Wargh.. bosannya kena keja dan keja dan keja lagi mengalahkan bateri eveready. Padan dgn muka aku. Dulu takde keja sangat kan? Hamek kau. haha.. Yang paling bestnya, aku skrg tgh bersakan dgn prepare utk design dan presentation minggu depan, dan aku juga mmg tau ada possibilities utk aku kena bantai kow2 punya la. Tapi malas nak pikir semua tu, yg aku tau, aku buat je la sebaik yg aku termampu. Kipas je la diorg tu. Macam la aku punya skill mengayat tak power kan.. Mateila, apply skill kat boss sendrik. aiyarkk!
So, itu pasal keja. Ye.. aku tau, ada jugak yang teringin nak tahu perkembangan kehidupan peribadi aku skrg ni. Iye la, sebagai seorang yang mengeshare segala mala yg berlaku dlm kehidupan di dalam blog, bila aku breakoff dgn leen dulu aku cerita kat sini jugak kan, so... aku expect ada la jugak yg nak tau pasal adakah aku sudah menjumpai pengganti yang bisa memberikan hati ini berbunga riang?
Jawapannya... ye mmg aku ada dalam mode kebahagian dan sedang mengconsider ada ketukan di hati ini. Apa angin yang menggoyang blog ini, memang benar, itulah yang sedang bermain di hati aku ini. Malas dah aku nak kaver2...
Tapi kalau ada yg tanya, 'am i seeing someone exclusively' jawapannya adalah, No, i am not seeing anyone, and am not dating anyone exclusively buat masa skrg ini. Cleared the sinuses? hehehe.. macam resdong la plak... Kiranya, kalau tetiba fasha sandha datang nak men'tackle' aku yg kemetot nih, masih boleh dipertimbangkan lagi la. haha.. yeahu!
Dan, update lagi, aku insyaAllah akan memulakan hidup berdikari, yang aku lewat utk mencubanya, bermula dalam bulan ini. So, tgk la, kot2 aku ada rezeki nak masak soto ke, aku ajak la korg.. haha. dah itu je yg aku reti masak. hehehehe...
Yang lainnya, sekarang ni, aku seperti biasa, akan meneruskan kehidupan aku, macam seorang yg separa single, dan seorang yang hobinya menghu-ha dan bergumbira-ha dengan kengkawan forumer aku.
Iye.. aku maksudkan korg2 yg selalu melepak dgn aku, datang menjenguk aku semasa aku memula break dulu, yang bila di panggil sahaja pantas dtg memberi sokongan, dan yang tidak putus2 mengambil berat atas apa sahaja yang berlaku pada aku, dan juga kawan2 korg yg lain. Seriously aku bgtau kat sini, mmg payah nak dapat kengkawan macam korg semua nih. Dan aku pun akan jadi sangat sangat sangat terkilan kalau aku tau ada di antara kita ni yang bergaduh, berselisih faham, dan berlawanan pendapat sesama sendiri.
Komuniti kita ni tak ramai. Memang boleh diakui, fidelity dan commitment adalah sangat kurang kalau nak dibandingkan dengan komuniti heterosexual. Kita bisa berpasangan dengan sesiapa sahaja. I mean, you can love both your friend and her partner, as we mmg love women. Dan aku rasa, sungguhnya kecurangan, serta terputus hubungan, sudah menjadi macam resam dalam kehidupan komuniti kita ni. Hubungan tiada penghujung ni, mmg hanya berlandaskan perasaan dan hati sahaja, bukannya surat nikah atau mas kawennya 22.50 tunai.. takk.. heheh
Aku harap sangat, kalau pun korg marah sebab kawan korg sendiri yang mengkebas partner korg, jangan lah sampai korg nak bergaduh dengan semua kawan2 yang lain. Jangan lah bila terjumpa nak bermasam muka ke hapa ke.
Kalau pun tak lalu nak tegur (macam aku yg still tak pro ni, dgn kawan kita yg sorg tu ler kan.. haha), tapi at least toksah la sampai nak membesar2kan cerita supaya semua org membenci dia, nak melibatkan org lain supaya memihak pada kita. Semua org ada salah masing2, cuma terpulang, ada yang berani membuat perkara yang salah itu scara terang2an, kerana dia tahu, ada sebab yang dirasakan jujur di sebalik kesalahan itu.
Its not easy to find friends that can be there for you, even when they themselves are having problems of their own. As for me, I am forever blessed by having u guys, to always able in cheering me up, everyday in my life. So guys, i don't have to say names here, because u know who u are, I thank you, from the bottom of my heart, and please... let not this bond dies..
*bow*
Sincerely,
aku yg takleh nak apdet blog utk masa 3 hari akan datang.