August 23, 2007

Sambil ngantuk sambil nyanyi sambil pikior

Ish ish...
Berharian aku tak menulis kat blog ni. Macam dah jadi weekly event la plak memblog ni. Satu penulisan satu minggu. Satu kadar rata rendah.. Adeh..

Hari ni aku ada masalah kengantukan yang berpanjangan. Letih giler rupanya memandu nih. Tapi sebab ada yg meneman, takde la letih, maupun stress sgt. Cuba kalu drive sensorang selama berejam2 sehari. Maunya ada yg makan bunga.. er.. bunga apa ada kat kereta aku? Bunga tayar..

Adeh.. ngantuk tahap beruang kutub tak berwang aku masih lagi menebal ni. So, apa nak buat? So, aku nak la main kopek2. Bukan main kopek buah, tapi ini nak mengopek isi cerita dalam lagu. jom jom.. apa lagu pilihan anda hari ni, cik sekapal?

Iye.. lagu pilihan saya utk dikopek hari ini ialah lagu baru nyanyian Elyana yg bertajuk Kau atau Aku. Jom kopek...

Tajuk lagu: Kau atau Aku
Penyanyi asal: Elyana
Pengopek asal: Sekapal

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua

Ini kes dua org pompuan yg kengkonon ada di satu komuniti, contohnya dua org ahlul sengetians, yang sebenarnya ada rasa kuch kuch hota hai. Tapi dedua org macam buat dek dan tak reti je. kengkonon takde pape la, padahal, cheh, cinta meluap2 gituu..



Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa

Kiranya dari perbualan dan jugak perflirtan diorg berdua ni dalam forum, semua org sudah boleh bau la yg masing2 ni ala2 saling mengorats each other. Kiranya cam, dey.. sekampung dah nampak la korg cam bercinta, takmau mengaku lagi ke??



Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu

laaa.. ropanya, walaupun semua org nampak depa berdua ni cam ada pape, tapi kekdahnya diorg ni pun masing2 takmau mengaku lagi ada rasa cinta putik2 dalam itu hati. cis cis. Sabo je la. Depa berdua pun dok main tarik tali takmau mengaku, nak suruh org yg lagi satu tu mengaku dulu tentang hati dan perasaan.. hampeh sungguh.



Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan

ha... bila masing2 dok buat bodo je, mula la jadik bodo. Dan tak tahan? Alamak.. apanya yg tak tahan? Tak tahan berlakon, ke... tak tahan nak bgtau tentang hati dan perasaan pada sang pasangan? kalut.. kalut



Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku padamu

Oh... rupanya tak tahan nak menceritakan perasaan pada sang pasangan itu. LEr.. amende la yg nak di teruskan berlakon2 nih.. Bgtau je la kat org yg sorg tu.. Guna je ayat camni.
"er.. saya rasa, awak suka kat saya. Saya pun suka kat awak. Ayolah kompang saje.."



Kau atau aku
Memulakan dulu

tapi satu pon tak berani cakap? hampeh betol. Apa? Nak main o-som dulu kah? Sapa menang dia yg cakap? huhu..



Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering

Tapi dalam pada tak mengaku2 tu, tau plak rindu. Tunggu jugak org tu call.. er.. kenapa taknak sendiri je call? Kes takmau mengaku jugak ke? Ke... panggilan jarak jauh? Ataupun, kredit tarak? heheheh



Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Pengucapan yang ku cinta padamu

Hmmm... last2 sampai ke sudahan lagu, masing2 tak mengaku. Abih tu camno? Biar je sang single dikebas orang yg berani? Ataupun berlalu dengan deruan angin? hahha...


Kesimpulannya, kalau dah suka tu, bagitau je terang2an sebelum si dia dikebas orang... huhuhu... rejeki.. rejeki.