August 5, 2008

Apabila aku pergi jalan2 lagi

Ketepi ketepi beri laluan... kapal benyek nak lalu.
huhuhu...

gile letih la aku skrg ni. tetiap hari pun bantai tido berlebihan je. patut la berat badan pun semakin bertambah. heheh..

Hujung mggu yg lepas, aku yg mmg ada ujung mggu je utk merasa berpartner ni, kengkonon dah plan la cemacam nak ke sana dan ke sini dan ke sinun dan jugak ke bulan dgn partner aku. Sekali tu, pada hari jumaat yg hening tup2 time aku tgh tido, dia call. Katanya...
"U, abah ajak kumpul hari sabtu pepagi. Kol 8."

Aku dah macam aiyaaaaa.. losak peloglam ai. Cit. Sabo je la. Pastu mula la aku menginterrogate dia tanya cemacam, sampai macik tu pun naik hangin dgn aku sbb byk tanya. Walhal kekdahnya informasi dari abah dia pun tak berapa cukup lagi. Aku biasa la, semuanya nak tahu up-front. Org tua la katakan... Tapi pastu bila angin dia macam takleh kawal je, aku takleh la nak kekata lelebih kan. Dia nak ajak aku je dah cukup baik kan? hahahaaa... Bersyukur je la dgn apa yg ada, setakat mana yg ada. kehkehkeh.

Pastu aku pun ketahui lah yg sebenarnya abahnya mengajak anak2nya yg bujang utk ke....

Melaka?! hehehe... Satu2nya tempat yg byk tarikan tapi pada aku cam.. laaa.. Melaka je ke. heheh.
Sebabpe jadik macamtu, sbb aku dulu sekolah kat melaka. Pulak tu aku cam giler anti la dgn budak2 yg asikkk nak ke melaka bila time ujung mggu. I was like.. apa je yg ada kat sana? hehe

Maka, itu lah persepsi aku pada sebelum ke sana. hahaha..

Sampai dalam lebih kurang kul doblas (setelah makan besar kat atas jejantas), kitorg terus check-in kat hotel. Aku tumpang sebilik dgn boo dan adik dia. Pastu aku masuk bilik air. Telan air liur je aku tgk bath tub. Boley tahan besar la jugak. Aku pandang boo, dia pandang aku. hahahah.. Motif pandang memandang?

Iye... mmg aku skeptik nak jenjaln kat melaka ni. ats sebab yg aku baru je tenyehkan kat atas tadi. Tapi kali ni boo membuka pandangan mata aku utk berjalan kat tetempat yg mmg tak pernah umur aku kunjungi sebelum ni, walaupun kekdahnya pernah la jugak slm sejarah kehidupan aku ni, aku menjejakkan kaki ke bumi melaka sebulan sekali.

Skrg ni bandar melaka dah lain bebeno rasanya. Dgn adanya Dataran Pahlawan yang menghapuskan terus gerai2 di tetepi jalan yg menjual kicen tulis2 nama.

Pastu boo pun ajak aku pi jenjalan kat sini...
Jonker Street
Haha.. mmg langsung selama ni aku tak pernah jejak kat situ guna kaki. Naik kereta pun cam tapernah jugak je. hehe.. Gambo malam tu fefeeling je, sbb ada yg tak approve aku dgn boo nak pi ronda time malam. Huhu.. sabo je la.

Tapi time siang hari tu sempat la jugak jenuh aku ronda kat situ. Maka kat sini aku nak nesyatkan sesapa yg nak jalan kat situ time tengahari buta, bawak la bekal air sebaldi utk diminum. Kalau tak, jadi macam aku. Menggelupur kepanasan. Ada rasa cam nak terbaring je depan kedai. Tapi takbleh la, sbb bila aku start mencangkung je kat depan kedai, tetiba tipon bunyik. Polis dr dlm kedai panggil. keh keh...



Satu lagi tempat yg aku baru je first time pergi ialah kat sini:

Muzium Aku (Kapal)
heh heh. Sbnrnya bukan aku yg beria2 nak ke sini, tapi adik si Boo. Selama ni aku kan kedukut.. Asal kena bayar je mmg la malas aku nak kuar duit. Hatta rm3 sekalipun. Kedekut kan aku? heheh. Tapi boo berjaya konvins aku utk masuk dlm kapal. Dan sementelah utk melayan adiknya, takpe la. Masuk je la.

Byk gak bebenda sejarah yg bleh di baca kat dlm ni yg membuatkan aku tetiba terasa cam...
"ooooooooo.. ini dulu aku ada belajar kat sekolah, tp tak ingat.." Sesungguhnya cikgu sejarah sepatutnya harus berjaya instill perasaan bahawa sejarah itu menarik. tapi cikgu aku tak berjaya... haha.. sbb tu aku tak suka sejarah. ngeh ngeh.

Sblm balik tu.. boo ajak plak pi tepi sungai. Nasib baik tak berkapal di sungai melaka. Kalau tak, tambah lagi satu experience aku yg mmg tak ku jangka akan aku buat. Tak cool sungguh berkapal di sungai melaka. kan kan? Iye la tu....

All in all... tak sangka aku akan berjalan sampai camtu sekali kat melaka. heh heh heh.

Moral dari lawatan aku kat sana...
Melaka mmg pernah menjadi rebutan kuasa2 besar seperti Portugis, Belanda dan jugak kuasa tak berapa besar macam Acheh dan Johor. Tapi eventually Melaka jadi pelabuhan yg tak dibangunkan kerana sibuk org berebut nak memilikinya, sampai terlupa gamaknya utk dibangunkan. Maka kalah lah Melaka dengan kepesatan Pulau Pinang dan Johor (Singapura skrg nih). Akhirnya, tinggal lah ia menjadi hanya satu sejarah yang gemilang.

Kesimpulannya, apa guna berebut benda yang ingin dimiliki oleh semua orang, kalau eventually kita terlupa apa objektif sebenar kita di situ. Adakah kita di situ untuk nampak gah di mata orang lain? Ataupun untuk kebahagiaan kita sendiri?

Last sekali...
Mainan versi Melaka. Ridged for extra sensation. keh keh keh