Aku teringat satu ketika dahulu aku pernah tertengok siri Ally McBeal. Masa tu diorg tgh uruskan satu kes, di mana, seorang perempuan yang mengalami masalah sakit jantung mengemukakan saman (tak ingat pulak aku pada sapa saman tu ditujukan). Yang aku pasti, saman tu adalah sebab dia tak puas hati kerana, bagi menggantikan jantungnya yang dah rosak itu, jantung seekor babi pula yang digunakan. Masa tu keluar lah perkara tak beretika la, hapa2 lagi la yang memang secara terang2an menunjukkan babi adalah seekor binatang yang hina dan kiranya perempuan ni taknak la dipandang seperti seorang yang berjantung hati babi. Tapi akhirnya juri tidak memihak kepeda perempuan yg menyaman ini. Sebabnya, lawyer yang membela pihak yang didakwa meminta pada juri memikirkan kembali betapalah sebenarnya bukan perempuan itu yang patut dikasihani, tetapi babi itu lah yang patut dikasihankan. Sebab kalau si babi tidak mengorbankan jantungnya, perempuan gila kuasa itu mungkin sudah tidak mampu bernafas lagi.
OK... itu cerita pasal babi dan jantungnya. Betapa manusia terlalu ego dan mudah memandang kepentingan diri sendiri sehinggakan terlupa dengan pengorbanan yang dilakukan oleh makhluk lain. Walaupun makhluk lain itu kononnya tidak se’gah’ manusia, tapi yg penting di sini, manusia sering lupa, siapakan sebenarnya yang lebih mulia.
Sebenarnya motif utama aku ialah hendak bercerita pasal satu fenomena yang mendapat liputan hangat di akhbar dalam masa beberapa minggu ini. Fenomena yang aku maksudkan ialah kes perempuan bujang yang menyusukan anak angkat. Secara peribadi aku agak indifferent dengan fenomena ini. Aku takde la sokong sangat orang bujang yg menyusukan anak, tapi aku tak sampai nak mengatakan bahawa perkara ini sangat tidak baik.
Sebagai seorang yang mengidentifikasi diri sebagai pencinta wanita, aku berkemungkinan besar agak payah untuk menerima kehadiran seorang lelaki untuk tidur dgn aku.. ergh..! So, kemungkina besar juga lah aku takkan ada seorang anak. Jadi, sepatutnya aku bergembira dengan breakthrough ini, yang mana aku boleh membela seorang kanak-kanak, yang seterusnya menjadi anak susuan dan juga mahram dengan aku. Itu untuk org yg maleh nak kawin. Tapi bagi manusia yang mmg nak kawin cuma belum jodoh, mungkin merasakan pengambilan anak angkat ini sebagai penghibur diri di kala keseorangan di apabila pulang dari kerja. At least ada la jugak benda yang memenuhi dirinya di tengah2 malam yang sepi dan sendiri. Hehe...
Kemudian, ada dalam sokkabo ontah bilo den dah lupo... wartawan juga menemuramah kaum lelaki, untuk memperolehi pendapat mereka tentang kes begini. Lelaki pertama menyatakan dia memang tegar dan tidak hingin untuk mendampingi perempuan yang memiliki anak susuan. Alasannya, dia mau bermula dari awal untuk bersama dengan perempuan itu, membina keluarga dari seketul bata sehinggalah menjadi ketul2an bata di dalam rumah dan juga memperolehi anak bersama yang memakai kasut Bata. Lelaki kedua yang ditemuramah pula menyatakan, dia tak kisah pun kalau berkahwin dengan perempuan yang memiliki anak susuan. Asalkan, anak itu diambil dari rumah anak yatim secara betul, dan bukannya mana2 budak yang diselamatkan dari celah2 rimbunan lalang di tepi hospital.
Sekali lagi aku nak refer pada kes jantung dan babi... bagi aku, kedua spesimen lelaki ini memang selfish, ego dan sombong. Kita manusia secara amnya pun selalu berfikir sebagai seorang protagonis dalam drama swasta. Segalanya mesti indah dan menepati norma masyarakat.
Lelaki pertama yang menyatakan tidak mahu mendampingi perempuan yang ada anak angkat. Selfish kerana mahu memiliki perempuan itu secara mutlak. Dan selfish juga kerana mahu memegang teraju untuk mencorakkan kehidupan perempuan yang dicintainya, seterusnya selfish kerana tidak mahu terlibat dalam menumpahkan kasih sayang kepada seorang kanak-kanak yang bukan darah dagingnya. Heck! Ada tu darah daging sendiri pun buat macam sampah! Poyo!! Budus!
Lelaki kedua pula kata... kalau budak anak yatim dia nak terima, tapi kalau budak tu menjadi mangsa anak yang terbiar taknak pulak terima. Dia tak fikir ke betapa luhur hati perempuan yang sanggup membahagikan masa dan mengorbankan wang ringgit demi memastikan seorang budak yang tiada beribubapa memperolehi kehidupan yang baik? Apa hina sangat kah kanak-kanak yang lahir di luar ikatan nikah dan seterusnya dibuang merata2? Apa bagus sangatkah lelaki sekarang sehinggakan mereka langsung tidak bertanggungjawab dalam menambah populasi anak2 luar nikah?
So... dalam kemelut perempuan menyusukan anak angkat yang dikatakan tak bagus, menyalahi tuntutan perkahwinan, maupun jelik dengan pengambilan seorang anak luar nikah... aku harap semua manusia yang sudah matang dapat berhenti sejenak dari melakukan tugas seharian sebagai seorang dewasa.
Untuk sedetik, fikirkanlah diri anda sebagai seorang kanak-kanak tanpa ibu bapa. Bagaimana pun cara seorang kanak-kanak itu lahir, bukankah sebenarnya orang dewasa yang dengan egonya mengambil keputusan samada untuk mengangkat darjat, ataupun memandang hina kepada seorang kanak-kanak?