Huhu... pagi tadi aku dlm perjalanan pi anto boo pi keja, dengo la plak radio Mix.fm. Pada kebiasaannya, aku mmg tak reti nak dengo redio omputeh ni. Sbb aku takde la paham sgt apa depa cakap. haha... Kalau omputeh puteh takpe gak kot. Ini kalau setakat omputeh yg melaporkan kesesakan di Zzhalan Tchun Rezzakk harus la aku tetiba terasa terboikot nak dengar. haha.. haru!
Anyway, sbb boo dah dengar, maka aku dengar la jugak. Depa cakap pasal multitasking. huhu... AKu kekdahnya sangatttt la suka multitasking. Kenapa? Sebab cambest la plak buat beberapa keja dalam satu masa.
Contoh multitasking yang aku biasa lakukan ialah, makan sambil tgk tv. ALa... ini mmg aku konfem, ramai je yg buat kan? Aku pun suka jugak melipat kain sambil baca majalah. Itu sesungguhnya membuatkan kes lipatan kain aku ni mengambil masa beberapa jam lebih panjang dari waktu ia sepatutnya disudahkan. Pastu masa kat opis dulu aku suka buat keja sambil chatting dan tgk blog. Haa.. ini satu lagi kes multitasking yg aku tau ramai giler terrer buat. Itu tak kira lagi memandu sambil meng'sms'. Huhuh... haibat. CUma hati2 jgn sampai terlanggar kambing melintas. Karang kurangg satu lauk raya. Sapa nak makan kambing tak semelih??
Kadang2 ada juga kes2 multitasking yg pelik tapi benar yg pernah berlaku pada aku. Seperti menjawab telepon dan juga membaca serta mereply sms sambil tido. Percayalah bila aku bangun, haram aku tak ingat aku dah baca/reply sms. Tetiba ada je yg reply tak paham dgn apa yg aku tulis. Best!
Oh yeah. itu multitasking yg boleh aku buat. Ada jugak perkara yg aku takleh nak buat multitasking. Kalau byk benda boleh di multitasking sambil membaca, tapi ada gak yg takleh dilakukan dgn membaca, contohnya time pakai stokin, mmg aku takleh membaca.. karang ada yg ttonggeng dgn stokin tcampak dr kaki. Kenapa? Sbb aku tak nak pakai stokin sambil duduk. Ai opt utk tonggeng2 sambil pakai stokin, kerana perut yg buncit membuatkan proses pakai stokin sambil duduk suatu tugas yg payah.
Ada lagi yg aku takleh nak multitask, seperti er... pekerjaan itu. Dan aku pun takleh nak bukak pintu rumah sambil baca sms atau jawab tipon. Susah woo pekerjaan itu.
Tapi, dlm byk2 multitasking, aku sangat berharap aku dibenarkan utk membuat perkara mengemas rumah sambil tidur. Ini kalau sendiri2 buat mmg la takpe. Tapi kalau kena tangkap dgn mem besar.. Mateila. huhuhu...
Apa ni..?? Macam takde ending je aku tulis ini hari. Ala.. takpe la. Ini style cerita Babylon AD... cerita yg endingnya entah pape. Macam la entry blog aku.
mekasih kerana membaca. hehehe