Skrg ni mmg banyak cuti, tapi semuanya cuti celup2. Satu hari keja, dua hari cuti. Keja lg sehari, cuti lagi dua hari. Hampeh betul. Nak cuti bbnyk takbleh la plak. Haritu aku baru cuti terussss 6 hari.. nnt nak cuti lagi. Adeh.. cuti oh cuti.
OK, abih dah intro utk entry hari ni, kita masuk kepada isi kandungan. Semalam aku cuti (ye.. isi kandungan mesti start dgn ayat pernyataan poyo.. huhuhu). Sebab semalam yg cuti aku je, leen tak cuti, so aku je pun pegi la jenjalan sampai ke puduraya. Motif aku pegi sana? Sbb aku nak pegi potong jeans. Punya la sayu kehidupan, aku tau tpt alter jeans dekat puduraya je. haha.. best tak.
Jadi disebabkan pegi ke puduraya tu jalannya tak best. So jgn harap la aku nak memandu. Makanya lepas aku menghantar dobi, memberi kucing makan dan menghantar makanan kepada cik leen, aku pun pergi la ke lrt terdekat (yang sebenarnya tak berapa dekat) dengan menjimbit sebijik beg plestik kaler ijau yg berisi suar jeans aku yg tak seberapa kecil itu.
Lama dah tak naik lrt, seronok sungguh aku melihat manusia yang keluar dan masuk. Ada yg berkapel2, ada yang singular (macam i ler..), ada jugak yg beramai2. Tapi sayangnya takde pun yg kendu dan boleh diusha sampai terkeluar anak tekak. Sbb kalau lawa2 pun muka stret habiss yg takleh nak mkn. So, kiranya, tak kendu la tu, sbb takde potensi. hehehe.. hampeh punya aku.
Sampai kat pudu, brader tu kata setengah jam baru leh siap, aku pun apa lagi la, terus perasan jadi tourist di negara sendiri. Jalan berlenggang kongkang sambil melenting-lenting melintas jalan2 yg berselirat dgn kenderaan di area situ. Tujuan aku jalan2 tu satu je, sebab nak gi cari mknn.
Selepas puas lenting2 sini sana, aku terberhenti la plak. Aku pandang keliling yg banyak mknn. Ada mcdonel, ada kenny rogers, nandos dan jugak ada starbuck. Pikir punya pikir, tak koser la plak aku nak mkn kat tpt2 beraircon, baik aku mkn asap, murah sket.. hahaha... Bukan senang nak mkn asap puduraya tu.
So aku pun pusing le di hadapan dan keliling kotaraya mencari secebis makanan. Banyak sungguh la mknn jalanan kat situ. Ikan bakar, ayam goreng, selera kampung, selera utara, selera kampunngku di indonesia pun banyak. Tapi sbb aku takde selera nak mkn mknn2 selera itu, aku pun parking la kat kedai beger dan terus mengorder beger daging satu.
flashback sekejap..
Dulu masa aku belajar kat Bangi, pantang ada time leh pegi KL, mesti kitorg berdua beli beger kat brader yg meniaga kat tepi McDonel. Tapi nampaknya beger itu sudah tiada, yg ada beger lain la plak..
Habis flashback...
Lepas beger masak, aku pun mengayuh la balik langkah menuju ke puduraya kembali. Dlm pada tu sempat la singgah kat Guardian Pharmacy untuk membeli seteguk air untuk diminum dan sedikit bahan perubatan untuk perut.
Abih tu kat mana aku makan? Aku makan kat dlm puduraya la. Duduk kat salah satu drpd platform yg berbau asap itu, bukak beger, kuarkan air sebotol. Aku dok bersila (eh, takde la bersila.. tipu je nih..), sambil makan beger daging yg takde la sedap ke mana pun. Ramai gak yg mengushar2 aku mkn. Sbb diorg semua makan jajan twisties, buah2 potong dgn togok air. Ha.. tu la, sapa nak makan beger, kena la effort sket jalan ke luar kan. Tapi aku biarkan je diorg tengok. Tak terpikir pun nak share beger dgn diorg.
Apabila mulut yg comot dah di lap dgn serviette yg dah comot gak, aku pun amik la jeans aku yg dah siap dipotong tu. Lepas tu aku pun amik LRt balik. Pastu drive balik sampai rumah. Sampai rumah bg kucing aku makan (ye.. kucing aku mmg kuat makan!!), aku pun tido..
Sekian hikayat di hari pertabalan Agong...