Dalam beberapa hari lepas. Sbb takleh nak chat. Aku mengalami masalah kengantukan yang melampau. Punya la kronik aku punya mengantukan, sampaikan apa je yg aku buat, aku rasa cam nak tido. Menaip dua tiga patah ayat, pastu aku bersandar kat kusi, pastu terlelap. Tengah baca/review document, aku melangut kepala atas meja, aku terlelap jugak. Sambil duduk di atas toilet, merenung masa depan pelaburan, pun aku terlelap jugak. Nasib baik aku tak tersungkur dalam jambanita itu... Kalau tak, harus la tertonggeng dgn kata2 yg sesungguhnya tertonggeng. huhu..
So, untuk membantu kawan2 yg suka terlelap di merata tempat macam aku nih, apa kata kita semua kongsi tips utk menghilangkan rasa ngantuk.. ayolah..
- Bersenam
Bangun dari tempat duduk dan lakukan senaman ringan sepertu berjalan setempat, lompat bintang, ataupun mengangkat baldi penuh berisi air. Kalau rasa2 cam malu nak buat bebenda tu dlm opis, silalah ke bawah meja, kemudian buat sit up sampai perut kejang. - Minum kopi.
Kalau kat dapo takde kopi, susah2 shoot je email kat sesapa dlm opis korg, mintak kopi2 dlm paket three in one tu. Hanya curah air panas sahaja. Untung2 dapat kopi jantan yg boleh menguatkan badan, ataupun laaagi untung, korg leh dapat magi asam laksa. Fuh.. sedap la plak megi perisa asam laksa. - Pegi basuh muka.
Jangan basuh muka sahaja. kalau ngantuk tahap kronikal of the narnia tuh, basuh la dengan kepala, ubun2 dan juga tengkuk/leher. Asalkan jgn basuh leher ayam sudah. Sbb nnt ayam yg ilang ngantuk, bukan korg. - Kacau org.
Ini punya aktiviti seswai dilakukan kalau kat opis korg ada raaaamai aweks2 yg kendu. Boleh la jenjalan keliling opis, dgn muka mengantuk yg comel. Pastu kalau lalu2 kat tpt awek2 tu, sengih2 poyo sket. Kalau ada rezeki, nnt boleh la korg borak dgn awek2 tu.
Ataupun kalau depa buat endah tak endah, tanya la soklan sebegini, yg mana aku rasa, skrip perbualan korg leh jadi camnih:
senget yg ngantuk:
Er.. ada sweets tak? I mengantuk la
awek kendu di opis:
Ada. Amik lah *sambil tersenyum dan menghulokan gula2 apa2 yg ada*
senget yg ngantuk:
Timakasih. Mmg saya tau awak mesti ada simpan sweets.
awek kendu di opis:
Macam mana tau?
senget yg ngantuk:
Sebab muka awak sweet, musti la ada sweets kan?
awek kendu di opis:
Ala awak ni, saje je tau. Mana ada saya sweet. *masa ni muka awek ni dah malu2 dahh... ada cann!!*
senget yg ngantuk:
Iye.. tak tipu. Ikhlas ni. Even kalau awak takde sweets pun, tgk muka awak leh ilang ngantuk saya.
Tindakan seterusnya. Ucapkan terima kasih dan balik la semula ke tpt duduk korang selepas memberikan senyuman penuh bermakna pada dia. Jgn melangut lelama, nnt awek ni kata korg muka tembok plak. Lagipun, kalau kita selalu sangat ada, nnt takde la dia rasa rindu dgn gurauan kita.. kan kan. So, sebenarnya, rasa mengantuk ni boleh digunakan utk merapat2kan diri dgn awek kendu. huhu.. yeahuu!
Tapi.. kalau satu opis dgn gelpren sendiri, mungkin ini adalah kesinambungan drpd scene tadi...
gf/partner senget yg ngantuk:
Awak ni mmg kuat mengorat kan? Mengantuk2 pun bleh flirt.
senget yg ngantuk:
Mana ada? Buktikan!
hahaha... dah dah. Jom sambung keja.