April 4, 2007

Dan aku bernafas jauh darimu dimana setiap saat seperti beribu tanpamu

Mari menyanyi yeay yeay!

Semua org yg pernah diberitahu oleh aku tentunya sudah tahu bahawasanya aku mmg suka menyanyi. Samada di dalam rumah, kereta, bilik air, bilik koroke, ruang tamu, maupun di dalam dapur. Aku berani menyanyi dalam dapur kerana aku tak kisah terbendung dengan pantang larang yang mengatakan sesiapa yang menyanyi kat dapo dapat laki tua.. hekk ler.. aku tak kisah pun, sbb aku cam takmo laki je.. huhuhu.. Oh ye, kengkadang di opis pun aku nyanyi jugak, tapi dalam volume yg amat slow, kerana tak mahu dibaling telur oleh opismate aku yg duduk di belakang2ku.

Berbalik kepada kes menyanyi nih. Setiap orang manusia yang suka menyanyi ada jenis2 lagu yg diorg suka nyanyikan. Ada yg gumbira menyanyi lagu dangdut. Lagi banyak mengerang ah ah, lagi la masyuk. Lebih bagus kalau siap boleh bukak kelas jaipong dalam tempat menyanyi itu. Cuma jgn tersilap, kerana kelas jaipong anda mungkin boleh bertukar menjadi kelas aerobik. hehehe..

Tidak kurang pula yang teruja menyanyikan lagu2 rock kapak zaman 80'an (translated as zaman aku belasan tahun.. hehe). Contohnya macam lagu Sejiwa.. (padaaa irama ku berpesannnn..), ataupun lagu yg melibatkan ejaan dalam meneran... (C.I.N.T.A.K.I.T.A...)

Peminat lagu2 Siti Nurhaliza juga tak kurang hebatnya. Segala mala lagu siti boleh dinyanyikan. Daripada lagu ciptaan Pak Ngah yg mengindang2 padi huma.. sampai la ke lagu mandarin yg shenshaniwoleni yg sendiri pun tak tahu apa maksudnya. Semuanya boleh dinyanyikan.. janji Siti! yeah! Dan sebenarnya peminat Siti sama jugak la kategori dgn peminat fauziah latiff, ziana zain dan jugak new boyz yg giler sakan menyanyikan lagu artis pujaan mereka. Mungkin kerana itu2 je la lagu yg boleh dinyanyikan.

Dan satu fenomena yg lebih menggemparkan ialah penyanyian lagu2 band indonesia, yg sekarang ni meletup mengeluarkan CD koroke original yg menampilkan artis dan video klip original, dan bukannya muka model2 yg bergolek2 di tepi2 pokok kelapa ataupun hutan2 simpan. Cuma pastikan lah anda jangan terlalu gairah menyanyikan lagu2 sebegini kerana mungkin anda tidak sedar yg anda sebenarnya sedang kegairahan.. (apa da aku tulih nih)

OK.. habis cerita pasal bebenda yg lazim dinyanyikan, aku nak gak cakap pasal lagu2 yg aku suka nyanyikan. Aku suka nyanyi lagu sedih yg marah. Lagu yg liriknya pasal berjauhan atau ditinggalkan kekasih, atau forbidden love, tapi dilontarkan dengan nada yang geram dan marah. Contohnya macam lagu Don't Speak (no doubt) dan Karma (cokelat) yg merupakan dua lagu feveret aku utk dinyanyikan. Rasa puashati dapat nyanyi dlm geram2. huehehe.. Nak nyanyi lagu jiwang2 bleh jugak, tapi dinyanyikan dalam nada berjaga2 sbb aku takut tertido sebelum habis menyanyi.

Sekarang ni, aku tetiap kali naik keta balik opis, aku akan menyanyi jugak. Aku akan pasang kaset Anggun-Chrysalis (keta buruk pakai kaset player lagi tuuu). Dan aku akan melalak lagu Breathing dalam kehujanan Kuala Lumpur yang semakin melebat setiap petang...

Like the north needs the south
The wind needs the clouds
To all of these reasons of life I need you
To change the wrong, to become true
And to take me to where I belong...

Dan, sambil memblog ini, aku menyanyi lagi.. weahuu!