April 24, 2007

Aku yg hyper

Hari ni tak pasal2 salur darah aku kena tebuk. Tapi tebuk kecik je la, setakat muat masuk jarum utk amik darah. heheh.. Itu la keadaannya. Hari ni aku kehilangan dlm 5ml darah semata2 sbb ada hormon yg perlu di test. Kalau sesapa yg kata aku nak test hormon testosteron terlebih tu silap la ye. Aku punya hormon kejantinaan macam tak terserlah keabnormalannya.

Ini aku kena buat test utk mengetahui aras hormon T3, T4 dan TSH. Sesapa yg belajar bio mungkin tau la kot apa kebendanya hormon2 ini.

Kepada yg tak tau, ini tiga sekawan adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid yg ada pada manusia. Kelenjar tiroid ini letaknya di pangkal leher anda, belah depan. Bentuk dia macam rerama sket... Tgk gambo kat bawah nih..


(source: www.merck.com)

Skrg ni, aku punya kelenjar tiroid sudah membengkak. Sesapa yg teringin nak tgk boleh la belek pangkal leher aku. Nampak la yg bentuk cam rerama tu terbonjol keluar.

Apabila kelenjar ini membengkak, ada kemungkinan hormon2 tiroid juga akan beraktiviti secara kurang normal. Samada tiroid yg berlebihan aktivitinya (hyperthyroidisme) atau aktiviti yg kurang (hypothyroidisme).

Kalau diikutkan dengan simptom yg ada pada aku ni, mmg macam terlebih aktiviti la plak. Sbb generally aku mengalami masalah yang berkaitan dengan peningkatan metabolisme, seperti berikut:
  • insomnia - susah nak tido waktu malam
  • tangan menggeletar
  • Keletihan otot yang tak menentu
  • denyutan nadi yang bertambah dan tidak regular
  • rasa rimas dengan kepanasan
  • perubahan mood yang tidak menentu

Tadi doktor siap eksplen bagai kat aku. Dia kata, biasanya org yg ada masalah tiroid ni mmg ada mood swing yg lawak. Dalam sekejap2 masa je boleh berubah gembira, marah, sedih.

Hahaha... sebenarnya mmg pun aku mengalami masalah mood swing yg sungguh mengkagumkan diri aku sendiri. Sesuka hati je aku boleh nak terasa, nak marah dan nak sedih. Adalah sebenarnya sungguh meletihkan dan painful bila berlaku perkara2 macamni. Pastu mula la kepala pun sakit semacammm je. Sbb macam2 hal yg dipikirkan..

So... kalau ada di antara korg yg rasa aku macam beruk poyo je skrg ni, ampunkan je la. Semuanya patologikal punya hal. Bukannya aku suka sgt pun melayan mood yg tak tentu arah ni. Dah lah mlm pun tak cukup tidoo.. aarghhh..

Apa2pun, kena la tunggu hari isnin depan untuk mendapatkan ujian darah aku samada benar2 ada perubahan pada hormon dalam badan aku, atau pun segala2 ini hanyalah ilusi semata. hehehe...