March 8, 2011

Hujung minggu ini...

Hujung minggu ni, hari sabtu menghabiskan masa beriadah dgn bermain game di rumah sahaja. Seronok sebenarnya kalau main Taboo sampai 8 org. kan kan? Kalau setakat aku dgn boo je, balik2 main Monopoly Deal je.. busannn. Kalau bukan dia menang, aku menang. Kalau tak aku yg kena strip, dia yg kena. Walaupun ada masanya dedua terpaksa strip.. eh, tetiba..

Anyway, hari Ahad pulak, ada kenduri kahwen di Melaka. Di waktu org N27 sibuk mengundi, time tu jugak la kitorg sibuk nak menuju ke sana. Journey yg dijangkakan akan bermula pada jam 10 pagi, akhirnya bermula jam 12 tghari. haha... semua org lmbat bangun akibat terlebih main di malam hari.

Dan sbb bergerak jam itu, sampai2 di umah pengantin, mmg kitorg leh agak la yg sesi besanding dgn potong kek bagai dah abis... so, salam2 je dgn mak pengantin... ini greeting dia...

"Ni kawan **** ke? Pegi la ke belakang tu, dia tengah begambauu."

haha.. Melaka sangat kan?

Maka kami pun bejumpa dengan pengantin perempuan dan begambauu besame. Lepas begambau, maka makan la nasik beryani dgn lauk beryani bagai... aku mmg suka mkn nasik kenduri. hehe

Anyway, lama gile okeh tak jumpa itu pengantin perempuan. Lebih dua tahun rasanya kot. Last jumpa... ntah, aku tak berapa ingat bila. What's interesting is, ini kali pertama aku ke kenduri kawen budak yg aku kenal thru sengetians circle. Tapi kalau korg cari budak ni kat dlm forum tu, sampai korg kawen la korg takkan jumpa...

Aku cam nak tulis lelebih, tapi aku cam tak tau apa yg patut aku tulis. hehe.. mmg hampeh kan? biar kan je...

Selepas itu, kitorg ke Melaka sekejap, pusing2, balik KL, dan terpaksa menempuh jem di tengah jalan, hanya kerana ada lori berhenti di tepi jalan. Tabiat org malaysia katanye..

Harini dan minggu ni, aku dan boo akan bz menguruskan perihal adik aku yg nak grad, dan jugak tgh sesibuk nak terbang ke Jepun ujung minggu depan. uhuhuh...

bz bz.. tapi masih terasa nak bercuti berdua dgn boo... bila ni boo?

1 comment:

lone said...

Cam nak tulis lebih2? hahaha. ape je agaknya yang ko nak tulis tu kan..?? hehe.