March 30, 2011

Satu propaganda untuk anda semua makan daging dengan riang...

Sesungguhnya aku seorang 'maging' (i.e. makan daging). Aku rasa tak boleh hidup kalau asek kena makan sayur, sayur dan sayur sahaja. Sampai satu tahap, segala mala makanan laut pun aku dah tak boleh telan.

Aku perlukan daging... merah! Red meat! Lembu adalah pilihan utama. Di samping itu, aku tak akan menolak kalau dipelawa kerbau. Nyamann! Ni nasib tak pernah berpeluang makan daging unta. Kalau pernah dan senang dapat, mesti aku suka jugak.

Tapi kalau daging kambeng, hanya dari yang berbulu tebal je yg aku terima (i.e. lamb). Kalau daging kambing bulu kontot (i.e. mutton), aku tak berapa boleh makan. Nnt darah i naik. Bila darah sudah naik, nak buat seks pun kena berpada2. Sbb ditakuti saluran darah pecah... strok terus. (gambaran yang gile sebenarnya, tapi mmg aku pernah terpikir benda ni)

Kengkadang bila banyak terdedah dengan propaganda Barat yang suruh kita hentikan kezaliman terhadap haiwan, dan amalkan memakan sayur sahaja, memang menarik. Teruja nak jadi seorang vegetarian, atau lebih hebat lagi, jadik vegan terus. Vegan ni lagi gile, makan sayur semata. Hatta telor dan susu pun tak boleh. Adoyai.

Ye lah... niat nk jadi vegetarian ni terkeluar salah satu sebabnya jugak atas alasan nak rasa cool dan best macam artis2 pujaan saya (i.e. Dianna Agron, Olivia Wilde, Lea Michele). Tapi, byk mana pun sayur yg aku makan, konfem takkan jadik kendu macam diorg. Dan konfem jugak takleh pegi dinner dgn diorg. heh. Maka? Berbaloi ke aku korbankan daging kalau aku takleh korbankan Dianna Agron. ish... takbleh, takbleh...

Dan setelah dipikir2, aku rasa kalau pun nak menunjukkan rasa kasih terhadap haiwan, kena berkira2 jugak. Kalau haiwan itu tergolong daripada haiwan qurban.... (ok, try baca ala2 Prof. EZ), maka dengan memakan daging sembelihannya, kita telah menaikkan taraf haiwan tersebut yang memberi kita tenaga, dan kesihatan, dan secara tidak langsung memberikan pahala kepada mereka yang melakukan amalan korban tersebut.

Sebagai seorang yang makan daging dari haiwan yang disembelih secara teratur mengikut syariat Islam, aku tak rasa cara kita tu menyeksa haiwan tersebut. Dia dah korbankan nyawanya untuk kita, bistu korg nak biar je daging tu jadik busuk tak dimakan? Tak patut.. tak patut.

Tapi kalau haiwan2 tu set2 haiwan peliharaan, mungkin ok la kalau korg rasa cam takbest utk makan, contohnya kucing (eh?), arnab (w/pun aku sedih nak tulis arnab, sbb aku makan arnab, tapi sebab ramai yg bela arnab.. so .. fine, arnab adalah jenis haiwan peliharaan yang toksah la makan... selalu)

Dan juga haiwan yang dah nk pupus, ataupun tinggal sekor di setiap negara, kurang2kan la kot makan dagingnye. Ini adalah untuk memastikan bekalan tak kehabisan. Mana la tau, tetiba isteri korg (ataupun ibu tumpangan korg), terigin nk makan daging kancil supaya anak leh jadi pandai ke kan... kalau korg dah abiskan kancil utk dibuat lauk setiap hari, pupus kang kancil tu, camne la org mengidam tu nk mkn. Kang kena cari kat hutan Indonesia plak. Pastu bila si isteri makan kancil Indonesia, anak ko excellent dlm subjek Bahasa Indonesia plak kekdahnya.

So, kesimpulannya... kenapa nak kena hadkan makanan kita kepada sayur sahaja sedangkan daging2 sangat enak dan lazat dimakan. Nyam nyam!! Tetiba teringin makan ribs la plak... dang!!
kan lazat tuh!! Oh lembu, oh rusuk!!

2 comments:

Anonymous said...

haha.sy suke kamben!sedapnye tgok gambar ni.jaat la post gmbr ni.kan sy da lapar

Anonymous said...

haah kristian/barat mi memang takkan setuju/sebulu dgn islam. dendam diaorang dh berkurun berabad dr zaman nabi lagi. apa yg diaorang propakan tu sebenarnya tipu dan diaorang sengaja nak sekat dan menyukarkan orang islam makan daging halal di oversea walaupun diaorang tau yahudi jg makan daging disembelih-ajaran dari nabi sama cuma amalan dan akidah diaorang berbeza. nak zalim apanya, jika apa allah perintahkan tu untuk kebaikan manusia, misalnya jangan makan pig, dog dan haiwan berparuh/bertaring/berkuku tajam kerana kotor dan berbahaya untuk kesihatan manusia. cth:pig dan dog ada banyak kuman cacing berbahaya yang takkan mati walau dibakar suhu tahap apa pun. dan bila kita sembelih haiwan yg halal kita makan, kuman berbahaya akan keluar melalui darah urat yang dipotong tuh. Walaupun kristian ni dah tahu kisah sebenarnya tapi disebab sikap mereka yg dua suku dan bebal cam yahudi maka diaorang buat buta dan pekak je faktanya dan berusaha menimbulkan kebencian terhadap islam dan org2 islam. Begitulah ceritanya, sekian.