Aku mula datang ke KL ni pada tahun 2000. Dan pada masa tu, aku datang sesama dgn orang yang paling aku cintai dan sayangi. Kiranya sepanjang 7 tahun merantau mencari rezeki di KL ni, mmg aku memiliki seorang guardian angel yang menjagaku dan menjadi sahabat, teman dan juga kekasih. All in all, 11 tahun kami bersama, mula dari tahun 1995.
Tapi semalam, segalanya telah berakhir, kerana, rupa-rupanya, selama ini cinta yang aku rasa, tidak dirasai olehnya. Selama-lama ini kami bersama, yang tersisa pada tahun-tahun akhir perhubungan kami, hanyalah perasaan kesian dia pada aku. Bukannya cinta. Pada hari sabtu lepas, dia menyatakan hasratnya melalui telefon kepada aku, yang dia telah jumpa orang yg dicintai dan adalah tidak adil untuk dia terus tinggal bersamaku, menipu perasaan dia yg memang sudah tidak cinta, dan juga perasaan aku yang sentiasa mengharap kasih sayang darinya.
Sekarang ni aku rasa kosong. Ketawa hanyalah satu perkara untuk menggembirakan hati mereka yang melihatku. Tangisan mudah datang tanpa diundang. Dan aku harus memulakan hidupku yang baru. Keluar dari kepompong keselesaan yang telah kami bina bersama selama ini. Mencari sinar di hujung terowong yang aku sendiri tidak pasti berapa jauh perjalannya.
Dan di saat-saat begini, aku nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat pada rakan2ku yang sanggup menjadi tempat untuk aku menumpang kasih. Sudi menghabiskan masa bersamaku. Thank you very much.
But definitely no thanks to the fucking pisspot who claims to be your friend. Show concern and ultimately spending most of the time in your nest. Become a so called part of a stupid make believe family. But in the end, grabs every opportunity that occurs to grab a friend's lover under her own nose. Definitely no thanks for that...