April 6, 2007

Anugerah pelakon wanita terbaik jatuh kepada.....

Sebagai seorang senget yg pandai mengumpul artifak2 kesengetan di dalan rumah, sudah semestinya lah rumah aku ada pelbagai barangan yang membolehkan aku dengan mudahnya dilabel sebagai seorang perempuan yang cintakan perempuan, ataupun highly slashable. Yum yum...

Di antara artifak2 yang boleh dijumpai di rumah aku ialah seperti berikut:

  1. Satu kotak yg berisi DVD/VCD senget yang boleh dicam sungguh dari tajuk dan juga gambar covernya.
    Contohnya CD The L Word yg ada tiga kotak (utk 3 seasons), dan juga CD Utena sekotak yg ada gambo dua pompuan hampir terceom dgn tangan di dada (buah).

  2. Satu rak buku yang dipenuhi dengan buku-buku senget.
    Memang kalau tak diperhati bebetul payah la nak detect. Tapi kalau sekali diambil dan dibaca sinopsis di belakang buku itu.. Nahh! the 'L' word ada bertebaran di setiap helaian kertas. Memang kalau ada yg ambik, boleh pinsan sekejap. Tapi kalau yg tajuknya sangat obvious macam 'Chronicle of a Lesbian Couple' tu harus tak diambil pun sudah terang takpayah disuluh.

  3. Laci yang mengandungi barang2 rainbow/pride.
    Segala mala sticker, pin, bendera dan apa2 lagi yg menunjukkan kepelangian harus lah boleh dikecam oleh manusia yang memahami.

  4. Koleksi video peribadi yg dibintangi oleh aku dgn dia dan juga tetamu2 yg 'tido' di rumah kami..
    Huih!! Mana adaaaaaaa!! hahahaha.. *cuak jap*

OK.. itu adalah artifak. Artifak ini tidak akan mendatangkan kemudaratan sekiranya hanya kita dan kengkawan senget kita je yg mungkin akan menziarahi rumah2 kita. Akan tetapi, sekiranya tiba2 telefon pun berdering..
'Donchu wish your gelfren was hot like me.. donchaaa..'

"Hello... apa? MAK NAK DATANG?!!!"


jeng jeng jeng...


Iye.. masa inilah anak2 senget yg menyorok kesengetan diri mula perlu bertindakkkk dan menghapuskan segala bukti2 yg boleh mengkantoikan imej kesengetan diri. Maka... strategi yg perlu dilakukan segera adalah seperti berikut:

  1. Letak segala dvd berunsur kesengetan dan barang2 kepelangian dalam laci berkunci. kemudian, kuncinya telan. haha. Pasti takde sapa dapat bukak kecuali setelah tukang telan pegi buang air besar. huhuhu..

  2. Buat sedikit ejasmen pada rak buku.
    Mana2 buku yg tulangnyajelas menyatakan perkataan yang diragui, terbalikkan terus. Biar tulangnya mengadap dinding. Pastu kalau takut buku di ambil olehorang, susunkan beberapa buku2 decent seperti buku self help, sixsigma, thinkinghats, di bahagian hadapan secara melintang supayadapat menutupi buku2 senget. Nescaya bila nampak tajuk2 yg pening2tulis omputeh, keluarga kita tak mampu nak baca.
    Jgn la plak letak buku resipi, mmg sah di capai dek mak.

  3. Untuk lebih mengkaver lagi, apabila mereka tiba, kenalah pakai macam org pompuan terlebih lembut dan mula bercerita tentang lelaki-lelaki tah mana2 hala yang kita pernah suka.
    Ceritakan jugalah tentang kisah putus tunang, putus kasih yang pernah berlaku beberapa bulan lepas. Bukan setakat itu, kengkawan kita yg nak datang juga haruslah juga kita uar2kan supaya menjadi lebih feminin dan mengaku stret tegar pada satu hari sahaja.

Di antara ayat2 yg membolehkan kita dilihat sebagai stret adalah seperti berikut:
  1. Alamak... kendunya mamat yg sedang bermain gitar di dalam TV itteww!!
  2. Jom la kita makan satay kat kedai yg haritu. tukang kipas tu hensem kan?
  3. Eh, lawa la beg tangan kau ni? Aku nak beli satu camni gak la. Tapi ada kaler lain tak?
  4. Kau tau tak.. watsons sekarang sale. Lipstick maybelline murah jerrr. Aku baru beli tiga yang sama dgn fasha sandha pakai tuu..
  5. Ala... kita gi je mandi bunga reramai. Nanti mesti ramai lelaki datang menyerang.. auw!
  6. Aku nak kawen laa.. orang kata kawen tu bestt! Nak gak try..Ish, tak sabarnyaaa nak kawen. *sambil merenung langit*

OK la.. itu adalah di antara perkara yang boleh dilakukan.

Well, i might sound silly and funny, but seriously guys... this is no laughing matter here. There's no way I (personally and especially) am gonna reveal anything that may jeopardise my orientation and relationship with my family. So, what's with acting for few hours... kan?