July 13, 2007

Tengok punya tengok.. mana kasut aku??!

heheh.. hari ni aku terbangun lambat. Infact, seisi rumah kitog bangun lambat. Dgn machonya aku bukak mata dan melihat mentari sudah tersengih2 menggelakkan aku yg terbingkas bangun macam org kena karen. (bukan karen pompuan, tapi karen letrik).

Dgn tak sempat mencapai tuala mandi wanita, aku serbu masuk bilik air dengna pantas dan mandi seadanya seperti memandikan budak yang taknak mandi. Lepas tu, pakai baju yg takmau digosok, aku cabut terus keluar dari rumah. Dan dah sah2 la masa tu jam dha pukul 8.05. Aku masuk keja 8.30. Mmg konfem lambat la.. (tapi tak kisah.. boss aku pun lambat jugakk)

Sekeluar2 aku kat pintu rumah...
'MANA KASUT AKU??'

hehe.. itu jeritan yg terkeluar dari otak aku yg sememangnya skrg ni tgh giat berfikir macam2 benda yg tah pape tah. Aku tgk kat tpt biasa, pun takde.
Lepas tu kengkonon mengamalkan teknik menarik nafas mencari kelegaan la plak. Aku pikir.. step2 pemikiran aku ada lah camni ropenya..

Soklan:
Alamak. Kasut ilang.. acamna ni? aku takde kasut lain. Takkan nak pakai kasut sport pegi keja? takkan nak pakai selipar gambo beruk tuh? Kena curi lagi kah?
Jawapan:
Ah, byk soal kamu. Mana bleh kena curi.. pagar kunci.

*aku garuk2 kepala sambil kerut2 dahi*

Soklan:
Osmet aku yg baik2 hati tolong simpankan kot?
Jawapan:
Agaknya lah.. pegi bukak rak kasut yg biasa diorg tlg simpankan kasut tu..

*Aku bukak rak kasut yg terbawah, pintu kiri. Tak jumpa..*

Soklan:
Takde meh?
Jawapan:
Bukak la pintu belah kanan plak..

*Ye tak ye jugak, aku bukak rak belah kanan*

Soklan:
Pun takde!! mana nih?
Jawapan:
Kanan lagi tu ada satu pintu lagi..

*Aiya.. aku pun bukak satu pintu lagi*

Soklan:
Alamak.. mana kasut aku? Kena curi ke?
Jawapan:
Pintu pagar kunci la nyeh! Tuu.. ada lagi rak kasut kat atas tuh.

*erk.. ok ok.. aku bukak la plak rak yg tu. Kali ni ada dua pintu, aku bukak dedua.*

Haaaaaaa... nasib baik ada! Fuh lega.
So.. aku pakai kasut, aku pegi keja.

Kesimpulannya, aku mmg fobia ilang kasut. Masa aku belajar dulu, kasut converse yg aku beli dgn duit biasiswa first kena curi kat surau The Mall. Bangkrek betul. Nangis dua hari aku. Dah la baru beli. Duit gamen plak tuh.. Cheit!

Lepas tu, tahun lepas loafer aku pegi keja yg aku dgn pejam mata beli dengan duit yg tak cukup utk makan sampai ujung bulan pun kena curi jugak. Sebab satu hari yang aku terrlupa membawa masuk kasut itu ke rumah.

Satu lagi sebab aku fobia ilang kasut, ialah kerana... dalam hidup aku, sekarang ini, hanya ada tiga pasang pakaian kaki (kasut.. selipar.. dsb).
  • Satu kasut keja (loafer la.. mak tak pakai kasut tomet..)
  • Satu kasut sport (ye saya tau kasut itu sudah masuk tahap kena buang dlm lombong)
  • Satu selipar jepun gambo beruk (yg dah dilobangkan lobangnya dgn kadar terbesar oleh osmet aku kakzu..)

so.. mmg aku takut kalau ilang salah satu daripada tiga benda itu.. timakasih..

Moral of the entry.. bukak la semua pintu rak kasut yang ada untuk mengelakkan daripada otak anda berfikir dengan berulang2 kali benda yg sama. Kenapa nak susahkan benda yg simple.. kan kan?