Ia juga ada kaitannya dengan kewujudan 'akal' yang ada pada setiap manusia. Boleh membezakan baik dan buruk. Tapi melihatkan keadaan yg penuh dengan pergaduhan, peperangan, korupsi... adakah manusia masih lagi dipengaruhi oleh akal? Ataupun akal merupakan satu alibi untuk melarikan diri dari digelar sebagai haiwan?
Ah.. I'm not here to rant about the matter of human vs wisdom and how we often misuse our wisdom to satisfy our f--king desire. I hate being serious and don't make me one.
Disebabkan aku seorang manusia yg suka hati menggelarkan diri aku sebagai pejuang hak kucing, hari ni aku nak tulis pasal kucing. Aku mmg ada kucing, dan kucing aku mmg suka kencing merata. Nak kata tak neuter, tak jugak. Member tu sejak kecik lagi dah hidup dalam keadaan steril.
Bila keluar cerita pasal kencing ni mmg stress. Pantang ada kain baru basuh yg berlonggok tunggu dilipat, kalau terbiar lama sangat mesti kena kencing. Lepas tu lagi satu feveret spot dia kencing ialah kat atas toto. ARgh... kena la menghanto toto ke dobi. Terbang duit. Kucing, oh kucing.. Lagi satu dia suka kencing kat barang2 tetamu, dan juga atas katil kat dalam bilik tetamu bila masa ada tetamu.
Kita manusia mmg tahu nak marah je la kan bila dia kencing tu. Sbb bengang la kena basuh semua tu. Tapi sebenarnya adakah kita tahu kenapa dia kencing? Adakah kerana tak tahan nak terkencing? Ataupun itu satu cara yang menandakan yg...
'Hai manusia, ini barang aku yang punya. Kau jangan nak sibuk.'
Aku ada baca la artikel pasal kucing punya territorial marking behaviour nih. Mmg kucing akan mengencingkan bebenda yang dirasakannya seperti baru ataupun mengganggu kawasan hakmiliknya.
Contohnya:
- Kucing yang mengencingkan barang2 tetamu ataupun bilik tetamu ialah untuk mengesahkan semula bahawa tempat/barang itu adalah haknya. Dan bukan hakmilik orang yang baru itu.
- Kucing yang kencing keliling rumah sebab dia takmau ada kucing lain masuk. Secara tak langsung menunjukkan itu adalah rumah dia. So, intruders, sila duduk di luar.
- Ada masanya kucing akan kencing merata apabila dia terasa terpinggir. Mungkin sebab tuannya sibuk dengan anak baru ataupun mainan baru. Ini kucing jenis yg anxious dan mmg tak boleh langsung diperkenalkan dengan kucing lain
Jadi.. begitulah caranya untuk kucing menunjukkan hak miliknya, iaitu dengan cara kencing. Manusia pula tunjuk hak milik dengan cara menulis nama pada barang yang dimilikinya. Contohnya pada buku, pensil, stapler, komputer, dan lain2 lagi. Tapi ada juga barang yang tak boleh ditulis nama seperti kereta, rumah dan tanah. Tapi itu la fungsinya geran, sebab itu yg membuktikan kita memiliki benda itu. Dan kalau sudah punya isteri/suami, ada surat nikah yg menunjukkan kita memiliki antara satu sama lain. Tapi kalau hubungan senget yg hanya janji mulut ni camna plak? Takkan nak buat surat kot. Giler punya kerja.
Yang pasti, janganlah kencingkan barang2 atau pasangan anda kerana itu akan jadi lebih membahayakan. hehe.. Tapi apa pasal plak nak kencing2 ni kan? Manusia kan ada akal yang boleh hormat orang lain punya territory. Kalau asyik nak kencing je.. boleh kering pundi nih. Nak kena instinjak lagi.. adeh.. problem.. problem.
*Nasib baik aku bukan kucing... *