Fuh... tetiba pagi ni aku rasa tersangat lega.
Balik dari opis tu cam tenanggg je mendrive keta. Siap boleh tersengih2 lagi tgk org bwk keta macam pelesit. Dan siap boleh ada rasa nak maafkan segala kesalahan org lain, dan jugak rasa tak hold any grudges utk mintak maap kat sesapa. huhu...
kenapa ek macamtu. Mungkin ada beberapa faktor kot. Faktor utama ialah ini hari cuti. Tambahan la plak ada satu lagi extra cuti isnin nanti, so, macam ala2 nak bergumbira la ni kononnya memperolehi tiga malam utk ditiduri. kehkehkeh.
Satu lagi faktor mungkin sbb boo kata dia boleh spend the night sesama dgn aku malamni. haiya.. rindunya nak tidur bersama. Tetiap hari menanti tibanya hari minggu utk aku at least dapat merasa ada seorang manusia yang tidur di sebelah aku. Dan bonus la kalau insan itu adalah wanita yang kita cintai.
Satu lagi sebab mungkin sbb training classes utk bukan August ni dah abis. Fwalahwaeihhh... lega gilerrr. Takyah sesibuk nak turun naik dr kubikel ke training room. Dapat la aku bernapas sket sambil sorok2 tido kat kubikel sendrik. huhu...
Oh yeah, mungkin jugak aku lega sebab Ramadhan nak menjelma. Mana la tau kan, kot2 ini rahmah di bulan mulya. All in all... mmg sangat lah leganya. itu je yg aku nak tulis. korg rasa bosan baca entry ini? haha... mmg pun. lately entry aku mmg sangat membosankan, kerana aku rasa makin hari aku makin terbosan2.
We'll see la.. que sera sera.