Hari ini aku nak bercerita. Bukan cerita pasal pokok yang ditanam di tepi rumah maupun selipar bergambar beruk. Ini nak cerita pasal aku la jugak. Idea untuk penceritaan ini terkeluar apabila aku termenung sensorang di dalam bilik termenung yang berbentuk kiub.
OK.. enuf intro poyo, aku nak cerita tentang hikayat kepecah-pecahan (crushes.. haha) yang aku pernah alami semenjak aku kecik2 yaamatz namun sudah pun mumaiyiz. Sebelum itu, untuk membolehkan korg paham hasil tulisan aku ini, apakata aku perkenalkan dulu watak utama dalam hikayatulpoyo ini, tak lain tak bukan... aku ler. hehe..
Sebagaimana aku tak sedar bila aku dilahirkan oleh ibuku, aku juga sesungguhnya tak tau bila aku start suka kat pompuan. Masa kecik dulu aku rasa setiap perempuan akan sukakan lelaki. Tapi apabila aku dok tgk gambo pompuan2 seksi dan cantik, aku jadi berdebar2, teruja dan terasa macam nak melompat2 keriangan. Namun krisis lompatan ini mmg tak berlaku apabila melihat lelaki yang hensem. Tapi keobsesan aku terhadap perempuan yang cantik (di mata aku..) semakin menjadi2 apabila aku berumur 12 tahun. Yang ini aku ingat lagi. Jelas dan nyata di mata kepala otakku.
Sebagai budak yg bersekolah di Johor, aku mmg kena pergi ke sekolah agama, di sebelah petang. Sbb aku ni takde la malas sangat belajar, masa aku darjah 6 sekolah kebangsaan, aku juga pelajar dalam darjah 6 di sekolah agama. Dan korang semua kena la sedia maklum, pada zaman aku dulu, kelas darjah 6 sekolah agama mmg sebenarnya dipenuhi oleh pelajar2 tua yang bersekolah di sekolah menengah, maupun yang dah habis belajar (tengah tunggu SPM).
Alkisah nak dijadikan cerita, dalam kelas tu aku sorg je budak berumur 12 tahun. Yang lain paling muda pun berumur 13 tahun. Majoriti budak2 form3. Sbb aku budak kecik dan kengkononnya manot (menurut peraturan), aku tercampak di barisan paling hadapan dalam kelas. Di sebelah aku budak umur 13 tahun yg memang sekelas dgn aku dari tahun2 sebelumnya. Di belakang aku pulak, ada tiga ketul kakak form 3. Dan, malangnya, aku telah tersuka dengan salah seorang daripada tiga ketul kakak itu. Arghh...
Sekarang aku perkenalkan plak korg para pembaca sekalian dgn watak sampingan dalam entry ini, iaitu kakak yg aku suka itu. Nama dia 'Ana', orangnya tak berapa tinggi sangat (mungkin sbb masa tu dia masih 15 tahun kot. hehehe), pakai spek mata, warna mata ialah cekelat. Dia naik beskal kaler biru yg ada tali pengikat beg warna biru+merah. OK... itu je yg aku leh ingat.
Mmg aku mula suka mengadap muka dia setelah aku melihat muka dia dalam dua tiga hari selepas masuk kelas. Setiap kali sampai kat sekolah dlm kol 2, aku akan parking beskal feminin aku dalam bangsal eskal. Pastu, aku akan melilau cari beskal dia. Kalau takde, aku akan rasa macam perutku jadi kempis, tak bermaya. Tapi kalau dia ada, semangat aku pun ada la... Magic mushroom!
Dalam kelas... sbb dia dok blkg aku, ada la jugak komunikasi2 yang berlaku di antara aku dan dia. Kalau cikgu mengajar, aku mmg tak berapa boleh konsentret. Asyik nak pandang belakang je. Dan pantang ada masa cikgu pegi tandas, aku akan terus memandang belakang dan menggunakan kebudak2an aku untuk berborak dgn dia. Aku rasa setiap hari bila memandang muka dia, hidung aku jadi mengembang, segala oksigen memenuhi peparu aku, pandangan mata menjadi cerah, kaki macam tak jejak tanah, walaupun perut tetap begini.. hehe
Dan... sebenarnya, sebab utama aku pergi sekolah agama masa ni juga, 70% disebabkan oleh dia (10% sbb nak belajar, 10% sbb kerajaan kata kena sekolah jugak, 10% sebab takut mak abah marah...).
Walaupun aku tak berapa reti mengayat, tapi adalah satu achievement apabila dia telah memberikan kepadaku satu keychain yg digunakan untuk meletakkan kunci beskalnya. hahaha... macam poyo kan? Tapi masa tu dapat habuan drpd org yg kita minat memang macam rasanya gumbira sakan lah. W/pun pada hakikatnya dia bagi benda tu bukannya sebab dia suka kat kita pun. haha.. tapi bagi aku, tandamata tu yg acambest.
Dan sbb hanya 10% sahaja masa aku dihabiskan untuk belajar, akibatnya peperiksaan penggal pertama aku ada tiga paper yg fail. Dah la paper wajib lulus. So, aku terpaksa menerima hakikat yg aku mmg lovestruck dgn sangat poyo. Masuk penggal kedua, aku berjaya mengeluarkan diri dari kemelut kegagalan (semua paper pass la...) tapi cukup makan dan peratusannya tidak membolehkan aku naik ke darjah khas. penggal ketiga, aku ala2 insaf sket. Lgpun, sbb akak ni dah bagi aku keychain, kira mission aku ala2 accomplished la. Dalam penggal ketiga, aku cuba bangkit untuk belajar dgn lebih tekun (sambil mengayat pun ala2 tekun jugak...). Dan hasilnya, aku lulus semua paper tapi peratusan aku kurang 4.0% lagi untuk naik ke darjah khas. hahaha.. padan muka aku. Padahnya, aku kena la mengulang semula darjah 6 untuk satu tahun lagi...
Dan itu sahajalah satu tahun yang aku boleh lihat muka dia. Sbb dia dapat naik darjah, sedangkan aku kantoi. Nasib baik la dapat keychain tu, kiranya setahun ayatan aku, berjaya la dapat satu souvenir. hahaha, Sekian hikayat crush poyo aku yang pertama. len kali aku sambung crush yg keseterusnya plak ek. hehehe...
Moral of the story,
untuk adik2 yang masih belajar tu, nak mengayat boleh. Tapi jgn la sampai membazirkan masa satu tahun dalam kehidupan anda sebagai seorang pelajar. Tak berbaloi beb!!!