Apa mau tulis hari ni? Buntuss lagik.
Sebenarnya dalam masa beberapa minggu ni bebenda yang berlaku dalam kehidupan aku tak banyak sangat yg klako. So bila tak berapa klako tu aku cam maleh la plak nak tulis kat sini. Sbb kengkononnya trademark aku menulis dalam blog musti boleh membuat orang tergelak. Kiranya perasan nak jadi raja lawak la kan. Walaupun hakikatnya aku langsung tak layak menobatkan diri sendiri menjadi raja lawak atas sebab-sebab yang berikut:
- Aku hanya perasan sahaja lawak, tapi hakikatnya tidak pun
- Aku bukannya raja sbb aku budak pompuan yang berketurunan jawa.
- Skill untuk berdiri di atas pentas bagi membuat lawak bisa membuatkan lutut aku yg sudah sedia berkeriut ini luruh ke bumi. Walaupun sebenarnya luruh lutut adalah lebih selamat daripada mengalami masalah kelonggaran otot cerut pundi kencing.
- Aku tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Sbb aku suka makan sadin. Org yg terer berlawak tak makan sadin. Mereka makan tido sahaja.
- Aku takut aku yg gelak dulu tgk muka penonton sebelum aku berjaya membuat mereka gelak.
Apa2pun, aku tau aku mmg suka bebenda yg kelako nih. Dan kadangkala aku bisa tergelak macam orang yang kuat gelak atas perkara2 yang orang lain rasa tak berapa lawak.. er.. nak bagi contoh. Mbak Dian ada buat lawak semalam pasal apabila tanter kompius dapat menjawab soalan dengan betul. kata2 mbak Dian yg kurasakan lawak adalah..
'Tahniah, anda dapat hadiah lori'
Sekali dengar macam biasa sahaja lawaknya, tapi kalau aku mula berfikir terdapat beberapa lapisan lawak yang ada pada ayat 'Tahniah, anda dapat hadiah lori' itu... di antara sebab lawak itu membuatkan aku gelak ialah:
- Kenapa mesti lori?
- Mana ada org bagi hadiah lori kalau dapat menjawab soklan betul.
- Kalau lah ada, bayangkan lah betapa glamernya pemenang hadiah lori itu. Masuk paper bergambar dengan lori, dengan mana lori yang memenuhi gambar dan bukannya sang pemenang itu.
- Adakah lori betul yang akan dimenangi oleh org yg berjaya menjawab soklan dengan betul, ataupun lori mainan yang berwarna merah, kuning dan biru? Kalau lori itu lah, nescaya lagi glamer.
- Last sekali yg lawak... bayangkanlah cik kompius menerima hadiah lori mainan daripada dian atas kejayaannya menjawab soalan, dan dihadiri oleh jurugambar profesyenel. haha... mmg comel, lebih2 lagi apabila wajah mereka disiarkan di dada akhbar.
Setakat itu sahaja kupasan lawak di hari muka hasil nukilan aku yg dah menyoll. kepada mbak dian dan tanter kompius, mintak ampun menggunakan nama kalian. Len kali belanja aku eh? hehe