkat dagu, maka jari jemari aku ni pun bergerak2 la menari2 di atas kibod atas alasan nak memblog.

Ah.. mmg sungguh dilema menjadi orang single. Pada setiap masa dan ketika akan ada je insan yang nampak cam mampu menjaga dan memberikan kasih sayang kepada kita yang cam ala2 dan keseorangan ni kan. Masa ni jugak la aku tahu aku mmg ramai giler kengkawan yang sungguh caring. Datang tgk aku, ajak jumpa, pastikan aku tak skip meal dan bermacam cara yang memang sesungguhnya boleh menampakkan mereka semua sungguh ikhlas untuk memastikan aku tidak menjadi bengong selamanya sehingga mengakibatkan muka aku herot sebelah. hehe

Dah dlm 3 minggu la kitorg break. Dulu aku mmg marah giler dgn dia dan org ke tiga yang menganggu rumahtangga aku. Tapi.. entah kenapa, skrg ni aku tetiba terjumpa kasut yang dipakai oleh orang ke3, dan aku mula terpikir... kalau lah ye, KALAU aku terjatuh hati dengan pasangan orang lain...camno?

Tapi untuk membolehkan aku menjadi manusia yang waras, haruslah aku mengabaikan sahaja segala rasa bunga2 (kalaupun ada) yang terkeluar dari dlm perut ini kerana anytime aku boleh salah anggap dengan perasaan aku sendiri. So, its time untuk sgala jirim neuron di otak aku memenangi segala hujah kalau berdebat dengan segumpal darah yang bergelar hati.


Hati: Diorang sayangkan aku?
Otak: Sudah semestinya, tapi kau kena sentiasa beringat.
Hati: Nak ingat apa? Salah ke aku suka ada orang yang ikhlas ambik berat pasal aku?
Otak: Suka tu tak salah, tapi takut kau terlebih suka.
Hati: Terlebih suka? Abis tu kena control? Tapi aku takmo dah control2.
Otak: Ingat, love urself before u love someone else.
Hati: But i'm used to be loved...
Otak: Kau tak takut kalau tetiba tersuka kat pasangan org lain?
Hati: Entah, tak kot?
Otak: Kalau kau nak jadi macam orang yang rosakkan rumahtangga kau. By all means. Layan rasa tu. Tapi kau kena tahu what goes around comes around.
Hati: ... Arghh!
Otak: Hey... jangan lari. Kau masih tak bersedia lagi.
Hati: yes.. i know...


er.. ini bukan lah bermaksud aku ada hati kat mana2 hak orang ye. Takde.. sekadar menjadi analogi utk diri sendiri je. Aku pernah di tikam oleh kawan sendiri, aku takmo menikam kawan2 aku sendiri. Nnt karma datang balik kat aku.. naya! Lagipun, aku bukanlah insan ultimatum yang bisa membolak balikkan cinta seorang wanita kepada kekasihnya..

Tapi.. nak jugak tempek lagu. heheh

Oh it seemed forever stopped today
All the lonely hearts in London (KL?)
Caught a plane and flew away
And all the best women are married
All the handsome men are gay
You feel deprived

Yeah are you questioning your size?
Is there a tumour in your humour,
Are there bags under your eyes?
Do you leave dents where you sit,
Are you getting on a bit?
Will you survive
You must survive

Supreme - Robbie Williams

May 15, 2007

Hari ini aku makan sampai perut kenyang.. yeay!

Ahhhhhh.... hari ni aku makan banyak. Giler betul la. Sudah lama giler aku tak mampu nak mkn banyak di atas kekangan2 yang berlaku di muka bumi ini. Satu kekangan terbesar ialah makanan kat area opis aku yg taksedap yaamatss.. (haruslah aku memperbesarkan cerita ini..)

Tapi hari ini. Aku pun mmg makan kat opis jugak. Tetiba tergerak lah hati nan lara perkins ini untuk menuju ke arah kedai mamak yang terletak berseberang jalan dengan opis aku ni. Lepas memandang ke kiri dan ke kanan, pastikan takde kereta yang lalu dengan laju aku pun melenting2 dalam kebulatan ini menuju ke arah kedai mamak tu.

Baru je nak naik tangga yang berpusing2, tiba2, muncul seorang berjantina lelaki yang memakai bonet tudung di bawah helmetnya. Dia pun tanya kat aku yang masih dlm muka malasnyaa nak melayan org ni..
"Dik.. bangunan no 3 kat mana?"
Aku pun buat muka kompius, kerana dia bebetul berdiri di depan bangunan no. 3. Pastu aku pun dgn sifat seperti seorang warga malaysia yang berbudi bahasa, menunjuk dengan bangganya.
"itu..."
Sambil jari aku yang pendek dan kontot ini menunjuk ke arah bangunan yang tertonggok di hadapan muka aku.

Lepas tu tanpa berlengah lagi aku menyambung lenting-lentingan aku menaiki tangga pulak, seterusnya berguling2 sehingga ke tempat beratur mengambil nasik. Dengan gembiranya aku tgk ayam goreng ada lagi. Chantek! At least takyah la aku makan bebenda yg berkuah berhari2 umurnya.
"Mamak, nasik separuh.. ooo cukup cukup!"
Itu ayat biasa yang aku bagi kalau nak mengorder makanan yang berunsurkan nasik. Lepastu aku amik ayam part dada dan jugak sayo kacang berkari style mamak serta bersenduk2 rasemm. Sblm balik sempat gak aku capai dua keping papadem untuk dibuat makan sambil melenting2 balik ke opis.

Disebabkan boss aku alergik dgn bau makanan dalam opis, dan jugak aku alergik makan sensorang kat kedai mamak, maka aku kena la mkn kat bilik kecik blkg opis. ntah apa dadah yg mamak tu letak.. bukan main sedap la lagi kombinasi lauk aku tu. Aku pun makan.. makan.. makan dan makan. Sampai licin nasik yg separuh tu dan juga hilang segala daging dari tulang ayam yang dah digoreng.

Lepas makan, masuk opis, minum air kosong sampai kembung. Dan letak kepala atas meja... tido.. Ahhhh... sedapnya hidup kalau perut kenyang..

Sekian rapuan perut kenyang aku pada hari ini.. heheheh..

May 14, 2007

Aku dah takmo jadik ikan. Aku nak jadik kucing (yg sikit baik)...

Kalau kita pakai krim rambut brylcream... dia akan membuatkan kita jadik in control. Maksudnya, rambut dikontrol supaya tidak melepek ke bawah, ke kiri atau ke kanan. Tapi itu gel rambut, senang la nak be in control kan.. Aku takmo cerita pasal rambut. Aku nak cerita pasal aku. Mmg la kebiasaannya begitu kan? haha..

Aku seorang yang sungguh mengawal diri. Bukanlah maksud in control tu lobang hidung aku terkembang kempis menahan muka supaya kelihatan kurus, menahan perut dari memboroi, dan menahan diri dari buat perangai yg tah pape tah. Takk... Aku takde la kontrol sampai nak nampak macam patung yg melepak dgn kengkawannya..

Maksud aku in control ni ialah, kehendak dan kemahuan aku selalunya ditahan oleh kepala dan otak aku. Katakan lah aku teringin giler nak makan otak lembu. Mmg perut dan nafsu serakah makan ni giler2 lah teringin. Lepas tu otak plak interfere. Otak mula berbicara..
"Kau nak ternak kolesterol dalam badan ke? kata nak kurus dan sihat..."
Bila dah terkeluar kata2 macamtu, harus lah aku tetiba terdiam membisu dan terus malas nak melayan otak yang pandai sungguh berbicara. Lepas tu, aku pun blah je la, meninggalkan otak lembu masak lemak yang terkulai di atas meja makan kat kedai.. adehh..

Itu contoh nafsu makan. Belum cerita pasal keinginan untuk naik angin sampai masuk ke tahap tsunami di tepi pantai. Macam kalau tgh kerja, tetiba ada je la budak yang cam malas2 nak buat keja. Sekali aku paku, sekali dia masuk. Nak kena pakuk berkali2 baru geraknya byk sikit. Tu yg kengkadang rasa nak hangkut tukul mmg aku pakuk kepala dia sampai lumai (gabungan lunyai dgn lumat). Tapi lepas tu otak akan cakap..
"Jgn jadi bodoh la Kapal. Kalau kau pakuk dia lepas ni sapa nak wat keja utk kau?"
Betul jugak kata2 otak yang selalu betul itu. Last2 aku terpaksa la menyusun ayat supaya benda jalan tanpa perlu aku pakuk..

Yang paling merbahaya sekali ialah nafsu terhadap org pompuan. Satu hal otak aku kalah dah sbb dia tak mampu menukar orientasi seks aku. Yea.. satu kosong otak! Tapi aku masih lagi tidak mampu mengeluarkan animal instinct untuk berlagak seperti seorang dewasa yang sesungguhnya bernafsu dengan perempuan. Dan sesungguhnya kalau pun aku bebetul dah tertarik dgn perempuan tu, aku akan jadi tak berani nak cucuk jarum lelebih. Aku bukan macam kucing yg ngap ikan depan mata, tapi aku lebih macam ikan kat pasar yang tunggu orang datang belek dan beli.
Mari aku salahkan sang otak juga...
"Kau giler nak buat pompuan camtu? Kalau dia tak suka, sesia je effort kau selama ni."


Arghhhh!! Rasa cam poyo la plak bila ada pemikiran camtu. Kenapa aku kena kontrol?! Haruslah ada yang mengatakan aku budak baik. Tak best langsung jadi baik.. nghhh!

Tapi skrg ni aku nak ajar otak aku supaya boleh pikir camni...
"Go kapal go! Sampai bila lagi nak belajar berani. Kalau nak, cakap. Kena rejek. Cari lain. Untung batu.. tenggelam lah kamu berdua. ngeh ngeh ngeh..."


Bottom line...
I think my ex has moved on. Now its time for me to figure out my moves.. tapi.. aku nak mula bergerak ke mana? adehhh.. mateila skrg ni berada dalam kegersangan yang manageable. huahaha...

May 11, 2007

Aku manusia yang sukakan manusia. Tapi bukan untuk dimakan

Argh... aku penat menulis hari ni. Dari pagi tadi cuma dua paragraph je yg terkeluar. Ada ke suruh fikir concept selepas segala produk sudah keluar. Mampus aku bekerja dari belakang. Nasib baik la aku senget, so boleh la saje kan, dpn, belakang, kiri, kanan.. janji tiba.. arghhh!

Ok la, sekarang kita masuk kepada isi kandungan blog aku harini yang bertajuk seperti di atas itu ye kengkawan. Aku mmg seorang yang sukakan manusia. Dan aku pun mmg plan kalau nak berkapel, dengan manusia jugak. Bukan dgn ikan ataupun kuda. Kucing bleh jadik peneman setia, tapi bukan la nak berkapel dgn kucing. Habis la dia tidak mampu memuaskan nafsu makan aku. heh heh heh. Takkan nak berkongsi mknn kot. hehe

Sbb aku sukakan manusia, dan aku nak berkapel dgn manusia, ada masa2nya aku suka berjumpa dengan ramai manusia. Macam masa aku masih plural dulu. Aku suka kalau ex aku masak, dan aku plak kumpulkan kengkawan reramai utk makan, borak, dan melepak. Dan aku beruntung jugak sbb ex aku dulu mmg hobinya masak dan menjamu ramai2 orang. Dia gembira memberi orang makan, walaupun selepas masak dia akan collapse big time punya. Tapi aku tau hati dia puas dan gembira. Aku pun suka je org ramai2 dtg. Orang kata, lagi ramai org dtg umah kita, lagi murah rezeki. Aaamin..

Tapi skrg ni, ada la problemnya sket. Sbb aku dah takde lagi kehidupan acamtu. Ex aku tu tatau la plak.. mungkin akan meneruskan hobi memasaknya dengan partner baru, menjemput kengkawan baru atau lama, haruslah ai dongker kekdahnya.

Jadi... aku tetiba terpikir la bebenda yg poyo.
Agaknya la, kalau laaa aku tetiba bersedia untuk cinta baru (yang dengan komitmen ye.. bukan seks saje), agaknya, mungkinkah aku kena cari seorang yang sanggup melayan kerenah aku yang suka mengumpulkan kawan2 di rumah? Seorang yang sentiasa mampu berkata begini kepadaku..
"Sayang, bila lagi u nak ajak kengkawan kita dtg makan kat umah? I kepingin nak masak dalam periuk besar.."
haha.. sempat berangan kejap tuu. (sayang konon.. eceh!).
Er.. alang2 terberangan ni, aku pun jawab..
"Apa kata kita je masuk dalam periuk besar tu? Marilah bergoyangg..."
haha... sudahla, sudahla norsiah...

Ha.. gitu la antara dilema yang aku ada. Aku mmg suka kawan2 reramai datang umah aku. So, cam ala2 obligated nak cari makwe yg terrer masak. Kengkononnya macam nak meneruskan istiadat melepak kat umah kapal la ni, walaupun sebenarnya aku je yg lebihnya nak mensapu masakannya tu. haha..

Tu la.. bila pikir2 balik, makin dah berumur ni, bila single kembali setelah sekian lama, banyak serpihan2 kehidupan yang perlu dikutip semula. Pastu kena tengok balik, adakah serpihan itu berguna dan mampu menceriakan hidup. Companion hanya boleh dijumpai setelah semua serpihan dikutip dan diletakkan di tempat yang sesuai. Tapi, adakah dengan memiliki seorang companion satu langkah yang bijak untuk diambil? Tatau ah aku...

Dengan kehendak orang2 dewasa yang pelbagai, boleh ke cari orang yang sanggup berkongsi kasih dan hidup? Tapi kalau cari budak2 pulak, aku la tak nak. Bebudak ada kerenah yang lagi cam pepening nak dilayan. Kecuali la bebudak yang matang. Yang biasanya kalau bebudak yang matang ni, semuanya dah berkapel bagai.

Bottom line, lagi dewasa, lagi banyak tanggungjawab. Bila mula berkapel dgn yg dewasa jugak, dah jadi bertimpa2 tanggungjawab itu. Tanggungjawab kita sendiri, dia punya sendiri dan juga yg dikongsi bersama.

Tapi ada yang mengatakan, dengan cinta segalanya mungkin. Lebih2 lagi kalau disertai dengan masakan yang sedap. Betul ke?

Tak kisah la, kalau aku single pun, kot2 tetiba aku nak masak.. aku ajak je la kengkorg dtg umah aku. Haruslah asyik makan soto je... hahaha.


p/s: penulisan blog ini ditaja oleh perut lapar yang sudah tidak mampu makan masakan di kedai kat tepi opis ini. Dasar takboleh masak.. bluekkk!! Piirah!

May 9, 2007

Saya menang gelpren.. timakasih powerroot!

Pergh.. ini hari mmg sungguh sesuai untuk menyambung tido di waktu pagi tanpa perlu ke kerja. Dah la ujan lebat2 bahasa, suhu pun menjunam turun. Tarik selimut mmg satu perkara yang mengindahkan. Lagi best kalau bleh ajak sang partner sesama tarik selimut cuddle2 gitteww.. Tapi sensorg pun best jugak. Bleh kongker katil. hahaha..

Itu hari, aku sudah tulis pasal aku jadi kekasih gelap. Ini hari nak tulis pasal kekasih lagi. Iaitu kekasih piala. Ataupun pernah la omputeh gelarkan sebagai trophy girlfriend.

Kalau mengikut makrifan aku yg cetek separas buku lali ini, trofi gelpren ni macam seorang kekasih yang kita gunakan untuk menunjuk2 kepada masyarakat ramai. Dengan adanya dia, kita mampu dilihat sebagai seorang yang ala2 gah la.

Kiranya, bila kita berjalan dgn gelpren kita tu, org akan berbunyik cenggini..
"Waaa.. terrernya dia. Muka cam b*** pun bleh dapat gelpren cantik cam preity zinta." haha.. contoh la kan.

Cenggitu aaa kan. So, bila org lain pandang je, mula la hidung kembang kempis macam belon yg ditiup oleh org tak cukup napas. heheh..

Dan kadangkala, trofi gelpren ni bukan setakat rupa sahaja. Tapi juga kelebihan2 lain yang ada padanya. Contohnya, dia adalah artis terkemuka yg dah lama menyingle, penari bogel yang dah bertaubat, ataupun tukang masak terhaibat di kampungnya. Jadi bila dapat tu, macam gah giler ah!

Cuma awas la, sekali kita memperolehi gelpren sebegini, kita akan teruja untuk bercerita tentang kegemilangannya. Dan dalam masa yang sama, akan ada buaya2 yang menunggu masa sahaja untuk mendapatkan trofi itu daripada kita.

Dan sampai satu masa, gelpren kita itu akan menjadi bosan kerana kita asyik bercerita pasal dia, sehinggakan dia merasa yg kita ni sebenarnya nak kat dia ke, atau nak menayang2 tentang kehebatan dia?

So, konflik boleh timbul di situ yang mengakibatkan keberantakan rumahtangga. Dan rasanya, aku juga pernah melakukan kesilapan sedemikian. Aku terlalu sesuka hati dok cerita pasal dia, sampai mungkin dia sedikit rimas apabila terpaksa kelihatan seperti yg aku gambarkan dirinya.. agaknya la.

Tapi apa2pun, benda dah lepas. Aku pun dah boleh lepaskan. Tapi at least, satu masa dahulu aku boleh la jugak uar2kan dengan sihat bahawasanya aku ada gelpren. Daripada yg mmg suka menunjuk, pastu menang gelpren, tapi hanya mampu tunjuk pada audience yg limited sahaja. Kira aku masey beruntung la.. tima kasih power root! kuikuikui
what's left of us...

-Abundance of Loveless-

Love shouldn't happen for a reason,
reason should find its way to love.

I shouldn't be your best,
I am simply your only significant.

But why suddenly?

As the wit is dimming,
and the energy depriving,
with freedom vanishing,
you call it love unwavering?

Though solvent I may be,
for love; never shall I pay.


-sekapal-
080507-01:14

May 7, 2007

Interview with Sekapal solo..

Hari ni aku menjawab interbiu. Terima kasih kepada orang yang memberikan soklan2 yg tidak berapa bermutu tinggi ini.. hahaha..


Sekapal, soalan yang biasa, you betul2 serious dengan breakup ini?
Kalau tak serius takkan la aku sanggup membazirkan air mata wanita aku nih. Dan takkan la pulak aku sesuka hati nak menyusahkan diri mencari ruang sendiri dan keluar dari rumah tu. Yes i am serius.

Where are you staying now?
nombor 5 persiaran satu.. eh. takkan la aku nak bgtau aku stay kat mana. Sah2 la nanti orang wartawan sokkabo datang nak interbiu kesengetan aku, walaupun aku sebenarnya takde kaitan dgn parti lesbian yang berlaku baru2 ini, aku tak isap cerut dan juga tak amik ecstasy.

Susah tak, being single?
Tak tau la nak kata. Macam susah je. Terus terang aku cakap aku tak pernah sesungguhnya single tanpa cinta sejak aku dalam tingkatan 5. Ini la first time aku hidup tanpa cinta perempuan. Tapi dulu masa ex aku keja kat siam, aku jalani hidup cam single jugak la. Semua benda buat sensorang. Yang paling memedihkan adalah apabila aku lihat org lain ada pasangan untuk bermanja, tetapi aku tiada. Sikit perit la.


What are the things that demand a lot of adjustment, happening in your daily life, currently?
Ada tiga kot:
  1. aku rasa sedikit sentap apabila mengenangkan aku terpaksa ikut time aku dan time ex aku utk tgk baby aku yg berbulu tu
  2. aku menyampah sebab setiap kali aku melakukan sesuatu dengan tangan kiri aku, aku akan cuba pastikan cincin di jari manis tidak menggelungsur keluar, tapi padahal skrg cincin tu sudah takde
  3. aku sedikit keliru apabila bangun dan memandang perempuan yang berbeza tidur di sebelahku, ataupun bangun dan langsung takde sesapa di sebelahku.

Moving forward?
Lepas ni aku nak terus bertenang, nak hilangkan keletihan, cuba cari space untuk diri sendiri dan babyku nan berbulu dan cuba dapatkan segala yang kurang dalam hidup aku selama ini.

Ready for love?
Aku takmo dah jawab soklan ni bleh tak? Macam dah selalu je jawab. hehe.. Sapa yg takmo dicintai kan. Pembohong la kalau aku kata 'oh no, pintu hatiku tertutup..' puiii la penipu. Tapi bak kata kengkawan aku, kayuh pelan2. Tunggu la aku tepuk dada aku sendiri. Tapi berdasarkan keadaan matawang ringgit yang ditutup agak kukuh, aku cam takmo la tunggu lelama sampai tiga tahun. hehehe

Taknak buat cerpenget ke cerita kau ni?
Nanti aku suruh dak sotong buat. Kalau aku buat karang meleleh lagi la airmata wanita ini.. hehehe..

Fuh.. any question?
Ok.. u,
yang kat belakang tu, bukan...
yang pakai baju kaler merah low-cut takde lengan tu.. haaa, comelnyer..
ye.. ada soklan?