March 5, 2011

Tido, sambung tido, tak bangun2 dr tido...

Kisahnya semalam dgn harini aku berpuasa. Dan stended aku berpuasa, mmg la tak dapat pahala sunat berbuka seawal mungkin. Bila tersado je dah pukul 8.30 malam. Semua solat tuang, dan bukak2 mata je, tuang air dalam mulut, pastu sambung tido... eh, boleh ek? haha.


Anyway, smlm dah tuang waktu berbuka, ingatkan harini nak gigih la bebuka kat luar. Punya la eksaited sampaikan aku rasa tekak dan perut aku memiliki otak sendiri. Siap leh pikir2 dan senaraikan tpt2 yg best utk bebuka puasa. Setelah ditimbang tara, maka tekak dan perut kata nak buka pose kat Papa John's pizza. Semangat nih, semangat!!


Maka selepas balik dr opis kol 8 pagi semalam, aku dgn boo terus tdo. Bajet2 bangun kol 4, sempat la lagi zuhur dan terus la berjaga saampai waktu buka kan. pejam2 mata, dengan di selang seli dengan kes sakit telinga akibat terlipat, maka aku pun tertdo lah..


Tetiba tgh panas terik dlm kol 2 petang tu, bunyi hon yg maha kuat kat luar rumah. Mata suruh ignore, tapi tetiba aku terpikir, ntah2 DHL dah sampai nganto barang yg kitorg order utk ipod boo.


Bingkas aku bangun, jenguk kat tingkap... sah. Mmg DHL.


Aku pun yg berpakaian minimal meraba2 mencari pakaian yg agak menutupi aurat malu2. Yg bestnye, memula aku boleh capai tshirt kolar dgn jeans. Bangang tak? Apa ingat dah lmbt nk pi opis kah? Selepas mengambil napas selama beberapa saat, baru aku boleh bepikir waras sket, capai bermuda dan biarkan je tshirt kolar tu.


Sebenarnya kan, kalau aku pakai je jeans dgn tshirt kolar, patutnye ok je kot. Ada org DHL tu kesah?


Tapi bila aku turun, aku rasa mamat despatch tu perasan aku baru bgn tdo kot. Dia siap tanya..
"Tak mengganggu ke?"


Jawapan aku profesyenel (of course!)
"Tak lah, mmg tgh tunggu benda ni."


Mamat tu cakap lagi...
"Ha.. ni barang dari Apple ni"


Aku cam...
Bila masa aku order barang dari Apple?


Rupanya org ngantuk ni terlupa ipod tu keluaran Apple, walaupun barang tu di keluarkan oleh kampeni lain dan bukannya Apple.


Anyway, setelah mamat tu blah, dan barang itu dipasangkan di tpt yg sepatutnye (eh, apsal bunyiknye macam strap-on?? aiyoh), maka kami sambung tidor.


So, harini, aku tak buka on time sbb DHL tu la. kan kan?



BTW, inilah casing ipod yg baru sampai dan saiznye sungguh ngam, beserta stand lagik. (ok i lied, ini bukan ipod boo.. ipod dia dah lunyai aku kejakan, tak larat masuk dlm gambo dah...)

Dan apsal gedik sangat sampai casing ipod ni kena beli online bagai? Alkisahnya ipod Boo ni generasi lama yg casingnye langsung dah takde kat melesia ni kecuali kat Low Yat (katanye...), dan aku malas nk travel ke loyat tu sbb jemmm jemmm jemmmmm!!

2 comments:

shizuma said...

boleh tau tak beli kat website mana? sbb tgh mencarik jugak tapi xjmpa. sama kes, ipod jenis lama.

sekapal said...

shizuma, gi kat Apple store Malaysia.. (http://store.apple.com/my)

kalau nk cari casing utk ipod, direct link sini: http://store.apple.com/my/browse/home/shop_ipod/ipod_accessories/cases?mco=MTc0MjU1Nzc

Pastu kat menu belah kiri, klik link 'Previous iPod models'.

sonang yo!