July 20, 2007

Kisah si ayam yang togel dengan ibunya dan dengan musang

Waduh waduh... rasa2nya dah berhari2 mood kat blog aku ni suram di tahap ayam pencen gamaknya. Hanya menunggu hari orang datang membeli untuk dibuat soto..(aiyo.. lamanya mak tak buat soto ok..) hehehe..

Apa2pun aku nak mintak mahap la kepada para pembaca blog aku ni yang sesungguhnya teramat lah menyampah dengan aku yg sokmo berhemohemo tanpa henti. Alqaedanya aku punya hati dan perasaan pun tengah wengweng, so, ampunkan je la ye..

Dan pada sesapa pembaca blog aku ni yang suka nak baca tentang kehidupan aku, sengsara/pilu/gumbira/berlagu yang berlaku di dalam hati aku ni, harap maaf la.. sbb harini aku cam ada mood nak merapu raban, seperti anak ayam dalam reban. er.. bila anak ayam dalam reban pandai merapu?

Er... cerita2 pasal anak ayam ni. Korg tau tak ada satu cerita rakyat zaman dulu yang selalu diceritakan oleh mak aku sebelum aku tido. Cerita pasal ayam togel dengan ibunya yang melarikan diri daripada sang musang yang tak pernah putus asa nak menangkap diorg berdua.

Sesapa yang tak pernah tau tu, sah2 la mak korg bukan mak aku. Tapi sesapa yg pernah tau, pun sama gak.. mak korang bukan mak aku. Tapi taktau la kot2 ada di antara mak korang yang akan menjadi mak mentua aku satu hari nanti kan.. wallahua'lam. huhuuu..

Er.. ada sesapa yg nak dengar cerita ayam togel ini kah? kalau takde pun, baca je la jugak, sebab aku nak memakai topi penglipur lara dan menceritakan tentang cerita ayam togel dengan ibunya dengan musang.

Alkisah, ayam togel ini mmg la togel. Bulu dibadannya memang boleh dikira dengan jari ayam sahaja. Tapi hikayat ketogelan ayam ini tidak la plak mak aku bagitau. Cuma, mak aku ada bagitau satu tabiat ayam togel ini yang sama la jugak cam tebiat aku sendiri, iaitu kuat kentut. Harap maklum bahawasanya kuat kentut tidak sama maksudnya dengan kentut kuat. Dan juga tiada pernyataan matematik yang mengatakan kuat=berbau kurang enak. So... itulah equation utk hari ini.

Anyway, si ayam togel ni, mmg tinggal berdua je dengan maknya. Dan setiap malam, sang musang tak putus asa untuk menangkap ayam togel ini dengan ibunya. So.. kalau diikutkan ceriteranya, setiap malam ayam togel dan ibunya akan tido di tempat2 yang berbeza untuk mengelakkan mereka daripada ditangkap oleh sang mu er..mu sang. hahaha.. Ada masa diorg tido kat bawah gobok. Ada masa plak tido kat bawah tangga, dan pelbagai2 tempat lagi la.

Sampai la satu hari, diorang (atau lebih manis dipanggil diayam.. sapa paham, paham.. tak paham, toksah nak pikir2.), dah kehabisan tempat tido. So, belek punya belek kat keliling rumah, si mak ayam togel yang tak berapa togel ini pun ternampak satu labu yang telah dikorek dek tikus yg dah berlubang yang kiranya boleh muat la sang ibu ayam gerek ini, dgn anaknya si togel.

Maka, malam pun menjelang... Ibu ayam tak togel ini mengajak anaknya yg togel itu tidur di dalam labu. Sehinggalah sang bulan menjengukkan wajahnya dengan gilang gemilang. Maka.. tak lama lepastu muncullah sang mu sang yang tidak pernah putus asa untuk mendapatkan mereka berdua berayam ini. Merata tempat sudah dicari oleh sang mu sang nih, tapi langsung tak berjumpa. Bila fedap, dia ni pun melepak la kat tepi rumah boss ayam togel ini.

Sebenarnya, tempat si musang landing ni tak jauh daripada labu yang dihuni oleh ayam togel dan ibunya. Tapi kedua ayam ini bersepakat untuk menahan napas dan tidak memberikan apa2 informasi tentang status kehadiran mereka di dalam labu itu.

Tiba-tiba... sesuatu berlaku pada ayam togel yang bisa mempertaruhkan tempat persembunyian mereka berdua.
Kalau ayam bisa berbisik, inilah bisikan mereka berdua.

"Mak... nak kentut"
Kata si ayam togel kepada ibunya.

"Uik? Kamu makan apa pagi tadi?"
Mak yang tak togel bertanya.

"Tukang masak tu guna black pepper kot. Itu yang angin nih."
Jawab ayam togel yang macam tak hengat la plak dia tu seekor ayam dan bukannya manusia.

Mak ayam togel yang tak caya kata2 anaknya, mengangkat sebelah keningnya, seperti seekor ayam yang bernama ziayam zain.

"Bukan ke kau memang kuat kentut tog?"
Mak ayam bertanya lagi, menggunakan nama manja si ayam togel, yg digelar 'tog' sahaja...

Ayam togel punya muka dah biru2 menahan angin yang nak terkeluar.
"Mak!! nak kentut!!"
Bisikan ayam togel itu memaksa maknya meletakkan jari ke paruh, supaya si tog ni senyap sket, memandangkan musang tengah lallok nak tido. Karang dibuatnya si musang terjaga cemana? Tak ke haru dibuatnya diorg ni jadi makanan musang?

Tapi si ayam togel ni mmg memiliki kentut yang tak pergi sekolah. Setelah terbiru2 dia menahan kentutnya, dan setelah berkali2 meminta izin dari ibunya untuk kentut,akhirnya dia pasrah dan terpaksa mengeluarkan angin yang terbuku di dalam perutnya setelah sekian lama.

"POP!!"

Maka meletop la labu yang diduduki oleh mereka berdua berayam. Bunyi labu pecah dan bunyi kentut si togel (yang tidak boleh disiarkan atas sebab2 penapisan..) mengejutkan musang dari tidurnya. Lantas tanpa membuang masa si musang yang tgh mamai2 baru bangun tido ni terus bingkas mencari bunyi itu. Dia nampak kelibat si ayam togel dan ibunya yang kelihatan berlari2 ayam keluar daripada labu dan menuju ke arah perigi pak mael (er.. ini kot nama tuan si ayam togel tuh..).

Musang yang baru bangun tido dan kelaparan ini tidak membuang masa terus meluru ke perigi pak mael untuk mendapatkan ayam dua berayam itu. Dalam hati si musang ni berkata... 'hmmm.. diorg berdua ni, goreng pun sodap!'
(kalau la musang boleh berkata2 dan pandai menggoreng ayam..)

Sampai je kat perigi, si musang ni berteleku kat bibir perigi. Dia memandang ke dalam perigi. Dengan bestnya dia nampak la si ayam togel dengan ibunya sedang menggigil2. Dalam hati si musang tergelak besar seraya berkata 'Sapa suruh masuk dalam air, kan dan sejuk dan menggigil..'
Dengan keadaan riak, si musang ni pun tanpa berlengah masa terus terjunnn ke dalam perigi.

"KECEBURRR!!"

Bunyi dentuman air.. yang diikuti dengan bunyi 'blup' 'blup' 'blup' beberapa kali... dan musang pun menamatkan riwayatnya sendiri di dalam perigi itu. Kematiannya yang tragis itu tidak pula disiasat oleh CSI.

Memandangkan musang dah membunuh dirinya dengan terjun ke dalam air, maka ayam togel dan ibunya pun dengan penuh kelegaan, seperti baru lepas memakan panadol actifast, terbang turun dari dahan pokok yang letaknya bebetul di bahagian atas perigi itu.

Endingnya, ayam togel dan ibunya pun bebas dari cengkaman musang yang tetiap malam datang dalam diam ini. Dan diorg pun boleh tido dengan tenang dan nyaman di mana-mana tempat di rumah pak mael... Sehinggalah tiba hari anak cucu pak mael balik dan mengidam nak makan ayam kampung...

hahah.. ini kalau mak aku tau aku bercerita acamni, sah2 dia seligi aku. hehehe...

So, being me, mesti ada moral of the story kan. Kalau takde moral, takde la namanya penglipur larut malam... So, moral moral...
  1. Ayam togel pun boleh kentut, so, apatah lagi manusia
  2. Ayam mmg boleh panjat pokok, tapi orang jgn pulak panjat pokok degian yea
  3. Musang memang selalu kena berlakon watak bodo2. Jangan jadi seperti musang.
  4. Kalau hanya nampak bayang2 je, jangan terjun terus. Karang lemas, langsung mati. Sebaiknya pandang kiri, kanan dan atas, dan semua angle. Pastu baru decide nak pegi mana.
  5. Tidurlah di tempat yang boleh memberikan ketenangan, walaupun tpt tu tak haibat macam hotel.

Lastly... selamat menyambut bulan kemerdekaan. Marilah kita merdeka dengan menggunakan diplomasi dan akal fikiran, bukannya dengan menggunakan tenaga dan fizikal semata.

Merdeka... merdeka... merdeka.