August 11, 2008

Kenapa kita memblog?

Why my frens.. why? Why? you'alls memblog?

Hehehe...

Ada yg kata, "hanya dengan blog sahaja kita boleh menjadi diri kita sendiri."
Ececeh. Itu macam ayat aku je tuh. Iye la... Kalau kat luar, aku takboleh nak menyuarakan pendapat diri ini seperti seorang pompuan senget yang ada bersetuju dengan sesetengah perkara, dan tidak bersetuju dengan sesetengah perkara. Better still, org senget ni ada yg style pemikirannya pun senget jugak, maka... terjadilah blog yang digunapakai utk meluahkan perasaan yang terpendam di dalam.

Ada juga yang "memblog sebagai satu jurnal kehidupan"
Huhu.. ini macam aku jugak. Sbb aku tulis blog, sbb aku nak catatkan apa yg berlaku dalam hidup aku. So that kalau tetiba ada manusia tanya, 'Kapal, bila kau melawat muzium kapal?' ha.. aku belek je blog aku, aku sudah boleh bagitau jawapannya. Dan sebab dengan adanya blog ini jugak la (dgn bantuan blog org lain.. huahaha) aku boleh mengenalpasti hari anniversary aku dgn boo.. yeay, aku ada anniversary!! Trimakasih tummytrim!

Ada juga org memblog sebab... "nak mengutuk dan meluahkan rasa tak puas hati dgn cara anonymous!!"
hehehe... ini pun macam aku gak (ape ke heii nye sume pasei aku nih?? dah tu, blog aku). Contohnya aku geram dgn sorg er... sorg.. sapa2 je la kan. Aku boleh je kungkang tulis kat blog aku ni dgn cara yg ala2 subtle gitu. Pastu bikin style tabloid main anonimas kan nama si polan. Bukan ke best buat blog sebegitu. kan kan?

Ini pula sbb memblog yg murni yg aku tabik toing2.. mereka yg memblog untuk "memperagakan hobi masing2"
Ini macam takde la macam aku sgt. Pasal hobi aku menulis. So... dah la kekdahnya memblog itu satu bentuk penulisan. So, macam tak valid ke.. (er.. ke... terlebih valid). Mereka yg gemar mengambil gambar especially, bloglah tptnya utk memperagakan tangkapan mereka. Yang cecantik tu, aku pun meleleh airliur sama melihatnya. Ada jugak yg minat memasak, blog ni tempat meletak resepi. Meleleh lagi air liur melihatnya. Itu tak masuk kira manusia yg berminat dgn pompuan seksi. Mmg meleleh la jugak apabila melihat blog mereka.

Oh... cakap pasal hobi. Ada blogger yg hobinya menulis novel fiksyen. hehehhe.. Yang ini pun aku tabik jugak. Sbb bila baca blog tu, macam tgk drama, siap boleh gambarkan sejibik2 aksi yg dilakukan. The narrative style of writing mereka sangat jitu sampaikan bisa menjilat jari membacanya.
eh jap.. tapi fiksyen tu bukan ke cerita tipu2an? tapi blog org cerita bebenda yg betul? eheh... maka itu bukan novel fiksyen namanya, tapi novel realiti. ececeh.. dasatttt (ke.. fiksyen? ehehehe)

Anyway, semua org yg memblog, apa pun intipati blog kita semua. Mmg konfem mengundang pujian dan jugak kutukan. Biasak la tu. Dalam dunia ni semua org ada pendapat yg berbeza. Tapi kutuk2 pun, kita baca gak blog org yg dikutuk tu kan. So, pi mai pi mai... famous ke.. notorious ke, janji ada org baca blog yg kita karang. eheheh..

Cuma satu je yg aku nak tekankan kat sini. ececeh... (blog bermoral la kononnya). Apa pun yg kita tulis. Sebanyak mana pun kita puaskan/sakitkan hati sendiri dan org lain dgn penulisan blog kita, yang penting.. JUJUR.

Jujur dgn apa yg kita tulis.
Kenapa nak tenyehkan semuanya bahagia kalau sebenarnya takde la bahagia ke mana pun? Kenapa nak tulis topik yang kita tak suka sangat pun nak tulis?
Kenapa nak memblog sebab ada org kata, kau blogkan la minat kau?
Kenapa nak tulis kalau semata2 nak memenuhi kehendak org yg kata.. lamanyaaa kau tak memblog....
Aku pernah jugak berlaku tak jujur dlm blog ni. Dan mmg aku menyampah bila baca tulisan aku yg tak jujur. Macam hampeh!


Huhuh... jujur membuahkan passion. Passion mendatangkan sesuatu yg bermutu menjadikan tulisan itu bukan satu yang k.o.s.o.n.g...
Dan kadang2 aku sedih, apabila mengetahui, seorang yang penuh dgn insight, penuh dgn pendapat yang mantap dan jitu tentang sesuatu perkara... tapi akhirnya menulis blog dgn cara yang sangat surface...

Where is the love..? bak kata kacang mata itam. muahaha...