Mlm tadi aku berjaya membasuh rumah bersama2 dgn acik uL, dengan dibantu oleh kakakebun, master shuvaji dan madam chef d'sengetians. Pembasuhan ala kadar itu disudahi dengan acara makan2 sambil tengok langit yang dilakukan di bahagian luar rumah. Iyo la.. dah kekdahnya rumah masih basah, acamno nak makan kat dalam umah plak kan? hehehe..
Dgn bestnya madam chef memasak nasik goreng cina dengan disertai keropok ikan yang juga boleh digunakan sebagai sudu yg boleh dimakan. hehehe.. Dan aku sbb makan dengan banyaknya mlm tadi, akhirnya kecundang dan mengambil keputusan utk berpose hari ini demi kengkonon diet aku (diet yg sebenarnya dah masuk ke laut sejak aku balik dr PD haritu).
So, kalau takde aral melintang patah dan membujur segi, aku akan pindah ke rumah sewa sendiri pada hari sabtu ni. Jumaat malam ni merasa la aku mengemas di rumah mama leen mengambil segala mala harta sepencarian di atas nama aku dan juga harta2 pemberian darinya. Iye la.. aku yg dah kawen tetiba bujang, mmg haru sket la bila terkuar dr umah nih. heheh.. Tapi takpe, at least aku ada space sendiri yang aku rasa tak menumpang di mana2, dan space yg aku boleh maintain privacy aku sendrik.
Dan yang paling best sekali.. aku boleh dapat tido dengan my baby yg berbulu ituu!! waaaa.. Mama rindu adikkk! Bleh kita lawan2 tido time hari cuti yea dikk.
Makanya, dengan kes perpindahan ni, aku dgn bakal osmet baruku sudah la memplan2 yang mana plan kadar rata ini telah juga dikongsi bersama dengan rerakan rapat kami.. Begini proposalnya.
Alkisahnya, kalau org pindah akan ada housewarming party kan? Dan sesapa yg dijemput hadir pun biasanya adalah warga malaysia yang berbudi bahasa dan beradat resam. So, biasanya org yg datang akan la bawak housewarming gift. Betul ke? hehe..
Kitorg takde la nak housewarming gift ke hapa ke.. tapi kalau nak bagi tu, alhamdulillah. Takyah la sesusah bagi barang2 beso2 cam sofa, tilam, maupun tv plasma 42 inci. Cukup sekadar periuk nasi elektrik, cerek elektrik, iron, bantal, langsir, kipas angin berdiri, radio, mentol lampu, jam dinding, maupun set teh utk 6 orang. hahahaha...
Motif pindah umah? Mintak hadiah. Bley? hehe..
Anyway, saje je tu, bergurau dgn korg2 pembaca blog aku ni. Sebenarnya, aku tgh eksaited dgn diri ini kerana akhirnya, aku berjaya jugak mendapatkan umah, walaupun sepatutnya terlebih awal lagi aku cari.. tapi, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
Apa2pun, timakasih yang tidak terhingga aku ucapkan pada kakakebun dan jugak acik pires yang sudi menumpangkan aku di rumah mereka selama 3 bulan aku di dalam tempoh edah dan tidak kekeruanan. Sesungguhnya aku memohon ampun maaf kalau ada kesilapan dan kecelaruan yang berlaku pada aku yang secara langsung atau tak langsung menyusahkan kehidupan korg berdua. Mintak halal segala penggunaan elektrik/air/ruang dan jugak barang2 yg aku minum dan makan sepanjang aku berada kat umah korg. Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Semoga diberkati dengan kehidupan yang lebih bahagia selepas ini.
erk.. apsal macam tulis kad raya la plak. hahaha...
Anyway, all the best utk aku di tempat baru.. huhuuuu.. Semoga dapat isteri baru. hek hek hek