June 29, 2007


Telahku lagukan
Irama yang suram ini
Gementarku memuja tarimu kasih

Tarian melara
Apakah erti semua
Inginku cuba fahaminya

Telahku nyanyikan
Nada lagu hitam ini
Meremangnya kurasa
Menghantu jiwa..

Mogakan teruja
Gemalai Sari bermula
Satukan lagu dengan irama

Kau yang terluka
Kerna cinta
Kerna fana asmara
Lagi terang
Lagi suram..terasa

Lepaskanlah segala
Wahai pelari cinta
Agarku bisa
Merasa pedih kau rasa

Akulah si pemuja
Kaulah lambang pendengar
Meronta tuk menari bersama...

Search - Lara Tari Pecinta

June 27, 2007

Bila dah luka, baru tau ramai rupanya ahli kelab jiwa luka nih..

Halluu eberibody. Long time i no blogging. I been very bz all time and also everyday of my life. But today i become boring, so i think want to blog. ngeh ngeh.. tambahan pula ada yg mengkomen blog aku ni dah bersawang.. cenni aa kan, tolong la buangkan sawangnya.

ye pepuan dan cicik yg membaca blog saya ini, berdasarkan tajuk di atas, mmg blog hari nih mau kupas pasal ahli2 kelab jiwa luka. Untuk membolehkan aku menulis topik ini dengan agak panjang sedikit, haruslah aku cerita bagaimana asal usul tercetusnya idea kelab jiwa luka ini di kepalaku.. aduss..

Kekdahnya mlm semalam dan awal pagi tadi aku ada sesi breakdown dgn diri sendiri. Tapi biasa la, kalau aku breakdown, aku baring je la pandang siling... Kenapa breakdown? Sebab, smlm balik je dr tpt melepak tuh, aku anto la bespreng aku balik ke umah. Dan.. sesapa yg tau, tau la kan... anak aku mmg ada dlm umah yg bespreng aku duduk tu.

Aku berhenti anto dia, aku nampak molekk je anak aku duduk kat blkg sliding door, memerhatikan ke arah luar. And hell yes, that is one sight that i missed so, so, so much. Sbb sebelum ni aku, kalau balik umah, dia akan ada utk sambut aku kat muka pintu. Dan mmg dah sebulan lebih la perkara tu tak berlaku kepada aku. It hurts la.. it hurts.

So, tak tahan punya pasal, tgk dia camtu, aku pull over kat tepi umah dia, aku ikut bespreng aku bukak pintu, aku peluk anak aku. Busyuknyaaa bau bulu dia. Sure tak mandi2 lagi tuh. heheh
Dan dia, seperti biasa... nak menggigit je kejanya. hehe.. *pergh.. mak sebak la plakk.. cisss*

Lepas tu pagi tadi aku ada la sesi luahan rasa dgn osmet aku. Itu session yang terbuat aku terleleh air mata wanita la jugak. Apabila aku secara tak langsung menscrutinize di mana aku pernah ada sebelum ini, apa posisi aku sekarang, dan jugak ke mana dan bagaimana harus aku tuju di masa hadapan.

Semuanya sebenarnya diaruh oleh insiden malam tadi.. So, mmg ada problem sket la dgn kewarasan aku hari nih. Ditambah pula dengan konflik2 keja dan lain2, aku rasa nak mereng harini pun ada.

hehe...

Hmmm.. bila kita dah terluka, mmg sebenarnya waktu itu baru kita rasa macam.. seorang, demi seorang, orang yg kita kenal pun pernah terluka, ataupun sedang terluka. Sbb selagi kita tak dilukai, orang lain akan menganggap topik melukakan dan dilukai ini adalah satu topik yang agak taboo. Sbb kalau selalu cakap, nnt dia leh jadi kenyataan. Dan sesungguhnya sapa yg nak kawin utk bercerai? Siapa juga yang nak bercinta utk terluka? kan..?

Tapi, aku mmg berusaha keras untuk kuat. Untuk diri aku sendiri, dan jugak untuk mereka2 yang ada untuk menyayangi aku, dan juga untuk kak nah di kampung, dengan ucapan, makan ketupat tu, ingat2lah orang di sini... erkk.. hah!

Dan... aku juga harus kuat, utk ahli2 kelab yang lain untuk mengambil iktibar, kerana sesungguhnya, banyak case study jiwa luka dr org lain yang aku jadikan sandaran untuk terus melangkah setiap hari. Aku percaya la, dalam tekanan untuk terus melangkah ni, kalau kat luar kita gembira, hati kita pun turut sama mampu tertawa jugak.. So, sbb tu la aku suka nak gelak.. hahaha..

Dan frankly, i am blessed sebab ada kengkawan yang sungguh hebat buat lawak.. yeay!

Oh ye.. points to ponder untuk hari ini (yg terhasil semalam hasil perbualan di hadapan toilet). Setiap orang dari kita ada instinct untuk memperolehi kebahagiaan, dengan cara yang sungguh ganas, ialtu melakukan sesuatu yang tak siapa boleh sangka. Dan apabila kita tak mampu mengeluarkannya, usahlah kita menghakimi mereka yang mampu.

June 23, 2007

Jom pegi keja...

Waduh waduh..
Ini hari aku mengapdet pada hari sabtu dari PC di opisku yang terchenta ini. Adeh.. gegeh betul aku pegi opis hari sabtu nih. Mmg dlm minggu ni aku adalah agak tersendat dengan byk keja. Semuanya nak urgent. Dan semuanya aku takleh nak delegate kat sesapa. Diorg ni pun satu gak. Dua minggu lepas aku giler relaks, satu sen keja pun tamau bagi. Sudahnya, skrg aku la yg bahana..

Tapi keja hari sabtu ni time org takde agak best sket la. Sbb takde sesapa yg akan melangut kat belakang aku, yang menyebabkan aku terpaksa pandang belakang. Kalau boss yg kat belakang harus la aku menutup mana2 website yang patut kan.. hehe.. Tapi kalau yg menongkrong blkg aku ni bebudak aku gak, harus gak la kaver2 sket, karang ada yg mengata aku tak buat keja plak.. dah tu, kalau takde keja, taktau la nak buat apa kan? hehehe..
Yg penting, kalau ada pun, keja setakat buat writeup utk sales punya purpose, mmg kepala hotak aku agak liat. Menciii!! Aku bukan org sales la, nak menjual bagai.. cheh!

OK.. satu lagi benda yg best pasal keja hari sabtu ni aialah aku boleh la bergumbira pakai suar jeans dgn t-shirt. Er.. tapi hari lain aku pakai tshirt dengan suar jugak. takde le koser aku nak memakai baju kurung. Kecuali kalau ada klien nak datang, ataupun nak kena audit. Motif? harus la bermanis2an dan buat muka sehabis comel utk membolehkan diorg berbaik2 saje dgn aku. yeah yeah!

Sebnarnya ada motif lain la kenapa aku mmg tak suka pakai baju kurung. Sebabnya ialah... Sebab aku tak suka pegi keja bawak beg. haha... Mmg aku dtg keja berlenggang kangkung saje. Ini sebenarnya dapat membantu anda untuk balik on time, tanpa ada sesapa yang menyedari. Tau2 je dah balik. heheh..

So, sbb aku tak suka bawak beg, maka aku kena la menyumbat segala mala keperluan harian ke opis di dalam kocek suar sahaja. Kalau pakai baju kurung, harus la senget sebelah badan aku sbb kocek sahaja dah menyumbang kepada pembonggolan di badan. tapi kalau pakai suar, ada byk kocek, so, sumbat la sedikit sorang. Jgn ada yg tak merasa.. ye dak?

Oleh itu, apa je yg aku bawak gi opis kalau semuanya sumbat kat kocek atau ditumpang di merata badan? Meh sini aku list.. hehe
  1. Access card
    - gantung kat leher
  2. Wallet
    - poket blkg kanan
  3. Henpon
    - poket kanan
  4. Kunci keta+umah
    - poket kiri
  5. Alatulis (pen, pemadam, pensil kalau nak bwk extra)
    - poket kanan santak sekali dgn henpon
  6. Thumbdrive
    - poket kecik tpt taruk duit syiling tuh
  7. Buku (kalau aku kena bwk balik)
    - celah keti
  8. Bekal roti dgn beskot
    - jinjing dgn jari

Itu lah barang2 yg biasanya ada aku gunakan time keja. Kesimpulannya, watpe nak mengkayakan kilang2 buat beg ni, kalau kita ada poket dan celah untuk menyimpan barangan..

hahah..

June 21, 2007

E N T O U R A G E:L I M B O



Devotee? Gone

Fidelity? None


Sanity? Drained

Energy? Depleted

Profanity? Itch

Me? Am losing myself;
while being myself.

Mused. Confused.


Keseimbangan tiga sisi...


heheh...
sapa pernah tgk gambo segitiga cenggini? Haha.. kalau korg pernah tgk, mmg la korg ada mengkokel laptop aku malam tadi. Tapi kalau bukan dilihat dari segi design dan jugak warna segitiga ni, mmg la korg tak pernah tgk kan... Tapi cuba lihat dari segi konsepnya..

Secara konseptualnya, ini adalah segitiga yang aku belajar dari siri The L Word, musim pertama, episod yg diorg beramai2 pegi Dinah Shore Weekend Gateway tu. Ala.. yang masing2 bukak coming out story tuh. Yang Bette tinggal kat LA tu, sebab nak uruskan pameran kat galeri diorg... Ha.. yang Bette jumpa dgn si carpenter tu (tah sapa tah nama dia.. ha! Candace kan?)

Ini lah segitiga yang diajar oleh Candace kepada Bette yang menyebabkan Bette ala2 teruja bagai dgn ketangkasan pemikiran dan juga kekonfidenan dak Candace nih. Lantas mengakibatkan perlakuan seks di dinding penjara serta di dalam bilik hotel.. Ahh.. byk la plak spoiler the L word. Tapi.. sape je pun yg tak tgk season 1 lagi kan.. heheheee...

Ok.. bak kata Candace.. ketiga2 sisi pada segitiga ini memang tidak boleh bertemu. Kita tidak boleh dapat kesemua tiga2 sisi ini. Maksimum dua je yang kita dapat.

Contohnya, mari kita ambik kes tempah baju raya...

kalau kita nak baju tu tukang jahit siapkan dengan cepat dan bagus lagi berkualiti, sah2 la benda tu tak murah. Kena la upah orang2 atau guna barang2 yg mmg giler haibatt.. Perit la plak poket nak membayarnya. Tapi kalau worth paying.. apa salahnya kan?

Lepas tu, kalau kita nak baju kita tu tu siap cepat dan kita plak sedikit berkira (macam aku la suka kira2 nih), maka bersedia lah plak utk kita berkompromi dengan kualitinya. Kira cam kes baju raya ni la.. Nak orang buat cepat sangat kat, pastu bayar pun harga biasa je, jgn la terkejut kalau bila korg belek punya belek, baju raya korg sebenarnya tak berjahit, tapi dilekatkan guna stapler.. wah wah.. tak ramai org ada baju raya stapler, maupun baju raya selotep. hehehehe

Last equation, murah dan bagus. Ini adalah kombinasi yang ramai org mahu. Tapi, kalau nak tempah baju yg murah dan bagus, mrasa la tempah raya tahun ni untuk dipakai pada hari raya tahun depan. Melainkan sekiranya tukang jahit baju tu sebenarnya ada affair dgn korg. Maka haruslah dia membuat dengan cepat kan apa saje yg korg mau. heh heh...

So, sebenarnya, konsep segitiga ni boleh diaplikasikan dalam macam2 situasi dalam kehidupan. Letak lah tiga benda bersama, memang agak payah untuk memperolehi satu equation yang memuaskan hati kesemua pihak.

Cumanya, sebagaimana segitiga yang tidak sama sisinya, ada satu sisi yang kepanjangannya lebih pendek daripada yang panjang, so boleh lah dikorbankan sang sisi tu buat seketika. Ye lah, kalau macam nak tempah baju kan... aku rasa ramai je yg sanggup korbankan masa, tempah baju awal2, asalkan dapat baju yang tanggung puashati, dan juga harga yang berpatutan.

Jadi, dak pantas pun terpaksa dibiarkan sementara, bagi memastikan equilibrium masih dapat dikekalkan dalam equation tersebut..

Apa hampeh aku merapu ni weh??
Oh... dah pukul 3 pagi rupanya. hehehehe... Tapi korg akan baca blog ni pagi esok jugak kan? ngeee...

Yuk nyanyi lagu Segitiga Cokelat!! Aik, macam nama makanan la plak. hahaha..

June 19, 2007

Kita yang suka baca blog.. tapi kenapa??

Ahhh... bosannya harini. Walaupun cuaca tenang setenang air yg tenang kat kampung tenang, tapi sebagai manusia yg perasan suka main pikir2 nih, kepala hotak aku dgn hati aku tak berhenti berbual. Sampai kepala jadi pening. Sudahnya, mari la kita salahkan kari kambeng yg di makan pada malam tadi sebagai punca kepeningan..

OK.. aiseh.. aku terberenti bersms la plak. Pasal lilin bagai. Sampai terlupa apa nak tulis tadi. Cis cis.. Jap jap..

(setelah berfikir selama 15 saat)


Oh ya.. hehe. Aku skrg ni cam malas nak menulis perenggan. So, aku nak tulis list. Buat listing ye kengkawan. Bukan mengelistkan ciri2 makwe idaman (ye NSeries.. saya sedar, mmg makin lama makin bertambah plak ciri2nya kan? hehehe)

Aku nak buat list.. kenapa kita membaca blog. Aku tau korg semua ni kaki macam kaki pelompat rumput (omputeh kata grasshopper), suka melompat dari satu blog ke blog yg lain. Pantang ada link, laju je korg mengklik kan?

Tapi lepas tu akan ada blog yang menyentap di hati, ada jugak yang menyentap di minda, tak kurang juga yang menyentap di.. er.. ermm.. takpe, abaikan.

Anyway... Ini adalah di antara perkara2 yang menyebabkan seseorang itu suka dan kekal membaca satu2 blog itu adalah sebab...

  1. Gaya penulisan yang serasi dengan jiwa pembacaan.. Kiranya cam org senget menulis, dibaca oleh org senget gak. Kira serasi la tu kan? hehehe...
  2. Saje suka nak mengambik tau cerita terkini org itu. Dah kawen kah dia? Siapa makwe baru dia.. Sedih kah dia.. Bila dia nak clash.. haha..
  3. Blog dia boleh buat kita tergelak sampai tak cukup tangan nak kaver mulut
  4. Saje gatal nak baca cara penulisan yg tak best, belakang mau kutuk sambil gelak2 sendiri. Motif berfikiran durjana??
  5. Itu blog gelpren kita, kalau tak baca karang... kata tak menyokong plerkk..
  6. Blog dia ada pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna seperti ilmu kamasutra (ehemm ehemm), berita terkini dan juga hiburan sensasi
  7. Itu adalah blog seorang yg bergelar artis. Kira cam haippening aa kan baca blog artis
  8. Blog org tu sokmo ada lirik lagu. Suka nyanyi la tu kan?
  9. Orang tu baca blog kita, so, kita terpanggil la untuk baca jugak blog dia
  10. Dah memang blog kita sendiri dan sendiri suka baca tulisan sendiri.. hahah..
    *ini macam punya worang pun ada ke? adaaa.. akuuu!*
Kesimpulannya... bukan senang nak menapis org yg datang baca blog kita. Macam2 tujuan mereka itu. yang penting, lagi ramai yg datang.. lagi meriah. Jadi kengkawan, berilah sokongan kepada penulis blog senget. Tanpa mereka, apa je lah yg kita nak baca. heheh

June 18, 2007

Aku bukan doraemon...

Korang ni semua pernah basuh baju tak? Kepada sesapa yg tak pernah tu, aku ucapkan tahniah la sbb korg byk duit nak nganto dobi, ataupun ada makwe yang gegeh membasuhkan baju korg, ataupun korg mmg masih mampu tinggal di umah makbapak korg. hehehe..

Aku tak rajin cuci baju. Tapi dalam masa yang sama, aku takmo la pakai baju kotor. Dan aku jugak macam kopakapik la kan kalau asyik nak anto dobi je. So, nak taknak, kena la basuh baju sendrik. Dan aku bersyukur sbb osmet aku ada mesin cuci. W/pun aku ni tak berapa reti sangat nak mengguna mesin2 cuci bagai ni, tapi aku guna jugak la.. ehehe..

Satu perkara yang menarik ketika aku membasuh baju ialah, betapa terharunya aku melihat harta2 karun yang terkarung dalam poket suar aku. Memang sejak dok sementara kat umah kawan aku ni, aku jadi gegeh la plak mengeluarkan segala mala harta benda kat dalam kocek suar. Kekdahnya masa guna mesin cuci kat umah lama dulu, haremmm.. aku biarkan je. Itu pasal la kot mesin tu tak reti2 nak sihat. hehehe

Baiklah, sebab mmg aku nak cerita pasal harta karun ni, aku nak cerita la di antara bebenda yang pernah aku jumpa dalam poket suar time mengirai suar utk dibasuh... Jom kiraii!!

  • duit syiling:
    paling best dapat limaposen la, sbb bleh beli eskrem mat kul mat kul kawanku.. mari kita ikut mat kul.. hahaha
  • duit kertas:
    paling ganas aku pernah jumpa ialah doploh hengget terlipat2 dlm kocek suar. Ini masa dapat jumpa je, terus terasa nak pegi makan kat mekdonel.. bley? haha
  • slip kuar duit:
    ntah apa pekdah aku simpan pun aku tatau. Tp ini adalah kertas yg dibuang sayang, disimpan malas.. *dasar takde disiplin..*
  • brooch:
    motif ada brooch dalam kocek suar? hahaha
  • bil2 yg baru dibayar:
    ini berlaku masa aku masih bayo bil tanpa menggunakan talian. Skrg ni, satu click sahaja.. hehe
  • alatulis:
    iye, aku pegi keja tak bawak beg. Suma sumbat dlm suar..
  • thumbdrive:
    nasib baik aku kirai ok.. kalau tak.. haruuu!

OK.. itu bebenda yg boleh jumpa dlm kocek suar. Ini plak bebenda yang aku rasa tak akan aku jumpa dlm kocek suar aku time membasuh, maupun pada waktu2 lain..
  • duit orang lain:
    harus lah duit org lain dalam kocek suar diorg la
  • nasik lemak:
    aku simpan nasik dalam perut, bukan dalam poket suar
  • makwe:
    ada org kata makwe disimpan dalam poket. Tapi taktau acamna nak simpan buahati aku tu dalam poket suar aku nih. muat ke?
  • kondom:
    duh?! wuzzaattt??


hehe.. kesimpulannya, aku ni walaupun bulat dan pendek, aku bukan la doremon yang ada segala mala benda dalam kocek suar. hehehe...
bluekkk!

June 14, 2007

Cintaku tak harus miliki dirimu...



Tetap matamu bagai busur panah
Yang kau lepas ke jantung hatiku
Meski kau simpan cintamu
Masih tetap nafasku wangi hiasi suasana
Saat ku kecup manis bibirmu

Cintaku tak harus miliki dirimu
Meski pernah mengiris-iris segala janji

Aku berdansa di ujung gelisah
Diiringi syahdu lembut lakumu
Kau sebar benih anggun jiwamu
Namun kau tiada
Menuai buah cintaku
Yang ada hanya sekuntum rindu



Roman Picisan - Dewa

June 13, 2007

Kerana pulut santan binasa, tapi acamna pulut membinasakan santan tu? cheh!

Hmmm.... mmg macam satu stetmen yang sungguh general di kepala semua orang, bahawasanya, semasa bercinta, semuanya indah belaka. Tapi bila dah kawen, dan tau hati budi masing2, baru lah segala perkara yang dulunya tak nampak, sekarang sudah nampak. Bukan setakat nampak, malahan terpaksa hidup dengan perkara2 yang kecik2 tu, sehingga lah menjadi bukit. Last2 kalau tak tahan, cari exit dan cuba untuk cabut lari...

End of story? Oh no tidak... Sebenarnya, pada pendapat aku yang sesungguhnya la tak sependapat dgn bbrp manusia dalam dunia ini, sekali seseorang itu telah mengangkat satu perhubungan menjadi visible dan ala2 diiktiraf oleh masyarakat, satu tekanan akan muncul. Tekanan untk menjalankan tanggungjawab dengan betul.
Tekanan untuk mengawal hak yang dirasakan sebagai milik, dan juga tekanan untuk kelihatan seperti pasangan di mata masyarakat.

Jom kita main2 contoh...

Contoh 1:
kalau masa mula2 mengorat, kita tak kisah pun dia nak jumpa kawan2 dia, lepak2 dgn kengkawan dia. Kita gembira je kalau dapat tau lokasi dia di mana. Tapi bila dah declare kapel, kita sah2 la nak ikut sama. Kalau tak boleh ikut, nak tau kemana dia pergi, siapa dia jumpa. Di samping tertekan dgn ayat2 sebegini..
"Ntah2 dia ni ada kapel lain selain aku? Sbb tu dia sibuk sgt nak gi jumpa."
Walhal.. mmg itulah dia sebelum kita kenal dia, dan selepas kita kenal. Perlukah kita ubah dia semata2 untuk sesuai dengan kita?


Contoh 2:
Kalau masa mula2 ngorat2 dulu, semuanya kena mintak izin.
"I nak gi toilet dulu ye yang.."
"Mlm ni i tido pakai baju kaler pink tau."
Tapi bila dah kawen bagai, tak payah la pulak nak mintak izin bebenda mengarut tu kan. Atas alasan,
"Kita kan dah kapel lama... takkan la bebenda kecik tu pun u nak terasa..."
Pasangan tend to generalise bahawasanya bila dah lama bersama, semuanya boleh difahami tanpa perlu berbicara. Or is it?


Contoh 3:
Masa memula berkapel dulu, tetiap pagi yg sorg tu gosokkan baju, dan sorg lagi plak buat sarapan. Masa tu segalanya cam possible kan. Bangun pun boleh awal2. Sehingga perkara itu jadi cam satu keseronokan. Tapi ada masanya pasangan letih, mula tak mampu nak buat bebenda tu. Bila sekali tuang, dua kali pun tuang.. last2 benda tu dah makin berkurangan...
Masa ni mungkin kuar lah ayat yg seperti..
"Kenapa awak dah tak macam dulu?" dan ayat yang sama sepatutnya perlu keluar,
"Kenapa saya pun tak macam dulu dah?"

Bila satu perkara berubah dari keseronokan kepada tanggungjawab, kita menganggap dia sudah menjadi beban. And perkara ini juga terjadi dalam seks. Kalau awal2 dulu seks sungguh thrill, passionate, igniting... tapi bila dah terasa cam tanggungjawab untuk melayan pasangan, api tu cam payah plak nak kuar..


Contoh 4:
Masa mula2 kenal, masing2 belajar mengenali dan cuba memahami. Yang salah dibetulkan, yang tak tahu ditunjukkan dan yang betul disahkan betulnya.
Tapi kalau dah bertahun2.. takkan tak paham2 lagi kot? Masih nak kita cakap apa yang kita rasa? Takkan la tak boleh faham walau melalui gerak mata? Last2, kuar stetmen..
"U ni mmg langsung taknak faham i!"
Tapi kan, sebenar2nya orang pompuan mmg susah difahami. Cuba korang je la sendiri try faham diri korg. Aku ni pun masih tak paham diri sendiri, masih terkompius2. So, apatah lagi pompuan lain yang rohnya bukan di badan kita.. kan? Again... Pasangan tend to generalise bahawasanya bila dah lama bersama, semuanya boleh difahami tanpa perlu berbicara. Or is it?


Aku tulis bukan nak mengata sesapa. Tapi ini realiti yang pernah berlaku dalam hubungan aku dulu. Aku lalai dan leka duduk di dalam zon aku yang selesa. Aku juga tak berniat untuk suruh korg scrutinise relationship tu dalam2 dan cari kesilapan. Tapi aku nak mintak korg semua sedar, bahawasanya, pasangan kita telah banyak berkorban untuk kita pada awal2 perhubungan. Namun, apabila dah ujung2 relationship, kita berdua tertekan dek assumption yang tidak berjawab dan juga tanggungjawab yang tak sudah.

Sebenarnya, bukan kita je yg penat dengan kerenah dia, dia pun letih melayan kerenah kita. Tapi, kalau kasih sayang tu masih ada, cuba la korek balik, ingatlah semula perkara manis masa dahulu. Fikirkanlah diri kita sebagai seorang sahabat dan kekasih, dan bukan sekadar pasangan hidup.

Tapi, kalau kuar soklan camni...
"Tapi, saya dah rasa bosan dengan dia! Nak buat camna?"

Bagi aku, senang sahaja..
... kita sandarkan padaa, keeenaaangaaaannn..

Selagi dalam hati ada cinta, masih boleh diselamatkan hubungan itu. Kalau takde cinta, itu beyond my power to tell la...
Dan jugak bagi aku yg bujang tercicir nih, kena la jugak beringat supaya tak dibuat bebenda pepoyo camni kalau dah ada gelpren (yg aku komit) nanti..

yeah!
oh ye.. tajuk mmg takde kaitan dgn topik ye kengkawan...

June 12, 2007

Kenapa harus aku fight untuk dia yang hendak pergi?

Hmmm.. aku baru je dapat call dr seorang kawan aku yg mmg rapat dgn aku dan leen, tapi alkisah dia baru tau aku dgn leen dah clash. Aku pun takde la terniat nak bgtau dia apa2 sbb aku tau, dia pun ada problem dia sendiri.. so, aku tak bgtau la. Anyway, bila dia call, aku terpanggil la utk bgtau kan, lagipun sbb dia dok tanya pasal leen, so, i need to tell what i think is required to be told, utk mengelakkan kecelaruan komunikasi di kemudian hari.

And yes, harini aku nak menulis pasal breakup aku. I know i might be hurting leen, and hurting myself, but the fact is, it happened. I am so sorry if in one way or another this may hurt her. Dan aku tak appreciate kalau ada yg mengata dia dengan kata2 yang tak elok berdasarkan entry2 aku. Kalau aku boleh mengakui ini adalah kesilapan semua pihak, mengapa tidak korang semua kan?
Though i am hurt by her decision, but i am still THE PERSON who have known her ups and downs for more than ten years. Ok? Fact stated... now i shall begin..

Banyak pertanyaan yang ditanyakan kepada aku jugak sebab breakup ni. Tapi yang amat menarik perhatian aku ialah soalan...
"Kenapa kau taknak fight balik utk dapatkan dia?"

Secara jujurnya, aku macam tak tau jawapan yang paling tepat untuk persoalan sebegitu. Kenapa aku taknak fight balik ek? Adakah sebab aku terpengaruh dgn emosi yang tak stabil? Ataupun itulah sebenarnya yang patut aku lakukan?

*sigh*

Tapi.. di antara jawapan yang paling logik ialah, aku sudah sangat2 terluka sehinggakan aku sudah tidak mampu untuk bangun balik dan menggapai sisa2 perhubungan kami yang hanya tinggal dalam bentuk serpihan kenangan sahaja. The fact yang dia sebenarnya memang tidak mencintai aku sepenuh hati membuatkan aku rasa macam tak ada harapan untuk aku kembali bersamanya.
Untuk apa aku kembali dengan dia?
Untuk hati aku dilukakan lagi?
Untuk aku terus menyeksa dia agar terus hidup dalam kepura2an bersama aku?
Untuk aku biarkan dia bertahan dengan ketidakserasian di antara kami?
Untuk aku terus berlakon kepada masyarakat sekeliling seperti hubungan kami sebenarnya nampak indah, walaupun hakikatnya pahit?
Jadi, bagi aku, tak ada sebab untuk aku betulkan kembali hubungan kami ini.


Ini bukan kali pertama aku hampir tersungkur. Sebelum ini sudah berlaku, tapi aku tetap tegar, aku tetap rasakan yang kasih sayang kami mampu membawa kami lebih jauh. Aku cuba selamatkan hubungan kami. Terima balik dia, walaupun dia sudah bukan lagi leen yang aku kenal semasa di sekolah dahulu.

Dia leen yang sudah mendapat tapak yang utuh dalam kehidupannya.
Dia sudah berjaya memperolehi formula untuk kejayaannya.
Dia dapat mencari kembali apa yang telah aku hilangkan selama ini daripada dirinya.

Aku? Dapat bersama dengan insan yang aku cintai pada masa itu, walaupun sedikit demi sedikit apa yang pernah aku ada semakin pudar, tanpa aku sedari.

Aku dan dia berjaya pertahankan hubungan kami selama beberapa tahun. Sehinggakan aku dapat terjumpa dengan komuniti2 yang lebih memahami di mana kami, dan siapa kami. Kami berjaya memperolehi sahabat dan teman yang bisa membuatkan dia tersenyum keriangan setiap kali berjumpa.

Namun, selama beberapa tahun itu lah aku lupa, di mana letaknya dia di hati aku, dan di mana posisi diri aku sendiri, dalam diri aku. Seperti barah yang telah merebak, apa yang dilihat di permukaan, sesungguhnya tidak mencerminkan kerosakan yang telah terhasil di dalam. Sehinggalah satu dadah hadir, yang mampu menyelamatkan, dan pada masa yang sama membinasakan. Jadi aku rasa, cukup lah sudah keperitan telah kami hasilkan kepada satu sama lain.

Sampai di sini ku lepaskan pergi
Biar ku damai bersemadi
Luka mu ku mengerti
Kan ku hilangkan derita… ini
Ku seru - Misha Omar


Sekarang ni, aku rasa, biarlah ada orang yang nampak aku seperti tidak memiliki sebarang cinta, tapi hakikatnya, hati aku, perasaan aku, jiwa aku, dipenuhi bunga2 cinta yang telah lama tidak berjaya aku perolehi daripada seorang wanita pernah aku cintai sepenuh hati... suatu masa dahulu.