Huh dah berhari2 aku nak mengepost cerita2 baru tapi asek malas. Hari2 kejanya nak makan, tido, pastu borak dgn boo.. itu je yg aku tau. Homesick dah ni. huhu... Sedih...
Anyway, sementelah ramai je yg dah tau aku kat mana skang ni kan, meh la aku cerita sket tentang aku di sini.. yes yes... aku skrg ni tengah melangak kat satu tempat yg ada empat musim...
Anyway, sementelah ramai je yg dah tau aku kat mana skang ni kan, meh la aku cerita sket tentang aku di sini.. yes yes... aku skrg ni tengah melangak kat satu tempat yg ada empat musim...
Mmg kalau nak dikirakan, aku bukan la bebetul kat bandar Chicago tu. Opis yg aku tgh training skrg ni letaknya kat Riverwoods, Illinois. Dan apartment yg aku tinggal plak kat satu kampung yg bernama Deerfield. Ada rusa ke? hehe.. kat rumah tapernah la plak nampak, tapi kat opis haritu ada la nampak barang tiga ekor yg pandang kitorg macam rusa masuk kampung. Walhal sebenonya diorg yg rusa masuk kampung.. huhuu... tak sedar diri la tu. Tapi yg benonya kawasan opis aku tu mmg macam dlm utan la. Byk gile pokok. Kalah Malaysia yg mengaku byk hutan. hehe..
Cuaca kat sini sentiasa nyaman dan sejuk. Tetiap hari dlm 20-25 celcius je. Tapi ada masanya jugak turun sampai 16. Huhu.. sejukkk. Aku cam tak pernah berenggang dgn jaket aku. Dah naik lunyai gamaknya baju tu. Itu pun nasib baik beli sblm dtg sini. Kalau tak... mati beku la kat sini.
Org2 kat sini kata ini cuaca terbayek sepanjang tahun. Macam nyaman je.. skrg pun tgh musim gugur, Fall, atau org english kata autumn. hehehe... So, dedaun pokok pun tetuko warna. Ada yg maintain ijau.. Ada yg ijau jadi kuning. Ada yg ijau jadi merah, ada gak yg melalui fasa ketiga2 warna itu. huhuh.. Mmg colorful lah! Gambo takde lagi.. nnt la aku apdet kat sini gak. huhu... tunjuk pokok pelbagai kaler.
Dah tampal dah...
Ini gambo kawan aku amik. Sbb tu la cantek. hhehhe
Ini on the way nak gi tren stesen
Tpt aku tinggal tu mmg tak susah nak cari makanan ataupun barang2 harian yg immediate. Turun je bawah apt aku, kat penjuru blok sebelah sana nun, ada Starbucks. So, kalau kat Mesia aku tak pernah nak minum starbucks punya ice blended, kat sini merasa la jugak. Satu gelas kopi panas beso rega dia $1.99, tapi kalau ice blended, yg saiz terkecil tu dlm $3.59 kot. Lebih kurang aa. Kiranya, kalau tgk nombor tu, macam takde la mahal sangat. Cuba convert.. mak aih.. samo yo. hehehe... Dan aku rasa kat sini Starbucks tu macam kedai mamak teh tarik. Merata2 tempat ada. Even kat opis pun depa brew Starbucks coffee...
Hmmm.. tetiba time camni, aku rindu la plak kat Nescafe. haih... Tak bersyukur! huhuhu..
Selain Starbucks, tempat2 yg walking distance dr umah aku ialah Walgreens, kedai ala2 farmasi macam Guardian/Watson's kat mesia. Selain tu ada gak kedai Whole Foods, yg menjual barang2 organik yg mateila mahal sumenye. Barnes & Nobles, Blockbuster (kedai sewa DVD), dan beberapa byk kedai makan yg mmg jual ayam kiok pun senang gak la nak pegi. Cuma... takkan aku nak makan ayam kiok kot? Iman masih kuat ni... Walaupun kengkadang aku tgk bacon goreng tu cam sedap.. aaa takmo takmo!!
Dan sebab umah aku tu mmg strategik, stesen ketapi pun mmg dekat je. Jalan kaki dlm 10 minit dah sampai.
Ini stesen ketapi kat umah aku. Oldskool gile. Cam cerita zaman dedolu pun ada.
FYI, awek tu bukan aku maupun sesapa yg aku kenal. tetiba je enter-prem
FYI, awek tu bukan aku maupun sesapa yg aku kenal. tetiba je enter-prem
Sbb tu jugak la kat sini aku pi opis naik ketapi. Pastu turun dr ketapi, amik plak bas yg berenti bebetul kat depan opis. So, rutin harian aku macamtu la.. bgn pagi, sesiap, jalan kaki pi tren stesen. Pastu turun tren, naik bas plak... pegi opis. Sikit pun takde can nak bangun lambat. huhuhu... Kalau ada keta leh gak pepecut. Ini kalau lambat, teksi la jawabnya. Mmg sah2 teksi dr umah sampai opis tu dlm $20, dgn tips bagai... Indu kat mesia.
Huhu.. utk mengingatkan aku, pasni aku kena apdet ttg trip aku ke bandar Chicago, dan jugak journey aku mengsatisfy craving naluri kesengetan yg makin membuak2 ini...
Jumpa di lain kali.. yeak yeay!