January 31, 2008

cakap-cakap bermasalah besama cik sri sekapal versi 'dan lain-lain'

Sbb aku lately ni selalu sgt dok bercakap dengan mambang. Maka ini entry bersama cik sri sekapal mengenai masalah-masalah harian yang dicipta oleh aku sendiri. Sebarang persamaan dengan kehidupan korg adalah kebetulan belaka.. wahaha... (Apa? ingat masalah tu korg je ke yg ada? Ada berliun2 manusia di dunia ni.. wehuu!)

---

Cik sekapal...
Partner sy tetiba citer kat org len yg dia dah buhsan ngan sy, tapi dia tak citer ngan sy. Pastu dia puji pulak kwn sy di belakang sy, mula membanding-bandingkan diri sy ngan kwn sy. Dia mula lah nak cari pasal ngan sy, ckp sy tak lomantiklah, sy kuat tidola, sumer keja umah dia yg watlah, so on and so on...
-tulip- *berdasarkan soalan sebenar*


CikTulip…
Sblm aku jawab soklan si tulip ni, meh aku tanya kat tulip nih. Kalau dia cakap pasal bebenda ni kat blkg awk, macamana awak boleh tau? ha... jengjengjeng... huhuuu... musti la ada tukang sampaikan kan? Mula2 sekali, kita kena selidik dulu org yang bawak mulut tu. Apahal dia bawak mulut? Kenapa mesti dia nak sampaikan kat awak? Ntah2 dia syiok sama partner awak? Mana tau... haha.. Biasanya, kalau ada org ketiga. Tak kira lah org ketiga tu buat sex ataupun tidak dgn partner awak, mmg dia mampu menggegarkan rumahtangga... one way or another.

So, nesiyat aku ialah... tanya sendrik kat partner awk tu, betul ke dia komplen2 tudung kaler oren? kalau betul, apa hal la plak dia nak komplen2? Kenapa? Dia tu perfect sangat kah sampai boleh nak demand itu ini dr awak? Apa kata awk komplen plak pasal dia. Kasi dia sedar sket.

Tapi kalau rasa approach komplen balik semula ni agak mendebarkan, borak la hati ke hati. Suruh dia terus terang apa yg dia tak suka. Awk plak cuba la ubah. Dan kalau ada pd dia yg awk tak puashati, harap2 dia pun bleh la ubah jugak. Pokok pangkalnya, komunikasi takleh tersasar... Sbb kadangkala ada org komplen lelebih ni, sbb dia dah ada org lain. Itu semua ayat kaver kesalahan sendrik je tu...

***

Kapal kapal..
Aku ni dah berbulan2 clash dgn ex aku tu. Skang dia pun dah ada gf baru. Masalahnya skrg, aku masih takleh lupakan dia!! Org nak ngorat aku pun aku tak layan sbb aku masih nak kat dia lagik. Apa patut aku buat skrg?
-si peroyan-


Siti royanah….
Kau patut minum susu anlene. hahaha... gantikan kalsium2 yg dah terkeluar. Kerana kemeroyaan menyebabkan kalsium terbebas melalui air hidung (erk.. macam tipu je fakta nih. haha).

Ok ok... aku tau ini hal serius ni. Bukannya senang nak buang rasa sayang yg pernah lama korg bina tu. Dan aku sebagai org puluh ribu ni, boleh je bagi nesiyat tah pape. Tapi... pokok pangkalnya, kalau ko masih nak balik kat ex kau tu, nesiyat aku ni pun ko bagi ikan dalam kolam makan kan? hehe.. Sbb, aku tatau apa yg ko pernah rasa, dan kau dan ex kau tu lebih memahami antara satu sama lain. huhu.. (pjgnya ayat disklemer)

Skrg ni, masa utk kau buat keputusan. Kenapa kau takleh lupakan dia? Sbb kau pasti dia lah orgnya, dan kau akan balik semula dgn dia? Hmmmm... Ok, katalah masa umo 50tahun nnt korg balik semula dgn dia, kira betul la instinct tu. Tapi... buat masa ni, takkan nak terus2an macamtu. Living in celibacy kekdahnya ek? huhu...

Aku rasa ex kau pun takkan lupakan kau. Cuma skrg ni, dia dah ada org lain yg dia lebih suka nak ingat. So, apa salahnya kalau ko pun ada benda lain yg lebih best utk difikirkan. Contohnya pikir pasal diri sendrik, ataupun kalau nak lagi memeningkan, pikir pasal bila britney bleh dapat hak penjagaan anaknya semula, atau boleh jugak pikir macamana nak memantapkan sore utk audition AF yg seterusnya..

Byk benda lain yg boleh korg pikir selain dari diri dia.Cuma.. kalau rasa nak pikir jugak. takpe, at least ko tak guna otak aku suruh pikir. Sekian, dan janganlah meroyan.

***

Sekapal...
Ramai yg kata aku ni player. Sbb tu la aku ada ramai awek. Setakat umo aku yg baru nak masuk 30'an ni. Dah ramai pompuan yg jatuh ke tangan aku. Sure korg rasa aku best kan? huahaha..


(nota dr sekapal: Mana soklannya weh!!)

Oh.. soalannya.. kenapa pompuan senget ni, bila dah berkapel aje musti nak u-haul? Terus nak duduk sama. Lepak2 takleh ke? Pastu, kenapa susah sgt nak terima konsep poligami? bukankah sharing is caring?
-poli(gami) is posi(ble)-

cik my little poly,
Sapa kata semua pompuan senget dah berkapel ni musti nak u-haul. Ngko taknak u-haul kan? huhu...

Cakap pasal poligami ni, mmg la aku skrg ni ala2 idop monogami, tapi.. takyah cakap tipu la kan, sapa yg tak suka poligami. Pelbagai pilihan, dapt rasa macam2 rasa. durian, rambutan, basuh, tak basuh.

Dan bagi aku, takde masalah la kalau sang kekasih tu sanggup berkongsi kasih. Di sana menanti, di sini menantu. Tapi kalau jenis yg mmg takleh terima tu, mmg takleh la. BUkannya senang nak kongsi2 ni. Contohnya, ko pegi keja naik kereta sendiri ke.. ko carpool dgn kengkawan? Apsal takmo carpool? Sbb kalau share2 nnt byk limitasi kan? heheheh... nuff said la.

Nasihat aku, sukati la kalau ada pompuan yg takleh nak poligami, walaupun hubungan sesama pompuan ni tak diikat ketat pun.. tapi.. er.. sukati aaa!
Kalau kau nak poligami, cari org yg mmg tak kisah poligami. tapi.. jgn plak ngko nak pasang lelebih, tapi bila partner kau pasang lelebih, ngko jeles2 plak. Buatpe nak jeles2.. bukan ke sharing is caring? weihuuu!

***

Sekapal
ini satu soklan teka-teki. Macamanakah caranya nak apdet blog, kalau opis anda block access ke website www.blogger.com.
-keta keti-


keta keti yak..
hahaha..., kau tanya soklan yang sungguh dejavu untuk diri aku. Itu jawapannya senang saje.... Siap boleh pilih A/B/C lagik... anda bersedia untuk jawapan2nya? Kapal mempersilakan diri sendrik..

A. Cari la internet percuma, seperti di dalam kereta di hadapan kedai mamak ber wi-fi (yo la.. kalau singgah, dah sah2 tak percuma, sbb kena bayo duit teh tarik.. huhu). Dan kalau anda malu nak surf curi2, sila lah pi siberkafe atau tipon je la 100, cakap nak masuk internet kat umah.. abis cerits

B. Kalau bleh access email kat opis, pastu ada gelpren yg dah sah2 tau password email, nombor pin ATM, saiz kasut, bilangan tahilalat di kepala, jenis darah, dan sebagainya... suruh je la dia aplodkan. Sebarang kesilapan, nanti kat rumah bleh settle...

C. Takyah la apdet blog.. ngeng! kat opis tu.. buat la keja.. shooh shooh...



FAKTA KESIHATAN INI KALI:
"Kelemumur merupakan sel-sel mati kulit pada kepala yang berlambak-lambak, yang boleh juga disebabkan oleh sejenis fungus yang diberi nama Malassezia globosa"

January 21, 2008

Entry apa aku buat ujung mggu haritu....

Heish.. dah berkoyan2 agaknya syaitannirrajim masuk dlm badan aku ni melalui mulut yg tak abis2 menguap. Patut la makin lama aku makin jadi poyo. Byk makhluk itu rupanya. huahaha.. Huargh.. ngantuknyer!!!

Huhu.. seperti biasa, ini hari isnin, entry dejavu iaitu apa aku buat pada ujung minggu haritu... (sesapa taknak baca, takpe, sbb aku nak tulis jugak, buat ala2 diari seorang kapal gitu...)

Hari sabtu dgn jumaat, aku tak ke mana2 sbb boo masih lagi sibuk dgn kekejanya di opis yg tak habis2 sampai aku pun dah naik bosan. hehe.. Tapi, sbb skrg ni aku gegeh nak mendietkan diri dan poket dgn berpuasa, takde hal lah kalau tak ke mana2 tu.

Hari sabtu dah dekat kol 6 baru boo balik dgn wajah ceria sbb kejanya yg membuatkannya mengalir air mata telah berjaya disiapkan. Aku plak fefeeling best haritu, dgn gegeh lagi masak utk lauk buka. Tambahan plak, ada tetamu yg dtg sejak tengahari menambahkan lagi kemeriahan time buka poser. huhu.. bestnya mkn reramai kan? Aku tetiba kerinduan la plak suasana nak bermakan2 beramai2 sambil membuat sesi luahan rasa. isk.. Jom kengkawan. Kita bukak satu sesi mggu depan? Mau ka? huhu..

Sbb dah keletihan kerja dan nak menselebret kejayaannya siap keja, boo sudah berjanji dgn dirinya sendiri yang dia mau bangun lewat pada hari ahad. haha.. mmg dgn aku2 sekali terlajak sampai kol 10 baru tersado dr tido.

Lepas mandi dia tersengih2 ajak aku pi damansara, dgn specific request, nak pegi naik keta busuk aku. Pelik jugak la memulanya, sbb biasanya kalau kitorg jenjalan hujung mggu, mmg lebih seronok memandu keta dia yang penuh keriangan dan mampu di parking dimerata2 ceruk walaupun sempit... Tapi aku tak kisah la plak nak bawak keta busuk aku tuh. Bila dah sampai ke tempat dituju, dan aku dah kerut2 dahi aku sket... baru la ai yg lombab ni tersado..

Aku: Oooo... Patutla nak bwk keta saya. Awk nak beli benda2alah2 ini ke?
Dia: Hahaha.. Baru perasan ke?
Aku: Ha'ah.. cheit!
Dia: Slow la u nih...


Patut la dia nak bawak keta busuk aku. Rupanya dia ada nak buat projek mengemas dan beberapa barang2 yg bersaiz sederhana besar dia mau beli. Cit... kenapa la aku tak sedar sebenarnya dia ada niat baik yang tersembunyi. Dan dgn gembira dan rela hati aku pun sama2 gak mensoping beli barang2 utk equip ruangan aku buat keja sekolah.

Time balik ke rumah tu, sekali lagi aku terkena dgn dia, sbb aku gatal nak bertanya pasal tipon dan tenet kat kaunter streamyx depan umah. Niat aku nak tanya2 aje, tapi dgn tak semena2 dia telah berjaya menggosok2 blkg aku utk terus sign borang dan masukkan tipon+tenet ke dlm umah. Huhu.. kuatnya obat kuat kakzu..

Dan biasanya aku yg kedekut dan tak kaya ni, bila sampai umah, mmg akan megomplen2 la kalau dok buat purchase tah pape tah. Tapi smlm.. ntah kenapa, angin komplen aku sangat kurang. Maybe sbb purchase tu bukan yg tah pape kot. Ataupun, sbb aku pun bleh beli barang yg aku sendiri nak, bukannya semata2 brg yg dia aje nak. Ataupun aku tak amuk disebabkan ada bebenda abstrak yang payah di tulis kat sini. hahaha.. tatau.. tatau..

Bila mlm tu, dia sibuk2 mengemas bilik stor dgn anak bulu aku yg dok kuar masuk plestik sampah, ai plak fefeeling surirumah masak kat dapor. hehehe.. best jugak jadi tukang masak ni. Sampai tetiba aku terfefeeling nak buat rancangan masakan yg bertajuk 'Cooking for Dummies, with a Dumb2 Cook' dan dihantar ke AFC. Huhuhu...

Lepas mkn.. lepak sama2 dgn uL sambil layan cerits sengets yg bisa membuat aku pilih utk baca buku kat dlm toilet, pastu berdiskusi sket pasal the l word season 5 (huhu.. mcm dlm forum la pulok..), pastu baaaru la masuk tido.

Pagi ni, masa aku dah nak pegi keja, boo masih lagi tak berdaya nak bangun dr tido. Ntah letih pasal apa, aku pun tatau.. huhuuu.. Maka, aku tinggalkan aje dia dgn pesanan, "jgn lupa bagi anak2 makan". Nampaknya, gelpren aku ni masih dlm mood berdendam sbb dia baru mensettlekan kejanya, dan memilih utk tido dan pergi berpoya2 aje harini. huhuhu.. jelesnya aku!

January 17, 2008

Mana ada dlm buku kata kalau berdendam tu mesti balas dendam???

Wargh.. ngantuk. Pagi ni terlajak bgn tido. Best betul jadi lipas yg kelangkalibut nak pi keja. hehehe.. Ini semua sbb mlm tadi aku teman boo pegi opis. Sungguh la tegang keadaan di opis itu, sehingga dah dekat kol 4 pagi baru dia boleh balik. Aku plak... sementara tunggu dia tu, mrasa lepak kat bwh mejanya dgn keadaan seperti seekor ikan yg terkuar dr akuarium. Bayang2 aje la gimana rupa aku. haha..

OK.. cerita ceriti pasal boo.. ada satu hari tu sambil aku tgh dok sikat rambut... tetiba dia tanya aku.

"U ni pendendam orangnya kan?"

huhu.. aku terkejut jugak. Kenapa dlm byk2 masa, time aku sikat rambut jugak yg dia nak tanya soklan macamtu. Tapi aku sengih aje la kat dia, tak jawab pape pun. Aku cuma tanya dia kenapa, which, I don't think she answered also...

hehehehe... aku ni pendendam ke orangnya?

Jawapannya ialah yes and no. Dan aku rasa kebanyakan org semua macamtu. Ada certain circumstances korg2 semua memang akan berdendam. Kan kan? Mmg ada yg berhati mulia langsung tak menyimpan dendam. Tapi... hehe.. no komen.

Apa circumstance yg membolehkan aku dendam. As semua org tau.. aku mmg ada ego tahap pokok kelapa sket. So, aku akan dendam org yg mempermainkan dignity aku. Dan kalau setakat permainkan aje takpe, tapi dah masuk tahap merendah2kan aku dan sbb dia boleh rendah2kan aku, sesuka hati plak dia nak buat main dan di ambik2 hak aku sesuka hati. Ye.. aku mmg dendam dgn org macamtu.

Maybe kalau setakat toying with my belongings tu aku bleh tahan lagi kot. Walaupun aku ni possessive gila amats, tapi kalau ada yg rasa dia bleh je jaga belonging aku tu ai oke je kot. Cam ada org nak men dgn henpon aku ke, dgn keta aku, ataupun dgn kasut aku ke... ataupun menggeledah barang2 personal aku ke.. Memula mmg hangin la, tapi... lelama akubleh je beli baru. Hatta gelpren pun bleh dicari baru, apatah lagi henpon/keta maupun kasut. Lagi baru lagi best kan? hahaha

Tapi.. pride and dignity being crushed. Membiarkan manusia itu rasa dia lebih tinggi tahapnya dr aku di samping memperkecil2kan aku. Payah sket la kot. Aku tahun 2007 dulu tak garang. Tak kuasa nak layan bebenda yg aku rasa boleh mrendah2kan aku, because i know where i stand. Tapi... rasanya, dah masuk tahun baru ni, aku nak buat pembalasan pada mereka2 (those hypothetical human being i believe) yang pernah buat aku terasa macam hampeh. Harus la azam tahun baru ni nak jadi garang kan?

I mean, I know ada ramai manusia yg tarapnya lebih tinggi daripada aku, tapi... tak payah la bersusah payah nak rendah2kan apa yg aku ada, dan uar2kan apa yg aku takde, especially benda yg diuar2kan itu boleh menjejaskan kehidupan aku secara totaliti...

Tapi la kan.. kalau pun berdendam, tidak la bermakna aku akan bawak parang dan cincang org yg aku dendami itu. Setakat macamtu, tak i know what u did last summer la. Itu style hang jebat. Mampos la kena tangkap nnt. Dan aku takot la plak nak gi jumpa bomoh dan bagi hantu kat org tu. Harus la karang hantu tu lepak2 dgn aku.. mateila mak penakuts.. huhu.. Dan aku tak plak bangun tetiap malam buat sembahyang hajat mintak diturunkan bala kat org itu. Maklum la... ai bleh je fefeeling org yg teraniaya kan? hahhaha..

er... tapi kalau dendam pun... apa yg aku nak buat? hehehehehe... Sesungguhnya aku yg jahat ni ada gak rasa cam tatau nak melampiaskan rasa dendam ni. huhu.. pecah kepala la plak nak pikir strategi utk balas dendam. Sudahnya, takyah la balas2 ni.. Tuhan ada. You just do your best aje la sekapal.

Hmmm... make sense jugak tu... Ah.. tp apa2pun, kesimpulan utk entry harini.. mmg ada keadaan yang meminta aku untuk berdendam. Mungkin juga dendam yg tidak akan aku balas... haih...

So, maybe next time kalau boo tanya lagi soklan yg sama.. jawapan aku ialah..
"Ia, saya mmg pendendam. Tapi itu tak bermaksud saya akan membalas dendam..."

Apa? ye... mmg aku ada dark side yg aku sendiri belum explore habis.. (aiyo.. tetiba fefeeling nak jadi org jahat cerita tamil la plak..)

Sblm aku berhenti merapu.. ini ada lirik lagu yg bertajuk Dendam nyanyian kumpulan Cokelat. Mmg lagu2 cokelat ni best sungguh. Gelap2 aje liriknya. Ala2 dark chocolate gitu. hehehe...

Coba kini kau dengarkan
Sekali saja dengarkan
Apa isi hati ini
Semua isi hati ini
Berjuta kenangan kelam
Berjuta sesal terpendam
Jangan salahkan aku
Jangan Salahkanku DENDAM...

January 16, 2008

kekorupsian minda apabila membaca sinopsis the l word

Yours truly, spent her quality paid time, reading the synopsis of the L word episode 501 and 502.

Fuh... sungguh memberangsangkan kekdahnya aktiviti aku di opis pada pagi ni. At least aku bleh la gelak dan borak sesama dgn boo nnt. macik tu kemain sumbung lagi sbb dia dah tamat menonton episod 1 dalam youtube.. Aku masih takbleh nonton lagi. Sakitnya hati apabila server opis ni officially block youtube. Podah chitt!
(Bedah!! Sapa nak supply downloaded episode utk season 5 ni kepadaku??? I miss u bedah... uhuk uhuk.. kambeksun)

huhu... *lap air mata*

Apa yg best sgt season 5 ni? Hahahaharusla bette dgn Tina yg kelihatan berbunga api terpercik ke sana dan ke sini. Aku nakkk sgt diorg balik bersama. Nak merasai balik kenyamanan menonton the L word season 1, di mana kita ada satu kapel yg kita rasa macam.. yes.. sapa kata monogamous relationship takleh keja (cannot work?) Boleh... sehinggalah Bette menghancurkan segalanya. At least, bagi la aku peluang utk mempercayai, kalau mmg monogamous relationship itu berpanjangan, sooner or later, diorg akan kembali bersama juga. Dan bette and tina sangattt lah sesuai dgn each other. Cepat la balik semula.. Kalau takmo balik semula pun, cepat2 la terlajak melayari bahtera cinta yg pernah dirasai bersama. uhuhuu..

tapi satu perkara yg berlaku di musim 1 yg tak nyaman juga boleh dilihat dlm musim ke 5, di mana shane dah jadik player semula.. ergh... aku rasa macam. Sudah2 la tu. Tho' aku suka gak adegan seks yg melampau2 byknya utk musim ni, tapi... bukan shane punya adegan. There's no love in it. Aku ni biasa la.. fefeeling nak buat comeback jadi queen of monogamy semula.. nak la ada love, commitment.. blablabla.. hahaha..

Shane oh shane..
lupakah kau pada kata2mu di musim 1 ketika Dana baru lepas muntah di atas kapal (atas kapal, bukan atas sekapal), di mana ketika korg semua mengata Bette dan Tina 'boring' terkeluar ayat master yoda yg berbunyi..

"What's more boring, right? You can make endless lists. You can bawl your head off, and puke over the side of the boat. Or you get to go home. You get to sleep with the same person you've been in love with for 7 years."


Tettt!! Kau tak boring ke shane? aiyoh.. I really hope u met the one. Dan nampaknya paige bukan the one, walaupun shane dah berangan potong rumput depan rumah, sambil paige buat pie. Nampaknya, saksikan lah kepulangan the boring old shane.. one woman after another. Bosannyaaa...

Erk.. aku pun, baru bertatih nak sleep with the same person, yg i'm in love with.. baru.. er.. tak sampai setahun. Itu pun ada harinya terpaksa ponteng2 jugak. Huhuhu.. aku tak u-haul lagi rupanya. Adeh.. Tapi dgn anak bulu aku tuh, mmg hampir tetiap hari tido dgn dia, sejak bberapa tahun yg lalu. huhuhu...


Bagi aku yang, again, fefeeling back to the monogamous fold, aku lebih suka ada satu manusia yang boleh digelar pasangan hidup, yg aku cintai, yg boleh aku pandang setiap kali sebelum aku pejam mata aku. Pada aku, apa boringnya kalau setiap hari adalah cabaran untuk memperbaiki kehidupan. Kalau dah takleh nak baiki tu lain cerita la kan.. Tapi.. kalau nak tukar2 pasangan. Ini hari tido sini, esok hari tido sana... bosannyaaaaaa!! Nak mengadu kat sapa pun tatau..

Hmmmm.. maybe bagi shane, tido dgn org yg berbeza2, bebas buat sesuka hati tu tak boring kot. Iye la...advencheres la kekdahnya kot. Tukar2 pasangan, boleh 'merasa' pelbagai perisa. Stroberi, oren, rambutan maupun durian (durian?!! mateila tamau, harus tajam!!)

Ah... apa2pun, setiap org ada minat masing2. Ada yg minatnya tidak ditambat, supaya bebas bergaul tanpa ada sebarang halangan. Ada jugak yg merayu2...'tambatlah aku.. tambatlah aku..' supaya kehidupannya lebih bermakna dan stabil.

Cuma, apa2pun yg kita pilih.. tak adil utk kita terus pukul rata dan mengatakan org yg byk pasangan tu lebih HOT daripada org yg bertahan dgn satu pasangan sahaja. Kan?

Sapa yg lebih best? Org yg boleh buat pasangannya bertahan dengan dia selama bertahun2? ataupun org yg lari sebelum sempat ditinggalkan? hehehe..

January 14, 2008

Aku yg tetiba mengopek lagu lagi...

Ayuh.. ini hari aku mu kopek lagu. Aku ingat lagi lagu last yg aku kopek dulu, lagu Elyana - Kau atau Aku. Dan dengan tak disangka lagu itu tetiba kena tepat ke bijik mataku.. debush! Tapi itu dulu la. Cerita basi, biarkan sahaje... Skrg ni dah masuk cerita angkasawan dah..

Anyway, ini lagu yg aku mau kopek ini adalah nyanyian kumpulan Daughtry yg bertajuk Over You.. dengan ucapan, kenapa lah aku tak perasan ini lagu time aku mula2 break dulu. Sbb ini lagu putus chenta yang banyak memberi harapan, di samping melepaskan geram kepada org yg tinggalkan kita itu. cis cis..

Iye la... aku bukan insan yg mulia yg bila clash je menyanyikan lagi Perpisahan Anuar Zain. Harus la kerass sket... kan? huhu..

ok.. lets kopek!!

Now that it's all said and done,
I can't believe you were the one
To build me up and tear me down,
Like an old abandoned house.

Iye kengkawan. Itu lah rasa yg dirasakan apabila si kekasih hati tetiba menyatakan.. tidakkkk.. saya takmau awak lagi. Sungguh tak disangka2.. org yg kita harap2kan.. org yg selama ini menjadi penyokong kita.. rupa2nya dia lah jugak yg memusnahkan segalanya. Hampeh kamu...


What you said when you left
Just left me cold and out of breath.
I fell too far, was in way too deep.
Guess I let you get the best of me.

Masa dia cakap je kata-kata tu kat kita.. Fuhhh.. mmg semuanya rasa cam.. Beku, Kaku, Senyap seketika dunia ini dirasakan. Rasa macam tak payah tarik napas pun takpe. Iye la, sbb selama ni segalanya kita serahkan pada dia, so bila dia tarik balik semuanya, tak ke ada rasa macam nyawa terkuar sekejap dari badan.. pergh! Sejukkkk...


Well, I never saw it coming.
I should've started running
A long, long time ago.

Lagi bestnya, kalau si gelpren plak tetiba je kata nak tinggalkan kita. Sedangkan ribut atau anginnya sangatlah tak kuat. Lagi mengharukan kalau sebenarnya ada satu ketika dulu, kita terasa sesangat nak tinggalkan dia. Tapi telan balik rasa tu, atas alasan takmo dia sensorg. Kesian dia nnt. Sapa nak tgk2kan dia. So.. atas alasan tu, stay je la. Alang2 dah lama berkapel kan... Malas la plak nak kuar drpd kepompong ni.

Padahnya... dia yg tinggalkan kita dulu.. wahaha.. Masa tu nyanyi lagi if only i could turn back time pun takde artinya lagik.


And I never thought I'd doubt you,
I'm better off without you
More than you, more than you know.
I'm slowly getting closure.
I guess it's really over.
I'm finally getting better.

Tapi... bila dah lelama kena tinggal, baru la tetiba tersedar diri, yg sebenarnya kalau kau takde dgn aku.. sebenarnya lebih best lah. Baru aku boleh lihat dunia yg luas ini. Tak sangka... so, terima kasih kerana meninggalkan aku. hehe


And now I'm picking up the pieces.
I'm spending all of these years
Putting my heart back together.
'Cause the day I thought I'd never get through,
I got over you.

Ye... apabila sudah mula recover dari keadaan meroyan. Harus la pepelan cari jalan utk mulakan hidup baru. Jangan lah ingat dengan perginya dia, kehidupan kita akan koyak. Kalau kau dah taknak kat aku. Sudah la... Aku tamau hidup dlm kemeroyanan...


You took a hammer to these walls,
Dragged the memories down the hall,
Packed your bags and walked away.
There was nothing I could say.

Ha.. mmg betul lah. Segala komitmen, janji2 yg diucapkan, semuanya pelesu belaka. Cit podah! Last2 apa yg tinggal? Oh no.. bukan akaun ASB dgn duit beribu2. Takde maknenyeeee..


And when you slammed the front door shut,
A lot of others opened up,
So did my eyes so I could see
That you never were the best for me.

Dan akhirnya... aku sedar jugak. Sebelum ni kau ingat takde sape nak kat aku yea? Apa.. kau rasa semua org nak kat kau, kau pun naik tocang la... Gitu? huhuhu.. Tidak sekali2... rupa2nya selepas kau tinggalkan aku, banyak pulak yg bukak pintu ajak aku masuk. ehehe... ingatkan takde org yg nak kat aku. Rupanya selama ni aku yg taknak nak org, sbb aku obses giler kat kau.. dan takut hilangkau. Cit podah... last2 kau blah jugak kan.. huh!


erk.. abis dah lagu? Hahaha.. lepas tu diulang2 balik rangkap korusnya sehinggalah hati panas rasa lega... fuh! Apa2pun, lagu ni elok diulang2kan berkali2 sehingga tetiba rasa.. yeah! Ai feel good..

Tapi kalau ada yg masih tak henti2 meroyan tu... tatau la nak cakap apa, kecuali, kesiankan la org kat luar yg menunggu kita untuk dijadikan pasangan hidupnya.


Apa2pun, ayat disklemer aku, ini cerita berkaitan lagu ini bukannya wanhandred persen berkait dgn kain aku yg clash tak lama dulu. Toksah speku entry ini adalah entry aku mengutuk ex aku. Sesungguhnya aku dgn dia masih lagi kontek mengontek (especially bilamasa melibatkan harta benda yg dulu dah lupa, tetiba teringat balik.. seperti buku buffy dan gambo2 vacation).

Dan aku pasti kami berdua sangat gembira apabila masing2 tiada lagi mengganggu dalam sistem saraf masing2... weahu!

January 11, 2008

bila aksi boleh bercakap dengan lebih kuat berbanding perkataan...

Fuh... lama jugak aku tak muncul di persada blogger nih. kehkeh..

Seperti biasa, alasan yg lapuk tetapi takdapek nak disangkal ialah aku bz. Bz menganto adik aku masuk belajar utk tiga bulan. Bz start daripada mengambik dia dgn parents aku kat kg. Bz jugak menggemuk dan menguruskan hal pendaftaran. Bz jugak mengkontrol diri dgn mak abah aku ada kat umah. Dan jugak bz... er... tatau kenapa bz.

Dua hari aku cuti.. isnin dgn selasa. rabu masuk keja, khamis cuti lagi. Aku sempat lagi menganto mak abah balik kg. semalam. huhuh... tetiba terasa aku byk habiskan masa dlm keta je selama bbrp harini.

kesian kat boo... sbb aku terpaksa terkontrol2 berlebihan2 bila mak abah ada kat umah. Tapi nak buat acamna... daripada terkantoi tak tentu pasal, takpe la bertahan buat seketika. huhu...

Sebagai pasangan yg masih ala2 baru2 ni, agak sesak napas jugak kalau terlebih mengontrol nih. Lelebih lagi sebab partner aku ni muda .. so.. er.. ada lain sket la. Ada apa dengan partner muda? hehehe... fuh!

Iye la kan... masa aku masih dalam kategori pasangan veteren dulu... ada sedikit tatak helan aaaa. Takde apa pun yg nak dikontrol. huahuahua...

Anyway, alang2 bercakap pasal pasang memasang nih. Aku kengkadang kurius jugak nak tau... agaknya macamana lah korang2 ni semua, boleh berkahwin/berkapel dgn pasangan anda? Apa yg lebih mengkuriuskan aku, bukanlah jalan ceritanya yang panjang berjela, berjumpa masa kat sekolah, pastu sesama masuk team volibol, pastu kebetulan sama-sama injured... TAMAU! Aku tamau dengar cerita panjang berjela. Dan tamau jugak dengar jawapan..
'ntah le... tau2 je suka'

Cheit! macamana boleh terjadinya suka tu? Takkan la harini cam besa2 je... pastu esok terus leh cinta2 bagai. Apa yg menyebabkan perubahan di antara dua hari tu? (erk.. ada yg ke paham apa aku tulis nih?)

Bottom line, Aku sangat kurius, macamana berlakunya satu titik pertukaran, di mana perkataan kawan bertukar menjadi kekasih.. How? how? Bagaimanakah kita communicate perubahan perasaan itu?

So.. utk start, mari lah belah dada sendiri. Jap aku pikir balik. Apa insiden2 yg sebabkan aku bleh bertukar dari kawan, jadi kawen..

hahahaha.. pikir punya pikir, rasanya macam takleh nak cerita. Sbb aku sendiri pun tatau nak cerita acamna.

OK.. takleh bukak dada sendiri, lets think theoretically, shall we ?

secara teorinya aku yg tak cukup tido ni boleh pikir dua benda aje.. samada secara verbal, ataupun fizikal. Sbb rasanya dua benda ni je yg boleh dilakukan dalam komunikasi.

Kalau secara verbal... Rasanya ini banyak yg berlaku kot. Contohnya, dah lama2 kawan, perasaan dah ada. jadi untuk menaik taraf relationship itu, harus la dicakapkan apa yg dirasa.

Ada yg berani cakap face to face. Ada jugak yg guna telepon saje sebab tak berpeluang atau tak mahu bertemu muka. Jom kita buat cerita sikit la..

Macam dua org senget yg berkenal2 melalui forum atau blog. Memula email2 je. Pastu koling2. Mula2 koling lima2 minit sehari. Lama2 koling selang lima minit. huhu.. Masa ni sebenarnya dua2 dah ada rasa, tapi sapa yg berani nak mula cakap? Yg lebih berani akan tiba satu hari dia akan rasa tak keruan. Dia rasa teringin sangat nak naik taraf relationship. So, satu malam yg hening, dia pun dengan machonya cakap, sebenarnya dia dah suka, dan nak lelebih lagi. Yg tak berani plak, akan menyeringai kegembiraan sbb dia takyah nak jadi berani.. dah bleh dapat gelpren. yahuu!! (bunyinya macam kena kat diri sendirik aje nih... hahaha.)

itu kalau secara verbal.. secara fizikal plak?

Kalau fizikal plak, ada yg secara fizikal secara menggunakan jari sahaja, iaitu dengan menghantar email atau chatting la.. (apa? korg ingat guna jari utk apa??)

Ada jugak yg lebih bold and daring.. sepertimana Lara mula2 menyampaikan rasanya pada Dana. So sweet kan.. kissing gitu-gituan. aiyoyo.. bestnyerh!!

Kalau ada sesapa yg nak suruh aku pilih.. harus la ai yg ada batu dalam mulut ni suka yg fizikal. Dan sebenarnya majoriti (bukan semua... kot.) relationship aku sebelum ni, banyak yg termulai secara fizikal..

Memang la takde aku buat macam lara/dana, ataupun marina dgn jenny, yang berceom dlm toilet tu. Tapi.. mostly physical la. COntohnya, macam.. tetiap malam dok berborak sampai pukul 2-3 pagi. Pastu satu malam tu, baring makin rapat. Hidung bergesel dgn pipi... pastu macam ada satu renjatan letrik bzztt bzztt, yang menyebabkan bibir pulak bergesel dgn pipi, hidung, sesama sebibir. Dan sudah semestinya hari esok merupakan pagi yang nyaman dan indah. Dan malam-malam seterusnya menimbulkan ketagihan yang menggembirakan, a blissful addiction. kuikui...

Dua minggu lepas kising2 tuh, masing2 dump each other's girl/boyfriend, to be with each other. (macam kisah benar aje kan?) haha... such deja vu.. dan deja vu la jugak after few years together, aku dapat diminta supaya memutuskan perhubungan (agaknya dia pun dah bergesel2 pipi tanpa pengetahuan aku kot.. speku jgn tak speku.. mueheheheh)

Tapikan.. sebenarnya, tak kira lah cemana pun titik permulaan komunikasi di antara kawan menjadi kawen itu, kalau takde yg berani nak mulakan... takkan terangkat la perhubungan itu.

selama ni, aku beruntung, sbb biasanya my point of communication goes without saying any damn thing... ataupun, sebelum aku berani, itu worang dah berani dulu. Behold aku, budak kembang yg kecut.. huhuhu.

tapi kadang2, keberanian itu tidak boleh dilakukan... kerana walaupun hati dah suka tapi...

Sayang, sayang, sayang
Kamu sudah berpunya (or perhaps, aku... ataupun aku dan juga kamu.. hahaha)
tertutup sudah bagiku kesempatan...

hahahah... ailaik that song!

Waaa... entry harini melampau2 inner monologue nyer. Mcm byk je yg tersirat. Cheit!!!

January 3, 2008

Kalau setakat kol 11 pagi baru bangun, apakah ertinya sebuah sarapan itu?

Fuh... sangat lah heavennya apabila pada waktu pagi yg sejuk dengan hujan renyai2 seperti pagi ini, aku boleh bersarapan ubi rebus yg panas dan berasap2 dicicah dengan sambal tumis ikan bilis yg agak manis2 sedikit, beserta ikan sepat masin yg digoreng dan kemudiannya di perah sedikit limau nipis sebaik sahaja diangkat dari kuali. Kedengaran bunyi 'sizzle' sebaik sahaja jus limau bersentuhan dengan kepanasan ikan masin.. Aiyakkk... mateila merembes jus gasterku..

Tapi kekdahnya, boleh ke aku nak bersarapan begitu? Boleh tu mmg la boleh tapi kalau ubi kayu pun tak de kat umah tu, nak kena beli bagai, ditambah pula dengan terbangun lambat akibat overdos tgk dvd senget, tanamlah sahaja angan2 itu bersama dengan batang ubi di belakang rumah. mana tahu, kot2 boleh tumbuh ubi kayu tu. Di masa hadapan boleh la pulak bersarapan.. kan?

Wahwah... sukanya sekapal makan... huhuhu. Aku mmg sedia maklumi aku sangat sukai memakan. Dan aku makan keadaannya sungguh buruk kerana mulut berbunyi chompchomp sbb ai mmg teruja dgn kesedapan mengunyah makanan itu. Bak tagline di carl's jr... 'Its gonna get messy'... damn right it is. Mmg aku makan dgn keadaan messy. Tapi yg bestnya ada gak yg kata melihat aku makan sangat menyelerakan. Harap2 makanan tu la yg menyelerakan. Kalau lah org tu nampak 'aku' yg menyelerakan... ayoh! ke dalam! aku akan tunjukkan bulan dan bintang pula.. huahaha..

Ok.. cukup2 la nak berlagak tunjuk bulan bintang. Apa kau ingat kao bagus sangat ke kapal? Choit!
Berbalik pada topik sarapan pagi. Apa jenis breakfast yg korg suka?? Ada yg suka bersederhana sahaja, cukup setakat beberapa keping roti dgn diselet (bukan di-silet yea) dengan marjerin atau mentega. Dan air pada waktu pagi pula ialah secawan kopi hitam pekat dalam cawan berwarna putih. Bersarapan sambil membaca suratkhabar. Hmmm... tipikal macam dlm drama tv la plak. huahaha..

Tak kurang juga yg sangat berminima dlm bersarapan, seperti aku ketika di opis. Iaitu dengan tiga keping roti atau beskot holmil. Konon2nya nak diet la. Tapi apabila diredah makanan itu dengan secawan melo kow... celah mana dietnya? Celah keti? huhu...

Tapi sebenarnya, aku yg skrg dan dahulu ni, kalau diberi peluang... Takde maknanya aku nak bfast secara berminima nih. Sbb start dr kecik abah aku sangat lah suka bersarapan secara gaya bebas dgn menggunakan pinggan yg besarnya sebesar.. er.. pinggan. hehe... tambahan plak mak aku dulu tak kerja, so, kat umah dia asyik masakkk je. Itu pasal la tertubuhnya anak dia yg suka makan dan bolat cam guli bertubuh besar nih.

Biasanya sarapan pagi pilihan aku ialah makanan seperti nasi/mi/hun goreng. Ataupun the feveret malaysian bfast iaitu nasi lemak dgn sambai ikan bilis dan telo mata kobau. Lagi la plak kalau sambal tumis ikan bilis tu partner aku yg buat. Fuh! terangkat ekor mak beowolf aku.

Kalau aku tetiba nak makan roti yg sempoi. Feveret aku yg jarang boleh dibuat ialah roti bakar yg rangup2 itu di selet mentega dan ditopap plak dgn orange marmalade yg kepahit-pahitan rasanya. Uummpphhh.. nikmat rasa pahit dan lemak itu seperti pengalaman bercinta dengan.. err.. dengan.. ermm... perempuan. huuhuhu...

Ada masanya sarapan roti jadi tak sempoi sebab disertai dengan sardin masak sambal atau sosej atau telur hanco atau hash brown atau tuna+mayonis atau semua yang di atas.

Kalau pi sarapan kat kedai mamak plak, aku suka order roti telur bawang. Kalau setakat roti telur tapi takde bawang, apa kah maknanya? Langsung takde kemanisan kebawangan itu. Dan satu lagi aku suka mkn ialah roti bom yg takde gula. Tapi ini aku tak suka sgt nak order sbb biasanya si tukang tebar roti tu tetap jugak bubuh gula. diorg tak paham bahasa isyarat aku yg menggeleng tak kasi bubuh gula kot. Sebab geleng=angguk? Ntah. Tapi motifnya aku ni nak kurangkan gula lah dalam makanan kononnya... Diet kot.. (tak hengat ke... roti bom tu penuh kelazatan marjerin yg dibubuh tak ingat dunia..)

Sarapan oh sarapan. Sungguh aku merindui bersarapan di pagi hari cuti yang indah pada waktu yg sesuai. Huaaaa!! Benci la asyik bangun lambattt je time cuti2!

January 2, 2008

Selamat bukak kotak baru. Ada diari baru ke? huhu

Wahaha... selamat menyambut tahun baru 2008. Happeeee new year everibadi!! Macamana korg sambut new year utk ini tahun?

Aku seperti biasa menyambut new year di dalam rumah sahaja bersama2 dgn sangkuriang buahatiku yg banyak bunyi seperti cengkerik. (erk.. motif cengkerik? takde motif...) krikk krikk.. Sebagaimana yg ramai pun telah sedia maklum, aku mmg lowrat tak suka la bersesak2 dgn ramai2 org, dan bergesel2an semata2 utk menonton bungapi. Kalau tetiba kemaruk sgt, aku beli je bungapi cap kucing tu. Main kat umah dgn si kucing. huhuuu... Meriah jugak.
Kalau diikutkan sepatutnya malam new year tu boo mintak tolong teman ke opis, dan pastu anto dia balik ke umah dia. Tapi sbb dia tak sihat sgt, lepas anto adik dia ke uni, aku dah hantar dia sampai ke depan pintu umah dia. Tapi umah dia plak takde org, apa lagi, aku hangkut je la dia balik ke umah aku, dlm keadaan senyum terkuar tanduk. mbwahahaha... Yahuu! Saya minum pawarut!

Anyway, setakat dok kat umah, harus la langsung tak nampak memana bungapi, hatta dari tingkap sekalipun kan. So, apa kerja kami. Tido saje la. Sbb esoknya pepagi dia mmg kena jugak2 ke opis. Cadangan nak ke opis jam 7 pagi, terpaksa ditunda ke jam 10 pagi atas alasan2 yg taknak dielakkan. So, aku plak mengambil masa manisku meneman dia kat opis dr kol 10 pagi saaaaaampai la kol 6 petang. Jadi.. new year aku, aku habiskan masa jadi tikus bawah meja gelprenku sambil dia buat keja. Produktif kan masa yg aku guna? adeh. hehehe..

OK.. bersempena tahun baru ni. Apa azam tahun baru aku? Kalau tahun 2007 aku berazam nak jadi glamer. Rasanya macam ada dah sesikit yg tercapai. Sbb masa aku tersingle haritu, tetiba ai terperasan glamer kejap. Bley? huahaha... Timakasih kepada ex-gf aku yg terlibat secara langsung dalam merealisasikan impian aku ini. keh keh keh...

Tahun ni... aku takmo jadi glamer dah, tapi aku nak jadi kaya. Camna nak jadi kaya tu, aku masih lagi pikir2kan. Ntah la nak jual dvd cetak rompak ke... jual alat pencabut bulu kaki yg tak menyakitkan ke... tatau la... Tapi, kena gak cari jalan nak jadi kaya. Whatever it is, dgn poyonya, tahun 2008 ni aku nak ada ong-ong-gedek-gedek. Kalau boleh semuanya mau ong2 dan kaya2 belaka. In money, health and definitely love...

Selamat tinggal 2007, satu tahun yg banyak sangat perkara berlaku dalam hidup aku. Perkara yg affect relationship, kerjaya dan juga jati diri aku sendiri. Sekarang tiba masanya utk aku bungkus bebenda lepas, dan bukak kotak baru.

Lastly, thanks to my beloved baby boo, for the months of never-ending passion+patience, helping me to realize a better... me.