Selama aku ditinggalkan oleh ex aku. Memang hidup aku tak keruan. Kawan2 dan juga kenakanlu cuba menemankan aku. Aku hargai mereka semua, diorg taknak aku buat bebenda yang tak best, kalau dibiarkan aku keseorangan.
Sudahnya, aku hidup dengan bergantung pada talian hayat yang tak pernah putus membantuku untuk menjalani kehidupan ini dengan penuh kewarasan dan kegembiraan. Di samping ramai yang menghulurkan tangan, ada juga yang menghulurkan hati untuk aku isi dan penuhi dengan kasih sayang aku yang masih belum memiliki tempat tinggal ini. Dalam alam bayangan dan khayalan, segala kasih sayang itu tampak sangat indah untuk dimiliki dan dibajai.
Namun setelah kenyataannya aku pandang tepat dengan mata ini, dan setelah kebenarannya aku teguk dengan akal ini, aku mula jadi hilang akal. Kewarasanku pergi entah ke mana. AKu seperti tak boleh nak melihat apa yang ada di hadapanku, kerana kaki dan pemikiranku masih lagi terikat pada pengalaman lampau yang menghilangkan keyakinan aku untuk terus melangkah. Lantas, aku terjatuh dan mengalirkan air mata tanpa putus.
Mungkin sesungguhnya aku masih belum mampu untuk mencintai dan dicintai. Sebagaimana aku belum mampu untuk membahagiakan insan lain, aku juga tidak mampu membiarkan mereka yang menyayangiku merana di atas kekurangan aku ini. Jadi.... biarkan lah hati ni berdiam diri buat seketika. Ajari aku menjadi sendiri...