Huiyoooo... dah nak cuti. Esok jumaat. erk.. eh.. Dah jumaat dah. Yeabba! hehe...
Dan dgn bestnya ujung mggu ni aku dapat tido di mlm hari selama tiga malam. Dan harap2nya sepanjang tiga malam tu dapat la tido berdua. Tapi biasa la awal2 Ramadhan ni, semua family nak bbuka bersama. Aku je tetiba opt utk bebuka bersama family aku pada minggu terakhir Ramadhan... sebelum menjelang hari raya. Cis. Mengenangkan raya tetiba rasa nak nanges!!
Anyway... this is my second Ramadhan yg aku sambut dgn boo. Kalau Ramadhan dulu, ingat lagik... amuk2 aku bawak keta, amik dia kat opis dia. Pastu balik gegeh masak telo bungkus dgn tomyam. Hehehe... keja aku mengetest skill masak la plak dulu. Kalau tak test, sah2 la kena beli kan.
Boo plak, feveret sungguh dia pi cari lengkong marble kat bazar Ramadhan. Satu kali beli sampai empat hengget. Semua dia yg sapu. huhuu...
Tapi ramadhan kali ni, ada laen sket la pulak utk aku. Sbb ini first time aku sambut dalam waktu kerja malam. Kiranya, time siang hari aku bantai tidoooo sepanjang hari. Pastu bangun buka pose, pastu pi keja. hehehe...
Kalau ramadhan dulu mrasa aku berhibernasi setiap kali lepas bbuka, kalii ni tidak lagi. Aku akan berhibernasi selepas bersahur plak. Huahaha... Bestnya. Macam tetiba terasa time poser ni kurang la sket dosa mata melihat awek2 kendu, mengumpat boss di tetengahari buta, mengehorn keta yg lembab dlm perjalan balik keja.... semuanya kerana aku... tido!! Sapa kata tido sepanjang hari puasa tu batal poser, meh aku bukak kitab mutlak-al-badrain. Ai rasa, tido sepanjang hari sah, sekiranya ada hatta walau sesaat kita terjaga. hehe.. So, utk yg tido start pukul 8 pagi tu. Sah la tu. Bangun2 je terus pi buka poser. Sahh... Alhamdulillah. dapat bini. eh.. eheheh... Tapi kalau tido sepanjang hari, tetiba ada la plak yg bukak bab solat yg dilegokan... sendiri mau ingat je la kan. kehkehkeh.
Tetiba aku terdengar sore sumbang kat blkg sinaps dlm batu jemalaku:
"Ngko tu kan lesbo... buat pe nak poser sembahyang bagai??"
Dan tetiba sinaps itu kena libas dgn belakang tangan aku sehingga tetiba dah langsung tak bersore lagi. Puas hati aku... mbwahahaha...
Akhir kata, selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Dan mula2 la muhasabah diri utk fikir kesilapan sendrik yang perlu kita pohon ampun, dari Tuhan dan juga manusia lain, dan pikir2 la jugak kesalahan org lain yg kita dah ready nak maafkan. Kalau tak ready, takyah maafkan.! Buat memperabih tiket ikhlas aje. Kalau dah ready, alhamdulillah.
Mari la kita berpuasa. Semoga puasa dan amalan kita sepanjang Ramadhan ini akan diterima dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.
oh yeah!