October 31, 2007

Alahai demam la pulok

huhu... empat hari aku tidak pegi keja. Yahuu! haha.. yahu hampeh la. Alkisahnya aku kedemaman sehingga kemaman. erk.. eh.. demam sampaikan hari isnin dgn selasa (semalam dan kelmarin) aku cam tak larat je nak pegi keja.

Yg bestnya, aku start rasa cam terdemam2 dari hari khamis petang lagi. Time tu aku dah start terasa hidung sama tekak aku seperti telah memiliki koloni bakteria. Tapi masa tu macam boleh diabaikan je la. Khamis malam tu aku telan panadol soluble dua bijik. Tido telangkup sensorang atas katil, so.. jumaat tu macam segar jugak la nak pegi keja, siap boleh hantar boo ke opis lagik.

Hari sabtu, kepala yg weng2 pun cam tak berapa jadi nak weng2 sangat sebab bangun tido tidak awal. Indah sungguh bila dapat menikmati pagi2 hari cuti sambil tergolek dok atas katil yang kemudiannya disusuli pula dengan acara rumah terbuka kat rumah pacik dak boo.

Masa open house tu makanan dia perghhh.. nasik beriani, roti jala, lemang, mihun sup dan jugak kekuih muih tempatan dan kebaratan. Tapi kan, aku ni almaklumla, kali pertama mengekor dia ke majelis2 keluarga ni, ada la agak termalu2 badak sket. Aku tgk si boo tu pun kemain best lagi berborak. Dia borak tak abis lagi, aku dah abis mkn sepinggan. Pastu niat di hati macam nak tambah, tapi aku tgk muka dia, yg masih berborak. Aku try la cuit2 tanya.
"Awk takmo tambah ke?" Aku tanya.
"Ish, taknak la. Yg ni pun tak abis lagi." Kata dia sambil menunjukkan ke arah pinggannya yg masih tak sampai separuh luak makanannya.

Aku yg masih berselera besar ni pun, dgn penuh malu, tak jadi la menambah. Walaupun lauk daging berianinya aisehmen bukan main sedap lagik. Tapi disebabkan tekak masih terliur nak makan. Aku bangun dan hamek plak roti jala. Aku tanya kat dia, nak ke roti jala. Dia takmo sbb masih lagi tak habiskan nasik dlm pinggan, sangkeng seronoknya berborak dgn kazennya yg bley tahan la jugak al-kendu. huhuhu.. erk..

Aku pun makan la dgn sedapnya roti jala dgn kuah kari. Sambil aku makan, sambil dia berborak. Aku habis makan, dia punya nasik tak abih2 lagi. Adeh.... acamna aku nak amik mknn lagi? Malu la. Last2, aku diamkan diri, tahan perut, togok je la air selagi termampu. So, lemang sama mihun sup, mmg ai tak tersempat menjamah. hahaha.. malu punya pasal. Lapar la pulok.

Balik dari umah pacik dia tu, kononnya nak pegi satu rumah lagi kat sg. buloh, tp panggilan Midveli semakin menjadi2 sehingga kami berdua kensel ke open house, dan akhirnya mengambil keputusan utk menonton wayang kat midveli.

Kitorg tgk cerita 1957:Hati Malaya hasil karya akak Shuhaimi Baba tuu... Fuiyo.. aku strongly suggest anak2 muda zaman skrg ni yang kurang mampu memahami erti kemerdekaan tanahair, harap tolongla tgk filem ni. Memang best! Aku yg hanya pandai teriak merdeka merdeka je, bila tgk cerita ni, barulah aku rasakan betapa payahnya kemerdekaan ingin dicapai, dan sesungguhnya betapa besar erti kemerdekaan kepada kita rakyat malaysia secara keseluruhan. Ada org tu siap hampir menitiskan air mata lagi time tgk movie tu. Sedih weh... Pegi la tgk. Cerita ni mmg bukan seperti cerita2 patriotik yg lain yg banyak main tembak2 dan rogol2 pompuan. Huhu... masa tu rasa demam cam terhilang la plak kan. Sbb seronok tgk wayang punya pasal.

Esoknya, hari ahad, mmg aku rasa badan aku panas satu macam je. Tapi aku gegehkan jugak meneman dia ke Central Market, beli barang opis. Tapi last2 ada jugak barang sendrik yg berjaya di customise dan dibeli. haha... yahuu..

Balik dr CM, badan aku mmg dah pijar. Kepala pun weng2 giler babas. Mlm tu nak pegi open house kat umah 'the boss' plak. Aku takbleh miss la open house umah diorg. Rugi la weh, mknn sure sodap. Jadi, mlm tu, berbekalkan kegegehan dan perut yg lapar serta semangat berkobar2 nak jumpa fellow sengetians, aku mmg berjaya la gegeh bawak keta kehulu, kehilir dan kembali ke rumah. Semangat tuu!!

Hasilnya, hari isnin pukul 5 pagi, aku dah terjaga. Badan dah panas macam.. er... panas la. Boo yg kebetulan tido kat umah pun terbangun sama dan tolong lap kepala aku dgn air sejuk. Yg bestnya, baik je dia letak towel ke kepala aku, tetiba aku terdengar suara org berdengkur. hahaha... Sampai tertido la plak.. Aku tak tergamak la nak mengejutkan dia. Sah2 macik tu pun penat gamaknya, seminggu tanpa henti mengulang pegi opis sampai ke malam2 buta. Harus la penat kan.. Huh... nama je lagi muda daripada aku. Acamna nih? hehehe..

Pastu, pukul 8 lebih, pegi klinik, dapat satu hari MC. Sepanjang hari aku hanya tidoooo je. Sbb termamai dek makan ubat selsema dan ubat batuk. Masuk hari Selasa, aku punya kepala pun masih weng2 lagi. Lantai kat umah nampak cam bengkang bengkok2. Aku jalan pun macam nak tergolek2. So, aku sendrik MC la hari selasa. Kalau dipaksa gak bekerja, sah2 la mmg payah nak kebah macam kedemaman masa time bulan poser haritu.

Hari ni, kalau aku apdet blog ni, harusla aku dah masuk opis kan... Tapi aku masih lagi mengambil keputusan untuk menjadi budak pendiam kat opis. Sebab suara aku macam musang tersepit kat pagar belakang rumah. Sungguh macho!! ahaha... itulah hikayat aku yg demam la pulok. Sabo je la korg baca entry aku nih...

October 26, 2007

Library oh perpustakaan negara.. Tolonglah ajar aku membaca.


Kerajaan Malaysia menggalakkan masyarakat Malaysia supaya suka membaca. Kalau pergi kat library negara tu, kemain byk lagi poster suruh org semua membaca.



Tapi kan... nak masuk dlm library negara bukanlah satu perkara yang mudah. Semua org yg nak masuk kena jadi ahli dulu. Kalau bukan ahli, tak boleh masuk membaca.

OK.. kalau nak jadi ahli, ini bebenda ini diperlukan.
  1. Isi borang pendaftaran. Borang perlu dibeli dengan harga RM0.20
  2. Hantar borang ke kaunter dgn salinan IC/Surat beranak/Passport. Kat situ pun ada perkhidmatan fotostat. Tapi tak ingat la plak aku samada benda tu free atau tak.
  3. Bayar RM1 utk pemprosesan keahlian.
  4. Nnt akan dapat Kad Pembaca, yang boleh digunakan selama 3 tahun. Lepas 3 tahun, kalu nak renew, kena bayar RM1.
  5. Kalau jenis yg suka bersepah macam aku nih, dan kad pembaca hilang dimakan kucing, kalau nak masuk membaca kena bayar denda RM5.
  6. Dah jadi ahli, tak semua buku boleh dipinjam bawak balik umah. Baca kat situ je la.

Banyak ke buku yang ada? Huhuhu... pegi dulu la kalau mau tau!


Anyway, apa yg aku rasakan tentang proses yang diaplikasikan oleh perpustakaan negara ini sebenarnya macam kureng boleh menggalakkan org2 pemalas seperti aku ni utk membaca dengan lebih gegeh lagik.

Sebab? Aku mmg manusia yang malas nak beratur, isi borang, kuar duit barang doposen pun, utk masuk ke dalam tempat yang aku pun taktau adakah berbaloi utk aku lakukan sedemikian. Ye la, sebelum kita mendaftar, bukan kita leh tau apa buku yg ada. Ada atau tidak buku yg dicari? Dan macam2 lagi la yg berpusing2 di minda skeptikal aku nih. So.. sebenarnya, pendapat peribadi aku, kalau perpustakaan negara yang membantu memperbanyakkan org membaca, kena la buat sket perubahan yg membuatkan org ramai boleh masuk, with no obligation. Diorg kena la tau kan, rakyat malaysia ni suka disuap, semuanya datang ke lutut. Tak ramai yg nak menapak utk melaksanakan perkara seperti membaca nih.

So, pendapat orang yg malas membaca macam aku ni ialah, perpustakaan negara sepatutnya tak perlu kenakan keahlian untuk sesiapa yg nak jadi pembaca. Maksudnya, semua org boleh masuk dan membaca. Tapi, keahlian adalah diperlukan kalau sesapa yang nak pinjam buku ataupun untuk mendapatkan akses kepada servis2 tertentu, dan juga akses utk membaca buku2 yg ala2 best2 gitu.

At least, bila org ramai boleh masuk, sesapa yg cukup sekadar membaca alakadar, takyah la jadi ahli. Tapi kalau masing2 dah teruja dengan ke'best'an membaca di situ, harus la teruja jugak utk jadi ahli, kan? Biasala rakyat malaysia, sesuai dengan papatah sendiri 'tak kenal maka tak cinta'. So, kalau nak kenal pun memacam protokol bagai, baik berkenalan dgn awek jepun yg bernama Kinokuniya, lagi kencang!

Hmmm.. itu lah dia perasaan yg dah lama aku pendam tentang ketidakpuasan aku kepada kempen mari mambaca nih. Dah tau org kita liat, why not make things easier?! Ini, semuanya mengharapkan kedai2 buku utk memberikan ruang kepada kita membaca dgn best. Even dgn limited space pun, ramai yg free reading, hatta sanggup duduk di atas lantai. So, betul ke rakyat malaysia tak suka membaca? kompius... heheheh

Ataupun.... library negara tak berani buat pembacaan free sbb depa tau, kalau semua org boleh masuk free, next time, depa dah takmo visit lagi dah sbb bahan bacaan tak banyak dan mostly outdated. Ke??

Sbb tu lah, last aku melawat ialah dalam tahun 2005, dan sampai skrg tak teruja utk melawat lagi. Acamna nak merealisasikan masyarakat membaca kalau satu medium yg kita harapkan pun macam takbleh diharap??

Cuma.. sekarang ni taktau la plak kalau2 buku dah bertambah banyak. Tapi kalau setakat ada pertambahan buku2 novel cinta melayu yg fefeeling terlebih tu... kem salam je la....

So, ada di antara korg pernah ada pengalaman pasal library negara ni? share la dgn aku ye... tengkiyuk!

October 25, 2007

Bilik yang tak perlu rasa takut atau berani

Hmmm... tetiba hari ni, time tgh drive ke opis pg tadi, aku terpikir pasal the L word. Gamaknya dah lama sgt ai puasa dr menonton cerits senget. Aku teringat masa season 3 dulu, time Carmen tgh dok fitting baju sblm dia tak jadi nak kawen dgn Shane, Bette ada ditanya tentang kenapa dia dgn Tina taknak kawen dan buat wedding macam org lain.

Pastu Bette jawab, Tina yg taknak. Tina taknak nampak macam pasangan normal (typical/stereotype/) yg lain. Dan sebenarnya bila Bette cakap masa tu, adalah sedikit sentap, sbb dalam masa yg sama, Tina yg takmo nampak normal itu sedang berpacaran sama itu mamat Henry. Well, how un-normal is that? huh..

OK.. skrg ni, mari bercakap pasal ketipikalan dlm perhubungan senget pompuan sama pompuan ni. Aku ni, macam poyo sket la kalau dlm relationship nih. Aku tak berapa reti nak conform dgn sorang yg lebih dominan, dan sorg lagi yg kurang dominan. Sbb tu la jugak kekdahnya aku suka cari pompuan yg ala2 ganas dan berdikari gitu. (Ye betul, kena berdikari ye cik bubuk..)

Kiranya, walaupun aku banyak mengumpul huruf A (A = Atas) di bawah meja, ruang tamu, bilik, tandas, bawah meja, blablabla... hakikatnya, aku takmau la plak jadik cam ala2 seorang 'kekanda' bagi pasangan aku, dan kontrol semua benda. Nak mintak dia report sapa yg berbual dgn dia, sapa yg dia call, sms, email. Lantak la, yg aku pasti, kalau aku percaya pada dia, seharusnya la dia balas kepercayaan aku tu dengan menjadi seorang yang boleh dipercayai. Kalau nak mencurang, ana kawen tigaa.. heyy!

Aku takde kuasa la jugak nak mendengar nak dia mintak izin aku setiap kali dia nak buang air besar, nak pakai baju seksi, ataupun nak kaler rambut. Sukati la. Cuma, sebagai pasangan, aku ada preference aku sendrik. Kalau aku kata, aku suka dia berambut kontot macam tomboy, aku cakap je la apa aku suka. Nak ikut atau tak, terpulang. Sendiri punya rambut, kalau ada kutu, tido la kat bawah.. kan? Karang menjangkit plak sama aku.

Mungkin jugak pemikiran aku jadik camtu sbb aku tak mampu la nak buat segala keja2 yg ala2 macho kat umah tu. Aku bukannya terer sgt bertukang, betulkan lampu rosak, mencangkul batas untuk menanam pokok, menukul paku. Sah2 la aku tak pandai bertukul dan dia lebih tinggi daripada aku utk membetulkan lampu yg rosak.. aiya..er... cuma yg pasti skrg ni, aku la tukang bunuh lipas dalam bilik air.. ahaha.. kesian lipas kena penyek.

Tapi kan, bila berpendapat sebegini, aku rasa, aku takleh mengelak jugak daripada merasakan yg adakah aku sebenarnya selesa untuk lari daripada tanggungjawab terhadap pasangan aku? Hmm.. pada aku yg pemalas ini, mungkin bukan lari, tapi harus sedar batas2 tanggungjawab terhadap satu sama lain.

Dan sebenarnya, aku akui jugak, my previous relationship, aku terlalu terpusing di dalam perkataan 'tanggungjawab' ini, di mana, last2 aku taktau kedudukan aku, dan aku makin jadi buat tatau, sehingga aku hilang kontrol dlm relationship tu, dan jadi la ai seorang yg kena suruh turun dari bas. Sbb aku sendiri tatau samada aku kondukter, ataupun aku drebar. Lastnya, jadilah aku seorang penumpang yg harus turun apabila tiba di satu destinasi.

So, pengalaman lama tu aku try utk jadikan sedikit pembelajaran apabila aku mula naik bas yg baru (baru = tidak lebih tua, huhuuu). Aku nampak banyak kesilapan lampau yg aku lakukan. Aku cuba nak belajar utk lebih bertanggungjawab dan juga boleh mengawal perhubungan aku. Apa yang pasti, aku bukan ingin menjadi seorang 'penjaga' yang boleh membantu mengawasi dan mengawal setiap urusan buahati aku.

Aku pun taknak jadi seorang yang sentiasa freak-out yg terlebih kontrol apa yg dia nak buat. Tapi aku nak jadi seorang yang dia hormati, dan seorang yg tidak ditakuti oleh dia. Aku akan rasa bahagia kalau pasangan aku bisa menceritakan apa sahaja yg dia rasa terhadap aku, dan apa sahaja perkara yang berlaku di sekelilingnya dengan selesa. Hatta perkara itu pasal pompuan kendu yg di fefeelingnya tetiap hari.. (kalau ai jeles, pepandai la pujuk kan..)

Dan aku pun takmau dia (atau aku) menjadi terlalu berani sehingga tak mahu bercerita tentang kerisauan dan juga perkara yang boleh menampakkan kami seperti takbest atau vulnerable.
Tapi ini aku dan jugak limitasi aku dalam berfikir dan juga limitasi berdasarkan kekurangan aku yang tidak mampu menjadi seorang penjaga nan tegar. Sbb itu la pemikiran aku terpesong ke arah sebegini. Dan aku pasti setiap orang ada preference yg berbeza dalam hubungan mereka, and that's what makes them suits one another. 'Nuff said...

Last sekali, aku nak quote apa yg Tara pernah kata pada Willow...

This is me. It doesn’t all have to be ‘good’ and ‘fine.’
This is the room where you don’t have to be brave.
I still love you.
If you’re worried, you can be worried.

October 23, 2007

Aku yg dah penat berhibernat

adoila.. Kepala sudah weng penangan nescafe pagi tadik. Bladder pun dah lenguh, selenguh kaki aku yg asyik ke toilet (bukan sbb cirber yaa..).

Skrg ni aku rasa sangat merindukan aktiviti menjadi kutu embun. ahaha... Projek2 mengumpat di tpt kakakendu sampai pepagi buta, sampai mkn ayam berapa banyak kali pun tatau. hehehe...

Ish, sebenarnya time Ramadhan mmg byk la jugak aktiviti2 bersosial yg ditinggalkan oleh aku. Sbbnya... sibuk sgt nak berbuka puasa, dan jugak sibuk nak tido akibat keletihan (alasannn..). Takde la pun aktiviti buat kuih raya ke habenda ke, tapi ke'dorman'an yang berlaku, mengalahkan tikus yg sedang berhibernasi gamaknya.

Di antara aktiviti2 yang aku rasa cam dah lama ditinggalkan dan tgh berkira2 nak buat semula ialah seperti...
  • menjadi kutu embun (sudah semestinya!)
  • tgk wayang (aiyooo... byk giler cerits yg ai dah miss. Er.. sapa mau tgk cerita otai? haha)
  • korok (bilik air aku dah naik muak dengar aku yg tak berenti melalak)
  • Beli tingkap (huhuhu... dah dekat sebulan aku tak jejak kaki ke midveli)
  • Dtg open house raya kat umah kengkawan dan pacik macik aku (haha.. harusla dah setahun tak gi open house raya kan. Sure la rerindu)
Errr... dalam pada itu, ada jugak la bebenda yg kutinggalkan time Ramadhan yg sudah dilangsaikan, seperti, main kejar2 dgn saly keliling rumah dan jugak main gosok2 baju... ahahaha...

Persoalannya...bila la aku bleh buat bebenda yg aku lama tinggalkan tu ek? huhu... Ni semua Bedah astronot punya pasal la.. sapa soh dok jejauh?? (Harusla salahkan si Bedah kan?)

huhu...

October 22, 2007

Bercerai kasih talak tiada... sbb nikah pun takde jugak..

qjgiblUjung mggu hrtu, aku pegi ke sepital kat area Kl nih. Gi ikut Boo melawat mak kawan dia yg admitted sbb mild stroke. Alkisahnya kawan dia tu la jugak yg merupakan org yg pernah
berchechenta dgn dia selama beberapa tahun lamanya. Senang kata, ex mak-mentua si boo la makcik yg admitted tuh.

Apa yg menarik perhatian aku ialah, macamana boo dan ex dia still boleh remain sebagai sahabat yang baik, regardless apa yg dah berlaku sepanjang masa diorg bercinta, dan juga bercerai barai. Boleh share stories pasal kengkawan lama. Boleh bertepuk tampar mengutuk perut michelin masing2, dan boleh jugak make jokes about each others mistake and stupidity.. Aku? Mmg la payah nak baik. Taktau la samada aku tak reti, ataupun aku takmau, atau ex aku yg tamau. Yg aku tau, aku dgn ex aku, mmg takde la sebaik boo dgn ex dia.

Aku tgk la macamana boo jugak sgt rapat dgn ahli keluarga ex dia tu. Dan tetiba aku terasa cam seronok la plak tgk dia beramah mesra dgn macik2 yg ada kat sepital tu. Macamana diorg mengimbau cerita2 lama yang pernah diorg lalui bersama. Macamana rapatnya mereka dulu. Aku yg tak reti berborak ni, tersengih2 je la kat tepi katil sepital tu. Kalau ada bebenda
yg lawak, aku gelak. Cam seronok la plak gelakkan org kan.

Sebenarnya kan, walaupun pasangan senget ni bukanlah dikatakan seperti pasangan stret biasa, tapi, sekiranya berlaku satu kes putus kasih, secara tak langsung juga akan membabitkan keluarga. Terutamanya pada yg mmg dah rapat. Aku rasa gak, agaknya atas alasan takmo keluarga terasa kehilangan juga lah, ex aku sudi membagi hadiah hari raya pada mak dan abah aku. Aku? haha.. takde bagi apa2. Bley?

Ahhh!! Apa2pun, setiap perceraian mmg ada impak. Impak yg berlaku pada org sekeliling kita. Sebab setiap perceraian, disusuli dengan perkahwinan baru (kepada yg teringin nak kawen baru la...). New life, new beginning, new ending. Dan sebenarnya, kalau pun kita menyesal kenapa laaa tak jaga relationship dulu tu bebetul, kenapa laaa aku buat mkn2 kat umah selalu2... hehehe... tak guna la menyesal. Kerana, nature will find its own way to balance everything. Kalau bukan dgn cara yg dah jadi, mungkin ada cara lain. So... pasrah je la.

Bersatu kita teguk, bercerai kita kawen lagiii!!

October 10, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri - esok aku balik kg.

Fuh! Semakin hari nak raya ni, semakin byk plak keja aku. Pening sungguh. Hari ni sungguh2 aku rasa macam mabuk kenderaan. Semuanya cam weng weng weng... Nak termuntah pun ada. hehe

So, esok aku start cuti. Lepas settlekan beberapa perkara kat sini, aku balik kg dah hala ke petang dgn adik aku. Seriously, aku tak rasa macam nak beraya sangat tahun ni. Tak tau la kenapa. Rasa malas je yg lebih. Dan rasa macam... apa ada di hari raya, kalau masih ramai org di sini yang masih tidak mampu merayakannya dengan ganas sebagaimana majoriti yg lain. So... ntah la.. tetiba terasa cam poyo2 dan pedih2 dan pening2. hehe... adalah seharusnya aku dicampakkan ke negara lain supaya mood raya lebih terasa meriah. hmmmph..

Ramadhan tahun ni, pun takde pape yg aku buat yg boleh aku banggakan. Setakat aku berjaya masak je. Aku tak berjaya pun untuk melakukan banyak perkara yang biasa aku lakukan semasa Ramadhan sebelum2 ini. Terawih pun ada yg tuang2.. argh...! Apa yg aku buat? Melangut, tgk tv, baring, berfikir tentang apa dah jadi pada aku sebelum ni. Even malam tadi aku ternangis depan boo apabila mengenang kembali apa yg dah jadi pada aku sebelum ni, dan segala kekurangan yang aku pikul sampai sekarang. Gembeng la pulok.. heheh.

Apa2pun, bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya. Tak kira la korg sambut dlm keadaan best gaban, ataupun secara ala kadar sahaja. Yang penting semangat kerayaan itu merupakan sesuatu yg abstrak yang sukar untuk ditentukan apa yang betul, dan apa yang salah.

Aku nak mintak maaf juga kepada korg2 semua, yg baca blog aku, dan jugak yang selalu berjumpa dgn aku. Ampunkan segala perilaku dan tutur kata aku. Ampunkan juga segala kekurangan yang ada pada aku yang menjejaskan kehidupan dan perasaan korang. Sesungguhnya aku hanyalah manusia yang masih lagi menggapai mencari makna kehidupan untuk diri aku sendiri.

Aku juga tahu, akan ada individu yang takkan maafkan aku, di atas perilaku aku yang pada pandangan mereka adalah keterlaluan. Dan, kemaafan bukan satu perkara yang boleh dipaksa. Aku lebih percaya pada keikhlasan dalam memberikan kemaafan. Sekiranya keikhlasan itu masih belum tiba, biarkan sahaja. InsyaAllah satu hari nanti hati akan berlembut dan melakukan apa yang sewajarnya. Begitu juga aku, yang masih belum mampu mencapai keikhlasan dalam beberapa perkara. Oleh itu aku biarkan sahaja masa untuk menentukan segalanya.

Akhir kata, selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga panjang umur kita berjumpa lagi selepas raya ini ye.
Wassalam..


*apehal la aku fefeeling syahdu nih??!! ish..*

October 4, 2007

Bila aku fefeeling terkenang semasa dulu

Pagi tadi dalam keta boo tegor aku. Dia kata, dia baru perasan bulu mata aku panjang. Aku gelak je dengar. Bukan sebab aku pengguna tetap maybelline mascara long lash menyentuh langit.. Tapi sbb bulu mata aku sebenarnya tak panjang pun. Semuanya sebab ada kenangan di masa lampau di mana aku secara menyerupai sengaja telah membakar bulu mata aku sendirik. Puas hati mak! Tapi tolong la jgn tanya motif pembakaran... hehe.. Sapa tau, tau la.

Teringat pasal kenangan dan perkara lampau ni, tetiba harini aku terpanggil utk membelek email2 lama aku, terutamanya email2 dr mereka2 yang teringin nak join Sengetians. Sesapa yg tak tau, kalau korg nak masuk sengetians, harus la diinterbiu oleh makgad (huh, macam makgat beskal la plak..) heh heh..

Ada di antara member of sengetians yg beruntung, sebab depa merupakan burung2 awal yang boleh terus masuk ke dalam tanpa melalui mana2 makgad. Almaklumla, masa tu pondok gad pun tak setup lagi kan. Harus la sesapa nampak pintu masuk aje le. Dan beburung awal ni kebanyakannya para sengetians yg mmg kengkawan aku, dan jugak pembaca setia blog uL. heheh

Tapi selepas pondok gad siap, kena la interbiu sebelum masuk. Soklan2 interbiu, tak guna la nak bubuh kat sini. Kalau aku berpuashati, aku akan kasi terus masuk. Kalau soklan tak mengikut skema jawapan, aku interrogate lagi dan lagi. Tapi ada jugak yg aku sergah sekali je dah bleh lepas. Betul tak payid? hehehe..

Ada jugak di antara yg join baru2 ni, yang juga bernasib baik. Sbb tetiba ada geng2 yg rapat dgn aku tetiba sms..
"Kapal.. budak nama ***** ni aku kenal, kau aktifkan la dia masuk sengetians."

Kalau camni, aku pun tak interbiu la. Sbb aku cam pepenat gak la nak menaip kan. W/pun ada sesetengah tu yg membuatkan aku cam sukaaa plak nak menaip dan berbalas email. So, aku tanya la lelebih sket. ahahaha.. Sapa2 yg aku tanya cemacam tu, maksudnya aku suka kat korg la tuh.. aiyoh! mateila pendedahan. alalala...

Ada jugak tu, aku dah jenuh interbiu, jawapan tak memuaskan sampai aku dah pening tatau nak tanya apa lagik, sekali tu ada la email dr org yg aku kenal..
"Kapal, tolong aktifkan budak nama ****** ye, dia tu gelpren saya."
Ler sabo je la. Malu2 plak mika2 ni nak mengaku gelpren mika awal2 ye? heheh..

Tapi kan, apa yg paling interesting time aku belek2 balik ialah mengimbau kembali kenangan sewaktu pertama kali berinteraksi dengan ahli forumer. Ada di antara yg aku interact tu, dah jadi geng kamcheng lagik. gegelak sesama sambil fefeeling mabuk2 gitu. heheh.. Masa memula berbalas email, giler skema.. hehehe.. lawak lawak.

Di samping itu ada jugak kawan yang sudah menjadi tak kawan. Semuanya atas pelbagai insiden yang berlaku selari dengan putaran masa. Ada yang dulu hanya insan biasa, tetapi sekarang menjadi istimewa. Tak kurang juga nama2 yang telah lama giler tak nampak dalam forum, walaupun beremail2 mesra dengan ai dulu. Auw!

Whatever it is, mmg satu pengalaman yg menyeronokkan utk aku berkenal2an dengan bakal sahabat/kawan yang kesemuanya bisa memberikan warna di dalam kehidupan aku, dan juga kehidupan orang lain. Walaupun kadangkala warna hitam yang terpalit di dalam kehidupan kita itu.

Pokok pangkalnya, kita tau siapa kita, dan kita harus sedar, setiap orang yang dewasa (akalnya) boleh mengerti bahawa dia bertanggungjawab di atas setiap perkara yang berlaku ke atasnya. Orang/benda lain, hanyalah perantara yang membantu kita dalam membuat pilihan.

Pointing fingers solves nothing,
Wake up, tho it's hard.

Angguk2 tanda setuju? Iye ke?

Lagu All about Us nyanyian kumpulan t.A.T.u adalah salah satu lagu yang bisa membuatkan kepala aku terhangguk2 di depan PC kat opis. t.A.T.u punya lagu selalu ada lirik yg 'strong'. Dan aku sesuka hati membuang barisan2 lirik yg berulang2, kerana itu hanya sedap dinyanyikan, tetapi bisa memeningkan pembacaan. huhu..


They say they don't trust you, me, we, us
So we'll fall if we must
'Cause it's you, me and it's all about us

All about us

There's a thing that they can't touch

We'll run away if we must

It's all about us
It's all about love
In you I can trust

If they hurt you they hurt me too
So we'll rise up, won't stop

And it's all about us


They don't know, they can't see who we are
Fear is the enemy

Hold on tight, hold on to me

'Cause tonight it's all about us



October 3, 2007

Cerita2 sebelum ngantuk dan sewaktu mengantuk

Huhu... tetiba harini aku dgn Nseries gegeh plak bercerita pasal anak. Dah la pepagi tadi cik lily anto gambo kucing kaler2.. ganasss.. seriau pun ada aku menengoknya.

Anyway. Kitorg kalau start bercerita pasal kucing masing2 mmg sampai melalut2. Dan atas perbualan itu jugak la tetiba aku tersedar bahawasanya aku mmg selama ni biarkan je kucing aku tu menjadi hero melawan sebarang kuman dan virus sendrik. Tetiba termotibasi la plak aku utk bawak dia pegi checkup. Adeh... sabo je la. Aku seorang tuan yg kurang bertanggungjawab. Huh! Skrg ni mak gegeh. With great power comes great responsibility. Makanya, the other way around, more responsibility means more power. Yeaha.. saya nak power! ahahah.. (minum la kopi super dgn misai kucing. ehehe).

Alang2 dah bercerita pasal kucing, meh lah aku nak bukak cerita pasal si senah anak manja aku sorg tu. Ntah kenapa time poser ni malas sungguh dia nak main kat luar. Selalunya, kemain sibuk lagi mintak aku bukak pintu. Tapi skrg ni, aku bukak pintu, dia melangut je kat dalam. Pusing sana, pusing sini. Last2 melepek tgk tv sebelah aku. Tapi mata tertutup. hehehe.. mood kemalasan aku dah menjangkit kat dia gamaknya.

Kucing aku mmg aku ajak borak macam org berborak. Aku juga ajak dia gaduh acamna aku gaduh2 dgn anak jantan. Tapi biasanya aku la yg flat dulu. Sbb kalau lawan naik tangga dgn dia, sah2 la ai pancit. Kalau main kejar2 pun, aku jugak yg langgar dinding dulu. Kalau tetiba main lepuk2, aku yg kena gigit. Last2, mak surrender. Itu la padahnya ada anak jantan yg ganas. Nasib baik la dia tu ada jugak perangai peramah, so, bila masa aku cam dah takleh mengeluarkan tenaga utk aktiviti fizikal, aku ajak dia borak. Apa topik perborakan kitorg tu, biarlah menjadi rahsia. Takut korg kata aku ni bengong plak, kes bercakap dengan kucing. huhu. Poyo la plak kan. Tapi kan, sbb tuan kucing poyo, maka kucing aku pun sebenarnya poyo jugak. ahaha..

Skrg ni hobi utama anak aku ialah bermain dengan kotak. Habis kotak baju kena kirai. Dan jenuh jugak la kotak kat depan katil tu penyek dia buat tido. Bila bosan tido atas kotak, dia masuk plak dalam kotak. Mana dia belajar bukak kotak aku pun tak tau. Tau2 je, dah sedap dia tido dalam kotak.

Lagi satu skrg ni dia suka tangkap kaki. Especially kalau aku ajak dia masuk dari taman firdausi dia kat luar rumah tuh. Sampai pernah melekat dia kat kaki aku, sambil menggigit2 betis.Nasib baik ai pakai jeans time tuh. Kalau tak... bocor mambang!

Bab berebut tpt tido tu, tak dapek nak cakap la. Memula aku sesedap kongker katil, tau2 ada ekor/kaki/tangan berbulu kat muka. Siap bleh menceceh2 marah lagi tu, kalau aku terlanggar dia time tido. Dah la hobi tido kat kaki aku. Harus la minta di tendang debush2 saje.

Hmmm.. time nak raya ni. Teringin la plak aku nak pakaikan dia baju raya ek? hehehe... Pakai baju melayu dgn samping, pastu buat songkok custom made. alalala... comelnyerrr.. Pastu ai pun pakai baju kurung cecomel, tangkap gambo raya. heh heh...

Boleh ke buat acamtu ek? Oh, cuma satu perkara aku pasti, kalau aku buatkan dia baju raya, sudah semestinya aku akan calar balar di cakarnya sebelum aku berjaya memakaikan dia baju.. hu hu hu..