Tadi, semasa aku dgn bangganya aku tengah menyelotep (ada ke verb nih?) kamus aku yg dah buruk gaban kat opis ni (ye.. kamus yg aku guna sejak sekolah menengah lagi yg memiliki byk kenangan di atas kulitnya, but that may require another entry of blog..).
Sambil tu aku sempat gak la membelek2 isi kandungannya dan menyebabkan aku terjumpa satu perkataan yg menarik bunyiknya, iaitu 'altruism'. Kenapa menarik? Sbb bunyiknya macam ultraman.. huahah. Agaknya kalau buat satu episod baru ultraman altru, adik kepada ultraman taro, mungkin best.
Tapi bukan setakat bunyik je best, makna dia pun best jugak. Altruism didefinisikan satu keadaan yang mana seorang manusia itu lebih mementingkan kebajikan orang lain. Dengan kata lainnya, orang ini tidak mementingkan diri sendiri. Ini juga bermaksud, altruism adalah kata lawan bagi perkataan egoism. Egoism adalah keadaan seorang manusia yang lebih memikirkan kepentingan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Selari lah dgn entry aku sebelum ni yg bercerita pasal orang jual ikan.
Bagi aku, setiap manusia tidak boleh lari daripada perasaan ego, mementingkan diri sendiri, cuma dalam intensiti yang berbeza. Banyak benda dilakukan untuk diri sendiri. Dan aku kalau berfikir pasal manusia ni, tak koser nak tgk jejauh, aku suka tgk kat diri aku sendiri sahaja. Aku rasa bab ego mmg aku ada. Sbb pada pendapat aku, selagi aku mampu memberikan alasan atas setiap perlakuan yg aku lakukan, selagi itulah perasaan mementingkan diri sendiri itu ada.
Sbb, alasan dilakukan atas dasar mempertahankan diri sendiri. Dan rasanya sehingga sekarang ni, aku masih memiliki rasa skeptikal pada manusia lain. Kalau nak menolong orang masih lagi rasa, betul ke orang yang aku tolong ni? Contohnya macam kalau ada orang yang tahan aku kat tepi jalan sebab nak tumpang naik kereta. Mesti aku akan skeptikal dgn org tu kan? Atas alasan, takut org tu sebenarnya adalah org jahat. So, daripada mementingkan diri org lain, baik lah mementingkan diri sendiri je. haha.. senang hati berdesup bawak keta.
Dan dengan lebih selfishnya aku rasa, orang yg gembira dan berbangga mengatakan dirinya sungguh mementingkan orang lain, sebenarnya memiliki rasa mementingkan diri sendiri yang tinggi.
Apa2pun, bukannya mudah untuk seorang manusia yang hidup di zaman cyber ini untuk meng-adaptasi prinsip altruism ini. Sbb semua orang ada kepentingan dan agenda masing2 yang perlu di jaga. Cuma, aku rasa, cukuplah semua manusia memahami setiap orang ada pendapat sendiri. Untuk memastikan kemakmuran negara, kita perlulah mengelakkan egoism dalam diri kita ini dari menyusahkan orang lain. Dalam masa yang sama, cuba berlaku ikhlas dalam setiap tindakan yang dilakukan.
Akhir sekali, aku kenalah ingat bahawasanya kalau wujud perkataan yang berlawanan maksudnya dengan egoism, maka memang juga wujud manusia yang memiliki perasaan ini. So, ramai manusia yang ego, dan ramai juga yang tidak ego. Jadi, maksudnya, tak semua orang jahat. Tapi kalau kita asyik nampak ramainyerr manusia yg jahat dan mementingkan diri sendiri, agaknya siapa yang mementingkan diri sendiri tu ek? erghhh...