Hmmm...
Kali pertama... kau menjenguk dalam hidup aku, pada masa aku nun jauh dari sini. Hanya satu email yang menyatakan keinginanmu untuk menjadi sebahagian dari komuniti ini.Pada waktu itu, memang masa langsung tidak mengizinkan untuk aku terus melayan kehendakmu, dan aku berlalu. Menangguhkan peluang untuk lebih berbicara.
Sekembalinya aku, barulah peluang itu terbuka, dan aku menjalankan tanggungjawabku, sebagaimana yang aku jalankan untuk orang lain. Walau ketika itu, aku dapat rasakan sesuatu yang menarik perhatianku, aku hanya mampu berdiam diri. Aku tidak betah melayan kehendak hati yang aku sendiri rasakan tidak wajar untuk aku turuti. Aku biarkan kau berlegar dalam pandanganku, sehinggalah pada suatu hari, aku beranikan diri untuk mengenalimu dengan lebih lanjut. Perbualan yang pendek menjadi berlarutan. Dari membaca tulisanmu, lalu aku mendengar suaramu. Bersahabat. Itu yang boleh aku labelkan hubungan di antara kita.
Sehinggalah, sesuatu yang besar berlaku dalam perhubungan aku dengan dia...
'Awak kat cameron highland? Kata nak balik kg. Jauhnya melencong?'
Aku beritahu kau di mana aku.
'Awak clash dengan gelpren awak?'
Aku beritahu apa yang berlaku.
Seterusnya, kau tidak pernah jemu untuk berada di samping aku. Menemani aku di saat aku hiba, kau buatku gembira. Kau bantu aku dapatkan keyakinan. Kau mampu fahami aku di waktu perit dan pedih melanda jiwa aku. Aku terus2an berada di bawah lindungan awanmu...
'Saya ada berita buruk nak bagitau.'
'Apadia?'
'Santan tertinggal kat opis.'
'So...?'
'Saya tak boleh masakkan awak nasik lemak untuk sarapan pagi besok.'
'Takpe lah.'
'Saya tukar menu boleh?'
'Nak masak apa?'
Satu demi satu kau atasi keperitanku. Satu demi satu aku saksikan keperitanmu. Aku saksikan kehilangan yang kau alami. Aku merasakan bagaimana sakit kau terjatuh, seperti tidak mampu untuk bangun kembali. Aku relakan diri berdiri bersamamu memerhatikan kau bangkit, sedikit demi sedikit. Walaupun penuh jerih dan perit yang kau lalui, kau tetap tegar untuk bangun, dan meneruskan kehidupan, sebagaimana yang kau lalui sebelum ini. Kekuatanmu juga aku saksikan. Kau bangun, demi mereka yang kau sayang, demi mereka yang masih dan tetap menyayangimu. Dan aku yang juga menyayangimu.
'Saya rasa hubungan kita terlalu perfect.'
'Perfect?'
'Kita tak pernah bergaduh.'
'Awak tak suka? Jom kita gaduh.'
'Bukan... kalau bebenda yang perfect ni, mesti ada something wrong di hujung hari.'
Setelah segalanya berjalan lancar. Setelah segala yang terbuku boleh diluahkan. Aku mula mengeluarkan apa yang terbuku yang telah basi aku simpan dalam hati ini. Satu perasaan yang tajam dan bisa membenamkan duri-durinya ke dalam perasaanmu. Pemikiranku yang terlampau, menjadikan lidah yang tidak bertulang ini mengalirkan kata-kata yang boleh menambahkan luka di hatimu yang baru pulih. Aku dibayangi ketakutanku. Aku didatangi bayang hitam yang pernah menyelubungiku. Takut dengan segalanya, sehingga aku abaikan apa yang kau rasa. Aku terlupa apa yang kau curahkan kepada aku selama ini. Aku sakiti hati kau, walau tanpa sedar, tapi hakikatnya, aku tahu apa yang aku lakukan.
I started to bicker and bitch like nobody's business.
I exaggerated my fear like i got no life waiting for me.
I begin to rip your heart apart, after all the promises and words i put in mending it.
'Then I guess we are having a different cup of tea'
Itu yang kau kata padaku.
Aku tahu kau faham, aku tahu kau bijak meneka perasaan dan ketakutanku. Aku sekarang ingin memulakan langkah ke hadapan. Aku nak tinggalkan segala yang menyangkut di belakangku.
Bantu aku... Kita mulakan langkah dengan lebih yakin.
"Selamat berkenalan kembali. Saya Sekapal. Walaupun dah macam2 benda kita lalui bersama. Dan dah terpelecok beberapa kali. Jom bangun. Kita jalan sama."