August 27, 2007

Makan.. tido.. makan.. tido

Adeh.. letih sungguh nak bekerja hari isnin nih. Ditambah pulak dengan kepenatan melihat Malaysia pada hari ahad semalam. Lagi la letih. Melihat Malaysia? huhuuu... akhirnya aku dpt gak naik eye on malaysia, dalam private gondola lagik. haha.. yahuu. Dan yg paling best sekali ialah, aku boleh berdiri dalam gondola itu. (ye kengkawan, sila lah bayangkan betapa pendek dan ketotnya aku. hehehe..)

Anyway, kepada sesapa yg berpusing2 di keliling blog2 org yg korg selalu pusing2. Sure ada terbaca pasal aku punya cerita dalam blog org lain. Dan aku leh tau memacam persepsi org leh pandang kat aku. Cuma yg pentingnya, aku malas nak perbesar2kan cerita. Cukup la sesapa yg rapat dengan aku je aku bagitau pasal perkara tu. Dan nampaknya ada beberapa org lagi dalam list aku yg perlu aku ceritakan tentang apa yg sebenarnya berlaku. Cuma, aku masih tak berkesempatan lagi. Mmg ceritanya panjang, malas nak taip. Yang pastinya, truth is very subjective and very perceptive. Sebab kebenaran adalah berdasarkan apa yg diketahui oleh akal, sedangkan yang tersorok dan yang disorok, terkeluar dari senarai bahan bukti... (pergh, macam csi la pulok..). Dan sebagai manusia yang sentiasa nak jaga kepentingan masing2 (walaupun atas alasan lain kononnya ada kepentingan benda lain yg nak diperjuangkan..), aku percaya, takde cerita buruk yg nak diberitahu kepada orang lain mengenai diri kita sendiri.

Macam aku la contohnya, aku tau, aku ada byk perangai buruk yg menyebabkan aku kena tinggal dek ex aku. Dan sesungguhnya aku ada jugak nampak perangai buruk orang lain yg juga perceptive, dan mungkin hanya dipandang buruk oleh aku, berdasarkan value yg aku pegang. Cuma, atas rasa hormat, malas nak layan dan memikirkan byk lagi hal kita sendiri yang lebih penting, menjadikan aku tak kuasa la plak utk cerita pasal orang lain. Walaupun benda tu berkait dgn kita. Sebagaimana kita, mereka juga ada alasan sendiri.

Dan aku sesungguhnya, kalau pun ada relationship baru, ada cinta baru, am i expected to reveal everything kalau benda tu baru berumur tak sampai sebulan jagung? Shall i openly disclose to everyone reading this blog about events that i am still grasping to better understand, to better get a grip on lots of stuff that is taking a better turn in my life? To me, founding a new love is not something to brag, tho perhaps being ready to commit to someone, requires some sort of revelation. After taking a bad turn on my previous 11 years relationship, I am careful not to be the one who would immediately jump into the truck of commitment, and drive away, though peacefully, or adventurously.

Again, this is my thought. I am in no position to change the mind of people i know, let alone those i don't even realise their existance.

Argh.. busannyer.. balik tido bley ka? huhu...

August 23, 2007

Sambil ngantuk sambil nyanyi sambil pikior

Ish ish...
Berharian aku tak menulis kat blog ni. Macam dah jadi weekly event la plak memblog ni. Satu penulisan satu minggu. Satu kadar rata rendah.. Adeh..

Hari ni aku ada masalah kengantukan yang berpanjangan. Letih giler rupanya memandu nih. Tapi sebab ada yg meneman, takde la letih, maupun stress sgt. Cuba kalu drive sensorang selama berejam2 sehari. Maunya ada yg makan bunga.. er.. bunga apa ada kat kereta aku? Bunga tayar..

Adeh.. ngantuk tahap beruang kutub tak berwang aku masih lagi menebal ni. So, apa nak buat? So, aku nak la main kopek2. Bukan main kopek buah, tapi ini nak mengopek isi cerita dalam lagu. jom jom.. apa lagu pilihan anda hari ni, cik sekapal?

Iye.. lagu pilihan saya utk dikopek hari ini ialah lagu baru nyanyian Elyana yg bertajuk Kau atau Aku. Jom kopek...

Tajuk lagu: Kau atau Aku
Penyanyi asal: Elyana
Pengopek asal: Sekapal

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua

Ini kes dua org pompuan yg kengkonon ada di satu komuniti, contohnya dua org ahlul sengetians, yang sebenarnya ada rasa kuch kuch hota hai. Tapi dedua org macam buat dek dan tak reti je. kengkonon takde pape la, padahal, cheh, cinta meluap2 gituu..



Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa

Kiranya dari perbualan dan jugak perflirtan diorg berdua ni dalam forum, semua org sudah boleh bau la yg masing2 ni ala2 saling mengorats each other. Kiranya cam, dey.. sekampung dah nampak la korg cam bercinta, takmau mengaku lagi ke??



Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu

laaa.. ropanya, walaupun semua org nampak depa berdua ni cam ada pape, tapi kekdahnya diorg ni pun masing2 takmau mengaku lagi ada rasa cinta putik2 dalam itu hati. cis cis. Sabo je la. Depa berdua pun dok main tarik tali takmau mengaku, nak suruh org yg lagi satu tu mengaku dulu tentang hati dan perasaan.. hampeh sungguh.



Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan

ha... bila masing2 dok buat bodo je, mula la jadik bodo. Dan tak tahan? Alamak.. apanya yg tak tahan? Tak tahan berlakon, ke... tak tahan nak bgtau tentang hati dan perasaan pada sang pasangan? kalut.. kalut



Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku padamu

Oh... rupanya tak tahan nak menceritakan perasaan pada sang pasangan itu. LEr.. amende la yg nak di teruskan berlakon2 nih.. Bgtau je la kat org yg sorg tu.. Guna je ayat camni.
"er.. saya rasa, awak suka kat saya. Saya pun suka kat awak. Ayolah kompang saje.."



Kau atau aku
Memulakan dulu

tapi satu pon tak berani cakap? hampeh betol. Apa? Nak main o-som dulu kah? Sapa menang dia yg cakap? huhu..



Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering

Tapi dalam pada tak mengaku2 tu, tau plak rindu. Tunggu jugak org tu call.. er.. kenapa taknak sendiri je call? Kes takmau mengaku jugak ke? Ke... panggilan jarak jauh? Ataupun, kredit tarak? heheheh



Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Pengucapan yang ku cinta padamu

Hmmm... last2 sampai ke sudahan lagu, masing2 tak mengaku. Abih tu camno? Biar je sang single dikebas orang yg berani? Ataupun berlalu dengan deruan angin? hahha...


Kesimpulannya, kalau dah suka tu, bagitau je terang2an sebelum si dia dikebas orang... huhuhu... rejeki.. rejeki.

August 16, 2007

Aku yang terkurung dalam bilik kebal.

hehehe... aku skrg ni mmg agak kureng berada di tpt aku sendiri. Sbb aku dgn banggganya masuk ke dalam bilik kebal untuk menggunakan pc dgn monitor 19 inci, RAM 4GB yang ber double hard disc untuk buat keja. Keja apa yg aku buat? Buat dokumen je.. heheheh... Tapi mmg giler gempar la bila guna skrin besar. Sbb tersangatttlah takleh kavernya kalau tgh berYM dgn kengkawan. huhu... tapi sampai harini, aku tak larat dah, aku YM jugak. Timakasih kepada meebo.

Dalam beberapa hari lepas. Sbb takleh nak chat. Aku mengalami masalah kengantukan yang melampau. Punya la kronik aku punya mengantukan, sampaikan apa je yg aku buat, aku rasa cam nak tido. Menaip dua tiga patah ayat, pastu aku bersandar kat kusi, pastu terlelap. Tengah baca/review document, aku melangut kepala atas meja, aku terlelap jugak. Sambil duduk di atas toilet, merenung masa depan pelaburan, pun aku terlelap jugak. Nasib baik aku tak tersungkur dalam jambanita itu... Kalau tak, harus la tertonggeng dgn kata2 yg sesungguhnya tertonggeng. huhu..

So, untuk membantu kawan2 yg suka terlelap di merata tempat macam aku nih, apa kata kita semua kongsi tips utk menghilangkan rasa ngantuk.. ayolah..
  1. Bersenam
    Bangun dari tempat duduk dan lakukan senaman ringan sepertu berjalan setempat, lompat bintang, ataupun mengangkat baldi penuh berisi air. Kalau rasa2 cam malu nak buat bebenda tu dlm opis, silalah ke bawah meja, kemudian buat sit up sampai perut kejang.
  2. Minum kopi.
    Kalau kat dapo takde kopi, susah2 shoot je email kat sesapa dlm opis korg, mintak kopi2 dlm paket three in one tu. Hanya curah air panas sahaja. Untung2 dapat kopi jantan yg boleh menguatkan badan, ataupun laaagi untung, korg leh dapat magi asam laksa. Fuh.. sedap la plak megi perisa asam laksa.
  3. Pegi basuh muka.
    Jangan basuh muka sahaja. kalau ngantuk tahap kronikal of the narnia tuh, basuh la dengan kepala, ubun2 dan juga tengkuk/leher. Asalkan jgn basuh leher ayam sudah. Sbb nnt ayam yg ilang ngantuk, bukan korg.
  4. Kacau org.
    Ini punya aktiviti seswai dilakukan kalau kat opis korg ada raaaamai aweks2 yg kendu. Boleh la jenjalan keliling opis, dgn muka mengantuk yg comel. Pastu kalau lalu2 kat tpt awek2 tu, sengih2 poyo sket. Kalau ada rezeki, nnt boleh la korg borak dgn awek2 tu.

Ataupun kalau depa buat endah tak endah, tanya la soklan sebegini, yg mana aku rasa, skrip perbualan korg leh jadi camnih:

senget yg ngantuk:
Er.. ada sweets tak? I mengantuk la

awek kendu di opis:
Ada. Amik lah *sambil tersenyum dan menghulokan gula2 apa2 yg ada*

senget yg ngantuk:
Timakasih. Mmg saya tau awak mesti ada simpan sweets.

awek kendu di opis:
Macam mana tau?

senget yg ngantuk:
Sebab muka awak sweet, musti la ada sweets kan?

awek kendu di opis:
Ala awak ni, saje je tau. Mana ada saya sweet. *masa ni muka awek ni dah malu2 dahh... ada cann!!*

senget yg ngantuk:
Iye.. tak tipu. Ikhlas ni. Even kalau awak takde sweets pun, tgk muka awak leh ilang ngantuk saya.

Tindakan seterusnya. Ucapkan terima kasih dan balik la semula ke tpt duduk korang selepas memberikan senyuman penuh bermakna pada dia. Jgn melangut lelama, nnt awek ni kata korg muka tembok plak. Lagipun, kalau kita selalu sangat ada, nnt takde la dia rasa rindu dgn gurauan kita.. kan kan. So, sebenarnya, rasa mengantuk ni boleh digunakan utk merapat2kan diri dgn awek kendu. huhu.. yeahuu!

Tapi.. kalau satu opis dgn gelpren sendiri, mungkin ini adalah kesinambungan drpd scene tadi...

gf/partner senget yg ngantuk:
Awak ni mmg kuat mengorat kan? Mengantuk2 pun bleh flirt.

senget yg ngantuk:
Mana ada? Buktikan!

hahaha... dah dah. Jom sambung keja.

August 13, 2007

When I'm feeling blue, all I have to do
Is take a look at you, then I'm not so blue
When you're close to me, I can feel your heart beat
I can hear you breathing near my ear
Wouldn't you agree
Baby you and me got a groovy kind of love


Anytime you want to you can turn me onto
Anything you want to, anytime at all
When I kiss your lips, ooh I start to shiver
Can't control the quivering inside
Wouldn't you agree,
Baby you and me got a groovy kind of love...

August 9, 2007

Cakap2 bermasalah bersama cik sri sekapal.. versi yg seterusnya.

Cik Sri...
Saya ni dah dekat lapan tahun berkapel dgn partner saya. Memang memula dulu kitorg sungguh rapat bak cebisan roti dalam puding roti. Tapi skrg ni macam dah makin lama makin bosan la plak... apa caranya utk menghangatkan lagi hubungan kami nih?
- Yang dah lama tak bujang

cik tak bujang, ini masalah mmg ada banyak berlaku dalam dunia. tak kira la yg senget atau tidak. Ada banyak cara utk menghangatkan balik hubungan yg dah suam2 kuku ni, dan boleh pilih la penghangatan secara positif ataupun negatif.

Penghangatan positif ialah dengan pergi bercuti dan mengenang kembali kenangan2 masa zaman2 moda2 dulu. COntohnya, kalau yg bercinta kat sekolah dulu tu, pegi la melepak balik kat bawah ampaian tpt korg berdating time sekolah dulu.

Penghangatan secara negatif pula ialah dengan pegi dok jauh sket dgn partner korang. Toksah jumpa dia selalu2. Kalau yg dok sama tu, baik la pegi cari rumah tumpangan mak minah supaya korg boleh menenangkan diri. Nescaya bila dah lama tak jumpa tu, boleh lah menghangatkan hubungan yg ala2 dah sejuk macam air batu dalam lori...

Apa2pun, cuba lah bertahan. Tak tahan kalu, cari la tanah baru. huhuhu..

--

Cik Sri Sekapal,
Aku suka makan, dan umur aku makin meningkat, kadar metabolisme pun dah kureng. Dulu masa memula aku ngorat partner aku, body aku ala2 tough+slim. Skrgni dan jadik tough+boroi. Dan akibatnya, bini aku skrg ni dah tak stim dgn aku. Bila aku dtg dekat je, dia wat pandangan pelik dan macam.. layan je la. Apa patut aku buat supaya dia ada la sedikit syiok bila tgk aku macam dedolu? Nak kuruskan badan ke?
- Perutku jalan dahulu


Encik perut...

masalah ini mmg peningkatan berat badan ni mmg menjadi dilema bagi org2 yg dah berumur, termasuklah aku jugak. Semakin lama badan semakimn berat, pastu lebih malas, dan semakin banyak seluar jeans terbazir. isk isk.. *eh, aku plak yg mengadu*

Anyway... ada byk pilihan sebenarnya utk menyelesaikan masalah ini dah mengembalikan ke'stim'an partner kau bila dia tgk kau. Satu cara yg paling obvious ialah dengan menguruskan badan. Tak kira lah kau guna apa cara sekalipun; samada tak makan, berubah menjadi herbivor, pergi mary france bodyline, makan julap, bersenam sepanjang masa ataupun pegi stapler perut... Ada banyak cara nak kurus, layan masalah ketahanan diri je la.

Tapi kalau kau takmo nak kurus, ada banyak jugak taktik yg boleh digunakan bagi membolehkan dia stim. Tapi kena byk intervensi sket la. Kau kena tanya atau siasat perkara yg boleh membuatkan dia stim selain drpd diri engkau yg kurus itu. Ajak dia pegi tgk video tak bermoral ke, ataupun kalau dia stim lepas makan ikan kukus, masakkan lah ikan kukus sebelum masuk tidur di kala kegersangan. Yang penting, kena pastikan apa yg boleh membantu penghasilan wap air (stim) dari dia.

Ada satu lagi cara ialah kau suruh dia makan bebanyak sampai dia pun boroi jugak. Bila dedua dah jadi wanita bertubuh besar, takde alasan lagi la untuk dia buat muka di atas perut kau, kau pun boleh buat muka juga di atas kebesaran tubuh badannya.. wahaha..

Tapi kau plak agak2, kalau dia gemuk, kau stim tak bila dengan dia? Kalau kau pun sama gak tak stim dengan makwe yang dah gemuk, ucapan hari raya aku ialah.. padan la dgn mukamu.. Mari kita cuba pakai kasut masing2.. fewit.. hahha.


--

tok cik kapal...
Nak tanya soklan pendek je nih. Macamana nak ngorat pompuan? Sila bagi jawapan panjang2 sket ye.
-cucu kapal


Cucu kapal??
Eh budak, aku tak pernah ada anak le. Acamna la plak aku boleh ada cucu? nak kata taboq benih merata pun takde gak. Mana ada benih.. haiyoh. Kau ni khayalan ke kenyataan? ish ish

Menjawab soklan kau tu, aku takyah guna ayat pepanjang. Sebenarnya mengorat ini adalah satu perkara yang sungguh exeggerated dan komplikated adanya. Mengorat adalah perkara susah dan senang, dan kadangkala jadi perkara senang yg susah.
Ia akan jadi perkara susah yang senang apabila:
Org yg nak mengorat tu langsung takde skill nak mengorat dan wang ringgit pun tak berapa tebal. Tapi secara kebetulan, orang yg diorat tu sebenarnya memang dah suka pun. So, satu perkataan sahaja sudah mencukupi untuk date yang pertama. Contoh terbaik ialah macamana Dana nak mengorat Lara. Sungguh susah, and yet, sungguh senang dia dapat Lara.

Mengorat pula akan jadi perkara senang yg susah apabila:
Yg mengorat tu ada semua benda yg hebat2 belaka. Rupa ada, duit ada, konfiden pun di tahap tertinggi, siap boleh offer stay kat umah yg dia ada secara percuma lagi. Kiranya mengorat adalah perkara senang bagi dia. Tapi, padahnya pulak ialah, org yg nak diorat tu sebenarnya tak suka pun kat dia ni. Maka benda yg nampak cam senang tu jadi la susah. Sbb mencuba sedaya upaya, pun tak dapat2.. takde jodoh kan. Nak wat camne..

Cuma, ada juga masanya mengorat adalah sungguh mudah apabila kita hidup sebagai Helena Peabody (di waktu kaya..) kerana segalanya ada dengan cukup banyak. Duit, charm, nama... fuiyooo. *cita2 saya nak jadik Helena Peabody di masa kaya dan ada Tina..* Boleh buat dalam kolam renang.. uhuhuhu...

Eh alamak.. panjang la pulak jawapan aku ek. Ampun cucu, atuk tumpang lalu.

**

Cik sri...
Saya ni tak tau sebenarnya cik sri sudi atau tak menjawab soklan saya ni. Tapi saya tak tau nak tanya kat sapa lagi dah. Macamna saya nak buat housewarming party ek? Sekian. Diharap soalan saya releven.
-kaki party

Cik kaki, esok aku nak tgk kaki kau sket boleh? Nak gak tau perbezaan kaki party dengan kaki kapal. hehe.. Er.. untuk buat housewarming party, memula sekali kau kena ada rumah. Tak kisah la ada perabot atau tak, janji ada rumah yang pintunya boleh dibukak. Kiranya, rumah yang masih ada iklan for sale dan berkunci bagai tu tokleh dikira sebagai umah la.

Itu syarat pertama, kena ada rumah. Syarat yang kedua, kena ada kawan2. Kalau kau jenis org yg suka makan bunga seorang diri tanpa diganggu oleh manusia lain, seharusnya toksah la buat housewarming party. Apa kes plak engkau nak buat, engkau sorg je yg datang? So, at least kena la ada kawan. Kalau takde pun, kau jemput je bebudak yg keja kat jusco blkg umah tu. Sure suka diorg dtg party kau

Syarat seterusnya, kena la ada makanan. Makanan ni toksah bikin pusing sangat. kalau kau pandai masak, baik la kau je masak. Toksah la menyusahkan makcik kedai makan tu plak. Tapi kalau kau tak reti masak, soh je la makcik tu masakkan. Ataupun, kau suruh je la kawan2 kau dtg bawak mknn sendiri. Sonang cerita. Still party lagi kan?

Tapi kalau kau rasa aku tak menjawab soklan, maka sah la kau ni dah tersilap ruangan. So, aku sajes kau pegi tgk Martha Stewart punya rancangan. Kalau dia tak cerita pasal housewarming party, kau tipon je dia. Anak pak din ayam golek tu kenal dengan anak sedara jurusolek kameraman martha stewart. Cuba kau try tanya dgn dia plak.

***

Cik Sri Sekapal,
Saya dah lama membaca blog sekapal. Dan entah mengapa hati saya sudah pun terpaut dengan cara penulisan sekapal. Sudikah sekiranya kita berkenalan dengan lebih mesra lagi supaya saya boleh mengisi kekosongan di hati awak?
- Rindu bayangmu

Erkkk... cik bayang2..
Aiseh, ish. Er.. kenapa plak cakap camni. Tetiba dedebo ai, kena propose camni tau. Malu nyeh. Halamak hai.. tapi. Kalau mau mesra, ayolah kita..

*tetiba ada background music pulok*
lasindah la cafe lasindaaahh!!


Booooooo sama sekapal. hahahaha...

August 7, 2007

Aku yang serabut tapi nak menulis jugak..

Ahhhhh... akhirnya aku dah selamat jugak memindahkan hampir kesemua barang2 aku yang selama ni bertaburan di merata2 rumah orang lain. Cuma ada dua tiga benda lagi je yang masih tertinggal di rumah kakakebun yang aku terlepas pandang dan tak berkesempatan utk mengambilnya. InsyaAllah malam ni atau malam esok akan aku hambek la jugak.

Dan berita baik lagi ialah, malam tadi akhirnya aku berjaya jugak mendapatkan kembali anak aku yg berekor kontot itu untuk pulang ke rumah aku, dan diletakkan di bawah penjagaan aku. Aku harap sgt dapat jaga dia dengan baik, sama baik sepertimana masa aku menjaga dia sewaktu masih berdua dulu. Cuma kali ni berdua dgn osmet aku la. hehe..

Rupa2nya, leceh jugak kerja pindah memindah ni kan. Especially kalau takde org rumah. Semuanya aku cam blurr2 dan taktau nakbuat apa. Nasib baik la ada kakakebun yang ada memberikan idea2 tentang apa yg aku kena buat, apa yg kena ada, apa yg kurang dan jugak apa yg tak kurang tapi dia je sesuka hati nak beli. hehehe.. Kalau nak harapkan otak aku yang buntu nih, jgn la harepsss.

Alkisahnya, mlm sblm pindah tu, acik J utara, master garfield dan isterinya madam ixora membantu membasuh tingkap kat bilik aku yang ada iklan For Sale / Toilet tuh.. Aku dgn kakakebun plak tolong kemas barang2 kat umah leen. Lawak betul scene kemas barang. Membuatkan aku terasa macam... nasib baikkk aku dah single. hahaah.. Acik uL? kepenatan tapi mampu juga menonjolkan diri utk sesi tgk pilim industan senget. hehe..

Hari sabtu tu, lori dapat datang hampir tepat pada masanya. Takde la lewat sgt. Maka pengangkutan barang hanya aku lakukan dgn jari sahaja. Tunjuk itu ini, tuding sana sini. Takyah sesusah mengangkut barang sendiri. Fuh.. lega. Jimat ATP mak okkey! Lagipun, barang aku bukannya banyak pun.

Lepas dapat hangkut2 barang, kami kuar cari barang lagi utk memenuhkan rumah yang mmg tak penuh tu. haha... sakan la mencari makan sambil mencari barang. Sampai kol 9 lebih baru tiba umah, di mana geng2 lain dah pun tiba di rumah aku yg fully furnished tuh. hehe..

Sori la geng, mmg malam tu macam hampeh takde pape. Nasib baik sengetian de chef ada bawak murtabak magi. Kalau tak, menganga je la rozek yg dtg dr jauh. (Er.. tapi rasanya dian je yg mkn mertabak tu.. bukan ke?). Sori ek zek, mmg tak enticing langsung. Next time kau dtg time kitorg semua pakai mekap cecantik sket. Ini semua muka macam langau keletihan.

Dan dak dian pun nasib baik bawak bahan hiburan bagi menggantikan tv yg takde lagi. heheh. Takpe, nnt aku beli kotak, letak kotak atas meja TV, pastu kita ramai2 praktis menjadi penyampai berita? amacam.. ok? huhuhu...

Hari ahad, pepagi aku dah bangun mengemas apa yg patut kat ruang tamu. Sorok segala sampah2 sebelum boleh mengemop lantai utk kali ke seterusnya dan akhirnya membolehkan kami berbaring dgn gumbira tanpa was2. Lepas tu gegeh pegi pc fair, pegi kedai dua hinggit dan pegi kedai hardware. Dok pegi ke kedai2 tu, aku dah lembek tahap melepek. Dlm keta dah tertido. Sampai rumah apatah lagi. Tapi ptg tu takleh gak nak ngelat, kena buat kerja pasang pagar untuk menyambut anak aku yang bakal tiba. Tapi ukur dan potong, tak cukup la pulak.. byk lagi lobang yg kena ditutup. Cheit... kena beli pagar lagi la plak.

Lepas maghrib plak aku memperabih mengangkut barang dari umah kakakebun, sebelum mengikut dia pegi menghantar barang2 pc fair kepada tuan punya barang yg dibeli di pc fair.. huhu. Sblm balik umah, pegi makan..

Sampai umah.. aku tertido. Dlm kebengangan sbb hari isnin dah keja.

Er.. so, abih ke korg baca entry aku ni? heheh... bosan tak? huhu

cuma, er... eh, nak letak moral jugak la..
erm... walaupun takde org rumah, cuba2 la jadikan rumah anda satu tempat yang sesuai sekiranya tetiba ada orang yang bersedia untuk berumahkan rumah itu.
erk.. terbelit la plak.. blasah la.

August 3, 2007

Thank you for the memories

We started as friend...

Then the bond grew stronger

And we fell in love...

Love sweeter than i ever imagined

You are in my ups


And in my downs


Till one day, it died


And one of us left


But again, thank you for the memory and the love



Leen...
Thank you for the memories of 11 years together. Never will i ever found someone as practical and as patience as you are. You will always own a part of me, forever. And now, I let you go.
Thank you my dear!

Goodbye to you
Goodbye to everything i thought i knew
You were the one i loved
The one thing that i tried to hold on to

August 2, 2007

Ini dia orang eksaited nak pindah rumah

Mlm tadi aku berjaya membasuh rumah bersama2 dgn acik uL, dengan dibantu oleh kakakebun, master shuvaji dan madam chef d'sengetians. Pembasuhan ala kadar itu disudahi dengan acara makan2 sambil tengok langit yang dilakukan di bahagian luar rumah. Iyo la.. dah kekdahnya rumah masih basah, acamno nak makan kat dalam umah plak kan? hehehe..

Dgn bestnya madam chef memasak nasik goreng cina dengan disertai keropok ikan yang juga boleh digunakan sebagai sudu yg boleh dimakan. hehehe.. Dan aku sbb makan dengan banyaknya mlm tadi, akhirnya kecundang dan mengambil keputusan utk berpose hari ini demi kengkonon diet aku (diet yg sebenarnya dah masuk ke laut sejak aku balik dr PD haritu).

So, kalau takde aral melintang patah dan membujur segi, aku akan pindah ke rumah sewa sendiri pada hari sabtu ni. Jumaat malam ni merasa la aku mengemas di rumah mama leen mengambil segala mala harta sepencarian di atas nama aku dan juga harta2 pemberian darinya. Iye la.. aku yg dah kawen tetiba bujang, mmg haru sket la bila terkuar dr umah nih. heheh.. Tapi takpe, at least aku ada space sendiri yang aku rasa tak menumpang di mana2, dan space yg aku boleh maintain privacy aku sendrik.
Dan yang paling best sekali.. aku boleh dapat tido dengan my baby yg berbulu ituu!! waaaa.. Mama rindu adikkk! Bleh kita lawan2 tido time hari cuti yea dikk.

Makanya, dengan kes perpindahan ni, aku dgn bakal osmet baruku sudah la memplan2 yang mana plan kadar rata ini telah juga dikongsi bersama dengan rerakan rapat kami.. Begini proposalnya.

Alkisahnya, kalau org pindah akan ada housewarming party kan? Dan sesapa yg dijemput hadir pun biasanya adalah warga malaysia yang berbudi bahasa dan beradat resam. So, biasanya org yg datang akan la bawak housewarming gift. Betul ke? hehe..

Kitorg takde la nak housewarming gift ke hapa ke.. tapi kalau nak bagi tu, alhamdulillah. Takyah la sesusah bagi barang2 beso2 cam sofa, tilam, maupun tv plasma 42 inci. Cukup sekadar periuk nasi elektrik, cerek elektrik, iron, bantal, langsir, kipas angin berdiri, radio, mentol lampu, jam dinding, maupun set teh utk 6 orang. hahahaha...
Motif pindah umah? Mintak hadiah. Bley? hehe..

Anyway, saje je tu, bergurau dgn korg2 pembaca blog aku ni. Sebenarnya, aku tgh eksaited dgn diri ini kerana akhirnya, aku berjaya jugak mendapatkan umah, walaupun sepatutnya terlebih awal lagi aku cari.. tapi, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.

Apa2pun, timakasih yang tidak terhingga aku ucapkan pada kakakebun dan jugak acik pires yang sudi menumpangkan aku di rumah mereka selama 3 bulan aku di dalam tempoh edah dan tidak kekeruanan. Sesungguhnya aku memohon ampun maaf kalau ada kesilapan dan kecelaruan yang berlaku pada aku yang secara langsung atau tak langsung menyusahkan kehidupan korg berdua. Mintak halal segala penggunaan elektrik/air/ruang dan jugak barang2 yg aku minum dan makan sepanjang aku berada kat umah korg. Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Semoga diberkati dengan kehidupan yang lebih bahagia selepas ini.
erk.. apsal macam tulis kad raya la plak. hahaha...

Anyway, all the best utk aku di tempat baru.. huhuuuu.. Semoga dapat isteri baru. hek hek hek

July 31, 2007

gra-ti-tude

Ahhh.... aku rasa, tak lama lagi, segala bebanan yang terpikul di batu jemala patik aku ni akan makin lama makin terangkat satu demi satu. Dan aku harap2 la bulan kemerdekaan tahun ni memberikan aku erti kemerdekaan yang baru untuk diri aku. Merdeka dari belenggu untuk hidup menurut kemahuan orang lain, belenggu untuk menahan diri dari menunjukkan apa sebenarnya yang aku rasa, dan apa yang aku nak buat. Merdeka dari menggapai pada satu relationship yang penuh suka duka selama 11 tahun kehidupan aku. Merdeka untuk kawin lain. Merdeka.. merdeka.. merdeka.. yeahuuu!!!

Aiya.. ini semua angin2 patriotik bertiup ni sebab aku kena nyanyi lagu patriotik time gathering la nih. Hahah.. patriotik la pulok.. huhuh..

Anyway, gathering dah selesai dua minggu lepas. Alhamdulillah, walaupun banyak kepeningan di sebelum2 gathering, akhirnya jadi jugak. hehe.. Aku nak mintak maaf di atas segala kekurangan gathering haritu, dan harap2 bleh la korang bantu aku perbaiki di masa hadapan ye..

Aku juga masih tak berkesempatan lagi nak mengucapkan timakasih kepada korg2 yg sudi datang ke gathering tu dan mengperabihkan ayam2 yg terbakar dan dibakar, dah juga yang tak masak bila dibakar. hehehe.. Tau2 abis luahan rasa je, semua ayam dah takde. hahaha.. Mana taknya, resepi best dari chef d'sengetians yg baru. kelas.. kelas..

Anyway, I know its a bit late to express my gratitudes to all the sengetians yang datang utk gath haritu, but, its apa yg aku nak buat, so..

aku nak buat jugak la..

uL&meL..
uL, thanks sbb sudi meneman aku ke mana2 dan merata2 aku pegi. Daripada kes mencari makanan, souvenir, dan jugak mengarang denda2 utk truth and dare.
*haha.. korg jgn tak tau, banyak denda tu karya acik uL korg. huhu*
cik meL plak, thanks sbb sudi mendrive sensorg dr selatan nun utk menjoin gathering kali ini.. yeay! anda mmg rawkk!!

kakak kebuns..
timakasih bebyk2 atas sokongan yg awak beri pada saya di waktu saya kepeningan tak tau nak buat apa, walaupun awak sendiri berada dalam keadaan kompius. Thanks sbb tunjukkan banyak lampu2 di hadapan jalan.. *best tak men ujan sambil tolak keta?*

Shoe&Nseries...
Tanpa korg, tiada lah dapat kami makan ayam yang lezat yang menyebabkan mereka semua menjilat tapawer semasa sesi luahan rasa. Merasa lah N aku gelarkan chef d'sengetians. hehehe.. anda mmg pakar memasak ayam.
*all hail couple of the year... yeah!*

Dillie...
Kalau kau takde, maka takde la kita boleh pegi gathering kat pd tuh. Walaupun dalam kebzan, masih ada masa jugak utk kau mensajes tpt2 utk gathering nih. Dan juga mencari kelapa di waktu hujan. hehe.. *dil, menyorok di tepi almari tv tidak menghalang untuk kena truth/dare jugak..*

Mak datin dan partnernya sang secretary...
mak datin mmg penceria gathering yang sesungguhnya menceriakan majelis tanpa segan silu dgn pertunjukan fesyen2 yang seswai dipakai semasa bersantai bersama kwn2 senget, sambil berenang mengikut irama, dan menayangkan cerita yang bertajuk 'main-main dalam dapur' hahaha.. Sang secretary juga yang menjadi secretary tanpa bias dan sporting utk menjawab soklan kapel2 di malam hari itu. hehe.
*soalan, kenapa bilik korang basah??*

eid&ady keda'am (tak tau maksud pktn nih, sila tanya aku.. haha)...
Korg mmg memiliki tenaga yang tinggi. Dari utara sampai ke selatan datang untuk memeriahkan majlis ni. Sesungguhnya effort korg mmg tak terbayar dgn apa2 pun. Thanks a lot. Harap sgt gathering ni menggumbirakan korg yg datang dari jauh. Apa2pun, next time insyaAllah kami plak panjat ke atas semenanjung malaysia ye.. * kalau kami ke sana nnt, kami nak makan derian jugak tau*

Cik Chidorri dan JHY..
Thanks sbb sudi gak datang walaupun terpaksa pulang awal2 pagi. hehehe.. especially cik jhy workaholic itu sanggup mengambil cuti untuk memeriahkan majelis ini.Cuma sayangnya tahun ni takde lagu raya plak utk dinyanyikan ek? Korg mmg kapel yg sgt kiut, terutamanya masa main kapel game tuh. heheh
*ok.. sapa di kiri, sapa di kanan??*

Rose K,
Anda sangat senyap ye. Dan anda juga escape sesi luahan rasa itu malam. hehe.. takpe rose, takpe.. ada hari ada lagi. hahah.. Thanks luangkan masa untuk mai gathering dari seberang laut china selatan. Mungkin kalau gath tu lebih hari, akan lebih byk boleh ai dengar cerita2 u kan? hehe.. *tapi masa tgk dvd, bleh tahan gak u mengkomen2 kan rose..*

lone...
lonely no more? hahaha... kau mmg suka berenang kan? Sbb tu kau tarik aku masuk dalam air.. nasib baik aku tak lemas. Kalau aku lemas karang, camno la mak nak kawen. Apa2pun,kau mmg sentiasa tanpa gagal menyokong aku dalam apa2 benda yg aku buat. Thanks dude.. u my frennn!!! *errrmm.. nnt tolong aku pindah umah bleh. hahaha..*

teennavy&shya...
Mmg kesian kat korg berdua pasal kes kereta kerosakan di hari kehujanan. But aside from that, aku harap korg berdua enjoyyy the gath. Timakasih la sbb tolong basuh tapawer mlm tu, time luahan rasa.. *korg mkn ayam kan malam tu?* hehehe...

Payid..
Anda mmg seorang manusia yang tegar. Dlm keadaan pening2 kepala pun payid still mampu memberikan sokongan pada semua aktiviti yang dijalankan. Well, one thing for sure dude, tho' the reality is rough, we have to be tough! U know i love u kan.. *haha.. jgn dok speku aku dgn payid udahh lerr.. karang kesian yid kena pakai kebaya*

fanta & un..
Ini dia ikan paus di dalam kolam renang. Nasib baik kau tak mensekodeng aku tgh menggosok dlm kolam tu. Kalau tak, haiyoyo.. heheh.. Thanks fanta meluangkan masa utk dtg sama, dan jugak un yg sungguh sporting walaupun tak jadi ahli sengetians lagi..
*er.. dah register blum un? aku leh buat immediate activation. heheh*

Mr&mdm kameraman.
Moh kompang. hahaha.. Korg ni malu2 la pulok kan. Dan mmg sudah menjadi lumrah, org yg pegang kamera takyah main sukaneka kan.. tapi takpe, pasni kitorg akan terus bertanya.. bila cd nak siap? hahah.. dgn org yg menyokong di sebelah, musti lebih bersemangat kan? hehe..
Apa2pun, thanks korg sbb akhirnya mencerita jugak hal yg sebenar..
*erm.. skrg ni posisi apa dah plak ek? hahaha*

Lily lotus dan partner
Korg kan.. next time mmg kena dtg awal sket, kita main kuar peluh sesama. dan next time jugak, korg kena tido lewak sket, supaya boleh mendengar luahan rasa org2 yg baru mula bercinta, ataupun org cinta terlajak.. hehehe. tau tau.. Anyway, thanks korg berdua, terutamanya cik awak, sbb menjadi pengkipas bbq yg utama pada malam itu. Nak harapkan aku, kipas malu2 bley la. hehe.. thanks u guys.
*bila kita nak gi mkn durian lagi??*


Dan juga, timakasih tak terhingga kepada yang juga memberikan sokongan seperti spanky yg datang menjenguk sehingga sanggup meninggalkan ibunya di rumah org lain. hehe.. juga kepada orang yang aku takmo sebut nama, yang membantu merealisasikan souvenir sengetians yang pertama.

Tak dilupa juga, aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada old-time feveret, mama leen aka chefD yg sentiasa berupaya menjadi penasihat pemakanan yang berjaya untuk aku, dengan memberikan jawapan kepada salah satu daripada soalan paling susah perlu dijawab, iaitu.. 'berapa ekor ayam saya kena beli?' hehehe.. Thanks Ma..


Anyway, all in all.. the gathering was a big fun fun fun activity di dalam hujan. Next time, aku harap dapat la tgk lebih banyak muka2 yang luarbiasa. Kitorg yg datang ni semua mmg selalu berjumpa kat kedai mamak, so, kami pun teringin nak membesarkan sayap persahabatan. Bagi aku, takde sapa yg geng kapal, ataupun geng orang lain, kita semua sama bersahabat, sama preference, dan apa salahnya kita memeriahkan kehidupan each other, alang2 dah berkenal di bawah payung forum yang sama.. ellaa.. ellaa.. eh.. eh.. eh..

huhu!

July 20, 2007

Kisah si ayam yang togel dengan ibunya dan dengan musang

Waduh waduh... rasa2nya dah berhari2 mood kat blog aku ni suram di tahap ayam pencen gamaknya. Hanya menunggu hari orang datang membeli untuk dibuat soto..(aiyo.. lamanya mak tak buat soto ok..) hehehe..

Apa2pun aku nak mintak mahap la kepada para pembaca blog aku ni yang sesungguhnya teramat lah menyampah dengan aku yg sokmo berhemohemo tanpa henti. Alqaedanya aku punya hati dan perasaan pun tengah wengweng, so, ampunkan je la ye..

Dan pada sesapa pembaca blog aku ni yang suka nak baca tentang kehidupan aku, sengsara/pilu/gumbira/berlagu yang berlaku di dalam hati aku ni, harap maaf la.. sbb harini aku cam ada mood nak merapu raban, seperti anak ayam dalam reban. er.. bila anak ayam dalam reban pandai merapu?

Er... cerita2 pasal anak ayam ni. Korg tau tak ada satu cerita rakyat zaman dulu yang selalu diceritakan oleh mak aku sebelum aku tido. Cerita pasal ayam togel dengan ibunya yang melarikan diri daripada sang musang yang tak pernah putus asa nak menangkap diorg berdua.

Sesapa yang tak pernah tau tu, sah2 la mak korg bukan mak aku. Tapi sesapa yg pernah tau, pun sama gak.. mak korang bukan mak aku. Tapi taktau la kot2 ada di antara mak korang yang akan menjadi mak mentua aku satu hari nanti kan.. wallahua'lam. huhuuu..

Er.. ada sesapa yg nak dengar cerita ayam togel ini kah? kalau takde pun, baca je la jugak, sebab aku nak memakai topi penglipur lara dan menceritakan tentang cerita ayam togel dengan ibunya dengan musang.

Alkisah, ayam togel ini mmg la togel. Bulu dibadannya memang boleh dikira dengan jari ayam sahaja. Tapi hikayat ketogelan ayam ini tidak la plak mak aku bagitau. Cuma, mak aku ada bagitau satu tabiat ayam togel ini yang sama la jugak cam tebiat aku sendiri, iaitu kuat kentut. Harap maklum bahawasanya kuat kentut tidak sama maksudnya dengan kentut kuat. Dan juga tiada pernyataan matematik yang mengatakan kuat=berbau kurang enak. So... itulah equation utk hari ini.

Anyway, si ayam togel ni, mmg tinggal berdua je dengan maknya. Dan setiap malam, sang musang tak putus asa untuk menangkap ayam togel ini dengan ibunya. So.. kalau diikutkan ceriteranya, setiap malam ayam togel dan ibunya akan tido di tempat2 yang berbeza untuk mengelakkan mereka daripada ditangkap oleh sang mu er..mu sang. hahaha.. Ada masa diorg tido kat bawah gobok. Ada masa plak tido kat bawah tangga, dan pelbagai2 tempat lagi la.

Sampai la satu hari, diorang (atau lebih manis dipanggil diayam.. sapa paham, paham.. tak paham, toksah nak pikir2.), dah kehabisan tempat tido. So, belek punya belek kat keliling rumah, si mak ayam togel yang tak berapa togel ini pun ternampak satu labu yang telah dikorek dek tikus yg dah berlubang yang kiranya boleh muat la sang ibu ayam gerek ini, dgn anaknya si togel.

Maka, malam pun menjelang... Ibu ayam tak togel ini mengajak anaknya yg togel itu tidur di dalam labu. Sehinggalah sang bulan menjengukkan wajahnya dengan gilang gemilang. Maka.. tak lama lepastu muncullah sang mu sang yang tidak pernah putus asa untuk mendapatkan mereka berdua berayam ini. Merata tempat sudah dicari oleh sang mu sang nih, tapi langsung tak berjumpa. Bila fedap, dia ni pun melepak la kat tepi rumah boss ayam togel ini.

Sebenarnya, tempat si musang landing ni tak jauh daripada labu yang dihuni oleh ayam togel dan ibunya. Tapi kedua ayam ini bersepakat untuk menahan napas dan tidak memberikan apa2 informasi tentang status kehadiran mereka di dalam labu itu.

Tiba-tiba... sesuatu berlaku pada ayam togel yang bisa mempertaruhkan tempat persembunyian mereka berdua.
Kalau ayam bisa berbisik, inilah bisikan mereka berdua.

"Mak... nak kentut"
Kata si ayam togel kepada ibunya.

"Uik? Kamu makan apa pagi tadi?"
Mak yang tak togel bertanya.

"Tukang masak tu guna black pepper kot. Itu yang angin nih."
Jawab ayam togel yang macam tak hengat la plak dia tu seekor ayam dan bukannya manusia.

Mak ayam togel yang tak caya kata2 anaknya, mengangkat sebelah keningnya, seperti seekor ayam yang bernama ziayam zain.

"Bukan ke kau memang kuat kentut tog?"
Mak ayam bertanya lagi, menggunakan nama manja si ayam togel, yg digelar 'tog' sahaja...

Ayam togel punya muka dah biru2 menahan angin yang nak terkeluar.
"Mak!! nak kentut!!"
Bisikan ayam togel itu memaksa maknya meletakkan jari ke paruh, supaya si tog ni senyap sket, memandangkan musang tengah lallok nak tido. Karang dibuatnya si musang terjaga cemana? Tak ke haru dibuatnya diorg ni jadi makanan musang?

Tapi si ayam togel ni mmg memiliki kentut yang tak pergi sekolah. Setelah terbiru2 dia menahan kentutnya, dan setelah berkali2 meminta izin dari ibunya untuk kentut,akhirnya dia pasrah dan terpaksa mengeluarkan angin yang terbuku di dalam perutnya setelah sekian lama.

"POP!!"

Maka meletop la labu yang diduduki oleh mereka berdua berayam. Bunyi labu pecah dan bunyi kentut si togel (yang tidak boleh disiarkan atas sebab2 penapisan..) mengejutkan musang dari tidurnya. Lantas tanpa membuang masa si musang yang tgh mamai2 baru bangun tido ni terus bingkas mencari bunyi itu. Dia nampak kelibat si ayam togel dan ibunya yang kelihatan berlari2 ayam keluar daripada labu dan menuju ke arah perigi pak mael (er.. ini kot nama tuan si ayam togel tuh..).

Musang yang baru bangun tido dan kelaparan ini tidak membuang masa terus meluru ke perigi pak mael untuk mendapatkan ayam dua berayam itu. Dalam hati si musang ni berkata... 'hmmm.. diorg berdua ni, goreng pun sodap!'
(kalau la musang boleh berkata2 dan pandai menggoreng ayam..)

Sampai je kat perigi, si musang ni berteleku kat bibir perigi. Dia memandang ke dalam perigi. Dengan bestnya dia nampak la si ayam togel dengan ibunya sedang menggigil2. Dalam hati si musang tergelak besar seraya berkata 'Sapa suruh masuk dalam air, kan dan sejuk dan menggigil..'
Dengan keadaan riak, si musang ni pun tanpa berlengah masa terus terjunnn ke dalam perigi.

"KECEBURRR!!"

Bunyi dentuman air.. yang diikuti dengan bunyi 'blup' 'blup' 'blup' beberapa kali... dan musang pun menamatkan riwayatnya sendiri di dalam perigi itu. Kematiannya yang tragis itu tidak pula disiasat oleh CSI.

Memandangkan musang dah membunuh dirinya dengan terjun ke dalam air, maka ayam togel dan ibunya pun dengan penuh kelegaan, seperti baru lepas memakan panadol actifast, terbang turun dari dahan pokok yang letaknya bebetul di bahagian atas perigi itu.

Endingnya, ayam togel dan ibunya pun bebas dari cengkaman musang yang tetiap malam datang dalam diam ini. Dan diorg pun boleh tido dengan tenang dan nyaman di mana-mana tempat di rumah pak mael... Sehinggalah tiba hari anak cucu pak mael balik dan mengidam nak makan ayam kampung...

hahah.. ini kalau mak aku tau aku bercerita acamni, sah2 dia seligi aku. hehehe...

So, being me, mesti ada moral of the story kan. Kalau takde moral, takde la namanya penglipur larut malam... So, moral moral...
  1. Ayam togel pun boleh kentut, so, apatah lagi manusia
  2. Ayam mmg boleh panjat pokok, tapi orang jgn pulak panjat pokok degian yea
  3. Musang memang selalu kena berlakon watak bodo2. Jangan jadi seperti musang.
  4. Kalau hanya nampak bayang2 je, jangan terjun terus. Karang lemas, langsung mati. Sebaiknya pandang kiri, kanan dan atas, dan semua angle. Pastu baru decide nak pegi mana.
  5. Tidurlah di tempat yang boleh memberikan ketenangan, walaupun tpt tu tak haibat macam hotel.

Lastly... selamat menyambut bulan kemerdekaan. Marilah kita merdeka dengan menggunakan diplomasi dan akal fikiran, bukannya dengan menggunakan tenaga dan fizikal semata.

Merdeka... merdeka... merdeka.