Ahhhhh... akhirnya aku dah selamat jugak memindahkan hampir kesemua barang2 aku yang selama ni bertaburan di merata2 rumah orang lain. Cuma ada dua tiga benda lagi je yang masih tertinggal di rumah kakakebun yang aku terlepas pandang dan tak berkesempatan utk mengambilnya. InsyaAllah malam ni atau malam esok akan aku hambek la jugak.
Dan berita baik lagi ialah, malam tadi akhirnya aku berjaya jugak mendapatkan kembali anak aku yg berekor kontot itu untuk pulang ke rumah aku, dan diletakkan di bawah penjagaan aku. Aku harap sgt dapat jaga dia dengan baik, sama baik sepertimana masa aku menjaga dia sewaktu masih berdua dulu. Cuma kali ni berdua dgn osmet aku la. hehe..
Rupa2nya, leceh jugak kerja pindah memindah ni kan. Especially kalau takde org rumah. Semuanya aku cam blurr2 dan taktau nakbuat apa. Nasib baik la ada kakakebun yang ada memberikan idea2 tentang apa yg aku kena buat, apa yg kena ada, apa yg kurang dan jugak apa yg tak kurang tapi dia je sesuka hati nak beli. hehehe.. Kalau nak harapkan otak aku yang buntu nih, jgn la harepsss.
Alkisahnya, mlm sblm pindah tu, acik J utara, master garfield dan isterinya madam ixora membantu membasuh tingkap kat bilik aku yang ada iklan For Sale / Toilet tuh.. Aku dgn kakakebun plak tolong kemas barang2 kat umah leen. Lawak betul scene kemas barang. Membuatkan aku terasa macam... nasib baikkk aku dah single. hahaah.. Acik uL? kepenatan tapi mampu juga menonjolkan diri utk sesi tgk pilim industan senget. hehe..
Hari sabtu tu, lori dapat datang hampir tepat pada masanya. Takde la lewat sgt. Maka pengangkutan barang hanya aku lakukan dgn jari sahaja. Tunjuk itu ini, tuding sana sini. Takyah sesusah mengangkut barang sendiri. Fuh.. lega. Jimat ATP mak okkey! Lagipun, barang aku bukannya banyak pun.
Lepas dapat hangkut2 barang, kami kuar cari barang lagi utk memenuhkan rumah yang mmg tak penuh tu. haha... sakan la mencari makan sambil mencari barang. Sampai kol 9 lebih baru tiba umah, di mana geng2 lain dah pun tiba di rumah aku yg fully furnished tuh. hehe..
Sori la geng, mmg malam tu macam hampeh takde pape. Nasib baik sengetian de chef ada bawak murtabak magi. Kalau tak, menganga je la rozek yg dtg dr jauh. (Er.. tapi rasanya dian je yg mkn mertabak tu.. bukan ke?). Sori ek zek, mmg tak enticing langsung. Next time kau dtg time kitorg semua pakai mekap cecantik sket. Ini semua muka macam langau keletihan.
Dan dak dian pun nasib baik bawak bahan hiburan bagi menggantikan tv yg takde lagi. heheh. Takpe, nnt aku beli kotak, letak kotak atas meja TV, pastu kita ramai2 praktis menjadi penyampai berita? amacam.. ok? huhuhu...
Hari ahad, pepagi aku dah bangun mengemas apa yg patut kat ruang tamu. Sorok segala sampah2 sebelum boleh mengemop lantai utk kali ke seterusnya dan akhirnya membolehkan kami berbaring dgn gumbira tanpa was2. Lepas tu gegeh pegi pc fair, pegi kedai dua hinggit dan pegi kedai hardware. Dok pegi ke kedai2 tu, aku dah lembek tahap melepek. Dlm keta dah tertido. Sampai rumah apatah lagi. Tapi ptg tu takleh gak nak ngelat, kena buat kerja pasang pagar untuk menyambut anak aku yang bakal tiba. Tapi ukur dan potong, tak cukup la pulak.. byk lagi lobang yg kena ditutup. Cheit... kena beli pagar lagi la plak.
Lepas maghrib plak aku memperabih mengangkut barang dari umah kakakebun, sebelum mengikut dia pegi menghantar barang2 pc fair kepada tuan punya barang yg dibeli di pc fair.. huhu. Sblm balik umah, pegi makan..
Sampai umah.. aku tertido. Dlm kebengangan sbb hari isnin dah keja.
Er.. so, abih ke korg baca entry aku ni? heheh... bosan tak? huhu
cuma, er... eh, nak letak moral jugak la..
erm... walaupun takde org rumah, cuba2 la jadikan rumah anda satu tempat yang sesuai sekiranya tetiba ada orang yang bersedia untuk berumahkan rumah itu.
erk.. terbelit la plak.. blasah la.