Wah eh.. lamo gilo den tak menulis. Alasan? Takde. marilah kita hidup bebas daripada sebarang alasan. hehehe..
Sedikit lari topik sebelum aku mula menulis. Saje nak bgtau yg beberapa malan yang lepas aku dok tgk episode akhir Amazing Race Asia. Dengan bestnya aku nak bgtau bahawa pemenang utk episod Amazing Race yang julung kalinya di Asia ini jatuh kepada JoeJer dan Zabrina.. yeay!!!
feewitt fewitt!! Satu kumpulan 100% wanita yang berasal dari Malaysia.
Dalam sejarah Amazing Race seluruh dunia pun inilah kali pertama pasukan semua perempuan yang berjaya menjadi juara. Kesimpulannya... kaum wanita Malaysia memang hebat, dan juga gerr ger.. mbwahahaha..
OK.. dah, abih satu cerita kat TV.
Ini aku nak cerita pulak pasal ke'sawan'an yang aku hadapi beberapa hari lepas. Sawan ini disebabkan oleh pendedahan terhadap beberapa ramai org manusia yg jarang mendedahkan diri dengan aku. Mereka itulah.. kenalan2 aku sewaktu berada di sekolah dulu. ish ish ish..
Hari jumaat yg lalu, kebetulan ada la plak kes jumpa-jumpaan tak berapa rasmi di antara bebudak yang sama batch dgn aku masa aku tgktn 4 dan 5. Kebanyakannya aku mmg langsung tak pernah jumpa dah bertahun2. last bertemu muka masa aku habis tgktn 5. Lepas tu, habis langsung. hehe...
So, sebab chefD pun dulu satu sekolah dgn aku, maka aku pun pegi sesama dgn dia. W/pun muka minah tu muncung beberapa depa, atas sebab2 yang akan aku tulis sebentar lagi. Ada banyak perkara menarik yang berlaku bila jumpa orang yg lama tak jumpa ni.
Yang paling menarik sekali ialah apabila dapat melihat muka2 masing2 yang agak dah berbeza drpd dulu. Ada yg dulu macam gangster, skrg ni dah ayu gaban, dengan gelang bermanik2 di tangan. Ada yg dulu cam bebudak, sekarang dah bertambah manis. tak kurang jugak yang melakukan extreme makeover seperti yg berlaku pada makweku.. ahahaha...
Apa2pun, seronok gak dapat lihat familiar faces yang dah jadi tak familiar. Perkara kedua yang menarik ialah transformasi yang berlaku dalam hidup aku membuatkan aku jadi agak kekok utk beramah mesra dan berinteraksi dgn diorang tu dalam keadaan aman dan makmur. Sesiapa yang rajin membaca blog aku ni, tentu lah dah paham bahawasanya aku yg dulu senang berlakon stret, skrg ni dah susah nak menyorokkan kesengetan aku, sbb aku sokmo dok hang-out dgn geng2 senget. So, bila jumpa kengkawan sekolah ni, yg kebanyakannya dah beranak-pinak, mula la rasa cam... tak tau nak tanya apa. hehe.
Dan kalau jumpa dgn geng2 senget kitorg tak pernah sibuk nak tanya kerja apa, pakai kereta apa, dan jugak tuko2 business card... tapi sebaliknya inilah bebenda yang berlaku apabila aku mula berjumpa dgn diorg. Adakah ini caranya straight ppl get along, ataupun ini hanya berlaku apabila berjumpa dgn kawan sekolah lama? hehe.. Aku tatau. Tapi ini jarang berlaku kalau aku berjumpa dgn geng2 senget. Ataupun... geng2 senget ni banyak sgt rahsia, sampaikan business card pun tanak bagi. Fikir balik semula, haruskah?
Kes2 sebegini lah jugak yg menyebabkan makwe aku jadik kelemasan. Tak habis2 dia dok tarik2 tangan aku ajak balik. hehehe. Aku plak, masih lagi ada rasa takut. Takut kalau diorg dapat tahu aku ni mmg senget. Sbb dulu masa aku kat sekolah, akulah ratu senget yang sampai tetiap minggu turun naik bilik Penolong Pengetua HEP. haha.. best best. So... walaupun pada asalnya aku suka kalau nak mengaku yg sesungguhnya aku mmg berkapel dgn cik leen, tapi pastu aku 'keluar-ayam'. Tambahan pulak apabila ada ayat2 yg hendak menguja aku keluar seperti..
"Engkau dengan chefD... housemate?" *cakap sambil angkat2 kening*
"Kalau cakap pasal nama ni aku selalu cari nama ex-gelpren kau, pasal nama dia unik.."
Bila dah ada komen2 tu, payau la plak tekak aku nak mengaku. Lebih payau apabila memandang muka makwe aku yg makin lemau dan tak bermaya. Jadi, kupendam sahajalah hasratku itu. Takut la plak nak mengaku. Biar je le aku mengaku di kalangan mereka yang senget sahaja.
Pastu.. skrg ni aku pun dah kelu tatau nak tulis apa, kecuali, jumaat lepas adalah hari aku overexpose dengan golongan hetero yang bertaraf kawan2. hehehe...