Aku rasa lagu2 yg menjuarai carta di radio skarang ni semua cam tapape. Kalau aku nk dengar ballad... i need a good one. Mellow kind of ballad ala2 Madah Berhelah, Jerat Percintaan gitu. Dan sebenarnya cam bosan jugak bila dengar lagu2 melayu yg liriknya langsung tak puitis. Stretforward gile. Walaupun aku tak romantik, aku nk la dengar lagu yg bermadah2 gitu kan. Boleh belajar katanya.
Anyway, masa zaman aku gile dengar radio, dan gile minat sama artis (read as 'belasan tahun'!!), the only way utk dapat mendengar lagu yg aku suka berkali2 ialah dengan membeli kaset (oldskol ok, zaman tu CD belum ada, kalau ada pun mencecah RM40-50.. budak form 5 mana mampu beli weh!). Dan sbb duit tak banyak, dan byk komitmen lain (i.e. sapa soh ada gelpren time muda2 kan..), maka mmg jarang2 la dapat beli kaset. Takde budget gitu.
Dan pada masa tu, apa itu mp3?? So, mmg takde peluang la nk mendonlod2 lagu secara percuma maupun berbayar. Salah satu cara utk menjadi lanun cetak rompak, ialah dengan cara membeli kaset kosong kat supermarket. Pastu boleh memilih samada nak melanun sendiri, atau suruh org lain lanunkan.
Kalau melanun sendiri, camni tekniknye...
- Check kat sokkabo, lagu apa yg akan didendangkan kat rancangan Pilihan Bersama. Ha.. dulu ada senarai lagu kat sokkabo ok. Dan masa tu mana ada radio swasta2 ni, semua gamen. Idop radio muzik (yg juga dikenali sebagai Radio 2 masa aku sekolah rendah dan lower secondary)
- Pas tgk lagu apa yg ada, bajet2 la lagu tu kuar kol berapa, dan melanguk la tepi radio. Sesiap letak kaset kosong dlm radio.
- Bila kuar je lagu tu, harus sepantas kilat tekan butang 'Record' okay. Kalau lmbt lagu akan terpotong, kalau tercepat, kang termasuk plak suara DJ. Kadang2 tu, dah baek2 tgh record. Lagu tak abeh lagi, DJ dah menceceh.. hangen okay. haha...
Kalau nak mintak cina kedai kaset lanunkan pulak, camni...
- Bagi dia kaset kosong (tapi biasanya kena beli kat kedai dia la kan...)
- Listkan lagu yg korg nak bubuh sesiap. List bebanyak sket, sbb kang membazir plak kat kaset tu
- Bayar la satu lagu beberapa posen, dan dia akan copy lagu2 ke dalam kaset kosong korg, menggunakan kaset ori yg ada kat kedai dia.
- Yg best sekali, kita boleh suruh dia tulis senarai lagu kat kaset tu dgn tulisan cecantik, dan suruh dia tambah mesej2 yg jiwang, so that korg boleh pass kaset tu kat gelpren/buipren korg. Kira cam dedikasi lagu la kan.
ha.. kemain susah sebenarnya nk melanun zaman dulu. Korg sekarang generasi X ni mana ada kesusahan macamtu. Masuk website.. donlod, beli cd kosong.. lanunkan terus. Lagi ampeh, masuk dlm thumb drive, play terus kat hi fi ataupun longgok dalam mp3 player/ipod. Takyah kuar duit nk beli kaset kosong.
Melanun memang mudah di zaman cyber ni. Sbb tu la ramai penyanyi takmau buat full album dah. Masing2 buat single je. At least ada la peminat setia yg nak beli. Peminat tak berapa setia? Donlod je kan? kan? haha. Setakat satu lagu je, apehal aku nk kena kuar duit plak...
Kesian Mawi, bayangkan kalau dia jadi penyanyi di zaman dahulu.. sure dah ada helikopter sendiri.
Kesimpulannya, skang ni, kalau nk penyanyi malaysia jadi kaya, seeloknya diadakan itunes utk malaysia. Jual satu lagu singgit. Nescaya org tak rasa cam rugi kalau nk donlod.
Kan? Ko pikir camne Lady Gaga tu leh dpt byk duit buat baju merapu2 tu? itunes lerrr....
3 comments:
yela...teringat zaman kaset2 dulu...heheh..skang kaset sume dalam stor ajer tempatnyer..
You bring back old memories...thanks for making my day..heheh.
aku pon jenis bukak sokabar tgk pilihan brsama.mlm2 duk tggu kt radio nk record tape.haha
Post a Comment