March 23, 2011

tetiba terpikir panjang sampai tak menjawab soalan

Okay... this is another entry inspired by my deeply shallow thoughts...

Smlm sambil menyapu sampah dgn Boo kat opis (eh, korg taktau ke aku keja sebagai janitor di opis? hehe), aku terpikir pasal benda ni.

Sebenarnya, komunikasi adalah satu perkara yang complicated kalau di timbang2 berkali2.

OK, answer this...

Bila seseorang bertanya soalan kepada korg, atas dasar apa korg jawab satu soalan itu:
  • Berdasarkan pengetahuan korg?
  • Berdasarkan emosi?
  • Berdasarkan apa yg korg rasa si penyoal itu mahu dengar?
  • Berdasarkan rasa dendam di atas perkara bitter yg pernah berlaku dgn org itu?
Banyak sebenarnya faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum menjawab sesuatu soalan.

Sebagai contoh, seseorang bertanya soalan ni:

"Kau suka Lady Gaga tak?"

very simple question. Korg sebenarnya boleh jawab samada:
  • Tak
  • Suka!!
  • Aku suka lagu dia je. (ayat org atas pagar...)
Simple!

Tapi kan, sebelum menjawab tu, bagi mereka yang berfikir terlebih2, akan mula menyoal diri sendiri sebelum menjawab... antara soalan2 yg korg mainkan dalam kepala ialah seperti berikut:

Ish.. dia ni gila minat Lady Gaga, kang aku jawab ye, dia bercerita panjang plak. Tapi sebenarnye memang suka pun Gaga... Ntah apa lak extra info pasal Gaga yg dia nk bgtau aku nih...

Dan hasil pemikiran yg panjang itu, jawapan korg kemudian keluar seperti ini
"Ni apsal kau tanya ni? Apa la plak cerita pasal Gaga yang kau ada nk bgtau aku?"

ATAUPUN korg terpikir macamni...
Ha minah ni dah start la nak belagak pasal ilmu Wikipedia dia tentang Lady Gaga. Takleh jadik, aku kena tunjukkan yang aku lebih tahu!

Maka jawapan yang keluar:
"Aku peminat setia dia okay!! Semua video konsert dia aku ada... By the way, ko dah tgk video clip dia yang latest?"

ATAUPUN... benda ni bemain dlm kepala korg...
Aku menyampah dgn dia ni. So semua benda yg dia suka, aku takmau suka. That's it!!!

dan inilah jawapannye...
"Sorry, I, unlike you, am not into Gaga. She nauseates me..." (gigih tetiba ckp omputeh)

Bejela2 kan jawapan korg... diakibatkan oleh memikirkan soalan itu dengan pemikiran yang terlebih dalam...

Itu contoh soklan yg senang. Apa yang aku risaukan ialah, camna plak kalau org tu mengadu kat aku, bagitau yg dia ada masalah dgn kekasih gelapnye. Bercerita tentang masalahnya dan kekasih pertama yang sentiasa jeles, dan kemudian mintak feedback drpd aku.

Aku boleh bagi dia jawapan yang dia nak dengar... iaitu nasihat, kata2 supaya jangan bersedih, jadilah lebih adil dalam perhubungan, cuba lah cari apa masalah yang sebenar, cari penyelesaian.. blablabla...

Ataupun aku boleh jadi jujur dan cakap...
"Ko yg cari pasal cari kekasih gelap sapa yg suruh? Skang padan muka"

...dan aku tak menjawab soalan. Semuanya kerana, prinsip hidup yang tak sama.

Kesimpulannya, patutkah aku bagi jawapan dia nak dengar, atau jawapan jujur yang aku rasakan...?

Boo kata, there has to be a balance. Boleh bagitau apa yang kita rasa, dan pada masa yang sama, tolong la jawab soalan dia juga...

haih... mungkin istilah yang lebih sesuai untuk menggantikan 'honesty' ialah 'selective honesty'...





No comments: