March 28, 2011

The movie Sucker Punch

Memula aku tau pasal filem ni , ialah selepas membaca satu blog. Dan apa yang menarik minat aku untuk tengok cite ni, ialah adanya gadis2 comel dalam skirt pendek (gediknye guna pktn gadis).

Maka, hari Sabtu haritu, masa kitorg pi KLCC, kebetulan plak cite ni baru masuk hari kedua. Kebetulan jugak la kan tetiba ternampak diskaun 'Beli 1 Percuma 1' kat TGV tu. Jadi takmau melepaskan peluang, aku pun ajak la si Boo Boo tengok cite ni.

Secara ringkasnya, cerita ni mengisahkan Baby Doll (dilakonkan oleh Emily Browning yang tak pepasal jadik platinum blonde, tapi mmg cute cam baby doll okeh!), yang kematian ibunya, dan didera (sexually?) oleh bapak tirinya, telah dihantar ke institusi sakit mental yang semuanya pompuan.

Kat tempat (aka asrama) ni, Dr. Vera (Carla Gugini) yg merawat diorg semua ni, menggunakan satu teknik yang membolehkan pesakit ni keluar dari realiti dan mencipta sendiri satu realiti alternative bagi membolehkan mereka melepaskan diri dari kesakitan masing2.

Tapi bagi Baby Doll, dia menggunakan realiti ciptaannya dengan objektif untuk terus melepaskan diri dari rumah mental itu. Untuk itu, dia mencipta realiti dan memasukkan sekali kawan2nya kat rumah tu untuk bekerjasama bagi membebaskan diri dari situ. (salah seorang kawan dia bernama Blondie, yg dilakonkan oleh Venessa Hudgens, dan aku mmg rasa dia ni gedik sesuai dgn nama Blondie, walaupun berambut brunette.. cheh)

So, sepanjang cerita ni, diorg sesemua berangan melawan itu dan ini untuk melepaskan diri. Akhir sekali... dapat ke dia dan kengkawannya bebas dari tempat tu? jengjengjeng... itu yg korg kena tgk.

But be warned, the ending is not as simple as freeing themselves from the institutional facility. It's the deeper meaning of freedom, kekdahnye...

Sebelum masuk, aku cam boleh agak la... akan ada banyak fetish images of young girls in scanty clothings. Dan aku boleh rasa, jalan cerita dia takde la sehebat mana pun. I have even braced myself to be disappointed with the ending.

Dan telahanku benar belaka. Sebab tu la cerita ni tak dapat review yang bagus.

However, the hell with those bad reviews, I still enjoyed this movie. Why? Here goes.
  1. The music. (Is to die for!!) Secara jujurnya, lagu-lagu dalam cerita ni memang boleh buat aku terbang melayang dan berangan menjadi seorang pejuang. Sesuai untuk orang2 yang ala2 Girl Interrupted macam aku. haha... Cuma, aku tak reti nak menari bagai la macam dalam cerita tu
  2. The effects. Aku rasa, kalau tgk cite ni dalam 3D, memang asek la nak mengelak2 peluru2 dan pedang2 dan org2 jahat yang macam asyik terkeluar dari screen. Nasib baik aku tak tgk 3D (sbb 3D takleh buy 1 free 1), kalau tak memang macam angry birds la aku kat dalam panggung
  3. The confusing (so-called) storyline. Ha ha... mmg storyline takde pape, tapi utk org yg terlebih berfikir cam aku ni, apabila plot jadi terpusing, dan korg ditipu sejak awal cerita, dia macam jadi satu orgasm gitu. haha. Aku memang suka bebenda yang berbelit2 ni. Almaklumlah, aku kan mild dyslexic.
Utk korg mendapat idea betapa bestnye lagu dlm cerita ni, boleh la tgk video di bawah ini. My favourite song from the movie, Sweet Dreams, sung by Emily Browning herself!



2 comments:

eid said...

haha... aku pun confuse tengok cite ni wey...

sound die kuat.. kuar2 je pening... boley? ahahahhaha

tapi babydoll memang cute kan?!

sekapal said...

kann... at least ada la satu perkara yg best utk mencuci mata.

tapi soundtrack dia best!