October 13, 2008

Akhirnya aku makan ayam

Huhuhu... Skrg ni kat sini hari Ahad malam. Esok dah start keja balik.

Hmmm.. pantang ujung mggu, mmg asyik je kuar pegi downtown. Memula rasa cam penat gak, tapi dek kerana nak pi mencari mknn daging yg halal, aku gegehkan jugak la ikut. Padahal mlm tu kemain merengek dgn boo, sbb tak suka nak ikut. Tapi last2, sbb tetiba rasa cam.. aahh... aku pun ikut la.

Hari sabtu tu sblm kitorg pi naik kapal kat Lake Michigan. Huhu.. Ingatkan nak bawak kitorg pusing satu tasik.. tapi alahai sekejap je la plak.. Tapi sempat la gak aku snap gambo brg sekeping dua.

Ini gambo takde aku sbg model


Lepas pepusing naik kapal tuh... (nasib baik aku tak mabukk), kitorg pepusing plak nak cari tmpt makan, tapi hampeh... sume tutup. Aku terpaksa la settle dgn memakan veggie burger. Hampeh! Kalau la leh aku lahap sesemua jenis beger kat mcdonald tu.. harus la sedap. Tapi apakan daya, sume tak dijamin kehalalannya.. tensenn tensen.

So, hari sabtu, balik ke rumah dgn rasa hampa dan hampeh tak terhingga. Dan sebenarnya aku takde la plan nak kuar jugak hari ahad tu, sbb ada Chicago marathon, maka mmg expect la byk jalan ditutup. Tapi sbb gegeh nak cari makan, kitorg sanggup jalan kaki mencari kedai. Sampai kat satu kedai.. tutup. Pegi kat satu lagi, tutup. Belek2 map.. Teruja nak pegi satu tpt ni, tapi jauh la plak. Tak mampu nak jalan kaki. Maka kami pun pi la naik tren berharega $2 utk sampai ke tempat tu. Dlm hati aku cakap, ini kalau kedai tu tutup jugak la.. mmg aku marah! Tapi nak marah kat sapa tatau. Cuma ada la gak terpikir nak baling batu kat tingkap kedai tu... kalau dia tutup.

Turun2 tren, nampak satu kedai nih. Huh.. gelap la plak. Tak lama lepas tu nampak org yg agak gelap keluar dari kedai. huh.. ada can ini kedai bukak. Dan nasib baik kwn aku yg sorg tu lelaki, so, takde la takot sgt nak masuk kedai gegelap ni kan. hahaha.. mempergunakan lah gitu. Bukak2 je pintu... Hah!!! Gumbira!!! Nampak ada orang makan. Yes!

Tanpa segai silu aku pun makan beryani. Memula mknn sampai, macam.. halamak. Byknye. Ada la camni kebanyakan portionnya...


Habis ke? Tapi lepas mkn punya makan... habis la jugak. hahaha... Burok lantak. Mana taknye, dah dua minggu aku tak makan ayam!

Maka... misi mencari makan accomplished!!

Seterusnya... Misi mencari barangan senget yang jugak sukses. Disambung di entry seterusnya. Aku dah ngantok. uhuhuh